Jumaat, 17 Januari 2014

bab 3:- KERNA IA BUKAN PILIHAN KU

NURUL HIDAYAH ROSNI

BAB 3……..
Hanya kedengaran radio sahaja yang memeriahkan suasana di dalam kereta yang sepi.Duduk berdua-duaan didalam kereta dengan orang yang masih baru dan belum dikenali hati budinya membuatkan Dania tidak betah bertahan lama.Sesekali pusing menghadap tingkap ,sudah lenguh menghadap tingkap ia beralih pulak menghadap kehadapan.Keadaan jalan yang semakin sesak .Dalam waktu sebegini sememangnya jalan akan sesak
Memandangkan waktu orang balik kerja.

Aku semakin gelisah jam di pergelangan tangan menunjukkan sudah pukul 7.40 malam. Ini bermaksud azan maghrib sudahlah berkumandang. “Erm,,awak ..Boleh mintak tolong sikit tak?”Suara aku kedengaran memecahkan kesunyian didalam kereta.

“Erm,,apadia?”Jawapan yang kurang enak bagi Dania.

“Erm...boleh berhenti mana-mana surau or masjid tak?Saya nak solat.Nanti takut terlepas pulak.Boleh ye?”Suara yang cukup perlahan dan seperti separuh merayu itu membuatkan hati Syed Daniel Norakim Bin Tan Sri Syed Abbas terkedu dan paling tak disangka seorang wanita merayu hendak ke masjid dengannya.Selalunya wanita-wanita yang dikenalinya akan merayu nak pergi menghabiskan duitnya sahaja dan belum pernah dia mendengar rayuan seperti ini.

Terpandang sahaja papan tanda yang menunjukkan jarak sebuah masjid di tepi jalan Daniel terus memperlahankan kenderaannya untuk memasuki satu simpang untuk menuju ke arah masjid.Kelihatan beberapa jemaah lelaki yang sudah menunaikan solat berada di hadapan masjid menunggu ahli keluarga yang belum sudah menyempurnakannyalagi.

Sebaik sahaja kereta berhenti di pekarangan masjid Dania memohon untuk masuk dahulu memandangkan waktu untuk solat maghrib sudah hampir ke penghujungnya.Sebaik sahaja Dania masuk ke dalam ruang solat perempuan.Danial pun keluar dari kereta dan terus menuju ketempat ambik wuduk lelaki untuk mengerjakan suruhan Yang Maha Kuasa.


( 6 )
KERNA IA BUKAN PILIHAN KU

NURUL HIDAYAH ROSNI



Sesudah sahaja habis menunaikan solat maghrib dan solat ishak Dania terus menuju ke arah kereta.“Aik mana pulak pergi mamat sekor ni.Takkan kena culik kot.Takkan ada orang culik orang dekat masjid kot.Kalau budak aku tak heran la kena culik ni orang tua Bangka pun kena culik gak ke?”

“Ehemmmmm…Saya taklah tua sangat..Baru nak masuk 23 tahun.”Katanya sambil berlalu ke pintu kereta.“ Masuk la ..Kita dah lambat.Nanti atuk awak risau pulak.”Tegurannya membuat aku tersentak.Alahai kenapa la aku suka sangat mengelamun..Dah macam tak ada kerja lain pulak.

*******

Sebaik sahaja keretanya berhenti di hadapan sebuah banglo.Kelihatan atuk ,ibu dan beberapa orang yang tidak aku kenali berada di hadapan pintu utama.Mungkin meraka terdengar deruan enjin kereta yang menyebabkan mereke menuju ke pintu utama tersebut.Sebaik sahaja aku melangkah keluar atuk dan seorang lelaki yang sebaya dengan ayah menuju ke arah kami.Aku semakin cuak apabila lelaki tersebut tersenyum sambil menjeling ke arah seorang perempuan yang berada di sebelah ibu.

“Awal kamu sampai Niel..?”Lelaki yang sebaya dengan ayah bersuara sambil terseyum sinis.

“Eh awal ke papa”Tanyanya kembali.

‘Huh bendul betul mamat ni..bapak dia sesedap mee kari jew perli dia, boleh jew dia Tanya soalan bendul tu..’Kata ku dalam hati..harap-harap dia tak dengar.Ye la aku kan tengah kutuk dia .

“Papa!!!Apa lagi tu..jom ajak Niel dengan Nia masuk.Kita berbual panjang kat dalam.Ini tidak kat luar jugak nak bersoal jawab..Jom Ana, Nia kita masuk.Biar dia orang nak sangat bersembang kat luar.”Katanya yang berada disebelah ibu.Mungkin mama si mamat hensem tu kot.


Sebaik sahaja aku ingin duduk di sebelah mama.Wanita sebaya dengan mama tu menyuruh aku duduk di kerusi yang bertentangan dengannya.Katanya senang nak berborak.Baru je aku nak duduk kelihatan atuk , papa si mamat tu dengan mamat tu mula melangkah ke arah kami. Semuanya duduk di tempat masing-masing kecuali mamat tu.Ye la semua tempat dah penuh.Cuma tempat disebelah aku je yang kosong.Tanpa berlengah dia berjalan ke arahku dan terus duduk di tepiku.Sebaik sehaja dia duduk ,wanita yang sebaya dengan ibu itu mula bersuara…..


( 7 )
KERNA IA BUKAN PILIHAN KU

NURUL HIDAYAH ROSNI

“ Mama harap kamu berdua dah mengenali satu sama lain ..” Kata-katanya yang ku rasa agak tegas.“ Mungkin Nia dengan Niel belum tahu apa tujuan kita berkumpul malam nikan..?” Katanya sambil tersenyum.Ni yang buat aku menyampah nie.Cakap sikit dah berhenti.Cuba cakap terus terang je.Tak payah nak berkias-kias…
“Mamanya ..Beritahu saja la..kesian papa tengok mereka berdua ni.”
“Ye la papa..Okey..mama ,papa,atuk and ibu kamu dah berbincang ..yang kami nak kamu berdua bersatu dalam masa yang terdekat ni. Mungkin hujung bulan ni kamu berdua akan bernikah.”Katanya sambil tersenyum.
















( 8 )
KERNA IA BUKAN PILIHAN KU

NURUL HIDAYAH ROSNI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan