ARSLAN HAKIMI
BAB 5
Siti berjalan terhinjut-hinjut kembali kepada
kawannya yang sedang menunggu ditempat dia tinggal tadi.
“La....... apa kena dengan kau ni Siti? Kau kena
rompak ke?” Tanya Mimi terkejut dengan keadaan kawannya. Cepat-cepat dia pergi
kearah kawannya untuk membantu dan membawa kearah kerusi yang berdekatan.
Dia melihat muka Siti yang kelihatan sedang
menahan sakit dan keletihan. Dia mengambil botol air yang dibeli tadi dibuka
dan diserahkan kepada Siti. Siti yang nampak letih manyambut air lalu
menyedutnya. Dia kelihatan betul-betul dahaga.
“Kenapa dengan kau ni Siti?” Ulang Mimi apabila Siti sudah dibawa duduk
dibangku yang ada kat situ.
“Aku kena langgar la. Jawab Siti setelah nafasnya
kembali normal.
“Ha! Apa! Kau kena langgar?” Mimi mengulangi
kembali apa yang baru disebut kawannya itu. Dia agak cemas. Tangannya mula
membelek-belek keadaan Siti.
“Eh, apa
kau ni. Kau nak buat apa pulak ni?” Tanya Siti hairan dengan tindakkan Mimi.
“Aku nak periksa tengok badan kau kalau-kalau ada
luka yang kau tak perasan.” Jawab Mimi kelam kabut.
“Ishh, kau ni....tak kan sini pulak kau nak check
badan aku. Kot ya pun biarlah sampai kat rumah dulu.” Kata Siti. Dia menepis
tangan Mimi.
Cepat Mimi
alihkan tangannya dan dia melihat-melihat kekiri dan kekanan. Mana dia tahu
kot-kot ada yang sedang melihat tindakkan dia tadi.
Kerana terlalu cemas dan terkejut dia terlupa
dimana dia dan Siti berada sekarang.
“Tadi kau cakap, kau kena langgar. Siapa yang
langgar kau? Lelaki ke perempuan.” Tanya Mimi mahu penjelasan daripada Siti.
“Mana la aku kenal siapa dia. Tapi yang langgar
aku tu lelaki.” Jawab Siti selamba saja.
“Hensem tak?” Tanya Mimi sambil senyum.
“Apa la kau ni bukannya nak tanya aku ni teruk ke
tidak, tapi asyik tanya pasal orang yang langgar aku pulak.” Balas Siti geram
dengan Mimi.
“Hehehe..... aku saja tanya mana la tau kalau-kalau
macam telenovela dalam tv tu. Yang mana hero dan heroin berlanggar kemudian
tercetus la kisah cinta antara mereka. Kalau la aku, aduuh...romantiknya.” Kata
Mimi sambil senyum excited.
“Tu la kau banyak sangat tengok cerita-cerita yang
macam tu. Dah berangan yang bukan-bukan. Sudah la kau Mimi. Kau pergi cari
teksi pulak. Aku tuggu kat sini.” Kata Siti.
“Kejap, kau dah buat polis report pasal ni?” Tanya
Mimi.
“Tak pun.
Kita orang buat selesai kat situ jugak. Kalau aku buat polis report, kau
sanggup tunggu aku kat sini sampai kerepot?” Tanya Siti. Muka Mimi ditenung.
“Hehehe.... Betul cakap kau.” Mimi mengiyakan
kata-kata Siti tu.
“Kau buat
selesai macam mana? Mau pulak lelaki tu buat selesai macam tu aja. Tak kan dia
tak ada bantahan langsung.” Tanya Mimi.
“Tak. Dia setuju buat selesai. Salah dia. Dia yang
langgar aku.”.Jawab Siti.
“Mesti lelaki tu hensem dan bergaya kan? Selalunya
lelaki hensem dan bergaya saja yang baik sanggup bertolak ansur dengan kita
sebagai wanita. Iya la dia orangkan nak jaga macho dan kehenseman mereka.” Ujar
Mimi dengan semangatnya.
Siti geleng kepala dengar cakap Mimi. Imaginasi
kawan dia ni alamak...melangit.
Dia langgar kau dengan apa? Kereta ke?” Tanya Mimi
lagi. Belum pun sempat Siti jawab soalan tadi dah keluar soalan baru pulak.
“Iya la
kau.... Dia memang la hensem dan bergaya tapi, perangai hampeh. Langsung tak
boleh pakai. Kurang ajar lagi adalah.” Siti berkata kepada Mimi.
Ishhh.... Siti engkau ni. Muluttttt. Kenapa kau
cakap macam tu? Tak baik tau bersangka buruk dengan orang.” Ujar Mimi.
“Kau mana tau. Bukannnya kau tengok apa yang jadi
tadi pun.”
“Memang la aku tak tengok. Kau bagi tau la kat
aku. Kenapa kau kata dia kurang ajar dan seangkatan dengannya.” Kata Mimi
meminta kawannya cerita apa yang berlaku sebenarnya.
“Tadi masa aku nak pergi panggil teksi, tengah aku
nak lintas entah macam mana datang satu motosikal besar langgar aku. Aku apa
lagi..... tergolek la atas jalan. Orang yang lalu lalang kat situ berkumpul
keliling aku. Bukan dia orang tolong aku pun. Pakat dok tengok aja.” Cerita
Siti
“Abih tu kau tak mintak tolong diorang?” Tanya
Mimi.
“Aku tak la minta tolong pun. Aku cuba bangun
sendiri. Belum sempat aku nak bangun datang seorang mamat ni, terbelek-belek
kat aku dengan muka cemas. Sebijik macam yang kau buat tadi. Cuma yang tinggal
dia tak selak baju aku macam kau.” Cerita Siti lagi.
“Hehehe.......” Mimi tesengeh. “Kau tak marah ke
dia buat macam tu kat kau.” Tanya Mimi.
“Kau gila aku tak marah. Aku tengking dia. Pastu
aku tolak dia sampai jatuh. Naik merah muka aku, mahu tidaknya semua orang kat
situ pandang semacam aja.” Beritahu Siti lagi
“Mesti dia minta maaf kat kau.” Kata Mimi
mencelah.
“Kau ingat
macam tu ke. Dia bukak helmet dia dan marah aku balik. Dia cakap dia nak tolong
aku. Tolong apa bendanya kalau dah macam tu. Itu dah rupa nak ambil kesempatan
namanya. Masa tu la aku dapat tengok muka dia. Aku tergaman la sekejap.” Kata
Siti.
“Kenapa pulak?” Tanya Mimi.
“Mau tidaknya. Hensem gila. Kalau aku tak kawal
diri aku tadi siap la aku jatuh hati kat dia. Tapi aku cover gila.... karang nanti
terperasan pulak mamat tu. Nanti senang-senang la dia lepas.” Jawab Siti.
“Dah tu apa kau buat dekat dia?” Tanya Mimi.
“Apa tunggu lagi. Aku terus sembur dia macam
–macam. Baru dia tau dengan siapa dia berdepan.” Kata Siti dengan angkuhnya.
“Mesti dia diam punya kena penangan kau.” Kata
Mimi menyokong.
“Tak jugak.
Berani betul mamat ni. Mulut dia pun
boleh tahan juga la. Tambah pulak ada orang cover dia dari belakang. Makin gah
la dia. Tapi aku pun tak mau ngaku kalah macam tu aja. Aku tambah lagi la
ayat-ayat power. Sengaja aku nak bagi dia naik bengang.” Tambah Siti lagi.
“Tengah aku dok bebel punya la sedap dia angkat
kaki nak blah macam tu aja. Apa lagi, aku lagi bengang la.” Kata siti lagi.
“Ha’ah sudah...kau nak buat dia bengang, sekali
kau pulak yang bengang. Abih tu kau buat apa?” Tanya Mimi tak sabar-sabar.
“Aku kejar la dia.” Jawab Siti.
“Hairan aku. Kuat pulak kau kejar dia. Dah tadi
masa kau jalan sini aku tengok kau dah macam nak arwah dah. Ni siap main
kejar-kejar lagi?” Mimi bertanya hairan.
“Apa kau nak hairan. Bukan dia lari pun aku nak
kejar teruk-teruk. Dia jalan daaaa..... Aku pun walau sakit kaki aku tahan la
jugak. Aku sekat dia lepas tu aku mintak ganti rugi.” Cerita Siti.
“Dia bagi?” tanya Mimi.
“Mulanya dia bagi rm50 aja. Terkejut aku. Muka
bapak punya hensem tapi kedekut. Aku tak puas hati aku mintak lagi rm150.” Bagitahu
Siti.
“Dia bagi banyak yang kau mintak tu ke?” Tanya
Mimi. Beliak matanya.
“Nak tak nak dia kena bagi la sebab aku ugut nak
report polis.” Jawab Siti.
“Aku rasa
dia memang nak ambil kesempatan la, kalau tak kenapa dia takut bila kau kata
nak report polis. Iya tak?” Ujar Mimi.
“Betul tu. Aku pun ada fikir macam tu jugak.
Mungkin sebab mulut aku ni yang bising dan kemalangan tu pun berlaku depan
orang ramai, jadi secara tak langsung membantutkan niat buruk dia la kot.” Kata
Siti setuju dengan Mimi. Mimi mengangguk.
“Tapi yang aku hairan.... dia pakai baju T-shirt
TUDM.” Ujar Siti lagi.
“Alah, apa
nak hairan mungkin tu T-shirt abang atau adik dia yang jadi askar la kot.
Lagipun T-shirt macam tu bersepah kat kedai.” Kata Mimi.
“Sayang la kan, orang hensem dan bergaya tapi
perangai tak elok. Kalau macam ni la punya gaya, susah la kita nak cari bakal
suami. Kena betul-betul berhati-hati memilih ni.” Kata Mimi lagi.
“Tu la kau. Asal nampak dahi licin sikit mula la
kau nak mabuk.” Siti mengata pada Mimi.
“Hahaha.......” Mimi hanya ketawa mendengar
kata-kata Siti.
“Hei Mimi, dah la tu gelak, tak kan kita nak lepak
kat sini sampai esok kot. Kau pergi la cari teksi. Karang jenuh Lily tunggu
kita kat rumah. Nanti membebel pulak minah tu sebab kita lambat dan biar dia
seorang yang kemas barang.” Bebel Siti mengingatkan Mimi.
“Betul tu...” Mimi mengiyakan kata Siti. “Okey aku
pergi cari teksi kau tunggu kat sini jaga barang.” Kata Mimi lagi. Siti
mengangguk.
Siti melihat Mimi pergi. Dia melihat pada kakinya
yang sakit.
“Aduh...apa malang aku hari ni? Tadi orang
tertumpah air kat baju aku, sekarang kena langgar pulak. Aduhai nasib aku laa.”
Bebelnya sendirian.
“Tapi siapa mamat yang langgar aku tadi? Muka dia
tu, hensem betul. Kenapa la aku bertemu mamat hensem tu macam ni? Kenapa tidak
dengan lebih baik. Kalau tidak boleh aku minta nombor telefon. Hai mamat hensem
bila lagi la aku nak dapat jumpa kau? Hehehe...gatalnya kau Siti. Tadi sesedap
kau cakap Mimi, sekarang kau sendiri terfikirkan mamat tu.” Katanya pada diri
sendiri.
Tak lama
kemudian Mimi datang dengan sebuah teksi. Dia turun mengambil barang
lalu dimasukka ke dalam bonet teksi. Kemudian dia memapah kawannya masuk dalam
perut teksi. “Pergi ke jalan Teluk Wan Jah.” Kata Mimi.
“Baik Cik.”
Jawab Pemandu teksi tu. Kemudian kereta teksi itu bergerak merentasi jalan
raya.
“Pakcik, belok kat simpang tu ya.” Beritahu Mimi. Pakcik teksi tu angguk
dan ikut saja arahan Mimi. Siti hanya diam. Kakinya masih sakit lagi.
“Ok pakcik,
berenti kat sini.” Beritahu Mimi. Pak cik teksi tu memberhentikan teksinya.
“Berapa pakcik? Tanya Mimi. “RM15.00.” Jawab Pak
cik tu ringkas.
Siti
mengeluarkan duit dari dompetnya lalu diserahkan kepada Mimi. Mimi mengambil
lalu diserahkan kepada pak cik teksi tersebut. Mimi menolong Siti keluar dari
teksi, kemudian dia kebelakang teksi untuk mengeluarkan barang yang dibeli
tadi. Setelah semuanya selesai. Dia mengucapkan terima kasih kepada pak cik
teksi tu. Pak cik teksi hanya mengangguk lalu bergerak dari situ.
Mimi menjinjit semua barang dan kemudian mahu di
papah kawannya.
“Tak apalah Mimi , kau pergi masuk dulu. Aku boleh
jalan lagi ni.” Kata Siti. Dia kesian jugak pada kawannya tu. Bersusah payah
pulak dia. Siti berjalan terhinjut-hinjut perlahan.
Mimi laju aja didepan. Lalu diletakkan
barang-barang dihadapan pintu. Kemudian dia kembali memapah kawannya, Siti.
“Tak payah la kau susah –susah.” Kata Siti.
“Ala...Kau
ni Siti, aku cuma nak tolong aja. Lagipun aku kesian tengok kau jalan
terhinjut-hinjut gini. Lambat macam kura-kura. Nanti aku tinggal kau kan hilang
pula kena culik. Dah tadi kau kena langgar pastu kena diraba-raba, buatnya kau
kena culik, hurm...innalillah la jawabnya. Hehehehe” Kata Mimi sambil ketawa
kecil.
“Hey... kau nak buat pahala tolong aku ke kau nak buat
dosa kecik sebab sakitkan hati aku?” Tanya
Siti sedikit geram apabila diketawakan Mimi.
“Assalamualaikuuuuuummm.” Panjang aja bunyi salam
Mimi.
“Waalaikumussalam.” Jawab penghuni rumah dari
dalam. Kuaaaak.... Berirama bunyi pintu yang dibukak oleh teman Mimi dan Siti iaitu
Lily. Dah uzur rumah tu. Tapi sewa punya la mahal. Maklum la rumah dalam pekan.
“Haaa...dah pukul 5 baru nampak batang hidung korang.
Kenapa tak balik esok aja. Terus boleh pergi masuk rumah sewa baru.” Kata Lily
menyindir.
Geram jugak dengan kawannya yang berdua ni sebab
tinggalkan dia seorang mengemas barang yang akan dibawa untuk pindah esok.
Maklumlah dah letih ada saja la angin nak keluar. Mimi dan Siti hanya diam dan tersengeh.
“Haaa, kenapa dengan kau ni Siti? Dengan siapa
pulak kau berboxing kali ni? Dah siap kena papah lagi.” Tanya Lily kelam kabut
bila dia tengok Siti jalan siap kena papah lagi dengan Mimi.
“Kau ni
Lily bagi la kita orang masuk dulu. Ini main sembur kat muka pintu aja.
Sekurang-kurangnya biar la kita orang lepas lelah dulu.” Sambut Mimi. Mimi
papah Siti ke dalam rumah, dan diletakkan Siti atas sofa perlahan-lahan. Lily
tengok aja.
“Yang kau duduk terpacak kat situ macam guard tu
apa hal. Angkut la barang yang kat luar tu. Lepas tu kau pergi buat air kat
kita orang.” Mimi mengarah.
“Ambooooiii bagus punya kawan. Siap bagi arahan
lagi kat aku. Kau orang ingat aku kat rumah ni tak letih. Dah la sorang-sorang
kemas rumah..” Lily membalas.
“Sudah la
korang. Jangan bising. Nanti mak cik senah datang sound kita pulak.” Siti
bersuara setelah dari tadi hanya mendiamkan diri.
“Lily tolong lah kejap. Kau cuma pergi ambil
barang kat luar tu aja, air biar aku aja yang buat.” Kata Mimi mengalah.
“Ok
baiklah.” Kata Lily setuju dengan cadangan Mimi. Lily keluar mengambil barang
yang masih diluar. Kemudian diletakkan di tepi dinding. Dia mendekati Siti yang
duduk diatas sofa.
“Kau ni apa
hal sebenarnya ni. Kau dengan Mimi kena rompak ya?” Tanya Lily mahu mengetahui
perkara sebenar.
“Mana ada. Aku kena langgar la.” Beritahu Siti.
“Haaa? Macam mana boleh jadi macam tu pulak?
Dengan Mimi sekali ke? Tanya Lily.
Terbeliak matanya bila dengar apa yang dicakapkan Siti.
“Mimi tak. Aku sorang aja. Aku kena masa aku pergi
nak panggil teksi.” Beritahu Siti. Kakinya yang sakit diurut-urut dengan
tangan.
“Mimi, nanti kau ambil minyak dalam bilik bawak
sini. Aku nak sapu kat kaki Siti ni.” Laung Lily. Kaki Siti diangkat dan
diletakkan atas pahanya.
“Iya la.” Sahut Mimi dari dapur. Kemudian Mimi
keluar membawa tiga gelas air lalu diserahkan kepada Lily. Dia pergi semula untuk ambil minyak angin
yang dimaksudkan Lily.
“Nah.” Serah Mimi kepada Lily. Diambilnya lalu
disapu pada kaki Siti. “Kau kena langgar
dengan kereta ke, motor?” Tanya Lily.
“Dengan
Motor la. Kalau dengan kereta dah arwah dah aku. Aku cuma tergesel aja. Tak la betul-betul
tepat kena.” Beritahu Siti.
Lily dengar sambil mengurut kaki Siti. “Aduh!
Sakit la Lily pelahan la sikit. Kau nak bagi elok atau nak bagi aku cacat terus
ni.”
“Kau ni Siti manja sangat la. Aku bukan gosok kuat
pun. Macam tu pun dah sakit. Bak sini air tu.” Kata Lily. Lagak macam tok
bidan. Huhuhu....
“Aik? Kau nak jampikan aku ke? Takkan guna air
milo pulak? Selalu orang guna air mineral biasa aja.” Tanya Siti hairan.
“Wei, apa yang kau melalut ni. Apa barang aku nak
jampi-jampi kau. Aku nak minum la dahaga.” Jawab Lily.
“Hai..., kau Lily...kita orang yang baru balik belum minum, kau yang baru
mengurut sikit Si Siti ni dah dahaga. Kuat betul ilmu kau.” Sapa Mimi menepuk
bahu Lily.
“Aku dahaga sebab mengemas sorang sorang sampai
tak sempat nak buat air tau. Kalut aku nak bagi siap.” Balas Lily. Dia meneguk
air milo yang sudah ditangannya. Kemudian dia sambung mengurut kaki Siti.
“Arghh!!...Sakit la....” Jerit Siti.
“Yang kau menjerit bagai ni apa hal?” Soal Lily.
“Dia ni
memang. Tadi masa gaduh dengan mamat tu tak rasa sakit la pulak. Sekarang ni
baru pegang sikit dah sakit tak tahan bagai.” Ujar Mimi.
“Kau tengok
ke tadi masa dia kena langgar?” Tanya Lily. Dia berpaling memandang Mimi.
“Mana aku ada kat tempat tu. Aku tunggu dia kat
depan pasaraya. Mana aku tau dia accident. Aku tau pun masa dia datang kat aku
dengan kaki yang macam ni la.” Beritahu Mimi sambil menuding kearah kaki Siti.
“Nasib baik kaki terseliuh saja. Kalau patah,
teruk kau. Dah jadi minah tempang la kau. Hehehe.” Kata Lily sambil ketawa.
“Hahahaha..... dah tu siap bawak tongkat
lagi.” Kata Mimi sambil membuat lagak orang patah kaki bertongkat.
“A’ah gelakkan aku. Sudah la korang. Kalau bab
mengutuk, kau orang memang dapat A la. Kau orang patut syukur tau.” Kata Siti
bengang dengan kutukan rakannya sambil menahan sakit kakinya.
“Eh kenapa
pulak kita orang yang patut syukur?” Tanya Mimi hairan.
“Iya la kalau kaki aku patah kan korang kena jaga
aku, kena buat semua untuk aku. Bak kata aku jadi tuan puteri la sekejap
hehehe.” Kata Siti dengan senyum. Mimi dan Lily mencebik bibir mendengar
kata-kata Siti.
“Berangan
la kau.” Kata Lily. Siti hanya senyum. Dikepalanya membayangkan yang dia adalah
puteri raja dan kedua kawannya adalah dayang-dayang yang menjaganya.
Senyumannya semakin melebar. Air milo dicapainya lalu dihirup.
“Woi Siti, haaa, berangan la tu. Kau ni
sikit-sikit berangan. Cuba kau cerita kat aku betul-betul apa yang jadi tadi.”
Pinta Lily. Kaki kawannya digosok-gosok dengan minyak. Siti menceritakan
semuanya kepada Lily dari A sampai Z. Lily hanya mengangguk saja mendengar
cerita Siti.
“Aku rasa nasib kau memang baik. Kalau dia buat
trick langgar kau kat lorong sunyi. Alamat kantoi la kau.” Kata Lily. Siti dan
Mimi hanya mengangguk.
“Hmmm betul tu kata kau tu Lily. Aku setuju. Lepas
ni kau mesti hati-hati. Mana la tahu kalau-kalau mamat tu tak puas hati dan
terus intip kau perhatikan gerak geri kau. Dan lepas tu dia tunggu masa yang
sesuai aja nak ambil kesempatan kat kau.” Kata Mimi.
“Betul. Betul. Orang macam tu tak akan berpuas
hati dan tak akan cepat putus asa. Diorang akan berusaha untuk teruskan niat
keji dia orang tu. Nanti kau kalau nak kemana-mana, jangan pergi sorang-sorang.
Ajak aku atau Mimi temankan.” Lily setuju dengan kata-kata Mimi. Siti diam mendengar kata-kata kedua rakannya. Ada
betulnya juga kata mereka. Takut pula dia dengar Lily dan Mimi cakap macam tu.
“Wei, kau orang ni nak ingatkan aku ke nak
takut-takutkan aku?” Tanya Siti.
“Dua sekali. Kau tahu kenapa? Sebab kau tu berani
sangat. Dengan semangat srikandi kau tu, memang patut kau diberi amaran dari
kita orang.” Kata Mimi tegas.
“Aku ni bukan apa, aku geram sangat dengan sikap
sesetengah kaum Adam yang suka ambil kesempatan terhadap kita perempuan ni. Dia
orang ingat kita boleh dibuli.” Kata Siti.
“Betul kata
kau Siti, tapi kita kena tengok jugak keadaan dengan situasi. Jangan main
sergah aja. dia orang pun ada hati dan perasaan gak. Kalau kita buat dia orang
marah, kan dia orang simpan dendam kat kita, susah nanti.” Lily pula bersuara.
“Haaaa, betul tu Siti, aku sokong dengan kata Lily
tu. Lain kali kau jaga sikit mulut kau tu.” Sokong Mimi.
“Okey la, aku ikut kata kau orang. Tapi kalau kau
orang kena buli dengan lelaki jangan nak datang ngadu dengan aku pulak.” Balas
Siti akur dengan kata-kata kawannya.
“Okey la, sekarang kita tutup buku pasal tu. ni
siti aku nak tanya kau.” Kata Lily. “Apa Dia?” Soal Siti.
“Rumah yang kau cakapkan tu kat mana ya? Apa
alamatnya?” Tanya Lily semula. “Entah aku pun tak ingat.” Jawab Siti.
“Aaai, kau biar betul. Kakak tu tak bagi ke alamat
rumah dia kat kau. Kalau macam tu macam mana kita nak pergi esok? Tanya Mimi
pulak.'
“Yang tu korang tak yah la nak runsing, aku dah
settle dah dengan kakak tu.” Kata Siti menyedapkan hati rakan-rakannya.
“Hey. Kakak tu nama apa ya? Mana kau jumpa dia?
Macam mana kau tau yang dia nak cari penyewa?” Tanya Mimi bertalu-talu.
“Wait. Yang kau tanya banyak-banyak sangat ni apa
hal. Dah macam polis soal siasat dah ni.” Kata Siti.
“Iya la kami nak tau jugak. Karang terkena kakak
tu nak cover kegiatan dia, yang sumbang habis la, sekali kita sangkut.”
“Ishhh, kau ni. Tadi kau kata kat aku jangan buruk
sangka dengan orang . Nah sekarang kau pulak. Nama kakak tu Fauziah. Kakak tu
senior kita kat hospital. Dia pun jururawat macam kita jugak. Hari tu dia ada
dengar aku tengah tanya member member kita, lepas mungkin dia dengar kot, dia
pun offer la kat aku untuk tinggal kat rumah dia.” Beritahu Siti panjang lebar.
Mimi dan Lily hanya ngangguk.
“Macam mana dengan sewa?” Lily bertanya. “Sewa dia
ambil satu kepala RM50 termasuk semua kemudahan yang ada dalam rumah tu. Aku
rasa okey la. Mana nak dapat tuan rumah yang macam tu.” Jawab Siti. Mimi dan
Lily mengangguk. Tanda setuju dengan Siti.
“Kakak tu ajak kita tinggal kat rumah dia , suami
dia tak marah ke?” Tanya Lily.
“Kakak tu mana ada suami. Dia janda muda. Anak pun
tak ada lagi.” Jawab Siti.
“Wow, jadi dia tinggal sorang la kat rumah tu. Berani
ya dia.” Kata Mimi pula.
“Eh, tak lah dia tinggal dengan adik dia.”Jawab
Siti.
“Adik dia tu lelaki ke perempuan? Hehehe.” Tanya
Mimi lagi sambil senyum.
“Kakak tu cakap adik dia perempuan. Kalau lelaki
tak mungkin punya dia nak ajak kita tinggal dengan dia. Nak cari nahas!” kata
Siti.
“Nahas apa
pulak?” Tanya Mimi.
“Ish, kau ni apa pasal biol sangat. Kita kan kerja
shif. Buatnya kita shif lain-lain, kakak tu pun shift lain. Kau nak berdua aja
dengan adik kakak tu. Silap haribulan kena tangkap basah la.” Terang Lily.
“Iya tak ya jugak” Kata Mimi sambil menggaru
kepalanya yang tak gatal.
“Adik kakak tu jururawat macam kita jugak ke?” Tanya Mimi.
“Eh, tak lah kakak tu cakap adik dia kerja kat
KTU.” Jawab Siti.
“KTU tu kerja apa?” Tanya Mimi hairan.
“Kau ni apasal bebal sangat. KTU tu Kolej Tentera
Udara. Kat Kepala Batas Jitra tu.” Jawab Lily.
“Ooooo.....yang banyak kapal terbang tu haaah”
Jawab Mimi faham agaknya.
“Hmmmm.” Jawab Lily dan Siti serentak.
“Hebat la adik kakak tu ya. Mesti tegas orangnya.
Jenuh la kita nak suaikan diri dengan dia nanti.” Kata Mimi lagi.
“Ishhh... Kau ni. Jangan cakap macam tu. Bak kata
orang tak kenal maka tak cinta. Kita kenal pun belum dengan adik kakak tu lagi,
kau dah buat andaian yang bukan-bukan.” Kata Lily. Mimi hanya senyum.
“Esok macam mana kita nak pergi rumah kakak tu? Dah
alamat pun kau tak tau.” Tanya Lily.
“Esok kita naik teksi dari sini pergi ke hospital.
Kakak tu tunggu kita kat sana. Lepas tu kita naik kereta kakak tu sampai
kerumah dia. Sebab, dia kata macam tu senang sikit dari kita susah payah cari
guna alamat. Okey sekarang faham.” Terang Siti.
“Faham
cif.” Kata Mimi dan Lily. Mereka ketawa.......
Tiada ulasan:
Catat Ulasan