ARSLAN HAKIMI
BAB 8
“Haaaa....., kat sini kau Jaja. Puas kita orang
cari.” Kata Fiza menepuk bahu Jaja.
“Apa hal kau orang cari aku haa? Kita ada
appoinment yang tertangguh ka?” Tanya Jaja hairan. Muka fiza dipandang.
“Memang ada. Kan semalam kau cakap nak cerita
pasal Lt Ein kat kita orang.” Kata Zita mengingatkan Jaja.
“Owh...., baru aku ingat. Semalam aku lupa. Letih
sangat. Okey macam ni lah. Nanti lepas kelas aku cerita. Lagipun nanti break
sembahyang Jumaat lama sikit, aku cerita. Okey?” Kata Jaja.
“Okey” Jawab Fiza pendek.
“Wei..., cepat la siap. Dah dekat nak masuk kelas
ni. Nanti lewat..... kena denda.” Tegur Ida melihat kawan-kawanya masih sibuk
menyembang.
“Ida, Fiza, kau tunggu aku ya..... aku nak ke tandas
sekejap.” Pinta Zita.
“Kau ni..... tadi sibuk menyembang, bila orang
kalut nak ke kelas, kau kalut nak ke tandas. Dah tu nak nyusah orang suruh
tunggu pulak.” Ida Bising.
Zita buat muka bodo dengan leteran Ida. Dia dengan
selamba saja ke tandas. Lebih kurang seminit, dia kembali kebilik dengan wajah
yang excited. Terlebih seronok pulak.
“Hai cepatnya kau ke tandas? Kau pergi ambil
haruman tandas bawak bekal ke kelas ke?” Tanya Fiza hairan.
“Kau tahu apa yang jumpa masa aku nak ke tandas?”
Tanya Zita memegang dan menggoncang bahu Fiza.
“Wei, aku pening la kau kocak aku macam ni.” Marah
Fiza. Menepis tangan Zita.
“Kau tau apa yang aku Jumpa?” Ulang Zita dengan
excitednya.
“Mana aku
tau. Kau jumpa hantu?” Tanya Fiza menjungkit bahu.
“Aku jumpa Prince charming.” Kata Zita masih lagi
excited.
“Haaaah.....Prince charming?” Tanya Fiza hairan.
Dia tak dapat lagi tangkap maksud Zita.
“Haa..... Prince charming...... Lt Ein.” Terang
Zita.
“Haaaa... ? Lt Ein? Mana......mana..?” Tanya Fiza
kelam kabut sambil melihat keliling. Pelatih-pelatih lain melihat gelagat
mereka berdua yang bising. Ida yang tadi sibuk mmembelek buku nota. Berpaling
kearah Zita dan Fiza setelah mendengar nama Ein di sebut.
“Bukan kat sini.......kat luar sana la.....”
Beritahu Zita dengan memuncungkan mulutnya kearah pintu.
“Jom.....jom aku pun tengok jugak. Dia pakai baju
apa?” Tanya Fiza menarik tangan Zita
“Dia pakai baju tadi laaa..... baju yang dia pakai
joging tadi. Aduhh... bergayanya.” Kata Zita separuh menjerit.
“Woi!!!.. Kau orang ni apa hal haa? Lt Ein pakai
baju Joging pagi tadi yang penuh dengan peluh pun kau orang kata bergaya.
Eeeee.... korang ni dah buta gaya ka?” pekik Jaja.
“Erk!, ada ke bahasa tu. lantak lah buta ka.....
rabun ka..... janji ini mata kita orang. Kau jangan sibuk.” Kata Zita.
Mereka berlari kepintu dengan kelam kabut.
Tiba-tiba larian mereka terhenti apabila Ein sudah terpacak didepan pintu.
Keadaan mereka begitu rapat dan hampir berlanggar.
“Eh, kamu nak kemana ni kelam kabut nampak? Ada
yang menarik kat luar sana ke?” Tanya Ein hairan. Matanya tertumpu pada Fiza
dan Zita.
Terkejut mereka. Terpaku mereka sejenak. Dah tadi
kelam kabut nak ushar. Dah sekarang ada kat depan. Kelu lidah. Keras macam
batu. Ida mengerling dengan ekor
matanya. Hanya sekilas pandang. Dia kembali membaca notanya. Namun apa yang
dibaca hanya sekadar baca. Langsung tak ada penumpuan. Hatinya berdebar. Kenapa
entah?
“Err.... P........Puan... tak ada kemana-mana pun.
Kawan saya ni sakit perut sangat. Nak pergi ke tandas seorang takut katanya.”
Beritahu Fiza sambil menyiku Zita dengan alasan yang entah dari mana dia ceduk.
Gagap saja bunyinya.
“I...iya puan. Betul cakap dia. Kami pergi dulu.”
Zita mengiyakan. Sama seperti Fiza. Mereka bergegas keluar. Tapi bukan ke
tandas.. hanya jauh sedikit dari pandangan Ein.
“Kamu semua dah bersedia untuk ke kelas?” Tanya
Ein dengan senyum.
“Dah Puan....” Jawab semua pelatih disitu.
“Wah bersemangat kamu semua ya... saya harap
semangat kamu semua terus kekal sehingga tamat kursus disini.” Kata Ein lagi.
“Insyaallah Puan.” Jawab mereka.
Dia melihat semua pelatih-pelatih seorang demi
seorang. Tiba-tiba matanya terhenti pada seorang pelatih yang nampaknya sedang
khusyuk membelek-belek nota tanpa melihat padanya. Dia berusaha untuk melihat
wajah pelatih tersebut. Kemudian.....
“Kamu....” Kata Ein menunjuk kearah pelatih tadi.
Tapi tiada respons. Fiza dan Zita melihat dengan terkejut. Mereka hairan
mengapa Ein menegur Ida.
“Kamu yang sedang membaca tu...” Kata Ein lagi. Tangan
masih menunjuk kearah Ida. Ida terkejut. Mengangkat mukanya perlahan-lahan.
“Saya?” Tanya Ida. Menunjuk kemukanya. Peluh mula
memercik. Jantung mengepam laju.
‘Alamak apa
yang dia buat ni. Kenapa dia datang dekat pulak. Entah-entah dia dah tahu. Aduh
mati la aku......’ Jerit Ida dalam hati. ‘Kenapa dengan jantung aku ni. Makin
laju la pulak. Aduh panasnya muka ni.’ Bisik hatinya. Dia tunduk. Peluh makin
memercik. Dia gelisah.
“Bukankah kamu yang......” Ayatnya terputus. Cuba
ingat sesuatu.
Ida menunggu dengan penuh debar dihati. Jantungnya
bagai mahu tercabut. Darahnya menyirap kemuka. Dia terasa dirinya bagai
dihempap batu. Kaku. Air matanya mula bertakung. Ditahannya agar tidak
mengalir. ‘Nampaknya betul la dia dah tahu. Mati la aku kali ni siap kena sound
depan dia orang semua. Malunya....malunya...’ Hatinya berkata lagi. Masih
menunggu.
“Bukankah kamu yang saya nampak kat rumah Makcik Kiah
hari tu?” Tanya Ein. Cuba melihat wajah Ida dengan jelas sebab Ida masih
tunduk.
“Haa?” Ida terkejut. Mukanya diangkat. Dia melihat
Ein yang betul-betul berdiri depannya. Tapi cepat-cepat dia tunduk kembali.
Hatinya belum pulih untuk terus bertentang dengan Ein. ‘Aduh.... bersihnya muka
dia.’ Hatinya berkata lagi.
“Betul kan? Kamu yang saya nampak?” Tanya Ein.
Berkerut dahinya.
“Ya, Puan.... “ Kata Ida mengangguk laju.
“Yeah!! saya dah agak dah. Patut la dari hari
pertama saya tengok kamu, saya rasa macam kenal. Memang betul kamu.” Kata Ein
mengangguk. “Tapi kamu dengan Mak cik Kiah tu apa kena mengenanya?” Tanya Ein
lagi.
‘Dia mak saya.” Jawab Ida tanpa melihat Ein
dihadapannya.
“Owh, mak kamu. Dah dua kali saya ke rumah Mak cik
Kiah, tapi saya tak nampak kamu pun? Kali yang ke tiga baru saya nampak kamu.
Kamu bertugas dimana?” Tanya Ein.
“Saya bertugas di KL.” Jawab Ida.
“Owh KL. KL tu kat mana?” Tanya Ein.
“Kat subang.” Jawab Ida.
“Owh.....” Kata Ein pendak. Mengangguk.
“Hurm, mak kamu apa khabar? Dia sihat?”
“Dia Sihat.”
“Alhamdulillah...... kalau kamu ada telefon mak
kamu, kirim salam saya padanya. Okey. All the best to you. All the best you all
semua.” Kata Ein mula menapak keluar.
Ida menarik nafas lega. Dadanya diurut lega.
“Haaaa... rupanya kau dengan Lt Ein tu dah kenal
laaa... patut la aku tengok kau lain macam. Kau ada affair dengan Lt Ein
yaaaa....” Serkap Fiza.
Ida terkejut. Entah bila mereka berdua tu berada
didepannya. Tau-tau saja dah bersuara yang bukan-bukan. Macam hantu dia orang
ni. Fikir Ida.
“Kau jangan nak sekap jarang tak tentu
pasal.Affair apa bendanya. Baru hari ini dia perasan aku.” Jawab Ida.
“Tadi dia cakap pernah jumpa kau kat rumah mak
kau.” Zita pula mencelah.
“Betul la tapi bukan dia pergi jumpa aku, dia
pergi melawat mak aku. Kan aku pernah cakap dengan kau orang yang ada seorang
mamat kacak lagi mahco pernah selamatkan
mak aku dari kena rompak.” Jawab Ida malas.
“Iya.. aku ingat lagi.” Kata Fiza. Mengangguk.
“Mamat yang aku maksudkan tu Lt Ein la.” Kata Ida.
“Haaa?” Suara Fiza dan Zita serentak. Membulat
mata mereka mendengar apa yang dikatakan Ida.
“Patut la kau lain macam saja hari tu aku tengok.
Sebab kau rasa dia akan cam kau kan? Tapi tidak.” Kata Zita menyengih.
“Alaaa, kau tak payah la nak ambil hati dengan Lt
Ein tu. Dia jumpa ramai orang...... bukan dia ingat semua.” Kata Fiza.
“Betul tu. Dah arr kelas pun dah nak mula ni.
Nanti bising pulak Tuan Ijan.” Kata Zita. Mereka berjalan menuju kekelas.
__________________________________________________________________
“Siti, Mimi, kau orang dah siap ke kemas barang?
Dah angkut letak dekat pintu? Nanti tak kelam kabut sangat” Tanya Lily. Dia
masih sibuk memastikan semua barang tak ada agar tak tertinggal. Tak mahu dia
menjejak kaki lagi kat rumah ni.
“Dah.” Jawab mereka serentak.
“Siti, kau dah panggil teksi?” Tanya Lily lagi. Matanya
jatuh pada Siti yang asyik dengan telefonnya.
“Dah. Kejap lagi sampai la.” Jawab Siti tanpa
melihat pada Lily.
“Semua barang dah ready ya? Jangan ada yang
tinggal pulak. Nanti susah-susah kena pusing balik.” Ingatkan Lily pada Siti
dan Mimi sambil menyusun barang.
“Barang aku dah kira okey dah. Set ready dah.
Kalau ada yang tak penting tertinggal tu..... aku halal aja la.” Kata Mimi yang
duduk disofa.
“Aku pun sama la.” Siti pula bersuara.
“Pon, pon... bunyi hon teksi memeranjatkan mereka
bertiga. “Haaaa...., dah sampai pun teksi. Jom lekas. Ambil semua barang.” Arah
Lily. Kelam kabut dia mengambil beg dan barang-barangnya.
“Kejap-kejap. Aku nak pakai tudung.” Kata Siti, mencapai
tudungnya.
“Hai, baru nak pakai tudung. Tadi tak mau siap
awal awal.” Kata Lily. Menjeling dia pad Siti.
“Aku dah siap dah. Cuma nak pakai tudung aja. Malas
nak pakai awal-awal. Panas.” Kata Siti sambil kalut menyarung tudung.
“Itu baru panas dunia. Kalau kat akhirat nanti
lagi panas tau.” Kata Lily mula nak ceramah bagai.
“Ya la Ustazah.” Jawab Siti. Buat muka poyo.
“Wei korang cepat la...” Panggil Mimi yang dah
kelaur dari rumah.
“Okey, kita
orang datang la ni. Jom, jom,
lekas dah bunyi si Mimi tu.” Lily
bersuara kalut. Siti angguk dan ikut dari belakang.
Mereka mengangkut barang masuk ke dalam bonet
teksi. Kemudian pintu rumah dikunci. “Kau orang tunggu kejap kat sini, aku
pergi serahkan kunci ni kat Mak cik Senah.” Kata Lily. Mimi dan Siti hanya
mengangguk.
Beberapa minit kemudian Lily kembali.
“Dah?” Tanya Siti, bila Lily datang kepada mereka
berdua.
“Dah. Jom” Jawab Lily.
“Okey..., pak cik kita boleh jalan sekarang.” Kata
Siti, yang mengambil tempat duduk dihadapan.
Teksi yang dinaiki oleh mereka bertiga meluncur
laju. Pak cik yang memandu disebelah mengikut sahaja arahan dari Siti. Lebih
kurang setengah jam kemudian, Siti bersuara.....
“Okey pak cik berhenti dekat pokok tu ya.” Beritahu
Siti. Pak cik tu hanya mengangguk. Kereta diperlahankan. Kemudian berhenti.
Mereka keluar dari teksi. Memunggah barang dari bonet teksi.
“Mana kakak yang kau cakapkan tu haa?” Tanya Mimi.
Setelah dilihat tiada kelibat sesiapa pun disitu. Lily membayar tambang teksi.
“Terima kasih pak cik.” Kata Lily. “Sama-sama.” Jawab pakcik teksi.
“Tak apa lah kita tunggu dulu sekejap. Nanti
sampai la tu. sabar la sikit.” Kata Siti. Lebih kurang sepuluh minit menunggu,
akhirnya..... berakhir. Sebuah kereta Proton Wira menghala kearah mereka.
Berhenti dihadapan mereka. Kemudian keluar seorang wanita dalam lingkungan
30an. Senyum. Mereka bertiga menyambut senyuman kakak tu dengan senyuman.
“Sorry la, akak lambat sikit.” Kata wanita 30an tu
dengan lembut menghulurkan tangan untuk bersalaman.
“Tak apa kak. Kita orang pun baru saja sampai.”
Jawab Siti membalas senyuman dan menyambut salam. Diikuti Mimi dan Lily.
“Ha’ah jom la, masukkan barang kamu dalam kereta.
Nanti kalau lambat... lambat la kita sampai.” Kata kakak tu lagi sambil
menolong mereka mengangkat barang.
“Eh! Tak apa la kak. Biar kita orang yang angkat.
Jauh ke rumah akakkkk....... Fauz......
“Fauziah.” Pintas Siti menguit pinggang Mimi.
“Haaa, maafkan saya akak Fauziah, jauh ke rumah
akak Fauziah dari sini?” Ulang Mimi mengangkat barang.
“Tak apa, panggil saja akak, kak G. Tak jauh la.
Cuma lima belas minit.., sampai la. Akak tengok adik Siti jalan terhinjut
hinjut. Kenapa?” Tanya Kak G sambil berjalan ketempat duduk pemandu.
“Saya Kena langgar semalam, akak.” Jawab Siti.
“Serius ke?” Tanya Kak G lagi.
Tak ada yang serius, akak. Cuma terseliuh sikit
aja.” Beritahu Siti sambil senyum.
“Rumah taman ya kak?” Tanya Lily. Masuk kedalam
kereta mengambil tempat duduk belakang.
“Ya, kat sini rumah taman aja la. Kenapa? Kamu
mahu rumah kampung? Kalau nak rumah kampung boleh kak G carikan.” Tanya Kak G
menghidupkan enjin kereta. Masukkan gear dan terus meluncur laju.
“Eh tak ada lah akak. Saja tanya.” Diam seketika.
“Kita
berhenti kat pasar dulu lah ya....nanti dah sampai rumah, segan pulak nak drive
keluar pasar. Alang-alang dah keluar ni kita beli la sayur dan ikan atau ayam.
Nanti balik rehat kejap boleh la masak makan tengahari.” Kak G bersuara setelah
semua senyap.
“Alaa, ikut akak saja la. Kita orang macam mana pun
boleh. Asal akak tak reject kita orang tinggal kat rumah akak dah la.” Jawab
Siti melihat kepada kawan-kawannya.
Kereta kak G berhenti ditepi jalan. Mereka keluar
dari kereta. Ikut saja kak G dari belakang. Selesai membeli apa yang mahu
dibeli, mereka kembali kekereta.
Kemudian mereka menuju kerumah kak G. Kak G memperlahankan kereta,
memberi isyarat masuk simpang. Siti. Mimi dan Lily membaca papan tanda yang
tertera nama nama taman disitu. ‘Ooo.... Taman Pulasan’ Bisik mereka dalam
hati. Akhir mereka pun sampai.
“Alhamdulillah. Sampai kita.” Kata Kak G
memberhentikan kereta. Mereka turun dari kereta. Mimi melihat sekeliling.
Begitu juga Siti dan Lily. Kak G berjalan ke pintu rumah dengan membawa barang
yang dibeli kat pasar tadi. Dia membuka pintu rumah.
“Haaa, apa yang kamu semua tengok-tengok tu meh la
masuk. Ambil barang-barang kamu semua dari dalam kereta tu.” Panggil kak G. Dia
sudah pun masuk.
Siti, Mimi, dan Lily memunggah barang dan dibawa
masuk. Mereka melihat-lihat rumah kak G. Semuanya tersusun. Amboi kemasnya
rumah. Bisik mereka dalam hati. Betul la dah tak ada anak kecil, siapa yang nak
sepahkan. Dari depan pintu dah boleh nampak tiga bilik berderek.
“Siti, Lily, cuba kau lihat tu.” Tunjuk Mimi
kepada kedua rakannya. Kedua-duanya melihat kearah yang ditunjukkan oleh Mimi.
“Uish, siap guna yellow line yang tulis ‘DO NOT
CROSS. DANGER’ lagi. Kenapa ada tanda amaran pulak? Apa yang istimewa sangat
bilik ni? Entah-entah ada bom tak?” Teka Mimi.
“Ish.... kau ni mulut. Kalau dah tak tahu jangan
la main teka saja. Kau gila kak G nak simpan bom dalam rumah ni?” Balas Lily.
Menyangkal tekaan tak berasas Mimi.
“Bilik sapa ni hah?” Tanya Siti membelek-belek
hairan.
“Apa yang kamu semua tengok-tengok tu. Mari akak
tunjukkan bilik kamu semua.” Tegur kak G keluar dari dapur. Mimi, Siti, dan
Lily yang asyik melihat bilik pelik dihadapan mereka terkejut dengan teguran
dari kak G tu. Iya la tengah asyik nak menyibuk harta benda orang. Mereka ikut kak G dari belakang.
“Ini bilik kamu.” Bilik yang pertama sekali
diberikan Kak G untuk mereka. Kalau tak selesa tidur bertiga, salah seorang
dari kamu bertiga boleh tidur dengan akak. Bilik akak yang hujung sekali. Dekat
dengan dapur.” Beritahu Kak G lagi.
“Terima kasih akak. Nanti kami bincang dulu ya akak.
Mereka masuk membawa barang mereka sekali. Bilik tu pun nampak kemas.
“Lily, kau pergi la tidur dengan kak G. Biar aku
dengan Mimi saja tidur kat sini.” Siti buat cadangan.
“Aik? Kenapa pulak aku yang kena sebilik dengan
akak. Kau la yang tidur dengan akak. Kan kau dah kenal akak awal dari kita
orang.” Bangkang Lily. Tak setuju dengan cadangan awal dari Siti.
“Kau La Lily. Aku tengok kau padan dengan kak G.
Tengok muka pun nak sama. Macam adik beradik.” Pujuk Siti. Dia buat muka manis.
“Iya la kau. Okey lah malas aku nak bertekak. Aku
blah bilik kak G dulu la. Babai.” Kata Lily.
“Akak, saya dok sebilik dengan akak saja la. Dia
orang halau saya la pulak.” Beritahu Lily kepada kak G yang duduk di sofa
melepaskan lelah.
“Ish...., kenapa cakap macam tu tak baik. Jom akak
tunjukkan bilik akak. Mereka berjalan kebilik yang dekat dengan dapur. “Ni la
bilik kak G. Maaflah la sepah sikit.” Kata Kak G jemput Lily kebiliknya. Lily
masuk.
“Ish.... tak ada sepahnya akak kalau macam ni.
Kemas lagi dari bilik kami yang dulu.” Beritahu Lily.
“Letak la barang kamu dulu. Nanti kemas la. Jom
kita duduk kat depan dulu. Rehat.” Ajak kak G. Senyum.
“Baiklah akak.” Angguk Lily. Dia ikut cakap Kak G.
“Haa Siti, Mimi dah kemas baju ke? Duduk la dulu.
Kita rehat...... kejap lagi akak masak untuk makan tengahari.” Kata kak G
apabila dilihat Siti dan Mimi keluar dari Bilik. Mereka hanya mengangguk.
“Hurm...akak, nak tanya, tu bilik siapa?” Tanya
Siti sambil jarinya menunjuk bilik yang berada ditengah-tengah antara bilik
mereka dan Kak G.
“Oooh.... tu bilik adik akak. Dia memang macam tu.
Kalau boleh, semua barang dia punya nak letak tanda amaran. Macam la ada orang
lain dalam rumah ni, yang nak diamarankan tu. Tak ketahuan sikit budak tu.”
Jelas kak G sambil menggelengkan kepalanya.
“Mana adik akak tu? Dari kami sampai tadi tak
nampak pun muka dia?” Tanya Mimi.
“Dia tak balik lagi ada kat KTU tu. Katanya esok
petang baru dia balik. Dah seminggu dia kat KTU tu, ada pelatih kursus baru
masuk. Sibuk la sikit. Nanti kamu bertiga boleh la kenal dengan dia. Dia tu
nakal sikit. Nanti kamu semua jangan la ambil hati dengan dia.” Beritahu kak G.
“Kamu dah tinggal kat sini dengan akak, tak payah
la nak formal sangat. Anggap la akak ni macam akak kamu semua. Rumah ni buat
saja macam rumah kamu. Apa yang ada kalau kamu nak makan........ makan lah.
Akak tak kisah. Kalau kamu semua ada masalah, akak sedia dengar masalah kamu
dan kita akan cari penyelesaian bersama.” Kata Kak G panjang. Mereka bertiga
hanya mengangguk.
“Akak Cuma tinggal dalam rumah ni berdua saja
dengan adik akak Kalau dia ada, rumah ni riuh macam ada sepuluh orang. Kalau
dia, tak ada, tinggal la kak G sorang-sorang. Sunyi betul....” Beritahu Kak G lagi
kepada mereka bertiga.
“Adik Kak G tu tak tinggal sini ke?” Tanya Siti.
“Dia memang
tinggal sini. Tapi tak pernah lekat kat rumah pun..... dia pergi KTU pagi balik
petang, lepas tu malam keluar lagi. Kalau jam tak tunjuk pukul satu atau dua
pagi, tak nampak batang hidung la.” Terang Kak G.
“Tak kan dia tak cuti langsung, kak?” Tanya Mimi.
“Cuti kat KTU tu ada. Tapi macam tu la, cuti macam
tak cuti. Bukannya ada kat rumah pun......” Beritahu kak G lagi.
“Akak tak bosan ke duduk kat rumah sorang-sorang
kalau adik akak tu tak ada?” Tanya Lily pula. Yang tadi hanya diam menjadi
pendengar yang setia.
“Mana nya tak bosan. Bila bosan sangat akak kemas
la rumah ni. Buat apa yang patut.” Kata Kak G
“Patut la rumah ni bersih, pastu kemas lagi.” Kata
Lily lagi.
“Kemas la dah tak ada orang yang nak sepahkan.
Kalau adik akak ada, dia yang jadi juru sepah barang kat rumah ni. Dia yang
selalu bagi kerja tambahan kat akak, tau. Tapi akak tak kisah..sebab, dengan
sikap manja, nakal dan keanak-anakkan dia tu tu sentiasa buat akak terhibur.”
Kata kak G lagi. “Satu lagi........dia cukup ambil berat, penyayang dan sentiasa
bersikap mahu gembirakan hati orang lain.” Tambah kak G lagi memuji adik
kesayangannya.
“Wah, best la akak dapat adik yang macam tu. Kalau
saya pun .., pasti bangga.” Kata Mimi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan