ARSLAN HAKIMI
BAB 7
“Kriiiiiiiiigggg..........” Bunyi jam loceng Ein
berkumandang. Ein meraba-raba, dilihatnya jarum telah menunjukkan enam pagi.
“Aduuuhh! Beratnya mata ni. A’aaaahh...” Ein menggeliat sedap. Dia bangun
mencapai tuala lalu kebilik air. Telinganya dapat menangkap bunyi para pelatih
sedang berkawad dipadang. Aktiviti kawad adalah salah satu aktiviti wajib bagi
pelatih-pelatih bagi mendisiplin diri dan semangat berpasukan.
Ein keluar dari bilik mandi dengan segar. Matanya
sudah kembali terang. Dia mencapai kain telekung lalu menunaikan solat subuh.
Selesai semuanya dia mencapai tel dan beg duit, terus keluar dari bilk. Cahaya
pagi masih samar kelihatan. Ein memulakan langkahnya. Sudah menjadi rutin
harian bagi Ein, setiap pagi dia akan berjoging mengelilingi padang kawad
agak-agak dua hingga tiga kilometer untuk jalan biasa bagi memantapkan
staminanya. Dia sentiasa mahu kekal cergas. Ada juga pelatih-pelatih yang sempat
mengerling kearah Ein.
Ein berhenti. Dia duduk ditepi padang. Peluh yang
mengalir laju di kesatnya. Jam ditangan dilihat. “Owh,.... dah pukul lapan
pagi. Cukup la untuk pagi ni. Kalau petang ni ada ada ruang aku joging la
lagi.” Kata Ein sendirian. Pelatih-pelatih tadi juga sudah berhenti kawad.
Mereka berjalan dalam keadaan berbaris dalam tiga barisan menuju kekantin untuk
sarapan pagi. Ein bangun dari rehatnya berjalan megikuti para pelatih dari
belakang. Agak berjarak jugak.
“Wei Ein, laa..... kau joging ke pagi ni. Kenapa
kau tak ajak aku?” Tegur Ijan berjalan kearah Ein. Kemas beruniform.
“Wait, pembetulan, bukan pagi ni. Tapi.........
tiap-tiap pagi aku joging. Takkan kau tak tahu kot.” Jawab Ein. Berjalan mengambil
tuala kecilnya.
“Hehehe...”
Ijan ketawa kecil. “Sekurang-kurangnya kau ajak lah aku sekali. Ini
tiap-tiap pagi kau sorang aja joging. Tak jemu ke joging sorang-sorang.” Bebel
Ijan. Berjalan bersama dengan Ein.
“ Kau sewel, nak suruh aku pergi ke bilik kau.....
kejutkan kau. Nanti orang kat sini cakap.., aku sekodeng kau tidur pulak.”
Jawab Ein melihat kearah Ijan. Dia senyum. Ijan ketawa perlahan mendengar
kata-kata Ein.
“Aku tak suruh kau ke bilik aku. Kau call aja aku,
gerenti aku bangun.” Kata Ijan sambil sengeh.
Eeee.... Tak nak la aku. Buat bazir kredit aku
aja. Baik aku simpan kredit aku buat telefon awek-awek cun yang terpikat aku
dengan kekacakkan aku ni.” Balas Ein menjuih bibir.
“Kacak ke kau? Aku tengok biasa aje. Cantik ada
la...”
“Weii. Kau cakap elok-elok sikit haa...apa cantik-cantik?
Nak rasa penumbuk aku ni? Haa..kalau nak rasa kau cakap la lagi. Aku debik
kau.” Marah Ein. Penumbuk dihalakan kemuka Ijan.
“Okey, okey... aku hensem dan macho.” Ijan
mengalah.
“Eh? Kejap....Wah kau Ijan, apa kes? Kemas, segak,
hensem, kau ada date ke hari ni?” Tanya Ein sambil melihat Ijan atas bawah.. bawah
keatas. Punya lama Ijan berjalan dengannya baru dia nak perasan.
Ijan membetul-betulkan bajunya. Perasan la tu bila
Ein cakap dia hensem. ‘Perasan jugak kau Ein yang aku ni hensem.’ Bisik Ijan
dalam hati. Mereka sampai kekantin. Dihalakan kaki ke tempat makan yang
dikhaskan untuk pegawai sahaja.
“Hahahah.... Baru kau perasan yang aku ni hensem.
Yang sebelum-sebelum ni kau tak perasan?” Kata Ijan bangga.
“Ceh, perasan la pulak. Itu yang malas aku nak
puji tu. Aku perasan selama ni, cuma malas aku nak tegur. Kalau aku tegur
karang, macam ni la. Perasan pulak yang lebih. Hey..Kau tak jawab aku lagi. Kau
ada date ka ari ni?” Ulang Ein. Melangkah kearah kerusi yang kosong. Melabuhkan
punggungnya.
“Kenapa? Kalau aku date apa kau kisah. Kau jealous?”
Tanya Ijan menduga. Duduk dihadapan Ein.
“Uwek!! Naik loya aku. Apa kes aku nak jeles kat
kau. We just a friend. Not more than that.” Jawab Ein. “Adik bagi jus oren
ya..... suam” Pinta Ein.
“Baik.” Jawab adik kantin.
“Dah tu yang kau sibuk tanya apa hal?” Tanya Ijan.
Tangannya mengambil kuih yang tersedia di atas meja.
“Saja aku tanya. Aku tumpang gembira kalau kau dah
jumpa miss charming kau. Dan secara tak langsung aku nak kenal jugak. Lagipun
selamat telinga aku dari dok dengar kau cakap jiwang-jiwang leleh. Naik menanah
telinga aku selalu dengar kau cakap ala-ala bunga macam tu. Hehehe” Balas Ein.
Dia ketawa kecil.
“Air Puan.” Kata adik menghulurkan pada Ein.
“Iya.
Terima kasih.” Kata Ein mesra disambutnya lalu terus menghirupnya.
“Adik, bagi saya teh suam ya...,” Minta Ijan pula.
“Baik.” Jawab adik kantin tu pendek.
“Alah Ein, kau tahu kan..... aku ni.. mana ada
awek. Kawan perempuan pun tak ada. Kawan perempuan aku cuma kau aja la yang aku
kenal rapat. Yang lain tu blurr saja. Semua reject. Kau......, aku nak ajak date,
belum sempat aku aku cakap niat aku, kau tolak. Sentiasa kau macam dah dapat
baca fikiran aku. Tapi..., aku ni boleh kira beruntung jugak la. Dapat dua
kawan dalam satu masa. Kau tau kenapa? Sebab kau tu separuh-separuh. Hahaha.....”
Kata Ijan sambil ketawa.
Air yang dipesan dah sampai. Disuruhnya letak di
atas meja. “Thanks la atas pujian kau tu. Nasib kau tau aku ni dua alam. Kalau
tidak jenuh aku nak explainkan dekat kau.” Kata Ein hanya senyum.
“Alah....., susah-susah sangat, kalau dah dua-dua
masih tak jumpa yang sesuai, korang berdua aja yang kahwin antara satu sama
lain.” Celah mak cik kantin yang dari tadi mendengar perbualan mereka.
“Saya okey saja kak. Kalau Ein cakap dia nak kahwin
dengan saya....., sekarang jugak saya bawa dia pergi jumpa tok kadi. Hehehehe”
Kata Ijan sambil hirup teh.
“Woh!...... gelojoh nya kau Ijan. Dah tak sabar
nak kahwin sangat ke? Kalau macam tu nanti aku carikan kau sorang makwe cun
punya. Cukup pakej untuk jadi isteri yang solehah. Aku ni kalau bab cari awek
cun memang terror. Kau mesti solute dengan aku punya.” Kata Ein. Dia langsung
tak ambil tahu maksud Ijan yang tersurat tu. Jus orennya diminum.
Ijan memandang muka makcik kantin sambil menjungkit
bahu. ‘Kenapa la kau tak boleh tangkap maksud aku Ein. Bermacam aku buat, untuk
bagi kau faham isi hati aku ni. Mungkin kau tak mahu faham agaknya. Kau cuba
lari dari mengerti maksud yang tersurat disebalik setiap perkataan dan
perbuatan aku. Aduhhhh...... mengapa la hati ini hanya menyukai dan menyintai
kau Ein?’ Kata-kata tu hanya membisik dihatinya. Dia tunduk memandang cawan
tehnya.
“Woi, mat bunga....... berangan lagi la tu. Kau
ni..... memang bunga betul la. Sikit-sikit berangan. Sikit-sikit berangan.”
Kata Ein sambil mengulang perkataan tu. Boring betul dia dengan Ijan yang asyik
dengan dirinya sendiri saja.
Ijan mendongak melihat Ein. Dia mengeluh perlahan.
“Hurm..mengeluh la kau tengok muka aku. Kalau kau
kemaruk sangat nak berbini, jom esok kau ikut aku balik rumah.” Kata Ein lagi.
“Hah?.” Melopong mulut Ijan mendengar kata-kata
Ein. Terkejut dia dengan apa yang baru didengarnya. Matanya dibuka luas-luas.
“Woi, apa yang kau terbeliak macam tu sekali? Dengan
mulut ternganga. Tutup sikit mulut tu, karang masuk lalat pulak. Siap dia
merendek kat mulut kau tu cari jamban. Melepas.” Tegur Ein apapbila dilihat
keadaan Ijan begitu.
Ijan menutup mulutnya cepat-cepat. Matanya pun tak
dibeliakkan lagi. “K...kau?” Tanya Ijan masih terkejut dan tergagap-gagap.
“Apa k...kau? Ni apa hal pulak sangkut-sangkut
ni?” Tanya Ein hairan dan mengajuk cakap Ijan.
“Tak ada la. Aku ni tengah terkejut tau. Memang
kau serius ni nak suruh aku pergi rumah kau?” Tanya Ijan kelam kabut. Matanya
bulat memandang Ein. Penuh excited.
“Iya la.... dah aku tengok kau ni macam nak
berbini sangat. Macam tak boleh tunggu dah. Aku ajak kau pergi rumah aku.” Kata
Ein sambil mengangguk.
“Kau nak aku ajak mak, ayah aku sekali ke?” Tanya
Ijan dengan wajah yang berseri-seri.
“Hey!...... kau ni apa hal haa? Yang kau nak bawa
diorang sekali tu kenapa? Aku ajak kau saja. Yang kau pergi libatkan diorang apa
kes?” Tanya Ein hairan pada Ijan yang tiba-tiba saja excited sangat sampai mak,
ayah dia pun nak diajak sekali.
“Aku mana la pandai dalam bab-bab macam ni. Biar
la dia orang yang bincang dan uruskan.” Kata Ijan senyum malu-malu.
“Apa yang kau melalut ni....... Bincang, urus, apa
benda ni?” Tanya Ein hairan tahap maksima dah dia. Bertambah pelik dia bila
Ijan bertukar malu-malu kucing.
“Laaaa....... tadi kau suruh aku pergi rumah
kau......, buat apa? Bukan kau nak suruh aku bincang dengan kakak kau,
pasal....... kau dengan aku?” Tanya Ijan. Dia pulak hairan dengan reaksi Ein.
“Kau ni memang pening laa.... Bila pulak aku suruh
kau pergi bincang dengan akak aku. Kan aku ajak kau datang rumah aku. Aku nak
kenalkan kau dengan tiga orang junior akak aku yang tinggal kat rumah aku tu.
Dia orang pindah hari ni. Mana la tau kot-kot kau ada sangkut dengan salah
seorang dari tiga orang tu. Kau ni memang kuat berangan la. Lain aku cakap lain
pulak yang kau faham. Apa la kau ni.” Jelas Ein panjang lebar. Menghela nafas
panjang dia, letih dia melayan Ijan yang tak ketahuan tu.
“Oooowh..... aku ingat kau dah setuju nak kahwin
dengan aku tadi......” Jawab Ijan kecewa. Diperlahankan sedikit bila sebut kahwin.
Tak tahu lah Ijan, Ein dengar ke tidak apa yang dia cakapkan sebentar tadi. Dia
tengok Ein diam dengan selamba saja. Tiada riak diwajahnya. Teh yang masih ada
setengah cawan diminum habis.
“Eh.. kau ada kelas ke hari ni?” Terpacul soalan dari mulut Ein, apabila suasana
sepi seketika.
“Ada, kejap
nanti dalam pukul sepuluh. Kenapa?” Ijan pula menyoal.
“Tak ada apa-apa..., saja tanya.” Jawab Ein. Dia
merenung keluar.
“Kau, ada kelas?” Tanya Ijan pula.
“Aku tak ada kelas hari ni.” Jawab Ein. Matanya
melilau melihat sana sini.
“Kau cari apa? Aku tengok mata kau melilau kesana
sini.” Tanya Ijan.
“Tak ada apa. Cuma.... aku tengah fikir, apa yang
aku akan cakap dekat minah yang hantar surat tu kat aku tu. Aku nak marah ke,
bagi hukuman ke ataupun just bagi nasihat.” Beritahu Ein dengan tangannya
memegang cawan minumannya. Tersedia untuk diminum.
“Tadi kau cakap ada minah tiga orang pindah kat
rumah kau. Kau kenal ka dia orang.” Tanya Ijan melihat tepat kemuka Ein.
“Tak. Aku belum lagi jumpa dia orang. Muka macam
mana pun aku tak tau lagi.” Jawab Ein senyum. Air dalam cawan ditangan dihirup
habis.
“Amboiiiii... sedapnya kauuu.... kata aku pening. Kau lagi laa.....dua kali
pening. Kau jumpa pun belum, kenal pun tidak....., alih-alih kau nak kenalkan
aku dengan dia orang. Kau ni sihat ke tidak?”
“Hehehe.....aku ajak kau, nanti bila akak aku
kenalkan dengan aku secara tak langsung dia akan kenalkan dengan kau jugak.
Haaaa.... cerdik tak aku. huhuhuhu.....” Jawab Ein dengan ketawa kecil.
“Ha’ah malas la aku nak join sesi sua kenal kau
tu. Kau kenal dulu.., nanti kalau dah kamcing, kau kenalkan la dengan aku. Baru
best..kau ayat sikit, aku ayat sikit. Baru menjadi.” Kata Ijan. Buat cadangan
bernas.
“Kalau macam tu set. Aku cau dulu la. Nak mandi.
Nak kemas baju. Siap sedia nak balikkkkkkk... ooiiii.... rindu aku kat rumah.”
Kata Ein sambil bangun menggeliat.
“Wei..... kau nak balik bila esok? Pagi ke
petang?” Tanya Ijan kelam kabut.
“Esok, aku ingat nak balik pagi. Aku cakap kat akak
aku..., nak balik petang, tapi aku nak suprise kan dia. Biar dia tak sangka
yang aku akan balik pagi esok. Hahahah......” Kata Ein ketawa.
“Hai.. kau nak balik esok pagi....., yang kau
sibuk-sibuk nak kemas baju awal-awal ni apa hal?” Tanya Ijan.
“Biar la...... dah aku semangat nak balik. Yang
kau tu ada mak ayah, tak kelam kabut nak
balik. Tak semangat ke nak jumpa dia orang?” Jawab Ein. Kemudian Ijan pulak
disoalnya
.
“Aku bukannya tak semangat.... tapi, mak dengan
ayah aku tu, asal nampak saja muka aku mula la nak tanya itu ini. Paling aku
tak suka dia orang tanya bab kahwin. Lemah semangat aku nak jawab. Selalu
jawapan aku fail bagi diorang.” Terang Ijan. Meraup mukanya.
“Woh.., tension betul kau ya. Tapi tak boleh nak
salah dia orang jugak. Cuba kau cek balik IC kau. Haaaah ... kau kira la,
berapa jumlah umur kau sekarang. Memang patut pun kau kahwin. Lagipun dia orang
dah tua, nak jugak main dengan cucu dia orang sebelum dia orang pejam mata.”
Kata Ein. Bercakap macam orang yang dah matang. Ceeewahhh.. pandai dia cakap
orang. Dia sendiri pun kena sound dengan kak G bab ni jugak.
“Hari tu masa kau bawak aku pergi rumah kau, aku
tengok dia orang tu dah kemaruk sangat nak bermenantu. Sudah pulak hari tu kau
paksa aku pakai baju kurung. Haaah bukan main lagi aku tengok mak dengan ayah
kau sambut aku. Habis macho dan kekacakkan aku. Beriya-iya sangat mak kau suruh
aku lepak kat rumah kau lama-lama. Bukan takat lepak saja... siap suruh tidur
lagi kat situ. Dah la aku rimas pakai baju kurung tu. Rasa sesak nafas pun dah
ada, tau. Yang kau tu senyap saja. Bukan nak tolong aku keluar dari situasi tu
pun. Tobat dah aku pergi rumah kau pakai baju kurung.” Kata Ein panjang
berjela-jela sambil mengangkat tangan macam orang surrender.
“Kau jugak yang cakap suruh aku duduk diam. Kau
kata, kau pandai-pandailah suai diri dengan keadaan.” Ingatkan Ijan. Ein
menggaru-garukan kepalanya.
Ijan hanya tersenyum. Fikirannya kembali pada hari
dimana dia merayu-rayu meminta pertolongan Ein.
“Ein, kau tolong la aku. aku tengah terdesak
sekarang ni. Tolong laaaaa...... Pleasezzzzzzz.....” Rayu Ijan sambil berlutut didepan Ein.
“No! Never!
Permintaaan kau tu dah di luar kemampuan aku..... Lagipun tak baik kita buat
macam ni. Kita dah dikira cuba melukakn hati orang yang tak bersalah. Tu pun
bukan hati orang lain, mak dengan ayah kau jugak.” Kata Ein tegas menolak
cadangan Ijan.
“Kau tahu tak dia orang nak kawinkan aku dengan
sepupu aku kat Ipoh tu?” Tanya Ijan.
“Aku tahu la. Kau dah pernah cakap dengan aku
sebelum ni. Jadi apa masalah kau. Terima aja la. Bukan benda buruk pun yang dia
orang rencanakan untuk kau.” Kata Ein cuba buat Ijan faham akan niat kedua
orang tuanya.
“Aku tahu la dia orang cuba buat yang tebaik untuk
aku. Masalahnya aku belum bersedia nak kawin. Lagipun aku tak ada perasaan
langsung kat sepupu aku tu.” Kata Ijan memberitahu isi hatinya.
“Isssssh... tak kan sikit pun tak ada. Kau normal
ka tidak?” Tanya Ein.
“Aku normal la ngok. Lagipun sepupu aku tu
badannya sihat sikit.” Kata Ijan.
“Haaaaah .... kalau dah sihat macam tu... ok la ..
tak la susah-susah kau nak bawak dia pergi hospital nak buat medikal check out
selalu.” Balas Ein.
“Bukan itu la maksud aku. Sihat maksud aku disini
ialah gemuk. Tau tak.” Jawab Ijan sedikit keras.
“Ops... iya ka... tapi kalau gemuk pun asal dia
sihat, apa salahnya. Kau nak yang kurus, tapi kalau selalu sakit-sakit siapa
yang susah, kau jugak kan.” Balas Ein.
“Alaaaa.... Aku bukannya nak cari yang sakit....
aku pun nak yang sihat jugak. Tapi biar la kena dengan taste aku.” Kata Ijan.
“Ooooo... Kau ada taste rupanya.. aku ingat kau
main borong semua. Hahahaha....” Kata Ein sambil ketawa.
“Kau ingat aku ni low profil sangat ke?” Tanya
Ijan.
“Mana la aku tahu.” Jawab Ein pendek.
“Arrrrhg...sekarang ni aku nak kau tolong aku
jugak.” Kata Ijan memaksa.
“Kau nak suruh aku pakai baju kurung, kau nak aku
jadi teman wanita kau.....kau nak..... aku buat macam-macam.....Ishhhhh...ini
memang susah.” Balas Ein berat.
“Tolong laaaa.... aku cuma ada kau saja sebagai
harapan aku yang terakhir. Kau jangan la buat susah. Kalau kau buat susah...
susah la jadinya. Kan kau selalu cakap.. kita kena berpositif dalam apa jua.”
Kata Ijan memujuk lagi.
“Senang-senang kau bagi tau la kat mak dengan ayah
kau,.. yang kau belum bersedia dan tak suka pada sepupu kau tu.” Kata Ein
memberi cadangan dan berharap dia dapat keluar dan tak terlibat dengan masalah
ni.
“Aku dah cakap dah dengan dia orang .... kau tahu
la kan orang tua. Cakap macam tu sikit dah emosional lebih. Aduhhh.. pening
aku... Tapi diorang ada cakap kalau aku ada orang lain....dia orang suruh aku
kenalkan dengan dia orang. Hehehe...” Kata Ijan.
“Kau pun satu... libatkan aku dalam hal ni....
bukan setakat kau yang pening, sekali dengan aku jugak pening. Dan orang lain
yang dia orang maksudkan..... kau nak aku jadi orang tu? Woooo... parah macam
ni.” Kata Ein.
“Ein tolooooong la aku. bukan selalukan aku minta
kau tolong.” Minta Ijan lagi. Buat muka kesian.
“Iya la bukan selalu... tapi sering kali kau minta
aku tolong.” Jawab Ein. Muka bosan.
“Tapi tu semua hal-hal kecik. Ni aku mintak
perkara yang paling besar dalam hidup aku. Dah melibatkan antara kehidupan dan
kematian aku ni. Tolong lahhh, tak payah la kau banyak sangat tanya dan
berdalih. Kau cuma ikut arahan aku. Bukannya lama pun sekejap saja.” Kata Ijan
tak berputus asa. Merayu-rayu dia pada Ein.
“Hmmmm.....” Hanya itu yang keluar dari mulut Ein.
Dia hanya mampu mengeluh. Hatinya sungguh berat dengan permintan Ijan. Bukan
senang... ini melibatkan orang tua. Ein menggosok rambutnya dengan tangan.
Fikirannya betul-betul buntu. Rambutnya dah kelihatan kusut. Dah serupa orang
hilang anak bini saja gayanya. Dia juga kesian dengan kawannya Ijan.
“Susah-susah sangat kau ajak la mak cik kantin
tu.” Kata Ein memberi cadangan.
“Woi!!! Kau gila. Mak cik kantin mungkin sama umur
dan sebaya dengan mak aku. entah-entah lebih tua dari mak aku. Kau ni.....
kalau nak bagi cadangan pun biar la yang bernas sikit. Bukan ikut sedap mulut
kau saja. Nanti mak aku bukan pergi merisik dah... tapi terus nikahkan aku. Kau
ni.....nak tolong aku ke tidak?”
“Aku ada pilihan ke?” Tanya Ein, memandang pada
Ijan.
“Tak ada.” Jawab Ijan cepat.
“Hai....” Ein mengeluh. Nampaknya terpaksa la dia
setuju. Kesian pula dia dengan Ijan ni.
“Setuju lah Eeeeeeein....” Pinta Ijan tak jemu tangannya
disatukan macam orang mengadap sultan la pulak.
“Okey lah......okey lah......okey laaa.... aku
setuju tapi dengan syarat. Kau jangan nak arah aku buat itu ini masa kat rumah
kau. Biar aku sendiri yang suaikan diri
aku sendiri. Biar aku buat.., apa yang aku nak buat.” Kata Ein bersetuju
dan bersyarat.
“Okey.... aku setuju. Kau pergi lah tukar baju
sekarang.” Pinta Ijan tak sabar. Seronoknya
dia hanya Tuhan saja yang tahu. Kalau diikutkan mahu saja dia lompat kala tu.
Tapi takut nanti Ein sangka yang bukan-bukan pulak. Bukan tak ada orang lain
yang dia nak minta tolong tapi disebabkan perasaannya terhadap Ein, dia mahu
membawa Ein diperkenalkan kepada mak dan ayahnya. Harapannya setelah Ein
berjumpa dengan Mak dan ayahnya mungkin sesuatu akan terjadi. Hati Ein akan
terbuka untuknya setelah melihat kasih sayang ibunya terhadap Ein nanti. Dia
percaya ibunya pasti akan menyukai Ein.
“Errr.... ada satu masalah kat sini Ijan.” Kata
Ein.
”Apa dia pulak?” Tanya Ijan kurang senang, takut
Ein ubah fikiran.
“Hehehe ..... Aku mana ada baju kurung sekarang
ni.” Beritahu Ein. Dia sengeh.
“Jom la kita balik rumah kau. Ambil baju kurung.”
Ajak Ijan lekas.
“Nanti dulu..... dekat rumah aku pun tak ada
jugak. Aku dah bakar semuanya.” Beritahu Ein dengan sengeh entah apa-apa entah.
“Alaaah pulak..... tak apalah kau pinjam la baju
kurung kak G.” Kata Ijan memberi cadangan
“Ish.. tak nak la aku. Biar perkara ni antara kau dengan aku saja.
Aku tak nak orang lain tahu. Nanti cerita lain pulak yang keluar.” Kata Ein
menolak cadangan Ein.
“Okey.... macam ni lah. Kita pergi beli yang dah
siap. Kau pilih saiz kau. Aku bayar.” Ijan buat cadangan.
“Haaa...itu cantik aku setuju. Okey jom.” Kata
Ein. Cepat aja dia setuju.
Mereka kebandar. Mencari baju yang sesuai untuk
Ein. Ijan paling excited dengan semua ni. Ein hanya selamba dengan muka blur
tak boleh blah. Ijan ajak Ein masuk dalam sebuah kedai butik. Baju-baju yang
ada dlam butik tu semuanya cantik-cantik. Senyum lebar Ijan tengok baju yang
bergantungan.
“Ein, cepat la pilih yang mana kau berkenan.”
Pinta Ijan setelah dia sendiri dah tak tahu mana yang cantik nak disuaikan
dengan Ein. Diambil satu diukur pada Ein kemudian di letakkan. Dia pulak yang
lebih-lebih memilih. Ein hanya tengok gitu-gitu aja.
“Kau pilih la.... aku malas lah. Aku mana tau
bab-bab fesyen baju ni. Renyah kau tau dak? Aduuuuuhh.....” Ein mengeluh. Dia
tengok Ijan. Mak aai..muka ceria habis.
“Adik, boleh tolong suggestkan untuk kita orang
tak mana yang sesuai?” pinta Ein pada pembantu kedai yang lepak kat situ melihat
Ijan memilih baju dari tadi.
“Abang nak beli untuk siapa?” Tanya pembantu
kedai.
“Aaaaa..... untuk tunang dia.” Pintas Ein dengan
cepat. Ijan membeliakkan biji matanya.
“Mana tunang abang? Boleh saya tengok orangnya
untuk saya buat pemilihan baju yang sesuai untuk dia.” Tanya pembantu kedai.
Ijan menggaru-garu kepalanya. Tak tahu siapa yang mahu ditunjukkan.
“Eh, adik tunang abang ni tak datang. Abang ni
beli untuk present birthday tunangnya. Lagipun tak lama lagi nak raya kan.”
Kata Ein sambil menyengih dan mengarut sambil menyiku Ijan ditepinya.
“Ha’ah.....” Jawab Ijan mengangguk Laju.
“Apa kena dengan dia orang ni. Bulan puasa pun
jauh lagi. cakap pasal raya pulak. Ish.. tak faham aku dengan mamat dua orang
ni.” Bisik pembantu kedai tu perlahan sambil berjalan pergi mencari baju yang
diminta. Kemudian dia datang membawa bebrapa pasang baju kurung yang
cantik-cantik.
“Abang, ini saya dah pilihkan. Tak tahu la saya
sesuai atau tidak. Warna-warna baju ni saya pilih dengan mengandaikan tunang
abang ni berkulit putih atau sawo matang.” Jelas pembantu kedai tu.
“Haaaaaa..... Okey. Kulit dia sama macam dengan
dia ni. Adik ukurkan pada dia ni.” Kata Ijan menunjuk ke arah Ein. Dia senyum.
“Kat abang ni?” Tanya Pembantu kedai hairan
menunjuk kearah Ein.
“Haa’ah, Iya la.... saiz badan tunang abang lebih
kurang aja dengan dia ni.” Kata Ijan
“Hmmm.... baiklah.” Kata pembantu kedai. Dia
memilih baju yang sesuai dengan kulit Ein. Ein hanya diam. Dia kelihatan blurr
saja.
“Pusing belakang..” Suruh Pembantu Kedai tersebut.
Ein buat apa yang disuruh.
“Okey... yang ni sesuai. Abang boleh pergi bayar
dekat kaunter sana ya.” Suruh Pembantu kedai itu. Ijan hanya mengangguk.
“Weh...kejap.” Tahan Ijan.
“Apa lagi ni...” Tanya Ein hairan.
“Tudung laaa....beli la tudung sekali. Baru nampak
solehah.”
“Hah?” Ein dah tarik muka....’Mamat ni, memang nak
kena pelangkung dengan aku ni.’ Sungut dia sendiri.
“Adik...boleh dapatkan tudung yang sesuai dengan
baju ni....” Pinta Ijan pada pembantu kedai. Dia yang lebih-lebih. Ein muka selamba
kodok saja melihat. Dalam hati tak tahulah. Gamaknya mahu dicekik saja Ijan ni.
“Iyalah.” Sekejap kemudian pembantu kedai datang
semula dengan beberapa sehelai tudung yang cantik. Cepat Ijan mengambil dari
tangan adik pembantu kedai tu. Dia memilih. Ein hanya diam melihat.
“Haa...yang ini cantik. Saya setuju. Saya ambil
yang ini.” Ijan menghulurkan pada adik pembantu kedai.
Setelah membayar mereka keluar dari kedai dan
terus ke KTU. Ein malas nak balik tukar baju kat rumah. Nanti terserempak pulak
dengan kak G. Takut pulak dia Kak G fikir yang bukan-bukan. Nanti banyak la
soal akak dia tu.
“Ein, jumpa kau malam ni.” Beritahu Ijan. Bibirnya
tak lekang dengan senyum. Betapa seronoknya dia...huhuhu...
“Okey.....” Jawab Ein mengangkat tangan. Dia
berjalan ke bilik yang dikhaskan untuk pegawai yang menginap disitu. ‘Aduh... seksanya
aku rasa. Kenapa aku boleh setuju dengan Ijan ni. Masa aku kawan rapat dengan
perempuan dulu pun ada masalah yang mengundang, sekarang kawan rapat dengan
lelaki pun ada masalah jugak. Hai susah betul la macam ni.’ Bisik Ein dalam
hati. Plastik yang ada baju kurung di dalamnya, dicampakkan begitu saja.
Dia tengok jam ditangan. Uhhhh.... dah pukul lima
setengah. Solat asar dulu la. Dia bangun. Mandi dan terus berwudu’. Selesai
solat dia baring-baring sebentar atas tilam. Terlena.
Sayup-sayup telinganya menangkap bunyi lagu
baik-baik sayang dari waliband. “Uhhhh.. kat mana aku ni. Kat konsert ke.... di
buka matanya perlahan-lahan. Makin jelas dimatanya siling bilik itu kelihatan.
Ooooh... kat bilik ke lagi.....tapi dari mana datangnya lagu tu. Diamati lirik
lagu itu betul-betul. Eh!! Telefon aku la.... mana pulak aku letak nii?” Dia
tercari-cari. “Ha’ah... ini dia.. dilihat pada skrin telefon. Aik? Ijan
telefon aku apa hal?” Dileretkan butang hijau
lalu dirapatkan ke telinganya.
“Oooiii... Ein kau apa kes.... membuta ya?” Suara
Ijan kuat ditelefon. ‘Uishhhh kuatnya suara Mat Bunga ni.’ Kata Ein dalam hati.
Mengorek-ngorek telinganya. Dijauhkan sedikit telefon.
“Apasal kau menjerit kat telefon ni. Aku tak pekak
lah. Kau ni..... memang ganggu betul la. Aku baru nak mimpi jumpa bidadari
cantik. Kau betul-betul dah potong stim aku la.” Dia merungut tidurnya dikacau.
“Apa stim-stim. Kau dah lupa ya janji kita petang
tadi?” Tanya Ijan kuat. Kalau tak guna telefon pun Ein dapat dengar suaranya.
“Janji?”
Tanya Ein menggaru kepalanya. Rambutnya yang tak pendek sangat tu
disikat dengan tangannya kebelakang. Dia memerah kepalanya. Janji apa pulak,
awang ni tuntut.
“Ish...kau ni menyakitkan hati betul la. Kan kau
janji nak ikut aku balik rumah untuk jumpa dengan mak dan ayah aku.” Kata Ijan
mengingat Ein kembali.
“Ooooo.... baru aku ingat.... kejap, kau tunggu
aku tukar baju dulu.” Kata Ein. perlahan-lahan dia bangun. Matanya terasa berat
nak buka.
“Wei, Ein kau jangan pakai seluar dengan t-shirt
lak. Kau pakai la baju yang kita beli siang tadi.” Beritahu Ijan cepat-cepat.
Takut Ein putuskan talian.
“Baju? Baju apa pulak ni.....” Tanya Ein hairan.
Dia garu kepalanya....
“Mangkuk betul la minah ni.... Ijan berkata
perlahan. Dijauhkan telefon dari telinganya. Dipekup telefonnya takut Ein
dengar kata-katanya.
“Baju kurung yang kita beli siang tadi la
ngok.....” Kata Ijan sekali lagi dia ingatkan Ein.
“Oooo... iya, iya....... kejap aku nak cari. Kat
mana aku campak tak tahu.” Kata Ein. Matanya dibuka luas-luas.
“Haaa?.... Kau campak.?” Tanya Ijan Terkejut.
“Ehhh... bukan aku campak. Aku letak la.” Kata Ein
sambil sibuk mencari. Cover beb!.. ‘Siap la aku kena bebel’.
“Ijan aku letak dulu ok. Aku nak tukar baju ni.”
Kata Ein mematikan talian telefon.. dia sibuk mencari baju tu. Dimana la kau wahai baju. Sah-sah la dia nanti kena
bebel dengan Ijan. Satu, sebab dia lupa pasal even malam ni. Dua pasal baju
kurung yang dibeli oleh Ijan siang tadi, entah mana dia campak.
‘Wahai baju keluarlah engkau dari tempat
persembunyian kau. Aku nak pakai kau ni. Pleasezzz..... sungut Ein sendiri. Alamak Mat Jiwang ni, kenapa datang
awal sangat. Ini lah nasib aku kalau tak setkan dalam mind ni.’ Ein bercakap
sendiri. Letih mencari. Dia duduk dibirai katil.
Matanya masih lagi mencari. Kemudian...... “A’ah...
itu pun kau.” Jerit Ein kepada dirinya. Dengan cepat dia mencapai. Membuka. Menyarungkan
kedirinya sendiri. Dia melihat dirinya dicermin. ‘Wah!, aku ke ni? Hensemnya...
Eh? Apa pulak hensem.... cantiknya.... baru betul.’ Dia senyum sendiri...
‘Erk! Apa yang aku tenung ni?’ Tersedar. Terpukau
dengan diri sendiri. Apa daa.... teringat dia pasal Ijan dengan sepantas kilat
dia mencapai beg galasnya. Semua barang keperluan sudah dimasukkan ke dalam beg
tu. Membuka pintu, turun mendapatkan Ijan yang telah lama menunggu. Pasti dia
bengang gila ni kat aku. bisik Ein lagi kepada dirinya.
“Hai Mat Jiwang, Jom kita pergi, aku dah siap ni.”
Ajak Ein kelam kabut. Alamak susahnya nak jalan pakai baju kurung niii....tudung
yang dipakainya diperkemaskan.
Ijan memalingkan mukanya, hasratnya mahu
disoundkan saja Ein ni sebab lambat, dan membuatnya menunggu lama. Tapi semua
tu terkubur begitu saja sebaik dia melihat Ein yang begitu ayu berbaju kurung
dan bertudung.
“Woh!.. segaknya kau malam ni. Kau ajak aku pergi
majlis dinner ke atau kau nak ajak aku pergi cover kau dari kena kahwin paksa
dengan mak kau?” Soal Ein terkejut dengan penampilan Ijan. Berbaju kemeja,
bertali leher, berseluar slack dan berkot. Sawan agaknya Ijan ni. Terlebih
formal la pulak.
Iya la dia mahu kelihatan segak dan bergaya dimata
Ein. Banyak baju yang dipilihnya tadi. Dah blank sangat dah sebab terlalu
memilih, jadi macam tu la dia pakai. Namun kata-kata Ein langsung tak
didengarinya. Dia terpaku dan terpegun melihat Ein.
Walaupun dibawah kesamaran cahaya lampu neon.
Namun dia dapat melihat dengan jelas kecantikkan yang dimiliki Ein. ‘Kenapa kau
sorokkan kecantikan kau Ein? Kenapa tidak kau serlahkannya?’ Makin bertambah
dan bercambahlah lagi kasih yang disemai dalam hatinya. ‘Ooohh..... sungguh aku
menyintaimu sepenuh jiwa dan ragaku, Ein.’ Ijan meluahkannya...tapi cuma dalam
hati.
“Woi! Ijan! Kenapa kau pandang aku macam tu? Tak
pernah nampak perempuan cantik ya?” Sergah Ein, bila dia tengok Ijan begitu
menghayati dirinya. Eh? Perempuan canti? Bila pulak ni aku jadi perempuan
cantik? Hurm....aku pun dah tersasul.
‘Wow power betul la penangan baju ni. Tetiba saja
aku dah terperasan jadi perempuan cantik
Ish.... kena cover ni. Hilang habis kekacakkan dan kemachoan aku yang
telah lama ku pelihara selama ni.
Huhuhu.....’ Bisik dia lagi.
“Errr...... Apa la kau ni.... terkejut aku. Apa
yang kau merepek ni. Kau ni sentiasa perasan tau.” Jawab Ijan cover.
“Haa.... dah la. Tadi kelam kabut sangat sampai
tak sempat-sempat. Sekarang termanggu macam tu pulak. Dah jom.” Ajak Ein
“Err.. jom..... jom la. Ijan agak gementar. Tak
pernah dia rasa macam ni sebelum ni. Bukan ini yang pertama dia keluar berdua
dengan Ein . Memang selalu pun. Tapi entah la... kenapa malam ni dia rasa
begitu gugup dan gementar sekali ketika melihat Ein berpakaian begitu. Mereka
berjalan beriringan.
“Kau datang tadi dengan apa?” Tanya Ein memulakan
bicara sambil bergerak ketempat parkir. Hampir lima minit mereka diam. Melayan
perasaan masing-masing.
“Err.. aku... aku... naik motor tadi.” Jawab Ijan
tergagap-gagap.
“Ha’ah... Kau gila nak aku naik motor sekali dengan
kau berpakaian gini?” Tanya Ein terkejut dengan jawapan Ijan yang
sangkut-sangkut tu. Masih lagi tak dapat mengawal diri.
“Kita naik bas..... eh bukan.... naik teksi....
eh..... bukan..silap... kita naik kereta kau aja lah...” Jawab Ijan
tersasul-sasul. Alamak..... kenapa jadi macam ni pulak... cover..cover...
cover.. fuh...fuh..fuh.. Ijan menarik dan menghembus nafas. Cepat-cepat. Malu
juga dia kalau Ein perasan tentang dirinya yang tak tentu arah tu.
“Hey.... Ijan, kau apa kes hah? Dari tadi aku
tengok kau semacam saja. Pelik tak tentu pasal. Menggelabah bagai. Cakap pun merepek
macam dukun santau.” Bebel Ein pelik. Mereka sampai tempat parkir kereta. Pintu
dibuka. Ijan ketempat pemandu. Tapi dihalang Ein.
“Tak payah, biar aku drive. Nanti kalau kau yang
drive kelongkang pulak kita. Aku tengok kau macam tak stabil saja. Aku tak mau
masuk longkang.” Kata Ein mengambil tempat Ijan. Ijan ikut saja tanpa kata
apa-apa. Perasaan gugup masih lagi menguasai dirinya.
“Aduh, dia perasan pulak. Tarik nafas, tarik
nafas...” Kata Ijan perlahan menoleh ketempat lain. Peluh mula memercik didahi.
“Woi! Kau demam ya?” Tanya Ein. Perasaan dengan
sikap Ijan yang tak tentu arah.
“Eh? Mana ada. Malam ni, tak tahu kenapa, aku rasa
panas sangat.”Jawab Ijan tanpa menoleh arah Ein. Degupan jantungnya, tak usah
nak kata apa dah lagi. Memang laju betul....
‘Biar betul mamat
ni. Aku pasang aircon dah maksima ni. Boleh panas lagi? Apa kena dengan
dia ni haaa?’ Bisik Ein sendiri.
“Iya la panas. Yang kau pening sangat pergi pakai
baju macam ni apa ha? Pelik tahu tak aku tengok. Bukan setakat pakaian kau saja
yang pelik. Dengan kau-kau sekali pelik. Karang aku cakap kau buang tabiat, kau
nak marah aku pulak. Tapi nampak macam kena aja tekaan aku ni.” Kata Ein lagi.
Dia mengeluh....
Ijan diam. Malas nak bercakap. Nanti terkeluar habis
apa yang disimpan selama ni. Kalau boleh dia mahu beritahu Ein bila dah tiba
masanya. Yang pasti masanya bukan sekarang.
Melihat Ijan diam. Ein pun malas nak bersuara.
Sudahnya.... dua-dua diam.
“Ijan masuk ikut sini ya?” Tanya Ein inginkan
kepastian. Masuk simpang.
“Yeah... kau berhenti kat sini.” Arah Ijan.
Gugupnya dah hilang sikit.
Mereka keluar dari kereta. Ein melangkah
menghampiri Ijan.
“Jom kita masuk.” Ajak Ijan.
“Eeh.. kejap”
“Kenapa pulak” Tanya Ijan hairan.
“Ini ke rumah kau? Besarnya..... bertuah la sepupu
kau dapat tinggal kat rumah macam ni lepas kahwin dengan kau. Hehehehe.....”
Kata Ein merenung rumah Ijan.
“Ish...aku ajak kau datang sini bukan nak suruh
kau sokong cadangan mak aku. Tapi nak suruh kau memesongkan niat mak aku, kau
faham tak?”
“Faham laa....” Balas Ein selamba.
“Dah.., tak payah nak berdiri kaku kat sini. Jom
masuk.” Ajak Ijan. Dia melangkah.
“Woi, kau dengar tak apa yang aku cakap ni?”
Sergah Ijan kuat, bila dia lihat EIn masih berdiri sambil senyum melihat arah
rumahnya.
“Aku dengar la. Aku tak pekak Lagi.” Jawab Ein poyo
aja.
“Jom” Ajak Ein. Berjalan kearah pintu masuk. Menggeleng
Ijan.
“Assalamualaikum.......” Ijan memberi salam.
Waalaikumussalaaam....” Jawab penghuni rumah. Pintu
dibuka.
“Masuklah Ein. Tak payah segan-segan.” Kata Ijan
menjemput. Ein angguk. Kakinya melangkah masuk. Dia melihat sekeliling rumah.
Cantik. Bisik hatinya.
“Ein ini pengasuh aku. Mak Jah namanya. Mak jah,
ini Ein kawan saya satu tempat kerja.” Ijan memperkenalkan. Ein menghulukan
tangan. Bersalaman.
“Mak dengan ayah mana Mak Jah?” Tanya Ijan.
“Dato’ dengan Datin ada didalam sedang menunggu.”
Beritahu Mak Jah.
Haaa...Dato’? Datin? Terkejut Ein. Rupanya Ijan ni
anak Dato’. Dua tahun dia kenal Ijan, langsung dia tak tahu yang Ijan ni anak
Dato’. Apa punya kawan daaa....kata bestfriend. Tapi siapa bestfriend dia
sebenarnya pun dia tak tahu.
“Jom Ein. Kita pergi jumpa mak, ayah aku.” Ajak
Ijan. Terbantut Ein melayan perasaan.
“Nanti kejap. Kau anak Dato’? Kenapa kau tak bagi
tahu aku sebelum ni? Kenapa patut kau sorok semua ni? Kau dah banyak duit,
kenapa masuk Air force?” Ein bertanya dua tiga soalan yang pastinya dia mahukan
jawapan.
“First, ayah aku Dato’. Bukan aku. Second, aku
malas nak hebohkan. Aku takut orang tak nak kawan dengan aku. Third, aku tak
sorok pun dari kau. Kau tak pernah tanya. Dan yang akhir sekali, Air force tu
minat aku dari sejak baby lagi. Okey, dah jelas. Jom kita jumpa diorang.”
Terang Ijan. Mahu saja dia memegang tangan Ein kala ni.
Baru dia mahu menyesuaikan diri dengan pakai macam
ni, langkanya tiba-tiba jadi sumbang dan
kakinya tersadung dengan kaki sendiri. Maklumlah lama sangat dah tak pekena
baju kurung. Dah lupa macam mana nak suaikan diri dengan baju kurung dalam masa
yang singkat.
Badannya melayang bagai nak tersungkur. Tapi cepat
disambar Ijan. Pandangan bertaut. Romantik kejap.
“Boleh kau lepaskan aku tak? Tak payah nak
beromantik sangat dan feeling lebih-lebih. Aku belum boleh masuk bab tu lagi.” Potong
betul la Ein ni. Boleh dia cakap macam tu disaat macam ni....memang hati batu
betul.
Malu Ijan bila ditegur Ein macam tu. Rupanya dia
sendiri yang terasa feel. Tapi Ein tak pun. Mengeluh dia.
“Ehem...Kau okey ke ni?”
“Aku okey, cuma baju ni, menyusahkan betul laa...bertambah dengan
tudung ni. Huh..letih betul aku nak handle.” Jawab Ein tanpa memandang ke arah
Ijan.
Baru dua tiga langkah tak campur dengan langkah
Ein yang hampir nak jatuh tadi, dia dah boleh nampak mak dan ayah Ijan sedang
menunggu dengan senyum di meja makan.
Mak Ijan menghulurkan tangan tanda perkenalan,
dengan senyum yang manis, menawan serta lembut. Ein menyambutnya dengan penuh
sopan. Lalu dicium.
“Wah!... sopannya kau Ein...” Bisik Ijan.
“Kan aku cakap aku akan suaikan diri aku sendiri.
Kau diam dan tengok saja. Tahulah aku uruskan.” Balas Ein berbisik. Sambil
senyum dibuat-buat.
“Jemputlah duduk Ein. Janganlah malu-malu. Kita
makan dulu sebab makanan dah terhidang. Nanti boleh kita sembang-sembang.”
Jemput Datin. Lembutnya suara datin.
Ein tiada kata. Dia menurut saja. Dimeja makan
hanya sepi. Masing-masing menjamu selera. Ein makan sedikit sahaja. Memang dia
tak makan banyak. Buat pulak malam. Dia cukup cerewet bab makan. Makanan
didepan matanya memang sedap dan lazat. Tapi tak sesuai untuk Ein yang
mengamalkan pemakanan diet. Jaga badan la katakan.
“Aaii.. sikit saja makan Ein. Kamu diet ka?” Tanya
Datin
‘Tak lah Datin, dah kenyang dah.” Jawab Ein. Ambil
hati.
“Dia ni mak, kalau bab makan memilih sikit. Kalau
masak lebih minyak sikit pun dah dia reject. Memang cerewet sangat mak.” Sampuk
Ijan.
Ein senyum masam. Dalam hatinya geram dengan Ijan
kerana menyampuk. Di kuisnya kaki Ijan dengan kakinya. Mak Ijan hanya senyum.
“Patut la makcik tengok slim dan cantik. Kalau
macam ni bertuah la Ijan. Mesti dia tak cari lain dah.” Kata Datin memuji.
Tersedak Ein dengar pujian mak Ijan. Bulat matanya
melihat kearah Ijan. Ijan hanya senyum.
“Eh.... kenapa dengan kamu ni. Tiba-tiba saja
tersedak. Bagi air pada Ein, Ijan.” Suruh Datin kelam kabut.
Ein menyambutnya. Diminum air tu sampai habis.
Bukan kerana dahaga atau apa-apa saja, tapi terkejut!!!!.
“Kalau dah habis makan, mari kita ke ruang tamu.”
Ajak Datin.
Ein senyum dan angguk. Mereka jalan beriringan.
Sampai saja diruang tamu Ein melabuhkan punggungnya atas sofa. Ijan mengambil
tempat duduk disebelah Ein. “Tak payah la nak dekat sangat.” Bisik Ein kepada
Ijan. Dengar saja Ein cakap macam tu,Ijan menjarakkan sedikit. Datin juga duduk
disisi Ein.
Mak, ayah Ein apa khabar?” Tanya Datin lembut.
“Err..mak dan ayah saya dah lama meninggal. Saya cuma
tinggal dengan kakak saja. Itupun kakak angkat.” Jawab Ein.
“Dah lama Ein kenal dengan Ijan ni?” Tanya Datin.
Sesi soal siasat dah pun bermula.
“Dah lama Datin. Sejak saya ditugaskan di KTU.
Lebih kurang dua tahun agaknya.” Jawab Ein lembut dan penuh sopan.
“Tak payah la nak berdatin-datin. Panggil saja mak
cik” Kata Datin. Tangan Ein dipegang lembut.
“Amboi dah lama ya. Tapi baru sekarang Ijan nak
kenalkan dengan makcik. Berani dia simpan anak dara secantik ni lama-lama.
Kalau mak cik tahu dah awal-awal lagi mak cik dah suruh dia melamar kamu.
Mungkin sekarang ni mak cik dah timang cucu pun.” Beritahu Datin akan
hasratnya.
Membulat mata Ein mendengar kata-kata Mak Ijan.
Namun dia tetap senyum. Dia berpaling kearah Ijan dengan muka yang geram.
Giginya dirapatkan. Matanya dikecilkan tanda geram teramat.
“Aku akan
bunuh kau Ijan.” Bisik Ein geram.
Ijan hanya menjungkit bahu, senyum masam dan
menutup mulut dengan satu jari. Habislah aku kali ni. Aku dah nampak api......
Bisik hatinya.
“ Eh mak, cukup-cukup la tu. Dah pukul sepuluh ni.
Ein kena balik nanti kakak dia risau pulak.” Ijan cepet-cepat menutup sesi yang
nampaknya kurang disenangi Ein. Dia dapat rasakan yang gunung berapi akan
meletup sekejap lagi.
‘Aku kena siapkan diri la ni. Sah aku toucher
dengan minah ni teruk-teruk punya.’ Ijan berkata dalam Hati.
“Oh, iya ka. Tak beritahu kakak yang Ein datang
sini?” Tanya Datin.
“Dah, cuma
dia tak bagi balik lewat sangat.” Jawab Ein senyum.
“Tak mengapalah
kalau macam tu. Lain kali datang pulak. Bawak kakak sekali. boleh makcik
kenal.” Datin bersuara lagi.
“Baiklah ma......mak cik.” Jawab Ein ringkas. Dia
dah tak sabar nak balik. Hatinya panas.... cukup panas. Dia bangun dari sofa.
Berjalan kepintu utama. Dalam hatinya hanya ingat nak balik aja. Dia akan
anggap yang semua ni tak pernah berlaku.
Ijan hanya mengikutnya dari belakang tanpa kata
apa-apa. Dia faham benar dengan Ein. Memang minah tu tengah bengang dengannya
sekarang ni. Walaupun wajahnya nampak manis dan bibirnya senyum, tapi hatinya
membara. Itu sudah pasti.
Mereka bersalaman. Datin senyum. Dipeluknya Ein
dengan Erat. Sayu pulak Ijan yang melihatnya. Apa yang diharapkan memang
menjadi. Maknya betul-betul menyukai Ein. Tapi dengan ekspresi wajah yang
ditunjuk Ein tu dia dapat agak yang ini semua tak akan mengubah pendirian Ein.
Mereka berjalan menuju ke kereta. Ein hanya diam.
Dia masuk menghidupkan enjin kereta. Ijan tak berani nak bersuara. Kereta
meluncur laju.
“Ijan!!! Apa yang cakap pada mak dengan ayah kau
haaa? Apa yang kau beritahu tentang aku?” Tanya Ein. Suaranya keras. Cukup
keras. Ijan menelan liur.
“Errr....aku....errr...aku....” Hanya itu yang
keluar dari mulut Ijan.
“Apa aku,aku. Baik kau cakap.” Kata Ein marah.
“Aku....aku cakap yang kau ni teman istimewa aku.”
Kata Ijan perlahan.
“What??!! .. kau ni memang nak kena dengan aku.
Mangkuk betul la kau ni. Ish.....dia ni....kalau negara ni tak ada
undang-undang, dah lama aku bunuh dan buang kau dalam sungai, tau tak.” Marah
Ein. Ijan hanya tunduk. Kemudian dia senyum sendiri.....
.
“Wei.., Ijan, kenapa kau senyum? Kau melayang
kemana ni. Dari tadi aku panggil kau seeeeenyum memanjang. Kau berangankan
kakak aku ke?” Tanya Ein.Ijan terperanjat. Lamunannya terhenti.
“Apa kau cakap tadi Ein. Aku tak perasan laaa....
boleh ulang lagi sekali?” Pinta Ijan.
“Apa kena dengan kau ni.... sampai aku cakap pun
kau tak dengar. Kau kena sampuk ke?” Ein hairan dengan Ijan.
“Apa sampuk-sampuk? Aku okey la. Apa yang kau
cakap tadi?” Tanya Ijan.
“Aku tanya kau..... kau berangan kan kakak aku ke?
Ulang Ein.Ijan hanya senyum. Soalan Ein dijawab dengan
senyuman dibibirnya.
“A’ah sudah senyum pulak. Ish...dia ni...memang
sakit betul la. Dah la kau. Kalau layan kau sampai esok pun tak habis. Aku cau
dulu. Kalau ada masa petang nanti kita jumpa. Okey?” Janji Ein. Mukanya begitu
ceria sekali. Berjalan. Meninggalkan Ijan yang masih teguh duduk disitu.
“Okey.” Jawab Ijan pendek. Dia melihat Ein berlalu
pergi meninggalkannya. Dia gembira melihat insan yang disayanginya secara diam,
kelihatan ceria. Hai Ein..aku betul-betul jatuh hati dengan kau.’ Sungutnya
sendiri.
Mak cik kantin datang mengutip cawan air yang
diminum Ein dan Ijan tadi. Dia dapat melihat senyuman diwajah Ijan yang masih
memerhatikan Ein yang semakin jauh.
“Ehem...... Tuan, kenapa tidak berterus terang
saja? Kenapa nak disimpan? Saya tengok Puan tu baik, cantik, berbudi bahasa,
menghormati orang tua, bak kata cukup pakej kalau nak buat isteri.” Tegur mak
cik kantin.
“Bukan saya tak mahu berterus terang mak cik, tapi
saya dapat rasakan yang saya ni bertepuk sebelah tangan. Kalau dia bagi saya
lampu hijau tak mungkin saya akan simpan perasaan ni dalam hati saya lama-lama
Mak cik. Dah bermacam saya buat.., untuk dia perasan dan faham apa yang
tersurat dihati saya ni. Tapi semuanya hampa Makcik. Seolah-olah hati dia tu
batu.” Luah Ijan bersama keluhan.
“Sabarlah Tuan. Sama-sama kita berdoa. Mungkin
suatu hari nanti dia akan sedar dan faham tentang perasaan Tuan..” Kata makcik
kantin dengan simpati.
“Saya pun berharap macam tu jugak makcik. Okey la
makcik saya pergi dulu, ada kelas kejap lagi.” Jawab Ijan bangun. Sekali lagi
dia mengeluh.
“Baiklah Tuan. Saya doakan semoga Tuan dapat apa
yang tuan harapkan.” Kata makcik kantin.
“Terima kasih makcik” Jawab Ijan berlalu pergi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan