Ahad, 26 Januari 2014

Kuih Sagu Merah

Kuih Sagu Merah




Bahan-bahan ( 4-5 orang )

  • 3 pot sagu halus (guna pot rice cooker)
  • 15 sudu besar gula pasir
  • 6 ½ pot air
  • 2 helai daun pandan (kalau suka)
  • Pewarna merah ( pencelup sirap) secukupnya
  • ½ biji kelapa parut ~ digaulkan dengan sedikit garam lalu dikukus sebentar -( kalau mahu kelapa tahan lama kelapa parut harus di kukus dahulu)

Cara-cara

  1. Jerang air bersama daun pandan dalam kuali (yg agak besar) hingga mendidih.
  2. Basuh sagu & toskan lalu masukkan sedikit demi sedikit ke dalam air mendidih tadi. Masa masukkan tu lerai2kan sagu agar masaknya nanti sekata & tak berketul2.
  3. Kacau sagu dengan api sederhana hingga nampak jernih. Buangkan daun pandan.
  4. Tambahkan pewarna hijau secukupnya serta gula pasir tadi.
  5. Kacau lagi hingga rata & gula larut. Tuangkan ke dalam loyang & biarkan hingga kuih sejuk.
  6. Potong kuih dan golek2kan dalam kelapa parut bergaram tadi.
  7. Sedia dihidangkan. Selamat mencuba......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan