Jumaat, 21 Mac 2014

BAB 2 :~ CINTA SETIA ALAM

ARSLAN HAKIMI

BAB 2



“Dah la tu Siti. Cukup-cukup la kau marah. Kau ni...., kalau dah marah, macam nak telan seluruh kedai kat sini. Kau tau tak, kat dalam tadi pun dah bergegar bangunan pasaraya ni dengan suara kau.” Kawannya cuba menenangkannya.

Siti mengertap bibir. Masih lagi marah dengan apa yang berlaku. “Apa kau cakap Mimi? Sudah? Kau cakap senang la. Bukan kena pada kau, tadi pun aku tengok kau siap gelakkan aku lagi. Nasib dia baik aja, kalau tak kerana kau tarik tangan aku keluar dari situ tadi dah lama aku siat-siatkan kulit si mamat tu.” Balas Siti masih dalam nada yang marah.

“Kan dia dah berkali-kali minta maaf pada kau. Lagipun dia bukan sengaja nak tumpahkan kopi tu atas baju kau. Aku tengok muka  mamat tu merah semacam masa kau maki dia. Mana tidaknya kau tengking dia kat depan semua orang. Malu la dia.” Kata Mimi lagi. Dia risau dengan sikap Siti yang suka menyembur tak kira tempat dan tak tengok orang. Main belasah saja.

“Abih tu kau nak aku heret dia masuk tandas dan belasah dia kat sana, tandas mana kau nak aku heret dia?” Tanya Siti. Menyinga betul marahnya. Mimi hanya diam.

Lelaki yang baru kena marah dengan Siti tadi berjalan kepada rakan rakannya dengan perasaan marah dan malu.

“Kau ni apa hal Mie? Geram semacam saja muka kau?” Tanya Salah seorang rakannya.

“Aku geram la. Tengah marah ni.Tak guna punya perempuan. Dia ingat dia cantik sangat.” Beritahu Mie kepada kawannya.

“Apa hal? Apa yang dah jadi?” Tanya kawannya yang seorang lagi.

“Kat sana tadi aku terlanggar seorang awek. Entah macam mana air yang dia pegang tertumpah kena baju dia laa....sekali dia bambu aku teruk-teruk kat situ. Semua orang pandang. Malu siot aku bro.” Beritahu Mie. Tangannya menunjuk arah dia terlanggar perempuan tadi.

“Habis tu yang kau bodoh sangat tak minta maaf tu apa hal?” Tanya kawannya.

“Kau ingat aku ni tak berbudi bahasa sangat laa...Aku dah minta maaf. Berkali-kali pun aku minta maaf. Penuh sopan lagi. Tapi dia tak hiraukan langsung maaf aku. Dia  menyinga aku lagi ada laaa.....macam-macam dia cakap aku. Pedih telinga aku dengar. Apa punya jenis perempuan pun aku tak tahu laaa...” Beritahu Mie sambil menggelangkan kepalanya.

“Sudah laaa...jom kita pergi port, layan lagi bagus daa.” Ajak kawannya. Bahu Mie dipegang.

“Betul laaa...buat apa nak pening pasal minah tu, kan?” Kau ada bawa barang tak? Banyak?” Tanya Mie.

“Banyak tu tak la tapi ada la sikit...aku letak dekat port kita layan la. Gila kau nak usung sana sini. Kena cekup dalam duduk. Lagi pun susah nak dapat. Pusher kat situ dah kena angkut. Aku bedal dengan pusher lain. Tapi harga tak sama beb. Mahal. Aku harap dapat la tambah-tambah dengan yang kau punya. Banyak tak yang dapat kebas dari tempat kerja kau? Agak-agak dapat lepas tak ni? Kalau takat pening-pening ayam tak best laa..”

“Boleh la kot. Tiga hari aku kumpul.” Jawab Mie. Dia ketawa.

“Jom.” Mereka bertiga bangun lalu pergi dari situ.

“Tapi kan aku geram betul dengan awek tu. Tengok la suatu hari, kalau aku jumpa lagi dengan awek tu, siap la dia..baru dia tahu langit tu tinggi atau rendah.” Ujar Mie masih tak puas hati sambil berjalan ditengah-tengah antara kedua rakannya.

“Kau jangan lupa kita orang pulak. Kita kongsi sama rata la....baru cantik.” Celah kawanya.
“Beres.” Jawab Mie setuju.

Manakala Siti yang sedang berjalan keluar dengan Mimi masih lagi membebel pasal kejadian yang berlaku. Hatinya masih belum puas.

 “Kau tahukan ini baju kegemaran aku.” Kata Siti lagi mempertahankan apa yang dia buat tadi.

“Hemm..Iya la. Kot ya pun tak kan sampai begitu sekali kau marah dia. Kesian  aku tengok dia. Tapi aku takut jugak.” Balas Mimi. Muka Siti dipandang.

“Apa yang kau takutkan?” Tanya Siti, hairan.

 “Aku takut silap haribulan, mamat tu tampar kau tadi, hah....padan muka kau, malu dapat sakit pun dapat.” Jawab Mimi.

 “Kau ingat dia berani nak buat macam tu. Nanti tak pasal-pasal jadi kes polis. Mendera perempuan, yakni kaum yang lemah dihadapan orang ramai. Kita tak boleh bagi muka sangat kat diorang ni. Nanti kepala kita dipijaknya, kalau kita tegas dan sanggup melawan, diorang memang tak akan berani buat macam–macam kat kita. Biar diorang tahu tangan yang menghayun buaian juga mampu menghayun penampar dan penumbuk kemuka diorang.” Kata Siti dengan panjang lebar sambil menumbuk-numbuk  tangannya.

 “Wah dah macam srikandi  aku tengok kau ni.” Ujar Mimi setelah melihat semangat kawannya tu. “Tapi disebabkan semangat srikandi kau ni la yang membuatkan kita kena halau dari rumah yang kita sewa.” Kata Mimi kedengaran seperti menyindir.

“A’ah yang tu bukan salah aku pun. Aku cuma cakap yang betul aja.” Kata siti dalam nada mempertahankan dirinya dari dipersalahkan oleh Mimi.

“Itulah kau, semuanya kau saja yang betul.” Kata Mimi lagi.

“Dah memang aku betul pun.” Siti membalas.

“Iya la tapi kau tak patut nak pergi basuh anak mak cik senah kat depan orang. Malu la dia.” Mimi bersuara lagi.

“Tapi yang dia berkepit dengan lelaki tu kat depan orang ramai  tak tau malu pulak. Dah la dress up entah apa-apa entah. Aku tengok makcik yang duduk kat sebelah dia dah pandang lain. Aku memang pantang tengok perempuan murahan macam tu.

“Lagipun kita kenal dia dengan maknya. Apasalahnya kita tegur dia. Tapi aku tak sangka la pulak yang Mak Cik Senah tu jenis yang menyokong anak dalam apa jua pun.” Tambah Siti lagi dengan nada yang agak perlahan.

“Memang la kita kenal dia dan keluarganya, tapi kau boleh tegur dia kat tempat lain.”

“Hurm...” Keluh Siti sambil menghela nafasnya. Memang betul kata Mimi. Tapi Siti ni bukannya pernah fikir perasaan orang pun. Kalau dia nak tengking atau marah sesiapa saja, dia main bedal aja. Tanpa pedulikan apa –apa pun.

 “Dah la kau asyik nak salahkan aku saja dari tadi. Lagipun pasal rumah tu aku dah settlekan dah pun. Aku dah cari rumah sewa baru untuk kita.” Kata Siti lagi. Dia senyum. Mimi sambut senyum Siti dengan Senyum.

“Kau nak beli apa lagi haa? Tanya Siti kepada Mimi.

“Aku dah tak dak apa kot nak beli. Rasa dah beli semuanya.” Jawab Mimi.

 “Kau dah pasti dengan rasa kau tu?” Tanya Siti lagi. Mimi hanya mengangguk. “Kalau dah macam tu kau tunggu sini, biar aku pegi panggil teksi.” Siti bersuara lalu berlalu meninggalkan Mimi.


DiKolej......


Dengan kunci motor ditangan Ein berjalan kearah motor Ijan yang berparkir ditempat yang disediakan khas untuk motor saja.

“Selamat tengahari Puan. Hensem nampak.” Tegur beberapa pelatih perempuan yang berada disitu.

“Selamat tengahari.” Jawab Ein selamba dan pendek. “Ni apa hal kamu duduk lepak kat sini lagi? Tak makan?” Tanya Ein.

“Dah Puan.” Jawab salah seorang daripada mereka yang dikenali sebagai Zita.  

“Kami saja duduk kat sini kejap nak ambil angin.” Jawab yang seorang lagi iaitu Fiza.

“Puan yang segak dan hensem ni, nak pegi jumpa some special ke? Tanya Fiza lagi.

“Jangan nak mengarut. Dah tak payah nak ambil angin segala. Pergi masuk bilik. Buat preparetion untuk kelas yang akan datang. Kamu tu datang sini buat kursus lanjutan. Bukan baru dalam hal semua ni. Jadi tunjukkan contoh yang baik.” Kata Ein dengan nada yang agak tegas. Maklumlah pegawai la kata kan, mesti tunjukkan ketegasan, baru diorang nak hormat kat kita. Bisik Ein dalam hati.

“Baik Puan.” Kata ketiga-tiga mereka. Dia kemudian melangkah pergi apabila melihat pelatih-pelatihnya bangun berjalan kearah bilik mereka.

“Ish.... hensem betul la pegawai kita tu.” Kata Fiza.

“Memang betul tu. Bukan hensem saja aku tengok, tapi pergh!! Macho habis...gila betul. Nasib aku ada kat sini aja. Kalau kat luar sah-sah aku akan ayat dia habis-habisan. Biarlah dia tomboy pun. Apa aku kisah.” Kata Zita dengan terujanya.

“Wei Ida, kau apahal? Senyap aja pun. Puan tegur pun kau tak jawab. Muka kau tu poyo habis..” Tanya Fiza. Perasaan dengan Ida yang senyap.

“Aku malas nak masuk campur korang cakap dengan Puan tu. Baik kita tumpu pada latihan kita kat sini..” Kata Ida perlahan tanpa melihat pada dua rakannya.

 “Kenapa kau ni? Dari tadi aku tengok kau bad mood aja. Datang bulan ya?” Zita pula bertanya hairan.

 “Tak ada apalah. Saja aku tak terasa nak sembang.” Jawab Ida. Masih tidak bertentang mata dengan dua rakannya. Dia macam menyorok sesuatu.

“Aku dengar tadi Lt  Ein kena panggil dengan Komandan.” Kata Fiza. Mula bergosip.

“Kenapa pulak?” Tanya Zita. Muka Fiza dipandang

“Entahlah. Tapi aku ada dengar juga la khabar-khabar angin yang sibuk bercerita pasal surat.” Jawab Fiza. Bahunya dijungkit.

 “Surat? Eh..dia nak kena transfer ke? Alaa...rugi la...aku belum lagi mula langkah pertama, dah nak kena transfer. Rugi betul aku.” Zita bersuara dengan separuh bersungut.

“Iya la kan. Aku baru nak bersemangat terus kursus kat sini. Tapi semangat aku dah nak dibawa pergi...huhuhu..sedihnya..” Fiza bersuara sedih.

“Hurm, Kenapa dengan korang ni hah? Dengan Lt Ein kita pun korang gila habis. Kalau dengan Tuan Ijan tu lain la.” Ida bersuara tiba-tiba sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.

“Eh, kau ni, kita orang minat dan suka aja dengan Lt Ein kita tu bukan sampai tangkap cintan pun. Yang kau tiba-tiba berbunyi macam bebaur sensitif ni apa hal? Ke  kau jeles dengan kita orang tak.” Balas Fiza cuba meneka apa yang tersurat dan tersirat dihati Ida.

“Iya la kau Ida. Entah-entah kau yang ada hati dengan Lt Ein kita tu. Sebab hari tu masa dalam kelas aku tengok, kau bukan main asyik lagi pandang kat dia. Pastu siap senyum-senyum lagi.” Zita pulak bersuara.  

“Hey, korang jangan nak merepek yang bukan-bukan.” Jawab Ida sambil percepatkan langkahnya. Fiza dan Zita memandang Ida sambil tersengih dan mengikutnya dari belakang.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan