ARSLAN HAKIMI
BAB 9
Kelas sudah hampir tamat. Ijan nampak Ein berdiri
diluar kelas. Dia mengisyaratkan tunggu pada Ein. Ein hanya mengangguk. Fiza
menguit Zita. Memuncung mulutnya menunjuk kearah Ein.
“Zita, tu
kau tengok Prince charming aku datang dah.....” Kata Fiza Excited.
“Ish..... bila pulak dia jadi prince charming kau.
Dia prince charming aku la.” Kata Zita.
“Argh....kita
share la. Prince charming kita dua.... hehehehe...” Kata Fiza.
“Jadi kita ni kira madu la ya? hehehehe....” Kata
Zita bersalaman dengan Fiza. Ida hanya mengerling dengan ekor matanya.
“Tadi pakai baju joging pun dah nampak segak
bergaya. Ni dah dress up dengan uniform no.3 lagi nampak bergaya. Betul-betul
charming laa.... ishhh geramnya akuuuu..” Kata Zita sambil mencubit pipi Fiza
yang berada dekat dengannya.
“Aduhhh.. Sakit la..... oooii. Kot ya pun tak
payah la kau nak lepas geram kat aku.... ini pipi aku, bukan pipi Puan. Dah
pipi aku memang la lembut lagi gebu.” Kata Fiza menggosok pipinya.
Ida diam. Dia melihat gelagat kawannya yang berdua
tu dengan menggeleng kepala. Namun apa yang dicakapkan oleh kawan-kawannya tu
memang betul. Sesekali dia mengerling kearah Ein.
“Cuba kau tengok body Lt Ein.” Kata Fiza.
“Kenapa?” Tanya Zita
“Body dia Tough. Like a man not woman like us. Kau
perasan tak?” Tanya Fiza.
“Ya.. aku perasan. Tapi aku tak heran la sebab aku
dengar dia suka pergi gim dan selalu buat senaman.” Kata Zita.
“Betul... kau tak ragu-ragu ke?” Tanya Fiza
“Ragu-ragu apa benda pulak ni?” Tanya Zita hairan.
Pipinya digaru.
“Entah-entah Lt Ein tu lelaki. Bukan tomboy yang
seperti kita dengar.” Kata Fiza.
“Kalau betul lagi bagus. Boleh aku jadi yang
special.” Kata Zita.
“Wah, tak kan kau nak kaut semua. Aku pun nak
jugak.” Kata Fiza.
“Kalau macam tu kita madu saja la. Kita suruh Lt
Ein pilih kita berdua. Nanti kita paksa dia untuk berlaku adil untuk kita.
Rupanya kita ni bukan saja berkawan baik malah akan jadi madu yang baik. Hahahaha......”
Zita ketawa sambil tangannya menapar bahu Fiza. Fiza juga turut ketawa. Geli
pulak hati mereka bila terbayangkan apa baru diperkatakan Zita.
“Ish.. korang ni apa hal ha? Masa ni pun korang
nak berangan ka? Yang korang cakap yang bukan-bukan ni apa hal? Dah la tu
melalut ntah apa-apa.” Marah Ida.
Pelajaran yang diajar Ijan didepan langsung tak
diberi perhatian oleh Fiza dan Zita semenjak Ein berada disitu. Tumpuan mereka
hanya pada Ein. Begitu juga dengan Ida. Walaupun matanya memandang kearah Ijan
yang sedang mengajar, tapi fikirannya hanya tertumpu kepada Ein saja.
“Sekian dulu kelas kita pada hari ini. Kamu semua
ada apa-apa soalan mengenai apa yang saya ajar tadi? Kalau tak ada kita
berhenti disini. Tapi kamu diminta tunggu sebentar.” Kata Ijan kepada
pelatih-pelatih. Kemudian dia keluar menemui Ein yang sedang menunggu diluar.
“Betul kau nak lakukan ni?” Tanya Ijan
“Hemmm...” Jawab Ein mengangguk.
“Tapi boleh kau suruh semua pelatih lelaki keluar.
Lagipun nanti dia orang semua kena pergi sembahyang jumaat, termasuklah kau.
Kata Ein senyum sambil menuding kearah Ijan.
“Aku tau la...” Jawab Ijan.
“Lepas kau suruh semua pelatih lelaki keluar. Kau
tunggu kejap kat dalam dengan aku. Aku nak kau tengok siapa-siapa yang nampak
lain macam bila aku sentuh bab ni. Aku pasti orang tu tentu akan buat sesuatu
yang berlainan dari orang lain. Okey...” Ein berkata sambil senyum kepada Ijan.
“Okey...” Kata Ijan pendek.
“Dah tu apa kau tunggu lagi, pergi la buat tugas
kau. Nak melenyeh pulak. Kan terlambat pulak nak ke sembahyang Jumaat.” Ein
bersuara.
“Okey aku pergi sekarang.” Kata Ijan.
“Hmmm..” Ein mengangguk.
Ijan berjalan masuk kembali dalam kelas.
“Okey dengar sini semua. Pelatih lelaki sahaja
yang dibenarkan meninggalkan kelas ni. Manakala bagi pelatih wanita, kamu kena
tunggu dulu. Lt Ein ada sesuatu mahu dicakapkan dengan kamu. Baiklah
pelatih-pelatih lelaki, kamu semua boleh beredar sekarang. Bersiap untuk ke
masjid sembahyang Jumaat.” Beritahu Ijan dengan tegas.
Pelatih-pelatih lelaki keluar. Berjalan pulang
kebilik. Ijan memberi isyarat kepada Ein untuk masuk. Ein angguk. Kakinya
melangkah masuk. Ida hanya melihat dengan sekilas pandang. Hatinya begitu
berdebar-debar. Fiza dan Zita tersenyum lebar.
“Assalamualaikum kelas. Maafkan saya kerana
terpaksa mencuri masa kamu semua. Saya tak tahu bagaimana mahu mulakan ini
semua. Tapi saya mahu kamu semua ada tanggungjawab. Saya tak mahu kamu semua
main sembunyi-sembunyi dengan saya.” Kata Ein tegas. Dia melihat satu-satu
wajah pelatih perempuan yang masih tinggal.
Semua mata pelatih tertumpu Pada Ein. Ijan hanya
diam dibelakang memerhati. Hai berbunga-bunga pulak bahasa minah ni. terus
terang saja la. Sungut Ijan dalam hati.
“Kalau kamu semua ada masalah kamu boleh datang
jumpa saya. Walaupun masalah peribadi. Saya sudi mendengar. Tak payah nak main
hantar-hantar surat berbagai.” Sambung Ein dengan mengeluarkan surat dari poket
seluarnya. Ditunjukkan kepada semua pelatih yang ada disitu.
“Dengan menghantar surat begini akan menimbulkan
syak wasangka yang tidak baik. Kerana surat ni saya dipanggil dengan Komandan.
Satu kem ni heboh pasal surat ni. Hampir-hampir saya dikenakan tindakkan
disiplin dari Komandan.” Sambung Ein lagi.
Ida menundukkan wajahnya. Mendengar saja perkataan
surat yang keluar dari mulut Ein, Ida gelisah. Dia nampak pucat. Hatinya
berdengup kencang sekali. Tindakkannya itu mendapat perhatian Ijan. Ijan
bergerak menghampiri Ein. Dia berbisik sesuatu. Ein mengangguk. Ijan kembali
kebelakang.
“Tujuan saya war-warkan ini semua kepada kamu
kerana saya dah dapat mengesan siapa yang menghantar surat ni. Saya mahu orang
tu mengadap saya selepas ini untuk memberi penjelasan.” Sambung Ein lagi.
Tegas. Dia memasukkan kembali surat kedalam poket seluar.
“Baiklah kamu semua boleh bersurai sekarang. Tapi
sebelum tu kamu semua ada apa-apa soalan?” Tanya Ein.
“Boleh kami tahu apa isi kandungan surat tu?”
Tanya Fiza diberi kebenaran setelah mengangkat tangan. Tersentak Ida yang
berada disebelah.
“Surat tu surat cinta ya?” Tanya Jaja.
“Itu pun saya tak boleh beritahu.” Jawab Ein.
Ijan melihat jam ditangan, dia melangkah kedepan.
“Wei Ein, aku gerak dulu la. Lagipun kita dah dapat tangkap. Pandai-pandai kau
la lepas ni.” Kata Ijan berbisik.
Ein hanya mengangguk. Semua pelatih duduk dalam
keadaan sedia. Seorang dari mereka
bangun berjalan kearah Ijan memberi tabik hormat dan mengucapkan terima kasih atas
pelajaran mereka hari ni. Kemudian pelatih tersebut kembali ketempat duduk
asalnya.
“Okey lah.. saya rasa kamu semua berpuas hati. Dan
saya minta sesiapa yang berkenaan boleh la datang berjumpa saya supaya kita
boleh berbincang.” Kata Ein.
“Kejap Puan. Saya ada soalan yang membuat kami
semua masih dalam ragu-ragu.” Kata Zita bangun dengan berani.
“Apa dia?” Tanya Ein.
“Errr... Puan ni betul ka perempuan?” Tanya Zita
perlahan-lahan. Takut jugak dia Ein melenting.
“Kenapa kamu tanya saya macam tu? Bukan ke saya
dah kenalkan diri saya pada kamu pada hari sesi suakenal hari tu?” Soal Ein
kembali.
“Tak la....... Kami tengok Puan 100% macam
lelaki.” Jawab Zita berani.
“Nak buat macam mana..... dah ini memang saya.
Saya macam ni sejak dari kecil. Walaupun begitu saya harap kamu tak fikir yang
bukan-bukan pasal saya. Saya normal tau.” Jawab Ein senyum. Mengerling kearah
Ida yang tadi masih tunduk melihat lantai.
“Saya harap kamu semua puas hati. Dah kamu semua
boleh bersurai sekarang.” Kata Ein. Tegas.
Pelatih semua duduk dalam keadaan sedia. Dan
seorang dari mereka berjalan kearah Ein memberi tabik hormat sama macam Ijan
jugak. Kemudian mereka berjalan keluar dari kelas dan berbaris dalam tiga
barisan. Ein menunggu ditepi pintu. Ida melihat Ein berdiri disitu, hatinya
begitu bergeter sehinggakan sukar untuk dia mengatur langkah. Seorang demi
seorang keluar menyusur keluar melintasi Ein yang berada ditepi pintu.
“Kau tengok Zita, dia berdiri disitu. Aku akan
berjalan lalu dekat dengan dia. Biar tersentuh pun tak apa.” Kata Fiza senyum.
“Kau ni gediknyaaa... tak malu ka kau buat macam
ni. Kalau dia perasan kau buat macam tu nahas kau kena bancuh.” Zita
mengingatkan Fiza. Dia tahu kawannya tu kalau nak buat bukan fikir baik buruk.
Janji hati dia puas.
“Terima kasih sebab kau tahu yang aku ni jenis
yang gedik. Tak payah aku nak terangkan lagi.” Kata Fiza sengeh.
Ida diam kepalanya berputar macam-macam. Rasa
takut terus bersarang dihatinya. Sesekali dia melihat sekilas lalu wajah Ein.
Dia tahu Ein sedang memandangnya dengan serius. Dia semakin hampir dengan Ein.
Dadanya begitu kencang berdegup.
Semakin hampir.......
Ida melihat perilaku Fiza dan Zita. Dia dapat
melihat mereka begitu terhegeh-hegeh sekali. Rasa meluat pun ada. Rasa cemburu
pun ada. Ini kerana mereka meluahkan apa yang mereka rasa. Tidak seperti
dirinya yang hanya menyimpan perasaan yang mendalam jauh dilubuk hati. Berlakon
seolah-olah tidak ada apa-apa yang terjadi pada dirinya. Dia melihat Fiza cuba menghampiri Ein
seolah-olah mahu berlanggar dengan Ein. Sengaja dibuatnya macam tu. Tujuan
untuk menarik perhatian.
Akhirnya dia sampai melintasi Ein yang berada
ditepi pintu. Dia menunduk sakan. Tiba-tiba terasa tangannya di pegang.
Argh!... terkejut. Bagai nak luruh jantungnya dari tangkai. Terasa nak pitam
pun ada. Dia tahan semua tu. cuba berlagak biasa. Kepalanya didongak.
Mata bertentang..........
Tikaman dari pandangan Ein memukaunya. Hatinya
dipenuhi bunga yang sedang berkembang. Haaa...? Dia pegang tangan aku? Bisik
hatinya. Terasa dirinya berada diawang-awangan.
“Kamu, boleh saya tahu, apa nama kamu. Saya
terlupa nak tanya masa kita jumpa dibilik kamu tadi.” Tanya Ein tenang. Tapi
senyum manis. Tangan Ida dilepaskan.
“Err..s......s....saya Nur......Nur Majida, Puan.”
Jawab Ida gagap.
“Boleh saya jumpa kamu selepas ni dibilik rehat
pegawai?” Tanya Ein tenang. Matanya terus menikan mata Ida yang memandangnya.
Renungannya cukup tajam. Tapi still tenang lagi.
“B....Boleh Puan.” Jawab Ida tunduk kemudiannya.
Tak mampu untuknya terus memandang wajah itu. Membuat hatinya lebih berbunga
kembang.
“Baiklah. Kamu balik bilik simpan semua nota-
nota, lepas solat kamu datang ke ruang
rehat pegawai. Perbualan kita tadi belum sampai kepenghujungnya lagi.” Kata Ein
menyimpang jauh dari niatnya yang sebenar. Dia mahu menjaga juga air muka
pelatihnya. Dia tak mahu perkara ni diketahui semua. Biarlah dia dan Ijan yang
tahu siapa pengirimnya.
Perkara ni mesti dijelaskan dengan baik. Kalau
dibiarkan nanti lebih teruk akibatnya. Bagi Ein dia okey ja. Tapi dia kena
jelaskan kepada pelatihnya ni dengan sejelas-jelasnya.
Ida hanya mengangguk. Kemudian dia menyertai yang
lain berbaris dalam tiga barisan. Mereka berjalan menuju kebilik dengan keadaan
berkawad. Memang itu yang mesti dilakukan. Semuanya kena kawad. Kecuali nak
ketandas.
Ein beredar.......
Dibilik, para pelatih sibuk dengan hal
masing-masing. Berlainan dengan Fiza dan Zita. Mereka nampak apa yang berlaku
tadi. Dah tu mulalah kepoh nak bertanya. Nak jadi busy body la kan..
“Oooo.... Ida, tadi aku tanya kau. Yang kau ni ada
affair tak dengan Lt Ein, kau jawab tak dak. Tup....tup tadi siap buat janji
nak jumpa.” Kata Fiza dengan menuding jari kemuka Ida.
“Ya laa.. Aku tengok dia siap pegang tangan kau
lagi. Ahhh.. Romantiknya. Bertuah betul la kawan aku ni.” Kata Zita memeluk
bantalnya sambil memejam matanya.
“Hai.. dalam diam kau pikat dia ya... yang kita
orang, siap pamer secara terang-terangan lagi. langsung no respons. Tapi kau tu
diam-diam ubi berisi.” Kata Fiza. Siap dengan kiasan lagi.
Ida hanya diam. Dia bersiap-siap mahu pergi
berjumpa dengan Ein. Dia memperkemaskan dirinya. Dia mahu kelihatan cantik dan
berseri-seri dihadapan Ein.
“Hai.... Tak kan nak pergi jumpa dengan Lt Ein pun
sampai kau tak nak cakap dengan kita orang.” Kata Zita mengerling kearah Fiza.
“Ya la kau. Cakap la apa yang kau rasa sekarang?”
Tanya Fiza. Senyum.
“Aku tak rasa apa-apa pun. Lagipun apa yang kau
orang merepek ni. Ubi la, isi la. affair la,... mengarut semua tu.” Kata Ida
mengcover perasaannya sekarang. Hatinya cukup berdebar. Namun baik saja dia
control. Tak mahu ditunjukkan kepada kawan-kawannya. Wal hal hati dia begitu
seronok sekali. Nak melompat pun ada. Kalau dia melompat sah-sah dia
mendedahkan dirinya menjadi bahan kutukan rakan-rakannya yang berdua tu. Dia
mahu mengambil peluang ini untuk meluahkan segala yang tersimpan dalam hatinya
selama ini.
‘Aku akan meluahkan segalanya. Aku akan buat dia
memahami akan diriku ini. Aku berharap dia dapat menerima perasaan ku ini. Bukalah
pintu hati mu Lt Ein untuk menyambut segunung perasaan terpendam ku ini.’
Itulah yang diucapkan Ida dalam hatinya. Penuh dengan pengharapan.
“Kau nak kita orang temankan kau ke?” Tanya Fiza
mendekati Ida.
“Tak payah la. Aku boleh pergi sorang.” Jawab Ida.
Melangkah keluar dari bilik. Fiza dan
Zita mengekori sehingga ke pintu..
“Hey.. Ida, all the best.” Ucap Zita.
“Terima Kasih.” Jawab Ida senyum. Wajahnya nampak
berseri-seri.
“Kau perasan tak dengan Ida tu.” Tanya Fiza.
Berjalan semula kekatil.
“Apa dia?” Tanya Zita Semula. Garu kepala.
“Kau Tak nampak ka yang bibir dia tu asyik senyum
saja. Nampak macam excited sangat.” Terang Fiza hairan.
“Ala... kau pun kalau dipanggil Lt Ein, senyum
macam tu jugak. Kot-kot lebih dari tu. Hahahaha....” Jawab Zita siap ngan
sindir lagi.
“Kalau aku lain la. Memang dah aku minat dengan Lt
Ein tu. Eh kau pun sama, kata aku.” Ujar Fiza melempar bantal kemuka Zita.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan