Isnin, 14 Oktober 2013

NASI BERIANI

ASSALAMMUALAIKUM.....Mizz ucapakan kepada semua yang sudi singah ke blog mizz yang tak seberapa je ni. Sebenarnya mizz ni bukan nya pandai masak sangat.Tapi kalau untuk menjamu adik beradik tu boleh la dari tak da kan?? So hari ni mizz nak kosingkan cara-cara buat nasi briani.bahan-bahan dia pon mizz rasa mudah cari je.tapi mizz tak tahu la palak bagi anda.susah or senang.kalau macam mizz , mizz suka masak bila balik rumah famly mizz kat Pineng.sebab pasar dekat-dekat rumah ja.Kalau kat rumah mizz kat cheras ni.susah nak pergi pasar sebab jauh dan paling penting harga dia lebih mahal.hihihi.Okey kat bawah ni mizz letak gambar nasi beriani.nampak sedap ka??? kalau nampak sedap apa kata anda cuba masak.dan kat bawah gambar tu mizz sertakan resepinya sekali. so SELAMAT MENCUBA


Nasi Beriani

Bahan-bahan ( 6 - 7 orang )

  • 1 kg beras basmathi, rendam 1/2 jam dan sejatkan
  • 1 tin kecil minyak sapi (ghee)
  • 1 tin susu sejat (susu cair pun ok)
  • 3 biji bawang besar, dihiris halus
  • 5 ulas bawang merah*
  • 5 ulas bawang putih*
  • 2 inci halia*(*dikisar halus)
  • 1 batang kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 4 biji buah pelaga
  • 2-3 helai daun pandan, siat dan simpulkan
  • Segenggam daun ketumbar
  • Segenggam bawang goreng
  • 1/2 cawan gajus
  • 1/2 cawan kismis
  • Secubit koma-koma, direndam dalam sedikit air panas
  • 1 kiub ayam maggi
  • Garan secukup rasa
  • Air mengikut sukatan beras (boleh dilebihkan 1/2 tin susu air jika perlu)

Cara-cara

  1. Panaskan minyak sapi dalam periuk atau kuali. Masukkan kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga diikuti daun pandan dan bahan2 kisar tadi. Tumis hingga wangi. Masukkan gajus dan masak hingga gajus perang.
  2. Masukkan kismis. Kacau rata. Tuang air dan susu cair. Masukkan kiub ayam dan garam (secukup rasa). Biarkan mendidih.
  3. Tuang no.02 ke dalam rice cooker dan masukkan beras yg telah disejat tadi, tekan "cook". Masak hingga nasi kering. Dengan menggunakan sudu (atau chop stick) buat beberapa lubang pada nasi tadi dan tuangkan koma2. Masukkan juga daun ketumbar dan bawang goreng. Tutup tudung periuk dan biar nasi betul2 masak.
  4. Bila nasi betul2 masak, gaul nasi perlahan2 sekadar meratakan bahan2 tabur tadi dan juga jus koma2. Jgn terlebih gaul nanti nasi akan patah2. Seelok2nya gunakan chop stick.
  5. Boleh lah dihidangkan bersama lauk2 sampingan seperti dalca, ayam masak merah, paceri nanas. pencuk nanas. acar timun atau acar buah dan kurma ayam / daging atau mengikut selera masing2.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan