ARSLAN HAKIMIE
BAB 1
BAB 1
“Leftenan Norazrin!” Panggil
Tuan Komandan tegas. Mukanya betul-betul serius memandang Ein yang tegak
berdiri dihadapannya. Lama dia tenung muka Ein. Dari renungan tu memang nampak
benar yang Ein ni akan hadapai masalah besar kali ni.
Kamu tahu, kenapa saya
panggil kamu?” Tanya Komandan tegas setelah beberapa minit diam. Pandangan Tuan Komandan yang tajam tu terus
menikam wajah Ein yang comel tu. Erk!! Comel ke? Comel la sangat.....
‘Because you love me.
Hua..hahaha...’ Jawab Ein. Tapi dalam hati aja laa, hehehe. Siot betul minah
ni, mahu juga dia main-main walau dalam hati.
“Tak tahu
tuan.” Jawab Ein jelas. Dia masih diam menunggu kata-kata selanjutnya daripada Komandan yang duduk dihadapannya. ‘Hensem lagi
Komandan ku ni ya.. tapi yang paling gempak, tang misai tu. Fuh, mahal
gila....kalah A.Samad Said....Hehehehe.....’Bisik hatinya. Dia senyum tapi cuma
dalam hatinya.
Komandan
mengerutkan dahinya. “Ini!” Komandan menghulurkan sekeping kertas yang berlipas
kemas kepadanya.
Ein bingung. Dalam hatinya sudah ada
bermacam-macam soalan bila Komandannya menyerahkan kertas yang berlipat tu
kepadanya. Salah satu yang terkuat bermain dimindanya adalah.... ‘Mungkin kah
ini surat transfer aku? Aku tak nak pindah. Aku seronok dekat sini. Tak nak!!
Tak nak!! Ohh tidaaaak!’ Jerit Ein dalam
hati. Dia kelihatan sungguh gelisah.
Kertas tu disambut perlahan-lahan. Teragak-agak
juga dia mahu mengambil sebenarnya. Setelah kertas tu berada ditangannya, lalu
dibuka.
“Alamak!! Apa benda ni?” Terpacul soalan tu dari mulut
Ein. Dia memandang muka Komandan dengan muka terkejut.
“Err....Tu......Tu...,Tuan.Tak kan Tuan nak bagi
surat cinta pada saya pulak ni?” Terkeluar soalan tak munasabah dari mulut Ein.
‘Terover ke aku ni? Biasa la beb!! Aku kan tergolong dalam senarai teratas yang
paling kacak bergaya dan cantik pulak tu. Slow sikit tang cantik tu. Tak suka
la aku kat perkataan tu. Nampak feminin. Tapi normal la kalau Komandan pun
terminat kat aku.’ Bisik Ein lagi.
“Haa? Saya nak bagi surat tu pada kamu? Kamu
jangan nak buat lawak sekarang ni. Surat tu saya ambil dari atas meja kamu pagi
tadi. Saya datang kamu tak ada. Saya lihat ada kertas yang nampak macam
mencurigakan. Lalu saya ambil, bila saya buka saja, amboi mak!....sekarang kamu
terangkan pada saya.
“Meja saya?”
Tanya Ein hairan. Dia cuba ingat. Lama dia termenung.
Masa dia sampai tadi memang dah ada kertas yang
macam ni kat atas mejanya. Masa tu dia kelam kabut sangat ke tandas. Nak
tunaikan hajatnya yang tertangguh. Bila keluar aja dia terus membelek belek
kertas kerjanya yang tertangguh. Langsung dia lupa pasal surat tu.
‘Hairan aku? Kalau surat ni ada atas meja aku,
macam mana sekarang ni boleh ada pada tangan Komandan ni? Dia datang spotcheck
aku ke pagi tadi? Huuu...gerunnya..’
“Norazrin! Sempat lagi kamu nak berkhayal.”
Komandan menyedarkan Ein dari lamunannya. Terkejut dia sergahan Komandan terus
terlenyap apa yang sedang bermain dimindanya tadi.
“Sekarang apa penjelasan kamu tentang surat ini?”
Soal Komandan tegas. Matanya tepat pada Ein. Serius.
“Saya.....tak tahu menahu pasal surat ni Tuan.”
“Kamu tak tahu? Macam mana kamu boleh tak tahu?
Sedangkan surat ni ada atas meja kamu?”
Ein diam. Tak tahu nak jawab apa. Hatinya bengang.
Pagi-pagi dah kena soal macam orang salah. Sudahlah tu kena soal pasal perkara
yang dia sendiri tak tahu menahu langsung. Hatinya mula mencari dan meneka
siapa punya angkara.
Komandan
mula berbicara. Ein mendengar ceramah yang tak dimintanya tu. Boringnya hanya
Tuhan saja yang tahu. Kenapalah dirinya perlu menghadapi semua ni. Dimanalah
silapnya dia. Bukan salah dirinya sebab dia hensem. Perasaan bangga dengan
kehensemannya mula menerjah dalam dirinya. Kata-kata komandan disaat itu lenyap
dari pendengarannya.
“Kamu dengar dan faham tak apa yang saya cakapkan
ni?” Tanya Komandan bila dilihatnya Ein macam hilang tumpuan sekejap.
“Saya dengar Tuan dan saya faham, Tuan. Jawab Ein
cepat. Tersentak dia dari lamunannya. Apa yang dia dengar dan faham pun tak
tahu. Kan tadi dia hilang sekejap. Bukan hilang dari pandangan Komandan,
tenggelam dalam fikirannya sendiri.
“Tapi.......” Ein cuba besuara untuk
mempertahankan dirinya. Belum sempat Ein bersuara Komandan meneruskan hujah
hujahnya dengan penuh semangat.
“Norazrin, saya
suka dengan perkhidmatan kamu sebagai jurulatih disini. Kamu cekap dalam
mengendalikan setiap tugas kamu. Lagipun tiada aduan dari pelatih mengenai kamu
setakat ni. Kamu cukup disenangi. Jangan kamu calarkan reputasi kamu dengan
perkara remeh macam ni. Tak berbaloi untuk kamu.” Komandan memberikan kata-kata
nasihat.
“Iya Tuan....saya tahu. Tapi.......”
“Norazrin, saya tak mahu kamu terlibat dalam
perkara-perkara macam ni lagi. Bukan saya melarang kamu untuk bercinta atau
apa-apa pun. Tapi perkara macam ni boleh mengganggu kosenterasi para pelatih
disini.”
“Tapi Tuan..... ” Ein mencuba lagi
.
“Kamu perlu ingat, jangan main-main dalam usaha
kita untuk mendidik.” Dan sekali lagi
ayat Ein tersangkut. Ein dah berasap menggila dengan Komandannya tu. Tapi dicover aja. Apa tidaknya. Tak ada
peluang untuknya langsung nak bercakap, bagi menerangkan mengenai surat
tersebut. Fuh!!! Kontravesi betul.
“Norazrin, kali ini, saya lepaskan kamu. Tapi
kalau dilain kali..... saya dapat surat -surat
yang macam ni lagi, dari atas meja kamu....., saya tak teragak agak akan
mengambil tindakkan disiplin ke atas kamu. Sekali lagi saya cakap, saya bukan
melarang kamu dari bercinta, Tapi biarlah ditempat yang sepatutnya.” Komandan
bersuara lagi. Nada suaranya sudah kembali mengendur, namun masih lagi
kedengaran tegas.
Ein hanya mengangguk tanda faham. ‘Faham ke aku
ni. Argh! Lantak la faham ke tak faham. Janji ceramah kena habis. Kalau kata
tak faham karang dibuatnya disambung lagi mati kering la aku kat sini.’ Bisik
hati Ein.
“Baik, kamu boleh keluar sekarang.” Lagi Tuan Komandan
bersuara.
Ein yang dari tadi berdiri tegak mengangkat tangan tabik hormat kepada Komandan
dan berkata. “Minta kebenaran menjalankan lain-lain tugas, Tuan.” Komandan
hanya mengangguk. Ein menurunkan tangannya lalu memusingkan badannya dan terus
melangkah keluar.
Langkah kaki diayun biasa menuju ke ruang
pejabatnya. Dia masuk dan terus menapak ke mejanya. Beberapa orang staf yang
ada disitu dihadiahkan senyuman machonya yang dah tak berapa macho sebab kena
basuh kejap tadi. Dia duduk tersandar dikerusi. Pandangannya dibuang jauh
keluar melalui tingkap yang terbuka.
“Hey....beb
kau apa hal? Dari tadi aku tengok kau termenung jauh keluar tingkap. Ada
masalah ke?” Tegur Ijan sambil menepuk meja Ein. Saja nak menganggu. Dia bukannya
boleh tangok Ein senyap termenung layan
perasaan, hatinya geram nak kacau.
Ijan....... adalah seorang insan yang terlalu
rapat dengan Ein. Seorang sahabat yang sanggup berkongsi apa saja suka duka
Ein. Seorang yang sentiasa disamping Ein dikala susah mahu pun senang. Bagi Ein, Ijan adalah segalanya baginya. Dia menyayangi
insan itu dengan sepenuh hati, tapi hanya sebagai seorang sahabat baik.
“Uhh!! Kau Ijan
apa kes? Datang kat meja aku ni? Dah tak ada keja nak buat? Datang pun tak bagi
salam. Main serbu saja. Boleh kena serangan jantung kalau kerap kau buat macam
ni.” Terkejut dia dengan sergahan dari Ijan.
“Ala.... Ein, jangan la serius sangat. Aku terlalu
sangat rindu kat kau. Jadi dengan sebab rindu itu la membawa aku kemari.”
Beritahu Ijan. Senyum. Matanya tak lepas memandang Ein.
“Kau ni terover la Ijan. Berindu rinduan pulak.
Tak selera aku dengan rindu kau tu. Baik aku sambut rindu dari monyet kat zoo
nu.....” Kata Ein sambil memuncungkan mulutnya.
Begitulah Ijan. Sentiasa saja mahu dekat dengan Ein. Walaupun situasi mereka
nampak akrab dan rapat gila-gila macam laki bini untuk yang tahu Ein ni
perempuan la, Ein tetap menjaga tahap pergaulannya dengan Ijan. Batas-batas
yang ditetapkan masih belum dilanggarnya. Walaupun mulutnya agak ‘kureng’ sikit
bila bercakap dengan Ijan.
“Alaaa...kau ni, aku yang sempurna sebagai seorang
lelaki hebat malah tampan dan menjadi rebutan kat sini, monyet jugak yang kau
nak. Apa taste la kau ni.” Kata Ijan. Buku yang ada atas meja Ein diambilnya
dan dibelek-belek.
“Ooi pakcik, tak payah nak perasan hensem sangat
dengan aku. Sebabnya aku lagi hensem dari kau? Sekarang cuba bagi tau kat aku,
apa hal kau datang sini? Kau ada dapat arahan lain ke dari Komandan?” Tanya
Ein. Jari jemarinya sibuk bermain dengan pen yang ada diatas meja.
“Buat masa ni belum lagi. Tapi sekarang ni hal aku
ialah nak merisik khabar kau, sebab tadi aku dengar kau kena panggil dengan Komandan.
Apa kes?” Tanya Ijan sambil mengangkat keningnya. Matanya tertumpu pada Ein
yang berada dihadapannya.
Ein hanya diam. Hairan betul dia. Kalau cerita
macam ni, cepat sangat tersebar. Padahal baru sekejap tadi dia dipanggil
Komandan. Pandangan Ijan tak dibalasnya. Dia lebih kepada melihat staf-staf
yang ada satu pejabat dengannya. Matanya mula memandang seorang koperal wanita
yang sedang khusyuk membuat kerja.
“Mana la tahu, kot-kot kau perlukan aku untuk
tenangkan hati kau tu lepas kena basuh dengan Komandan.” Sambung Ijan bila tiada sahutan
dari Ein. Tapi kata-katanya langsung tak didengari Ein.
Fikirannya Ein tertumpu pada koperal wanita
didepannya. ‘Kalau la aku feminin macam tu, mungkin sekarang aku dah beranak
pinak. Oittt?..Apa yang aku fikirkan ni? Aishhh..belum masanya lagii....’ Bisik
hatinya lagi. Tanpa sedar dia tergeleng-geleng..
“Ein! Kau dengar tak apa yang aku cakapkan ni? Apa
kes pulak yang kau tergeleng-geleng tu?” Tanya Ijan kuat bila dia sedar yang
dia seolah-olah bercakap sendirian.
“Haaa? Apa kau cakap?” Tanya Ein terpinga-pinga.
Dia tengok muka Ijan.
“Kau hilang kemana? ” Tanya Ijan. Dahinya
berkerut. Mukanya serius memandang muka Ein yang macam hilang punca.
“A...a..aku tak kemana-mana. Ada disini. Apa kau
cakap tadi?” Tanya Ein. Tergagap-gagap menjawab soalan Ijan. ‘Macam mana aku
boleh melayang jauh ni?’ Ein bertanya pada dirinya sendiri.
“Aku datang ni saja nak lihat keadaan kau.”
Beritahu Ijan. ‘Apa kena dengan minah ni? Tak kan kena sound sekali dah biul?
Teruk sangat ke dia kena basuh dengan Komandan?’ Ijan hairan sendiri.
“Engkau
ingat setakat kena sound dengan Komandan tu aku boleh down ke? Hey......, come
on la Ijan, ini aku la Ein, Leftenen Norazrin. Tak akan mengalah tau, walaupun
kena lari keliling padang kawad dua puluh round pun. Lagipun hilang la macho
aku sebagai pegawai merangkap jurulatih yang terhensem kat sini.” Kata Ein
dengan penuh bangga.
Ijan buat muka seposen aja. Letih dia dengar Ein
memuji-muji diri sendiri. “Kau tu bukan hensem tapi tersangat la..... cantiknya
dan menawan lagi. Jujur aku katakan kalau kau buka pintu hati kau, nescaya aku
orang yang pertama memberi salam untuk masuk bersemayam dalam hati kau tu.”
Beritahu Ijan. Pengakuan ikhlas dari hati Ijan. Mahu buat Ein perasan akan isi
hatinya.
“Iya la kau.” Ein menjuihkan bibirnya. Boring dia
mendengar ayat-ayat emo jiwang Ijan ni. Datang
saja tak ada benda lain nak cakap. Mesti ada saja ayat-ayat macam tu.
“Cepat la cerita kat aku, apa kes kau kena panggil
tadi.” Pinta Ijan tak sabar-sabar. Dia tahu pasti ada cerita menarik hinggakan
Ein dipanggil Komandan.
“Kau ni apa hal ha? Tak sempat-sempat. Mengalahkan
pompuan.” Marah Ein dengan ketidak kesabaran Ijan yang dan mendesaknya.
“Aku bukannya apa, excited nak dengar cerita kau
ni. Sebab aku dengar diorang cakap kau kena bambu gila dengan Komandan kita tu.
Setahu aku kau tu anak emas Komandan. Siap nak dijodohkan dengan anak lelaki
dia lagi. Hua..hahaha..” Kata Ijan sambil ketawa.
“Haaa....kau jangan nak buat gosip liar pulak. Tak
pernah ada pun. Memandai saja kau ni.” Kata Ein. Matanya dilirikkan kepada
koperal perempuan yang berada dihadapannya.
“Cepat la cerita. Tak seronok laaa...dengar dari
mulut orang. Kebenaran terselindung.” Desak Ijan.
“Aik! Cepatnya
berita ni tersebar. Siap ada penambahan cerita nampak. Siapa pulak la yang mereka - reka cerita sensasi lak ni. Kau cakap dengan aku siapa yang bawak
mulut buat cerita dogeng belantara ni.” Kata Ein terus bangun dari kerusinya
dan mencekak pinggang.
Marah pula dia apabila berita dia dipanggil dengan
Komandan di hebah-hebahkan. Kalau betul gosipnya tak apa la jugak. Ini siap
tokok tambah lagi bagi menyedapkan cerita diorang.
“Haa,..... dengan sebab itu la aku datang jumpa kau
untuk mengetahui cerita yang sebenar- benarnya.” Ijan menyatakan sebab dia
datang.
“Kau ni betul la mengalahkan perempuan. Suka bergosip
dan jaga tepi kain orang.” Sedap aja mulut Ein bercakap.
“Alaaa....hal kau aja yang aku suka jaga. Lain
orang tak mungkin yaaa...” Jawab Ijan selamba. Tak kisah langsung dia dengan
kata-kata Ein.
Ein diam mendengar kata-kata Ijan. Lalu dia
menarik nafas panjang-panjang. Ijan masih menunggu dengan setia untuk mengetahui
perkara yang sebenar. Sudah seminit berlalu. Ein masih lagi diam membisu. Dia
berjalan kehulu kehilir sambil tangannya mengusap-usap dagu. Ijan melihat aja
gelagat Ein dari tadi sambil berharap Ein menceritakan apa yang berlaku.
Kini giliran Ijan pulak menghela nafas panjang-panjang,
lalu dia pun bersuara dengan lembut sekali setelah sekian lama berdiamkan diri.
“Ein sayang, cepat la bagi tau kat abang, apa yang
telah diperkatakan oleh Komandan sebentar tadi. Betul ke apa yang dia orang
cakap yang sayang ni kena attack habis habisan.” Kata Ijan lembut. Romantik
habis.
“Uish..
romantik betul. Apa hal dengan kau ni? Dah kena sampuk ke? Siap sayang
menyayang dan berabang bagai. Geli aarr aku dengar.”
“A’ah sesedap kau saja kata aku kena sampuk.
Engkau tu la, dari tadi aku tunggu kau cerita, belum ada apa-apa lagi. Atau kau
sengaja nak menguji tahap kesabaran aku yang tak setebal mana ni? Dah lama aku
terconggok kat sini intro pun belum ada.” Kata Ijan macam dia pulak mak we si
Ein ni.
“Ala....... kau ni Ijan, macam tu pun nak bengang.
Kau yang datang cari aku. Bukan aku yang terhegeh-hegeh pergi kat kau atau
panggil kau nak cerita itu ini.. sabar la kejap. Aku tengah cari intro yang
terbaik untuk mulakan cerita aku ni. Nanti kau tak paham pulak.” Kata Ein.
“Uhuh, macam-macam la kau ni Ein.” Sungut Ijan
separuh mengeluh.
“Eh! Kejap.......” Ein macam teringat sesuatu.
”Ada apa lagi ni...... Cepat la cerita kat aku.” Pinta
Ijan dengan tak sabar- sabar lagi. Ikut kan hati mahu saja dicekiknya si Ein
ni.
”Nanti dulu, sebelum aku cerita pada kau, aku nak tanya sikit la dengan
kau.” Kata Ein menangguh lagi.
“Hah? Nak
tanya apa dia pulak? Bagai-bagai la kau ni.” Tanya Ijan.
“Kau ni sihat ke tidak. Kau ni demam yeh?” Tanya
Ein. Segaja mahu mengusik Ijan.
“Kenapa kau tanya aku macam tu pula? Ish...pompuan
niii....aku cium karang. Sabar aku dah nak sampai limit ni.” Ijan mula bengang.
Mukanya sudah berubah. Tadinya datang penuh keceriaan, kini nampak macam nak
marah.
“Tak ada laa,........ dari tadi, lain macam saja
kau cakap dengan aku.” Beritahu Ein. Perubahan air muka Ijan langsung tak
diambil kisahnya.
”Lain macam mana pulak ni..... kan elok aja aku
cakap. Ada aku cakap tunggang langgang macam India ke?” Tanya Ijan. Berkerut
dahinya dengan telatah Ein yang menangguh saja cerita. Letih di melayan cakap
Ein. Tujuan datang nak tahu cerita, sekarang dia pula yang kena cerita.
“Aku ingat
la kan, kau ni terlupa makan ubat kot. Iya la dari tadi, asyik dengan rindu la,
sayang la kau panggil aku, kau dah jatuh cinta ke? Atau pun kau terbayangkan muka
awek kau kat muka aku yang segak ni? Eh!... Tapi kan, seingat aku, kau mana ada
awek. Tak pun kau secrat kan awek kau dari aku yehhh.” Ein meneka sambil sengeh
selebarnya..
“A’ah aku jatuh cinta dengan kau.” Jawab Ijan
spontan. Dia serius melihat Ein yang berdiri didepannya.
Ein diam. Dia juga serius pandang muka Ijan.
Melihat muka Ein yang macam tu dia bersuara.
“Aku mana ada awek. Kau sendiri pun tahu kan.”
Jawab Ijan. Mengendurkan suasana.
“A’ah..tak ada awek sangat. Habis tu yang kau
berindu sayang dengan aku ni apa kes? Nak ayat aku yeh....tak jalan beb, aku
tak makan la ayat jiwang macam tu. Langsung tak touching...
“Apa la kau ni Ein. Apa salahnya aku rindu dan
sayang kat kawan aku.” Jawab Ijan perlahan. Dia buat muka sedih.
“Eh!... Eh!... Ijan jangan nangis lak. Alaa..tak
macho la kau ni. Tak kan itupun kau nak nangis kot. Hahaha.... Lagipun kat meja
aku ni mana ada tisu nak bagi kau hehehe. Lagi pulak malu la orang tengok.
Lelaki nangis. Buat malu spesis aja kau ni.” Kata Ein sambil ketawa.
“Sudah la kau. Aku datang nak tau kisah kau,
alih-alih aku pulak yang kena kutuk teruk-teruk. Teruk la kau Ein. Aku blah
dulu aar.” Kata Ijan sambil bangun dari kerusi. Kononnya nak pancing Ein la tu.
“Eh? Tak
kan merajuk kot. Okey...okey. Duduk, duduk. Aku cerita la kat kau. Macam tu pun
nak merajuk. mengalahkan pompuan. Asyik-asyik aku aja yang kena pujuk kau.
Ishh, ishh....” Ein memujuk Ijan yang buat-buat merajuk.
Ijan tersenyum puas. Pancingya mengena kali ni.
Ein membuka laci meja dan mengeluarkan surat yang
diserahkan oleh Komandan tadi. Lalu di hulurkan kepada Ijan. Ijan dengan
gelojohnya menyambar surat ditangan Ein. Ijan membuka untuk melihat isi
kandungan surat tu. Firasatnya surat tu, surat kenaikkan pangkat. Tapi lain
pulak isinya. Dengan terkejutnya dia bersuara.
”Ein! Tak kan Komandan bagi surat cinta dekat kau
kot?”
“Hish...
kau ni pun, agak-agak la sikit. Dah memang tak la. Mana naknya orang tua dengan aku. Tambah aku
ni lagi laaaaa.... Tak mahu. Dah la tua, perut pulak buncit . Berat beb......” Tambah
Ein senyum sedikit.
Dengan sesedap aja hati dia kutuk pegawainya
atasan dia tu. Mahu didengarnya orang tua tu, habis kantoi!
“Abih tu? Ini?” Tanya Ijan sambil menunjukkan
surat ditangannya.
“Haaa... pasal tu laaa... dia panggil aku. Dia ingat
aku tengah dok main cinta dengan salah seorang pelatih kita kat kolej ni. Punya
la panjang dia punya ceramah. Naik berasap telinga aku.” Beritahu Ein.
Ijan diam mendengar kata-kata Ein.
“Masa aku
masuk bilik dia, seram sejuk jugak aku. Mana tidaknya, dia buat muka macam nak
telan aku hidup-hidup. Tapi aku control aja. Aku ingat dia nak attack aku
sungguh-sungguh. Tapi tidak, dia cuma nasihatkan aku aja. Tapi siap dengan
warning sekali la.” Beritahu Ein lagi. Ijan hanya mengangguk aja. Kini Ijan
bersuara semula.
“Kau tak defend diri kau?” Tanya Ijan.
“Memang la aku nak defend diri aku ni, tapi aku
baru bukak mulut aja dia dah potong cakap aku. Asal aku buka mulut saja, cepat
aja orang tua tu cakap. Alih-alih aku diam aja la. Nak buat apa lagi. Kalau ikut
hati aku, nak saja aku tutup mulut dia, dan aku pula yang cakap.” Beritahu Ein
penuh dengan gaya sekali.
“Agak-agak kau la siapa yang gatal tangan menulis
surat cintan-cintun ni kat kau?” Tanya Ijan. Surat yang ada ditangnnya
diletakkan atas meja.
“Kau la kot gamaknya....” Usik Ein. Tapi muka
serius saja. Saja nak tengok reaksi Ijan.
“Ishhh...apa aku pulak? Kalau aku tak kan ada
surat menyurat punya. Mana gentle kalau macam tu. Kalau aku la, terus pergi
beli cincin dengan pantas aku melamar kau. Tak payah nak buang masa guna trend
zaman kuno ni. Sekarang dah abad dua puluh tau. Semua mau pantas.” Jawab Ijan
dengan panjang lebar.
“Oooo...macam tu yaaa...trend kau. Aku baru tahu.
Kalau gitu kau memang dah terkeluar la dari senarai panjang suspek aku.” Balas
Ein sambil tersenyum sumbing.
‘Manisnya senyuman kau Ein.’ Ijan bersuara. Itupun
dalam hati saja. Senyum sumbing Ein pun nampak manis pada Ijan. Sungguh dia ni
dah angau tahap gaban kat Ein ni.
“Aku dah terkeluar dari senarai kau. Jadi kau ada
syak siapa-siapa lagi?” Tanya Ijan.
“Entah lah.... aku pun buntu, pelatih lelaki mana
pulak yang minat kat aku yang segak ni.. Kalau aku tau dah lama budak tu kena
basuh dengan aku. Aku guna klorok cap kapak lagi. Aku akan raging dia cukup-cukup.
Baru dia tau siapa aku.” Kata Ein dengan geramnya. Dia menumbuk-numbuk tapak
tangannya sendiri.
Iya la kerana surat tu tak pasal-pasal dia kena
warning ngan Komandan. “Wei, mana kau tau yang surat ni dari pelatih lelaki?”
Ijan bertanya kehairanan.
“Entahlah, aku mana tahu, aku main bedal aja.”
Kata Ein. Dagunya digosok-gosok perlahan.
“Aku tak rasa surat ni dari pelatih lelaki.” Kata
Ijan mengagak. Surat yang diletakkan tadi atas meja diambil kembali.
“Kenapa pulak kau cakap macam tu?” Tanya Ein
sedikit hairan dengan kenyataan kawannya itu.
“Iya la. Cuba kau tengok tulisan pada surat ni.” Ijan
menghulurkan kembali surat tu kepada Ein. Ein ambil sambil merenung-renung
tulisan pada surat tersebut. Padanya tiada yang pelik pun dengan tulisannya. Biasa
aja.
“Ada apa dengan tulisan ni Ijan?” Tanya Ein.
Dahinya berkerut.
“Cuba kau
tengok tulisannya betul-betul, sangat cantik dan kemas. Kalau budak lelaki,
mana ada tulisan yang cantik dan kemas macam ni.” Ijan menyatakan apa yang dia
nampak.
“Habis tu,
kau nak cakap surat ni daripada pelatih perempuan?” Ein bersuara agak hairan.
Ijan hanya mengangguk.
“Huh! Lagi.....kenapa la diorang ni. Tak kan la diorang
ni, tak tau yang aku ni satu spesis dengan diorang kot. Kan masa orientasi, kat
padang aku dah kenalkan diri aku.” Kata Ein perlahan.
Dia mengagak Ijan tak akan dengar apa yang
dibebelkan seorang diri tadi.
“Woi! Apa hal kau ni diam aja dari tadi.” Sergah
Ijan apabila dia tengok Ein hanya diam. Agaknya dia tak perasan yang Ein tengah
mengomel sendiri tadi.
“Sekarang ni, apa kau nak buat?” Tanya Ijan bila
sergahan dapat respons dari Ein.
“Buat masa sekarang... kita buat bodo dulu.
Nanti-nanti la aku fikir lain. Tapi
dalam hal ni aku akan mintak tolong kau la.” Ujar Ein sikit bingung.
“Baiklah untuk kau aku sanggup buat apa saja.”
Jawab Ijan sambil mengangguk.
Tiba-tiba aja telefon Ein berdering. Dilihatnya
nama kak G terpampang di skrin telefon. Lalu diangkatnya.
“Hello kak. Katanya ringkas setelah butang hijau
dileretkan. Ijan hanya berdiam melihat rakannya.
“Ok kak.
Nanti Ein datang jumpa masa lunch our.” Jawab Ein. Dia angguk.
“Ok kak. Waalaikumussalam.” Kedengaran lagi suara Ein.
Setelah itu kelihatan dia meletakkan telefonnya kembali diatas meja.
“Sapa tu?”
Tanya Ijan setelah melihat kawannya tu dah selesai bercakap di telefon.
“Akak aku la. Dia nak jumpa aku masa lunch kejap
lagi.” Jawab Ein.
“Eh tadi tu akak kau ya? Kenapa tak bagi tahu kat
aku. Teringin gak aku nak cakap ngan dia. Rindu aku kat dia. Lama gak aar tak
jumpa dia. Dia sihat?” Soal Ijan.
“Wo, wo, beb..... kenapa ngan kau ni ha? Tu kakak
aku la. Tak payah nak menggatal. Tak kan kakak aku pun kau nak ayat. Tengok
line la beb.” Ein bersuara dengan agak keras sedikit.
“Ish...., kau ni Ein, suka sangat bersangka buruk dengan
aku. Tadi kau cakap aku nak ayat-ayat cinta kat kau, sekarang kau kata aku nak
mengayat kakak kau pulak. Macam-macam la kau ni.” Kata Ijan berdalih dalih.
Ein tak mau mengalah. “Dah tu tengok muka kau.
Sebut aja akak aku terus bukan main bersinar-sinar air muka kau.” Ein menyerkap
lagi.
“Dah la kau Ein, aku blah dulu la. Tapi jangan
lupa kirim salam sayang rindu aku kat akak
kau tu.” Kata Ijan lalu mengangkat punggungnya dari kerusi dengan cepat agar
tak ditumbuk oleh Ein yang nampak bersedia dengan penumbuknya.
“Haaaa.... elok sangat la tu. Lagipun aku banyak
kerja nak buat ni. Aku bukannya panggil kau datang sini pun. Kau yang dengan
rela hati nak bergosip.” Balas Ein tanpa menghiraukan Ijan yang melangkah pergi
dari mejanya.
“Woit Ijan, kejap.” Tiba-tiba Ein memanggil. Ijan
berhenti melangkah lalu berpaling kearah Ein dan mengangkat keningnya.
“Nanti masa tengahari aku nak pinjam motor kau
kejap. Malas la aku nak drive kereta tu. Nanti takut lambat lak, JEM!” Jerit
Ein. Ijan hanya mengangguk menandakan ok. Dia sanggup apa saja untuk tomboy tu
walaupun sering hatinya disakitkan. Ein mengangkatkan ibu jarinya tanda set.
Setelah Ijan hilang dari pandangannya, dia kembali
menyambung kerjanya yang tersangkut.
Beberapa jam berlalu......
Ein melihat jam ditangannya. Dah pukul satu empat
puluh. Bisiknya. Baik aku pergi solat zohor dulu. Lalu dikemaskan semua
kertas-kertas yang ada diatas mejanya. Dia mencapai telefonnya lalu bergerak
keluar.
Selesai solat dia terus melangkah. Kakinya
dihalakan kearah ruang legar dengan harapan dia akan bertemu dengan Ijan
disitu. Tapi sangkaannya meleset sekali.
“Mana pulak perginya mamat ni?” Bisik Ein sendiri.
Lalu dikeluarkan telefonnya dari dalam poket seluar, dengan pantas dia mendail
nombor yang tertera nama Ijan.
“Assalamualaikum.....Wei, Mat Jiwang. Kau kat mana
ha? Dah jenuh aku cari kau ni. Siapa pulak kau dok mengayat kali ni?” Tanya Ein
bertalu-talu pada Ijan yang berada di talian.
“Waalaikumussalam....aku kat kantin ni. Tengah dok
melantak la. Tak dak masanya aku nak mengayat tengah-tengahari buta ni.” Jawab
Ijan.
“Meh la kat sini. Kunci motor ada kat aku ni.” Kata
Ijan lagi.
“Okey, okey...
aku gerak.” Balas Ein.
Lalu dia menamatkan perbualan mereka. Ein berjalan
menuju ke kantin. “Selamat tengahari Puan.” Tegur beberapa pelatih yang
kebetulan lalu ditempat yang sama tapi dari arah yang bertentangan.
“Hurm... selamat tengahari.” Balas Ein. Angguk. Begitulah
rutin mereka yang berada di Kolej Tentera Udara. Semuanya penuh dengan disiplin
yang tinggi. Sentiasa menghormati mengikut pangkat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan