Bahan-bahan :-
- 300 gm keledek ( keledek oren lebih menarik)- dikupas dan di rebus hingga lembut
- 2 sudu besar gula pasir * saya letak sedikit ( bagi yabg berminat sahaja )
- 1 1/3 cawan tepung gandum * saya guna anggaran 1/2 cawan sahaja
- 1 sudu garam
- air secukupnya untuk merebus keledek
Bahan Sira Gula :-
- 2 sudu besar gula pasir
- 3 sudu besar air
Cara-cara :-
- Potong kasar sikit keledek tadi dan rebus hingga lembut. * Saya masukkan sedikit garam semasa merebus. Toskan.
- Lecek keledek dengan gula pasir hingga hancur dan halus. * saya sedikit masukkan gula.
- Masukkan tepung dan ulu hingga jadi doh dan boleh dibentuk
- Bentukkan bulat dan buat lubang dengan jari di tengahnya dan boleh juga digentel sepanjang 4 inci lebihkurang dan cantumkan hujungnya.
- Panaskna minyak dalam kuali dan goreng dengan api sederhana, balik-balikkan selalu. Bila kekuningkan angkat dan toskan minyak.
- Untuk Sira gula - Masukkan air dan gula dalam kuali dan masak hingga gula naik berbuih-buih jernih dan kering sikit. Masukkan kesemua kuih keria tadi dan gaul bersalut rata dan melekat. Angkat dan hidangkan.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan