Jumaat, 21 Mac 2014

BAB 4 :~ CINTA SETIA ALAM

ARSLAN HAKIMI

BAB 4

Fiza dan Zita berjaya mengejar Ida. Mereka memanjat anak tangga bersama-sama. Mereka berjalan beriringan menuju kebilik mareka sambil bercakap-cakap mengenai Ein.

“Aku tahu, kau dah jatuh hati dengan Lt Ein, kan?  Kau marah sebab dia tak pandang dan tegur kau tadi? Mungkin dia tak nampak kau kot” Serkap Fiza sambil meletakkan buku-bukunya atas tilam.

“A’ah, pandai la kau fiza buat gosip. Kau ingat aku macam kau orang. Tak memilih langsung. Main tangkap muat aja. Kau orang pun tahu kan yang dia tu perempuan macam kita jugak.” Balas Ida. Dia menghenyakkan punggungnya diatas tilam.

 “Iya perempuan yang macho, segak, hensem, bergaya dan cukup pakej beb.” Zita pula menyampuk. Dia duduk disebelah Ida.

 “Hah betul tu Zita. Aku setuju.” Celah Fiza bersetuju dengan pendapat Zita.

 “Ish, korang ni gila betul.” Ida bersuara sambil mengeleng-gelengkan kepalanya.

“Korang tak payah nak pasang angan-angan nak jadi special couple Lt Ein tu. Dia tak akan layan korang punya. Sebab dia dah ada aku.” Fiza, Zita dan Ida berpandangan. Kemudian mereka menoleh kearah suara tu.

“Owh....kau Jaja. Perasannya kau. Apa buktinya kau dengan Lt Ein tu sedang couple?” Tanya Fiza, memandang kepada Jaja dengan rasa tak puas hati dengan kenyataan yang keluar dari mulut Jaja.

“Iya la kau Jaja. Kau tak payah la nak auta kami. Macam la kami tak tahu yang kau tu tak lama lagi nak bertunang. Lagipun, aku tengok kau pun sama lebih kurang macam Lt Ein jugak. Macam lelaki.” Kata Zita pulak. Ida hanya diam. Terkejut sekejap dia dengan kenyataan Jaja tadi tu.

“Ala...macam lelaki pun sekurang-kurangnya aku dah nak bertunang. Aku saja nak suprisekan korang aja. Tapi memang betul cakap aku. Korang tak payah la nak berangan nak jadi special couple dengan Lt Ein tu.” Ujar Jaja mengingatkan mereka bertiga.

 “Kenapa kau cakap macam tu? Cerita la pada  kita orang. ” Tanya Zita hairan

Kata-kata Jaja menarik perhatian mereka. Dengan perlahan mereka mendekati Jaja dan duduk bersama-sama diatas katil Jaja.

 “Cepat la bagi tau pada kita orang.” Kata Fiza tak sabar-sabar. Dia menggoncang bahu Jaja.

“Kau ni Fiza tak sabar-sabar langsung.” Jaja bersuara. Menepis tangan Fiza.

“Macam mana nak sabar kalau benda yang kau nak cakap ni ada bersangkut paut dengan Lt Ein. Mesti ada yang menarik pasal dia kan?” Zita pulak mencelah. Tak sabar untuk mendengar cerita dari Jaja.

 “Iya la, iya la, aku cakap.” Kata Jaja dengan suara yang sedikit mengendur. Kedua –dua mereka menunggu dengan penuh minat. Manakala Ida hanya memandang dari  jauh. Dia lebih berminat membuat persiapan untuk kelas yang akan bermula sebentar lagi.

Walaupun begitu dia tetap memasang telinga. Mahu jugak dia dengar apa yang diceritakan oleh kawannya itu.

“Sebenarnya Lt Ein tu... belum sempat Jaja masuk port cerita yang menarik mereka dikejutkan oleh suara penghulu platun.

“Okey semua ambil kain sembahyang kamu, buat tiga barisan dan berjalan ke surau. Cepat! Jangan main-main.” Kata penghulu Platun tegas.

“Aduh...penghulu ni pun, kacau daun aja lah. Masa ni jugak dia nak bagi arahan.” Sungut Zita. Dia dan Fiza bangun dari katil Jaja dan ambil kain sembahyang dalam almari dan terus buat tiga barisan seperti yang disuruh.

Selepas meninggalkan motor Ijan dengan tauke motor yang berdekatan, Ein berjalan masuk ke restoran, tempat dia berjanji untuk berjumpa dengan akaknya. Masuk saja dalam restoran tu, matanya meliar mencari kelibat akaknya. Seketika kemudian dia terpandang sesusuk tubuh dari jauh. “Haa, there you are.” Kata Ein perlahan. Dia berjalan mendekatinya akaknya.

“Assalamualaikum! Cik yang manis. Boleh saya temankan cik minum?” Kata Ein bila dia mendekatinya akaknya dalam nada gurau setelah salam diberi. Senyum saja dia.

“Waalaikumussalammmm.” Jawab akaknya lembut bersama senyuman manis yang terukir dibibir.

 “Kenapa lambat?” Tanya akaknya. Masih dengan senyuman yang masih menghiasai bibirnya. Kak G bukanlah kakak kandung Ein pun. Dia sebenarnya hanya kenalan Ein. Kak G adalah anak yatim dan juga isteri kepada kawan baik Ein. Dia memikul amanah kawannya untuk menjaga Kak G. Amanah yang diberikan sebelum kawannya tu pergi buat selamanya. Sekarang dia menjaga amanah ni dengan baik. Harap kawannya gembira disana....

“Sorry la akak. Ada hal tadi. Dah lama ke akak sampai?” Jawab Ein menarik kerusi dan melabuhkan punggungnya.

 “Tak la lama sangat. Tapi sempat juga la habis satu, dua gelas minuman ni.” Beritahu Kak G sambil menunjukkan gelas kosong dihadapannya.
Ein meletakkan tangannya diatas meja.

“Ein! Apa ni?” Tanya kak G terkejut apapbila dia terlihat siku Ein yang luka dan masih ada darah yang dah pun kering. Ein melihat sikunya. Memang betul luka.

“Masa bila pulak ada luka kat sini. Hurm....macam mana aku tak boleh perasan ni.” Ein berkata perlahan.

“Ein, apa dah jadi ni. Kenapa kamu luka. Kamu gaduh ya? Ini mesti kamu gaduh pasal perempuan lagi kan?” Soal kak G. Dia risau dengan adiknya yang sorang ni...walaupun perempuan tapi asyik bergaduh saja. Kononnya mahu melindungi sesama gender dari tertindas.  

“Mana ada akak. Tadi accident sikit. Terlanggar orang.” Beritahu Ein selamba.

 “Apa? Kamu langgar orang? Teruk tak orang tu? Dah bawak pergi hospital? Dah buat report polis? Tanya kak G kalut dan cemas. Bertalu-talu soalan yang  keluar dari mulutnya. Terkejut juga dia dengan apa yang diberitahu adik kesayangannya tu.

 “Akak cool down boleh tak? Jangan tanya banyak sangat. Satu-satu la. Ni dah macam machine gun dah gayanya. Tarik nafas pastu lepas.” Jawab Ein dengan selambanya.

“Dah, dah. Jangan cakap lagi. Jom pergi hospital dulu, cuci luka kamu tu. Nanti kena jangkitan pada luka tu, lambat nak baik.” Kalut Kak G bersuara. Dia bangun. Tangan Ein dipegang.

“Ish, akak ni. Jangan kelam kabut sangat. Luka sikit aja ni. Lepas la tangan Ein. Orang tengok tu, malu la...habis macho orang.” Terkejut dia dengan tindakkan Kak G yang kelam kabut tu. Bertambah lagi Kak G pegang tangan dia dikhalayak ramai, malu siot beb....

“Ish...tak payah nak fikir pasal macho kamu tu. Cepat, kita pergi hospital.” Kata-kata Ein langsung tak dihirau Kak G. Laju saja dia heret Ein keluar dari restoran.

Ein tak boleh nak kata apa dah. Ikut aja la...sekarang ni. Sambil berjalan diheret Kak G, sempat lagi dia senyum sengeh kat awek-awek cun yang tersengeh tengok dia kena heret dengan akaknya.

Kak G heret Ein masuk dalam keretanya. Dalam kereta Ein tengok muka akaknya yang serius memandu.

 “Akak! Jangan serius sangat. Sebenarnya tak la teruk, accident tu. Cuma bergesel sikit aja. Tak buat pun polis report pun. Nanti banyak pulak yang dia orang soal. Kami buat selesai kat situ juga.” Beritahu Ein. Dia pandang muka Kak G yang serius memandu disebelahnya.

“Sikit kamu cakap sampai luka macam tu. Hurm, hai....kamu ni.. tapi baik juga orang tu sanggup buat selesai kat situ, ka?” Kak G bersuara. Kali ni suaranya sudah tak secemas tadi.

“Baik akak cakap. Dia siap pau Ein RM200 lagi.” Kata Ein agak marah. Sakit hatinya bila terkenangkan kejadian tadi.

“Ok la tu RM200 aja. Kalau dia panjangkan kes ni, lagi banyak kena, kan? Bersyukur aja la.” Balas Kak G Ein memujuk bila dia kerling Ein disebelahnya macam bengang saja.

“Bersyukur memang la Ein bersyukur akak. Tapi Ein tak puas hati dengan minah ni, akak. Dah terang-terang salah dia, tak nak ngaku pulak. Ein pulak yang dia salahkan. Ada pulak Ein yang hensem segak bergaya ni dia cakap perogol misteri. Ishh..tak patut betul. Mata dia mungkin dah kelabu asap kot.” Beritahu Ein tak puas hati.

“Haaa? Hahahah...” Kak G ketawa lucu mendengar kata-kata Ein.

“Masa Ein datang nak tolong dia, boleh pulak dia kata Ein ni nak ambil kesempatan kat dia. Akak tau apa dia cakap. Dia cakap ‘orang lelaki macam Ein ni bukan boleh percaya sangat.’ Dah..... Suka-suka hati dia aja nak tukar jantina orang. Dia ingat dia tu siapa agaknya.” Beritahu Ein dengan panjang lebarnya.

“Salah kamu jugak. Kalau kamu tak pakai pakaian macam ni, tak ada la dia cakap kamu macam tu. Akak pun kalau jadi dia, akan cakap kamu ni lelaki jugak.” Balas Kak G macam menyokong saja cakap minah yang diceritakan Ein tu.

 “Hehehe.....” Ein hanya menyengeh saja. “Tapi akak, minah tu cantik betul orangnya. Muka dia nampak lembut, manis sangat kalau dia senyum. Ayu dan tersangatlah comel. Saya tak pernah jumpa orang secomel tu akak. Mulanya saya ingat saya cuma bermimpi, tapi bila saya terasa sakit jatuh ditolaknya baru saya sedar, yang didepan saya tu betul-betul orang. Bukan puteri bunian. Bergegar iman saya dibuatnya.” Beritahu Ein.

Kak G memberi isyarat masuk simpang. Dia membelok masuk keperkarangan hospital. Mereka keluar dari kereta dan berjalan masuk. Kak G sekali lagi pegang tangan Ein dan heret ke wad kecemasan untuk cuci luka Ein.

Dalam bilik tu sewaktu Kak G cuci lukanya dia asyik saja bercerita pasal gadis comel yang dilanggarnya tu.

“Akak, minah tu, aduhai....” Dia mengeluh...senyum saja dia...

 “Ehem... kamu jangan bagai-bagai. Jangan buat pasal. Ingat kamu tu siapa.” Kak G mengingatkan Ein. Menjeling dia pada Ein yang duduk atas katil dalam bilik kecemasan tu. Nasib waktu tu tak ada yang kecemasan. Boleh la dia selamba saja duduk kat mana pun. Macam la hospital ni datuk dia yang punya. Main duduk suka hati aja. Hurm..sabo aja laa...

Selesai dia cuci luka Ein, dia balut dengan kain kasa pituh yang bersih. Lepas tu dia ajak Ein pergi minum kat kantin hospital aja laa...malas dah dia nak keluar. Mereka duduk disatu meja yang kosong.

Dikantin Ein sambung lagi ceritanya. Bila dengar saja Ein banyak memuji pasal gadis  yang dilanggarnya tu, Kak G mencelah.

“Ein, kamu ni banyak sangat memuji kenapa? Hati kamu tu jaga sikit. Nanti terpesong.” Sekali lagi Kak G mengingatkan Ein.

 “Saya tahu la akak. Cuma wajah dia tu memang dan sememang memangnya cantik dan comel. Tapi tak kena la dengan sikap dia yang garang tu. Kalau dia lemah lembut, sopan santun mesti berseri-seri, kan akak? Ishhh....cantik betuuul...tak pernah saya jumpa macam tu sekali punya cantik la akak.”  

“Mana la akak tahu. Bukannya akak pernah jumpa dia pun. Hai, kamu ni, macam-macam.”
Ein sengeh. Air minuman yang dibeli tadi, disedutnya.

“Yang kamu semangat sangat cakap pasal budak perempuan tu, kenapa?” Tanya kak G lagi. Dia sedikit hairan dengan adiknya yang tak habis-habis cakap pasal perempuan yang baru dilanggarnya tadi.

“Ish,...... tak ada kenapa-kenapa lah kak. Sebab dia cantik dan comel. Itu saja. Lagipun kata-kata dia tadi masih lagi terlekat kat kepala saya ni haa.” Kata Ein sambil ditunjukkan kearah kepalanya. “Bukan ada apa-apa pun.” Kata Ein lagi, tapi perlahan saja.

Kak G geleng saja kepalanya dengan perangai Ein ni. Dia mengeluh.

“Kenapa akak mengeluh? Akak letih ya dengar Ein cakap?”

“Letih la telinga akak ni asyik dengar kamu asyik puji aja perempuan tu. Kamu ni ada apa-apa ke yang akak tak tahu?” Kak G cuba meneka.

“Ish akak ni, sampai kesitu pulak fikirnya. Ein ni, walaupun pakai macam macam ni, perangai macam itu, ini, tapi Ein tahu la akak. Ein tak akan pergi sejauh tu.” Jelas Ein. Dia tahu benar maksud akaknya tu. 

“Boleh ke akak percaya ni? Dengar kamu cakap pasal perempuan tu pun dah buat akak gerun fikir pasal kamu ni.”

“Ish, akak ni dengan adik sendiri pun tak percaya. Kalau akak tak percaya kat Ein akak boleh aje tanya Ijan.” Nama Ijan dikaitkan untuk pertahankan dirinya.

 “Haa, lupa akak pada Ijan. Dia apa khabar?” Tanya kak G tiba-tiba, bila Ein sebut saja pasal Ijan.

“Dia baik –baik saja. Masih macam dulu, hensem, segak, macho jugak la....tapi Ein lebih lagi la dari dia. Ein datang tadi pun pinjam motor dia la. Ni yang senang-senang hati tanya pasal Ijan, apa kes pulak?”  Soal Ein. Matanya membulat pandang akaknya.

 “Tak ada apa la. Jadi kamu langgar orang tadi, dengan motor Ijan la.” Kak G pulak bertanya.
Ein senyum mengangguk.

“Kenapa kamu tak naik kereta aja tadi? Kan selamat. Tak lah kamu pergi langgar orang.” Kak G bersuara lagi. Mengeluh lagi dia.

 “Malas la naik kereta. Nanti sangkut dalam jem pulak. Akak tahu kan waktu lunch orang ramai. 
Nanti lambat la sampai. Kesian akak kena tunggu lama.” Ein beri alasan. Munasabah untuk diterima akal.
“Abis tu kamu datang tadi cepat ke?” Soal kak G. Macam perli aje bunyinya.

 “Alah, lambat sikit aje. Kalau tak pasal awek cun yang garang macam singa tu, awal lagi Ein dah sampai.” Kata Ein. lagi pertahankan dirinya. Kali perempuan yang dilanggar tadi disalahkan.

Sekali lagi wajah gadis yang diakui comel tu melintas difikirannya. Kenapa entah wajah tu sentiasa berlegar-legar di kepalanya. Dia sendiri hairan. ‘Mungkin rasa sakit hati aku yang belum hilang ni yang membuatkan aku tak boleh nak lupakan wajah dia.’ Kata Ein dalam hati.

 “Ein, kamu ni kemana. Berkhayal pulak. Banyak kali akak panggil kamu buat tak dengar aja.”  

“Tak kemana-mana la akak. Still stay here.” Jawab Ein. Dia mengeluh. Agak-agak akaknya tak dengar la keluahan dia tu.

“Kamu ni, sampai bila nak macam ni? Tak terasa ke kamu nak hidup macam orang lain. Bersuami dan berkeluarga?

“Haaa? Jauhnya akak fikir. Hurm...akak! Ein tak ada calon lagi.”

“Habis tu Ijan?”

“Haaa? Ijan?” Terbeliak biji matanya.

“Ijan tu sekadar kawan baik Ein aja akak. Tak lebih dari tu. Ein langsung tak ada perasaan pada dia.”
“Ein semua tu boleh datang kemudian. Buka hati kamu. Perhatikan dia dengan naluri perempuan kamu tu, akak pasti akan ada sesuatu dalam hati kamu tu untuk dia.”

“Aduh akak ni...dah mulalah nak bukak bab yang menyenakkan jantung orang ni. ubah topik la akak. Ini akak nak jumpa Ein sebab nak cakap hal ni aja?” Dia pula menyoal bila dilihat akaknya diam memandang tepat kemukanya.

“Tak adalah. Akak cuma rindukan Ein. Dah lama Ein tak balik rumah.” Jawab Kak G. Air minuman dihadapannya disedut. “Lagipun akak nak bagi tau pada kamu yang mulai esok ada tiga orang junior akak  akan tinggal kat rumah kita.” Beritahu kak G lagi.

“Woh, perempuan ke laki-laki kak?” Tanya Ein kelam kabut. Mukanya berubah teruja bila dengar apa yang dicakapkan akaknya sebentar tadi.

“Hai kamu dah sewel ke apa? Tak kan akak nak ajak lelaki pulak tinggal serumah dengan kita. Kamu nak kita kena angkut dengan pihak majlis agama?” Jawab Kak G. Dia menggelengkan kepalanya bila mendengar pertanyaan yang tak masuk akal Ein tu.

“Mana la tahu. Dia orang tinggal free atau kira sewa akak?” Tanya Ein lagi.

“Akak malas la nak berkira sangat. Akak kira satu kepala  RM50 merangkumi semua sekali.” Jawab Kak G.

“Alamak akak, murahnya.” Balas Ein tak setuju dengan Kak G.
 “Cukup la. Lagipun dia orang study lagi. Diorang buat praktikal kat hospital tu.” Beritahu Kak G.

“Baiknya hati akak. Ini yang buat Ein sayang sangat dekat akak ni.” Ein bersuara. dia senyum manja.

“Akak pun saaaaayang sangat kat Ein.” Kata Kak G sambil mencubit pipi Ein.

 “Eh akak ni sakit la. Jangan cubit pipi Ein nanti awek tengok tak macho aar.” Kata Ein menggosok pipinya. Kak G senyum melihat gelagat Ein.

 “Akak dia orang tu cantik tak?” Tanya Ein lagi.

“Ish kamu ni....."

 “Alah akak........ tanya aja. Nanti meriah la rumah kita. Tak la bosan sangat. Ada jugak muka baru yang boleh Ein tengok.” Kata Ein sambil menyengeh.

“Oooo, selama ni Ein bosan la asyik tengok muka akak ya?” Soal Kak G. Sengaja buat muka merajuk.

“Uish mana ada macam tu akak. Ein suka tengok akak, sebab akak ni cantik, comel, lemah lembut, pendek kata tak jemu la bila pandang muka akak ni.” Puji Ein. Nak ambil hati la tu.

“Amboi, melangitnya kamu puji akak. Manis betul mulut kamu ya.” Kata kak G sambil senyum.

“Tengok tu, bila akak senyum, alamak...hai, kalau mana-mana lelaki tengok pasti jatuh cinta punya. Nasib la Ein ni perempuan. Kalau tidak dah lama Ein masuk meminang akak tau.” Kata Ein memuji lagi.

“Sudah la, kamu tak payah puji akak lagi. Buat malu aja orang dengar.” Kata Kak G malu-malu. Mereka ketawa bersama-sama.

Kak G melihat jam di tangan. “Aduh, dah dekat pukul 4 petang dah. Itu la, kalau cakap dengan kamu ni sampai esok pun tak habis.” Kak G bersuara setelah hilang gelaknya.

Ein pun melihat jam ditangannya. “Esok kamu nak balik tak? Mana la kot-kot kamu nak bersua kenal dengan diorang.” Tanya kak G.

“Tak. Lusa kan hari sabtu. Ein balik hari sabtu aja la. Lagipun ada sikit lagi kerja yang tak siap.” Jawab Ein.

 “Lusa kamu balik pagi, tengahari atau petang?” Tanya kak G.

“Ein balik petang dalam pukul enam sampai la rumah.” Beritahu Ein.

 “Dah, jom akak hantar kamu. Kamu nak ambil motor dulu ke kat sana?”

“Mana ada motor kak. Motor masuk bengkel. Cermin sisi pecah dengan tak hidup.” Jawab Ein.

“Kalau macam tu jom akak hantar.” Dia bangun. Mereka berjalan pergi. Fikiran Ein asyik saja terfikirkan gadis comel tu. Dia sudah macam nak naik runsing saja, bila muka gadis comel tu tak mahu hilang dari kepala otaknya.

 ________________________________________________________________

Tiada ulasan:

Catat Ulasan