Ahad, 30 Mac 2014

BAB 10 :~ CINTA SETIA ALAM

ARSLAN HAKIMI


BAB 10


Ida berjalan perlahan menuju keruang rehat pegawai untuk berjumpa dengan Ein.. Tak payah terburu- buru. Ruang rehat tu bukannya jauh sangat. Perasaannya kini bercampur baur. Perasaan suka dan takut. Hatinya meneka-neka apa yang akan dicakapkan Ltnya tu padanya.

Akhirnya dia pun sampai. Dia berdiri sejenak didepan pintu pejabat Ein. Membaca doa ka? Dia menarik nafas panjang. Membetul-betulkan baju dan tudungnya. Kemudian dia mengetuk pintu dihadapannya.

“Tuk....tuk....tuk..” Ida mengetuk pintu. Tak lah kuat sangat. Kalau diikutkan hatinya mahu saja diterjah pintu tu dan terus meluru kearah gerangan yang sedang menanti di dalam. Dah macam skuad melodi la pulak kalau macam tu tindakkanya. Macam terjah gosip saja. Tapi dia bukan nak bergosip atau cari bahan berita. Dia dijemput untuk bersua.

“Masuk....” Terdengar jawapan dari dalam. Suara yang sering dinantikan untuk dirinya saja. Aduh ketar gila aku ni. Macam mana nak berdepan ni. Degup jantung makin kencang. Mengalahkan taufan Hainan la pulak yang melanda. Eh gelora yang berlaku el nino ka? Hentam saja la. Bukan kena bayar pun. Bisik hatinya.

 Tangannya menolak daun pintu. Kaki melangkah masuk. Dilihatnya wajah yang menjadi pujaannya setiap masa. Hatinya begitu tertarik bagai ada megnet untuk terus menyayangi Puan tomboynya itu. Dia tak dapat menyangkal lagi. sudah berkali dipujuk hatinya supaya membuang perasaan itu. Namun apabila terdengar kata-kata dua kawannya yang minat habis kat Ein, dia pasrah dan akur dengan hatinya.

Ala-ala kawad sedikit jalannya, dia berhenti dan mengangkat tabik hormat kepada Puan dihadapan. Semuanya kerana pangkat. Dah pangkat Ein tinggi daripadanya terpaksalah formal kalau kat dalam kem.

“Selamat petang Puan.” Ida bersuara tegas. Walaupun gementar tak terkira namun dikawal nada suaranya. Mukanya tertumpu pada Ein dihadapannya sedang duduk.

“Selamat pagi.. silakan duduk.” Jawab Ein biasa saja. Memandang kearah Ida dengan tenang.
“Terima kasih Puan.” Kata Ida lagi. Dia melabuhkan punggungnya. Dia melihat Ein mengemas kertas kerja yang hampir siap untuk sesi pembelajaran nanti. Inilah kali pertama dia menjejak kaki dipejabat bilik Ein. Ala pejabat mana-mana pun dia tak pernah masuk.

Dia melihat sekeliling ruang pejabat tersebut. Tiada yang menarik pun. bisik hatinya. Tapi bila dia melihat atas meja Ein, terkejut jugak dia. ‘Alamak! Semua gambar kartun. Kartun anime jepun lak tu. Dia ni memang minat kartun ka? Hai tak matang lagi la tu. Tengok muka maco habis , tengok gaya, amboiii..... betul-betul menawan, tapi.... agaknya tak matang lagi la....tak matang pun tak apa. Lagi cute kalau macam tu.’ Ida mengomel dalam hati.

Ein memandang tepat ke muka Ida yang penuh tumpuan atas mejanya.

“Ehem...” Ein berdehem apabila dilihat Ida asyik meneliti mejanya yang dah macam album gambar.
Ida terkejut sedikt. Dia mendongak melihat Ein yang sedang memerhatikannya. Ein mengangkat keningnya. Dia tunduk. Tak sanggup nak bertentang mata. Takut tak boleh kalih tempat lain dah. Rasa macam terus nak menatap muka tu.

 Ein menarik nafas panjang dan menghelanya. “Hmmm..... kamu okey today?” Ein menyoal. Cuba memulakan bicara dengan lembut. Membuat Ida lebih selesa. Ida hanya mengangguk.

“Mungkin kamu rasa pelik, mengapa saya panggil kamu. Atau kamu sudah dapat meneka tujuan saya panggil kamu.” Ein berkata seterusnya.

 Ida menggelengkan kepalanya.

“Hurm, begini....” Dia diam sekejap. Berfikir untuk menyusun ayat yang sesuai. Ida diam menunggu dengan penuh debar.

‘Hurm...saya tak tahu apa yang kamu fikirkan bila pandang saya. Apa yang pelik tentang saya.....saya sendiri pun tak tahu. Nak kata kamu tak tahu gender saya..... sudah saya kenalkan diri hari tu. Saya masih tak faham dan confiuse. Apa yang buat kamu fikir macam tu.” Kata Ein. Menyusun kata-kata agar mudah untuk Ida faham. Itu pun kalau dia faham laa....

“P...p...Puan... saya tak faham,” Jawab Ida gugup.

Ein membuka laci mejanya. Dikeluarkan lipatan kertas. Masih ditangannya.

“Mungkinkah ini kamu punya?” Tanya Ein menghulurkan kertas tersebut. Ida mendongak dari tunduknya. Dilihat kertas yang terlipat ditangan Ein.

Hati Ida berdegup kencang. Dah baru nak reda dengupan tadi kini kembali semula. Wajahnya kembali pucat. Dia kenal benar dengan kertas tu. Itulah kertas yang tertulis segala perasaannya terhadap Ein. Surat itu diselitkan oleh Ida semasa Ein habis kelas, dua hari lepas. Sempat lagi dia.Terketar-ketar tangannya mengambil surat dari tangan Ein.

“Bukaklah.” Beritahu Ein. Dia dapat melihat betapa gabranya Ida,
Kertas itu dipegang erat. Lipatannya tidak dibuka. Dia tak payah buka kerana dah tahu apa kandungan dalam kertas tu. Dia kembali tunduk.

“Tak payah kamu tunduk begitu. Angkat kepala kamu. Cuba kamu lihat kearah saya. Beritahu saya apa yang kamu nampak pada diri saya.” Ein berkata lagi. Suara tak terlalu keras dan tak terlalu lembut. Tapi cukup tegas.

Ida masih lagi diam tertunduk. Tak tahu nak cakap apa. Ein bangun dari kerusinya. Berjalan kearah Ida. Dia bediri ditepi mejanya. Memandang kearah Ida yang sedang tunduk. Dia menarik nafas panjang. Dia kemudian memegang dagu Ida menarik keatas agar memandang kearahnya. Ida terkejut dengan tindakkan Ein. Dia kelu membisu. Kemudian Ein lepas dagu Ida.

“Ida, cuba kamu cakap dengan saya. Apa yang kamu nampak pada saya yang membuatkan kamu mempunyai perasaan begitu. Saya rasa saya seperti orang lain jugak Cuma pernampilan saya saja yang berlainan sikit. Tak kan itupun boleh membuatkan kamu jatuh hati pada saya. Kamu baru seminggu disini. Tak kan kena panahan jatuh cinta pandang pertama pulak. Itupun dengan saya. Kalau dengan tuan Ijan saya tak heran sangat. Kan saya dah kenalkan diri saya pada kamu dan semua yang menghadiri kursus di sini.” Ein berbicara panjang.

Ida memberanikan diri untuk bersuara. Kalau tidak tiada sudahnya. Puannya ini mahukan jawapan. Dah berkali soalan sama ditanya walaupun berbagai versi yang keluar.

“Sebenarnya......Puan.. sa......saya dah lama jatuh hati pada Puan. Semenjak Puan datang kerumah saya kali yang ketiga hari tu. Wah, ingat lagi kali keberapa. Hari dimana Mak saya menjemput Puan datang kerumah. Semua ahli keluarga saya belum tahu identiti puan yang sebenarnya hingga kini.” Beritahu Ida memulakan kisahnya.

“Haa?” Ein agak terkejut. Tapi betul laaa... mananya dia pernah beritahu identitinya kepada mak mahupun ahli kelurga Ida. Hari tu dia kelam kabut balik sebab Mak Ida dah merepek yang bukan-bukan.

“Sebenarnya tujuan mak saya panggil Puan hari tu untuk ditemukan dengan saya secara tak langsung. Senang cakap, mak saya dah berkenan dengan Puan. Dia nak jadikan Puan menantu dengan kahwinkan saya dengan Puan.” Cakap Ida lagi. Sekarang agak lancar dia bercerita.

“Hah? Menantu?.....sudah?” Sunggut Ein terkejut. Memang Mak Ida sebut bab tu. Dia ingat mak Ida nak jodohkan dia dengan anak lelakinya. Patut la Ein rasa hairan sebab Mak Ida cakap dia tak ada anak lelaki. Anaknya semua perempuan. Rupanya Mak Ida tak perasan langsung yang Ein ni perempuan.

“Ya...hari tu  la saya tengok puan. Saya pun tak tahu yang Puan ni perempuan. Sejak dari hari tu la saya menaruh hati pada Puan. Saya mengambil gambar Puan dengan telefon bimbit. Saya mula menyiasat pasal Puan. Akhirnya saya dapat tahu Puan ada disini. Beriya-iya saya ingin mengambil kursus disini. Untuk lebih mengenali Puan” Sambung Ida, dia tunduk.

“Tapi kan saya dah beritahu kamu masa Orientasi hari tu. Kata Ein.

“Betul Puan dah beritahu. Masa tu saya kecewa sangat. Saya ambil keputusan untuk menarik diri dari kursus ni. Kemudian saya jumpa Fiza dan Zita. Mereka nasihat saya supaya stay kat sini. Dah alang-alang datang dia orang cakap baik teruskan. Saya ambil keputusan untuk teruskan. Saya cuba membuang perasaan saya pada Puan. Tapi setelah mendengar kata-kata Fiza dan Zita, perasaan saya  kat Puan kembali kuat. Saya dah tak mampu untuk mengelak dari perasaan ni Puan.” Sambung Ida lagi.

“Apa yang kawan-kawan kamu cakap?” Tanya Ein ingin tahu.

“Dia orang cakap, Puan ni mahco, segak, bergaya dan boleh dikatakan cukup pakej untuk menjadi prince charming.” Kata Ida.mengulangi apa yang sering dua kawannya tu cakap dihari pertama mereka melihat Ein.

“Apa?” Ein terkejut. Buat apa nak terkejut. Dia sendiri pun selalu puji diri dan perasan yang dia tu macho ngan segak. Dah tu buat terkejut pulak.

“Dia orang cakap lagi. kalau kat luar sudah pasti dia orang akan ngorat Puan walaupun tahu yang Puan tu sebenarnya tomboy.” Sambung Ida lagi. perlahan dia sebut Tomboy. Takut marah pulak Ein. Ida tunduk kembali.

Ein menarik nafas panjang lagi dan melepaskan dengan keluhan.

“Ida,” Panggil Ein. Dia mencari ayat yang sesuai untuk membuat Ida faham dan sekali gus dapat mengekang perasan Ida terhadap dirinya.

“Saya faham apa yang kamu rasa,” Ein memulakan bicara. Faham ka dia? Bercinta pun tak pernah. Ini nak faham bahasa yang dilahirkan oleh hati. Sah Ein ni nak kelentong si Ida ni.

“First, saya nak minta maaf pada kamu, kerana tak berterus terang dari awal lagi yang saya ni perempuan. Second, saya minta maaf sebab dengan style dress up saya ni buat kamu keliru. Dan yang paling utama saya minta maaf sebab tak dapat memberi dan menerima cinta kamu terhadap saya. Memang nampak saya macam ni, tapi percayalah buat masa ni saya masih lagi normal.” Beritahu Ein. Bukan untuk melukakan tapi, dia tak mahu Ida terus melayan perasaan yang tak elok untuk disimpan.

“Nasihat saya. Lebih baik kamu buang saja perasaan tu. Saya tak mahu kamu kecewa. Kamu cantik, mungkin ada seseorang diluar sana sedang menunggu kamu. Kamu sabar la ya.” Beritahu Ein lagi. Ida diam dan masih lagi tunduk. Air matanya sudah bergenang. Ida rasa macam nak meraung saja masa tu.

Ida sudah tidak dapat menahan rasa sebak. Dia berharap Puan yang dikasihi itu akan menerimanya dengan baik. Tapi sangkaannya meleset. Air matanya mengalir bagaikan terusan yang pecah dengan limpahan air yang banyak.  Dia tunduk menangis, Ein melihat keadaan itu serta merta menjadi kelam kabut.

“Eh...eh... kamu jangan nangis pulak. Ish.... macam mana ni, aduhhh..... teruk la macam ni...” 
Menggelabah dia. Sudah. Tak tahu nak buat apa. Dia nak pegang nanti lagi salah faham pulak. Nak biar kan, lagi teruk nangisnya. Ein pening. Dia garu kepalanya. Ein duduk dengan bertongkatkan lututnya seperti mahu melamar.

“I....I......Ida, sudahlah jangan kamu menangis. Walaupun saya tak menerima cinta kamu tapi kita boleh still sebagai kawan.” Ein cuba memujuk.  Nampaknya pujukan Ein berhasil. Tangisan Ida beransur sedikit. Tapi lelehan air mata masih lagi gugur.

Ein dapat melihat kesedihan yang diratapi Ida. Teruk jugak ya, bila ada perasaan cinta ni. Sebab itulah aku nak jauhkan diri dari mempunyai perasaan yang macam ni. Bisik hati Ein. Ini baru sikit. Ada yang mahu bunuh diri pun ada. Huh, gila sungguh diorang ni. Tu la galak sangat nak rasa manisnya cinta, bila manis senyum, bila sampai dipahitnya mulalah nak buat perkara bodoh. Bengong sungguh, hatinya berkata lagi. dia bangun dari berlutut.

Ein mengeluarkan sapu tangan dari poket seluarnya. Aik! Nampak brutal tapi bawak sapu tangan dalam poket. Apa kes...Hehehe... Ein menghulurkan kepada Ida.

“Nah, Ambil ni. Sapu air mata kamu. Tak payah nak membazir air mata kamu untuk perkara yang tak sepatutnya. Contahnya dalam hal ni la... simpan untuk perkara yang lebih mustahak dan memang patut menangis.” Dia merepek. Entah faham atau tidak.

Ida mendongak sedikit kepalanya. Dia mengambil sapu tangan yang diberi Ein. Air matanya dikesat. Wanginya sapu tangan diaa.... bisik hati Ida, sempat lagi dalam sedih gitu pun.

“Ida, kamu cantik, comel dan menawan, kalau saya ni jenis yang tak normal atau saya ni memang lelaki tulen seperti yang kamu harapkan , dah pasti saya akan jatuh cinta pada kamu. Tau. Belum sempat kamu ngorat saya, saya dulu yang ngorat kamu.” Kata Ein menyedapkan hati Ida.

Ida mengangkat mukanya memandang Ein dengan mata yang sayu. Sedih pulak Ein melihat wajah yang cantik tu. Tapi apa kan daya. Dia tak mampu mengawal hati orang. Tapi hatinya dikawal dengan sebaik mungkin. Pintu hatinya dikunci dengan mangga yang amat besar dan diletakkan dua pengawal yang berbadan sasa. Takut juga akan panahan dan hentakkan dari pedang yang berkuasakan cinta ni menembusi pintu hatinya.

“Pu...Puan, betul ka macam tu?” Tanya Ida dalam esak lagi.

“Apa yang betul?” Ein hairan dengan soalan Ida.

“Betul yang Puan akan pikat saya dan cintai saya?” Tanya Ida pula. Hanya soalan menjadi jawapan antara mereka.

“Betul. Itupun kalau saya ni lelaki.” Katanya selamba.

Tengah selamba kodok layan kepalanya, tiba-tiba Ida memeluknya.

“Erk!! Aku ada silap cakap ke? Apa yang aku cakap tadi?” Ein tercari-cari apa yang dia cakap pada Ida yang buat Ida menyerbu datang memeluknya.

Habis terkejutnya, Ein menolak badan Ida perlahan. Mukanya serius memandang Ida. wajah Ida ditenung dengan muka yang agak garang. Ida hanya diam. Kini bibirnya senyum, dah hilang dukanya tadi. Cepat betul.
“Kenapa kamu peluk saya?” Tanya Ein keras sedikit.

“Tadi Puan cakap, Puan terima saya, lebih kurang macam tu la.” Jawab Ida. Tunduk. Tak mampu bertentang mata.

Ein garu kepala dan memikirkan ayat yang diucapkan tadi. Tercari-cari.

“Huh, yang tu. Saya cakap kalau saya ni tak normal dan sekiranya saya ni lelaki. Jangan kamu salah faham. Saya sekarang sedang normal. Jadi tak mungkin akan berlaku seperti yang kamu harapkan. Saya tak cintakan kamu dan tak akan. Kamu kena faham tu. Jangan kelirukan diri kamu lagi. Terimalah hakikat ni, Ida. Jangan biar diri kamu tenggelam dalam fantasi yang kamu sendiri bina. Nanti kamu lemas. Jangan menolak kenyataan yang pasti dan jelas.” Panjang saja cakap Ein. Cuba buat Ida faham sepenuhnya. Tegas sedikit.

“Harap kamu faham. Buang apa yang kamu rasa tu.” Ein bersuara lagi. Kali ni lembut.

“Puan... bagaimana mahu saya membuang perasaan saya ni, sedangkan ianya terlalu kuat dan sentiasa mengatasi diri saya.” Jawab Ida perlahan.

“Kamu boleh Ida. Diri kamu lebih kuat. Percayalah.” Mata Ein betul-betul memandang dalam mata Ida. Ida dapat merasainya.

“Ida, saya minta pada kamu dengan sepenuh hati saya. Tolonglah buang segala intipati yang ada dalam hati kamu. Jangan disimpan walau sebesar bakteria sekalipun. Kerana bakteria akan sentiasa merebak.” Kata Ein melihat wajah Ida dengan penuh harapan.

“Tapi Puan......” Ida berhenti. Tiada apa mahu diteruskan. Apa yang mesti dia cakap. Apa yang patut dia luahkan lagi semuanya sudah tertulis dalam surat tu. Tapi satu pun tak mendapat perhatian dari Ltnya tu. Dia mengeluh.

“Sudahlah Ida. Cukuplah setakat ni. Tak payah kamu nak kembangkan lagi perasaan merapu kamu tu. Kamu balik, buat sembahyang sunat banyak-banyak mintak petunjuk daripada Allah. Semoga kita akan mendapat hidayah daripadaNya. Insyaallah.” Pujuk Ein. Ida Tunduk mendengar kata-kata Ein.

“Saya harap kamu faham. Dan sekali lagi saya minta maaf kerana tak dapat menyambut cinta kamu. Serahkanlah cinta kamu tu kepada yang layak. Memang cinta tu buta. Tapi kita tak buta. Fikiran kita tak buta. Gunakan akal fikiran kita untuk mengukur suatu tindakkan kita sama ada salah atau betul tindakkan yang kita ambil. Kamu Faham?” Ein memberi nasihat.

“Ya....” Jawab Ida perlahan. Antara dengar dan tidak.

“Baiklah, kamu boleh pergi sekarang. Saya rasa semuanya dah jelas. Jangan keliru lagi. Usah buat keputusan yang salah. Kerana akibatnya sentiasa buruk.” Kata Ein lagi.

“Baik Puan.  Err, Puan, boleh Puan jadi kawan saya sampai bila-bila?” Tanya Ida. Dia kuatkan diri memandang muka Ein. Pandangannya penuh dengan harapan.

“Saya akan menjadi kawan kamu apabila kamu dah buang segala perasaan kamu pada saya. Saya janji. Sekarang kamu boleh pergi.” Jawab Ein, membalas pandangan Ida.

Perlahan-lahan Ida menapak keluar. Hatinya remuk dan kecewa. Cintanya ditolak. Kasihnya tak disambut. Pedihnya betul hatinya disaat ini. Kalau diikutkan hatinya mahu saja kemas begnya dan terus keluar. Tak payah teruskan kursusnya disini.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan