ARSLAN HAKIMI
BAB 11
Ein duduk di kerusi. Dua tiga kali dia meraup
mukanya. Dia melepaskan keluhan berat. Berat sekali. Mengapa ini semua terjadi?
Banyak betul dugaan hidup macam ni pun. Ingat nak lari dari terjebak dalam
politik cinta yang dah tentu sakitnya. Kini lain pulak jadinya. Bisik Ein
sendiri. Dia diam memikirkan apa yang dikatakan Ida tadi. Otaknya ligat
memutarkan kembali ke peristiwa dua minggu yang lepas disaat dia merima
panggilan dari mak Ida. Dimana lebih kurang pukul sepuluh pagi dia menerima
panggilan telefon dari Mak Ida.
“Hello, assalamualaikum.....” Dia memberi salam,
menjawab panggilan yang masuk.'
“Waalaikumussalam, Anak Ein. Ini Makcik Kiah ni......”
Si pemanggil perkenalkan diri.
“Owh makcik, apa khabar? Mak cik sihat? Ada kat
mana ni?” Tanya Ein ramah. Dia senyum walaupun makcik tu tak nampak.
“Makcik sihat. Makcik ada kat rumah ni.” Jawab
Makcik Kiah.
“Haaa...ada apa makcik telefon saya ni?” Tanya Ein
penuh sopan.
“Sebenarnya makcik nak jemput Ein datang rumah
tengahari ni, boleh tak?” Makcik Kiah menyatakan tujuannya.
“Hurm...ada apa makcik? Kenduri ke?” Tanya Ein.
“Ish, tak adalah. Saja makcik buat makan-makan
sikit. Ramai-ramai dengan anak-anak dan cucu.
“Iya ke makcik. Insyallah.”
“Ein datang ya....makcik berharap sangat.”
“Baiklah makcik. Saya datang.” Setuju Ein. Dia angguk,
walaupun makcik tu tak nampak.
“Eloklah tu. Ein datang tengahari ni ya.....”
Beritahu makcik tu.
“Iya makcik. Tengahari nanti saya datang. Baiklah
makcik, saya ada kerja nak dibuat. Asalamualaikum...” Dia mematikan telefonnya.
‘Huh! Apa kena mak cik ni. Dah berkenan dengan aku
ke. Tak kan kot. Aku baru kenal dia. Tak kan tak habis lagi nak balas budi aku
kot. Dah hampir tiga minggu kejadian tu berlaku. Tak mahu aku pergi
sorang-sorang. Kena ada partner ni....ha’ah Ijan!.
Dia bangun dari kerusinya. Mencari Ijan. Dimana
Kau Ijan......dia berjalan kesana sini. Matanya meliar mencari.
“Haah.... kau cari aku ya?” Sergah Ijan dari
belakang.
“Opocot mak kau!! Terkejut aku! Nak bagi aku mati
ke?” Kalut tangannya mengurut dada.
“Hehehe.....”
“Ya laaa...aku cari kau. Kau ke mana? Selalu asal
aku sampai saja, dah muka kau yang pertama aku tengok. Tapi hari ni.... bila
aku perlukan kau, tak ada pulak.” Ein bersuara bila hilang rasa terkejutnya.
“Hahaha... betul la kau cari aku. Tahu pulak kau
nak cari aku bila ada masalah. Ini mesti ada kes kalau sampai kau cari aku. Kalau
tidak jangan harap laa...”
“Aik?
Terrornya kau...betul tu.” Ein mengiyakan kata Ijan. Dia senyum....
“Haaa...tengok orang la. Aku ni kekadang boleh
menilik tau.”
Ein hanya mencebik bibir.
“Apa hal?” Tanya Ijan mengangkat kening.
“Aku nak ajak kau temankan aku kesuatu tempat.”
Beritahu Ein.
“Kemana?” Tanya Ijan hairan.
“Kau ingat tak yang aku pernah tolong seorang
makcik dari kena rompak hari tu?” Tanya Ein.
“Yaa...aku ingat. Kau pernah cerita kat aku pasal
makcik tu. Jadi apa hal?”
“Dia jemput aku datang rumah dia hari ni. Aku nak
tolak tapi dia macam nak sangat aku datang. Jadi aku cakap okey la.” Beritahu
Ein.
“Jadi kau nak ajak aku, temankan kau pergi rumah
dia? Ada makan tak? Dia buat kenduri ke?” Ijan meneka. Muka Ein dipandang.
“Ada makan la...tapi bukan kenduri.”
“Dia suruh
datang bila?”
“Tengahari ni. Kau nak ikut tak?” Tanya Ein.
Keningnya diangkat.
“Kejap, aku fikir dulu...” Jawab Ijan belum lagi
memberi keputusan.
“Kalau kau tak nak pergi tak apa lah...aku boleh
ajak orang lain.” Kata Ein senyum. Dia kerling pada Ijan.
“Ish.. bila pulak aku cakap tak nak pergi...”
Cepat Ijan menjawab.
“Aik? Nak ke? Aku ingat kau nak tolak tadi. Kalau
macam tu lepas zohor kita jumpa kat tempat parkir kereta.” Kata Ein. Senyum
lagi.
Tengaharinya, lepas sembahyang zohor, Ein tunggu
Ijan kat tempat parkir kereta. ‘Mana pulak Mat Jiwang ni. Apasal lambat lak.
Nak pergi ke tidak mamat ni. Ish... aku kalau kena menunggu, ini yang buat aku
angin ni.’ Ngomel Ein dalam hati.
‘Huh!! Panas betul hari ni.’ Bisiknya.
Dia bersandar disisi kereta. Kemudian matanya
terpandang seseorang sedang berlari-lari anak kearahnya.
“Alamak Ein, sorry la. Aku lambat sikit tadi.” Dalam
termengah-mengah Ijan bersuara.
“Sikit kau cakap. Dah naik cair lemak-lemak aku
ni. Kalau sikit lagi kau lambat, sah aku tinggal kau aja. Biar kempunan kau nak
ikut aku. Kempunan nak makan nasi free.” Bebel Ein. Serius dia pandang muka
Ijan.
Ijan buat muka selamba bodoh aja. Dia tahu sangat
dengan perangai Ein. Kejap saja dengan seriusnya tu. kejap nanti okey laa...
“Dah, kau tak payah nak buat selamba badak kau tu
depan aku. Jom gerak.” Pintu kereta dibuka. Mereka berdua masuk. Disebabkan
kereta tu Ein punya, jadi dia yang pandu.
Mereka keluar dari perkarangan Kolej dan menuju
kedestinasi yang dijanjikan. Tak lama Ein memandu, mereka pun sampai.
“Hai... Ein kau cakap bukan kenduri, tapi yang
kereta penuh depan rumah tu apa hal pulak? Tanya Ijan hairan.
“Mana la aku tahu. Makcik tu yang cakap saja nak
sembang dan makan-makan. Aku tak suspek apa-apa pun.” Jawab Ein. Dia jugak
hairan dengan apa yang dia tengok.
“Ada kematian kot.” Kata Ijan membuat meneka.
“Kau ni sewel kot. Apa kes makcik tu nak jemput
aku datang kalau ada kematian kat rumah dia. Tak ada kena mengena langsung.
Kau, lain kali kalau nak cakap, biar logik sikit yee...jangan main bedal ikut
sedap mulut kau aje ye..”
“Hehehe...kot ada rombongan meminang kot.” Lagi
sekali Ijan meneka entah apa-apa entah.
“Lagi la tak ada kena-mengena dengan aku. Kau apa
hal haaa? Asal buka mulut saja pasti ayat yang bukan-bukan keluar dari mulut
kau. Baik kita turun dan tengok, apa majlis yang berlangsung kat dalam.” Kata
Ein. Dia pandang muka Ijan dengan geram.
Mereka berdua keluar dari kereta dan berjalan
menghala kepintu rumah.
“Assalamualaikum.....” Ein memberi salam.
“Waalaikumussalam....” Jawab orang dari dalam
rumah. Seorang perempuan cantik berdiri dimuka pintu.
‘Woh! Cantik.’ Kata Ein dalam hati.
“Maaakk......” Perempuan tu memanggil emaknya.
Mungkin mak berada didapur. Kuat jugak laungannya. Terkejut Ein dengan Ijan.
Mereka berdua berpandangan. Dalam hati sah pakat mengutuk perempuan cantik tu. Tak
reti nak kawal suara langsung Depan tamu pulak tu. Kalau dekat dengan cermin
kereta, sah dah pecah berterabur.
“Wau! Orang cantik, tapi suara, mak aai...” Perlahan
Ijan bersuara berbisik pada Ein.
Ein menyiku Ijan. “Kau diam boleh tak. Jangan nak
mengutuk.” Bisik Ein.
“Alah kau cakap aku. Kau dalam hati tu memang
tengah kutuk kan. Macam la kau tak kenal kau.” Bisik Ijan Pulak. Main
bisik-bisik la diorang ni.
“Iya...kenapa?” Sambut seorang wanita tua dari
dalam. Ein kenal suara tu. Walau hanya beberapa pertemuan dia dapat ingat
dengan jelas.
“Niii.... ada orang datang.” Jawab perempuan
cantik tu. Menjerit lagi.
“Siapa....?” Tanya maknya dari dalam.
“Tak tahulah. Tak kenal. Tak pernah tengok pun
sebelum ni. Jual barang kot.” Beritahu perempuan cantik tu lagi.
Erk!! Membulat mata Ein dan Ijan. Mereka
berpandangan. ‘Hai, minah ni, aku sikit punya segak, kacak macam ni dia kata
jual barang. Buta betul minah ni. Karang aku ngorat kang baru dia tau.
Kata-kata tu hanya berbisik dalam hati Ein dengan Ijan saja. Geram jugak mereka.
Mana tidaknya dress up punya baik gila.. sekali kena chop jual barang. Apa
kes.....
Makcik Kiah ke depan untuk melihat gerangan yang
datang menjengah rumahnya.
“Haaaa.... dah sampai pun. Kenapa tak telefon dulu.
Dapat la Makcik agak yang Ein dah
sampai.” Kata Makcik kiah . Disambutnya Ein dan Ijan dengan senyuman yang
manis. Manis la bagi makcik tu. Walaupun tua masih lagi anggun.
“Makcik....” Sapa Ein sambil menghulurkan tangan. Ijan juga berbuat demikian. Mereka bersalaman.
“Sapa ni Ein?” Tanya Makcik Kiah.
“Kawan saya makcik. Nak datang sorang rasa segan
la pulak. Dah dia ni pun kelam kabut nak ikut bawak aja lah.” Beritahu Ein.
Menjeling dia pada Ijan.
Ijan membulat matanya berpaling pada Ein
disebelahnya. Tak sangka dia Ein akan cakap macam tu. Rasa sangat yang dia tu
terhegeh-hegeh sangat nak ikut. Padahal Ein yang ajak dia. Geram pula dia bila
Ein cakap macam tu. Ein hanya senyum.
“Masuklah......” Jemput Makcik Kiah.
“Terima kasih...” Ucap Ein sopan. Dia melangkah
masuk. Diikuti Ijan. Jejak saja kakinya dalam rumah tu, semua mata tertupu pada
dan juga Ijan. Dia senyum pada semua dan buat muka tebal saja. Ijan hanya
mengikut Ein dari belakang. Dah macam dia tu isteri Ein saja.
“Duduk la dulu ya, Ein. Sembang la dulu dengan diorang
ni semua. Makcik kedapur kejap.” Makcik Kiah bersuara. Tak lekang dia dengan
senyum.
“Baiklah makcik.” Jawab Ein mengangguk.
Ein tengok saja Makcik Kiah melangkah pergi.
Matanya melihat sekeliling rumah.Agak besar juga rumah tu sebab ruangnya luas. Kelihatannya
ada beberapa orang kanak-kanak sedang bermain. Ein dan Ijan dia saja. Tak tahu
nak sembang apa. Kemudian dia melihat Makcik Kiah datang semula dengan membawa dulang
yang berisi minuman dan sedikit makanan ringan. Diletakkan diatas meja yang
tersedia disitu.
“Jemput la makan
Ein dan kawan tu yaa... Makan yang ni dulu. Kejap nanti kita makan nasi
pulak. Sekarang ni tengah dok masak. Tunggulah sekejap ya.” Beritahu Makcik
Kiah lagi. Masih dengan senyum dibibir.
“Tak payah la susah-susah makcik. Ramai pulak
orang kat rumah Makcik hari ni. Dulu saya datang sunyi ja. Hari ni riuh rendah
pulak bunyinya. Semua ni anak-anak makcik ka?” Tanya Ein senyum.
Beberapa kanak-kanak tadi yang sedang main meluru
kearah mereka apabila melihat makanan diatas meja.
“Yang lelaki tu semua menantu Makcik. Anak Makcik
semuanya perempuan. Yang sulong dengan yang kedua dan yang ketiga ada kat
dapur. Yang keempat ada kat bilik kot. Sibuk siapkan kerja. Suka sangat bawak
balik kerja kerumah. Dah balik nak cuti masih lagi buat kerja. Tinggal yang
bongsu saja. Entah kemana pun tak tahu. Terang Makcik Kiah tanpa diminta.
“Oooo....” Pendak saja jawab Ein sambil angguk.
“Sementara kita tunggu dia orang masak, mari
Makcik kenalkan dengan dia orang yang ada kat depan ni.” Kata Makcik Kiah.
“Ya la Makcik.” Kata Ein senyum.
Kemudian Ein dan Ijan diperkenalkan dengan seorang
demi seorang yang berada diruang tamu. Cuma masih berbaki yang berada didapur dan
dalam bilik. Mereka senyum sambil menghulurkan tangan untuk bersalaman tanda
perkenalan. Serba salah Ein mahu menyambutnya. Namun apakan daya dia kena
menyambutnya. Kalau tidak kan sombong pulak dia dimata mereka. Makcik Kiah
hanya senyum.
“Ini semua menantu Makcik. Anak-anak Makcik ada kat dapur lagi. Nanti
dia orang keluar boleh la kenal.” Terang Makcik Kiah lagi.
Ein dengan Ijan hanya mengangguk. Mereka banyak
diam dari tadi. Tak ada soalan nak ditanya. Semua soalan yang bermain di minda,
belum ditanya dah dijawab oleh Makcik Kiah. Dah tu diam sajalah.
“Jemput la minum Nak Ein. Ajak kawan sekali minum.
Nampak pemalu Kawan Nak Ein ni ya.” Jemput Makcik Kiah lagi.
Tak lama Makcik bersembang datang anak-anaknya
dapur menjengah.
“Mak semuanya dah siap. Nak hidang sekarang ka?”
Tanya Anak perempuan Makcik Kiah. Tapi bukan yang menjerit tadi tapi yang lain
pulak.
“Haaa la... hidang la. Sementara panas lagi tu.”
Makcik Kiah mengiyakan pertanyaan anaknya.
“Haa...itu anak makcik yang sulong.” Beritahu
Makcik Kiah tanpa diminta Ein. Mereka berdua hanya mengangguk.
Dia orang semua tinggal kat mana Makcik? Ein
membuka bicara setelah lama sangat asyik angguk saja tanpa bersuara.
“Anak Makcik yang sulung tinggal kat Perak. Yang
kedua kat seberang prai penang, yang ketiga kat Aloq setaq. Yang jauh sikit
yang keempat. Dia tinggal kat Kuala Lumpur. Ini pun ada jugak kat rumah. tapi
asyik terperuk dalam bilik. Buat kerja katanya. Bukan nak bergaul dengan orang.
Yang bongsu, anak Makcik tu, entah kemana perginya pun tak tahu. Yang selalu
saja tak lekat dirumah.” Panjang sungguh Makcik Kiah berinformation pasal
anak-anaknya.
Ein senyap mendengar. Ijan pun begitu. Tiada patah
kata yang keluar dari bibirnya dari tadi. Sesekali dia hanya senyum.
“Mak, semuanya dah siap hidang mak.” Datang
seorang lagi anak Makcik Kiah. Bukan yang datng bertanya yadi. Ni yang lain
pulak.
“Haaa... Iyalah. Semuanya dah siap Ein. Jemputlah
kita makan dulu.” Jemput Makcik Kiah. Bangun berjalan menuju ke meja makan.dia
mengajak Ein dan Ijan. Ijan senyum saja mendengar bab makan. Mana tidaknya, dia
belum makan apa lagi. sekarang ni tengah lapar gila la tu. mereka semua
berjalan menujuke meja makan.
“Wah, banyak betul lauk pauk yang terhidang atas
meja. Nampak semuanya sedap-sedap.” Kata Ijan berbisik pada Ein. Gelojoh sikit
nampaknya Ijan.
“Kau jangan tunjuk gelojoh kau kat sini. Malu aku
karang.” Ein pulak berbisik pada Ijan. Dia nampak Ijan,tak sabar-sabar nak
makan. Macam nak telan semua sekali yang ada atas meja tu.
“Kau tau, aku memang lapar gila ni. dari tadi aku
belum makan apa-apa lagi.” Beritahu Iajn pada Ein. Tapi masih lagi berbisik.
“Sapa suruh kau tak makan tengahari tadi. Kau ni
memang bengong tau tak.” Bisik Ein keras sikit.
“Apa yang dibisik-bisik lagi tu. Cepat lah duduk.
Nanti sejuk makanan ni tak sedap pulak.” Makcik Kiah bersuara setelah melihat
Ein dan Ijan masih berdiri sambil berbisik antara mereka.
“Ya lah Makcik.....” Kata mereka berdua. Serentak
pulak tu.
“Yah, pergi panggil Achik dalam bilik tu. Ajak dia
makan sekali. makan ramai-ramai lagi sedap.” Suruh Makcik Kiah.
“Baiklah Mak.” Jawab anak Makcik Kiah yang
dipanggil Yah tadi.
Tak lama lepas tu Yah kembali dengan seorang gadis
cantik lagi menawan. Tak lepas Ein dengan Ijan melihatnya.
Cantik betul. Bisik mereka berdua.
“Ha’ah.. dah keluar anak dara ni. Duduk sekali
kita makan.” Arah Makcik Kiah.
Gadis cantik tu mengerling kearah Ein dan Ijan.
Tapi matanya lama merenung Ein. Entah apa yang difikirkan tentang Ein. Ein
membalas renungan Gadis cantik tu. Lalu dia mengenyitkan matanya pada gadis
dihadapannya tu. ‘Nah ambik kau. Yang gatal-gatal tengok aku macam tak pernah
tengok orang tu apa hal. Kan dah malu sendiri.’ Bisik Ein dalam hati . Puas hati
dia. Gadis cantik tu menggelabah.
Cepat-cepat dia alihkan pandangannya ke lain. Malu la kot. Bagi Ein sama saja.
Memang hati dia ni kosong. Langsung tak ada perasaan apa walaupun mendapat
renungan sebegitu.
Anak Makcik Kiah yang lain sibuk menyenduk nasi.
Diagih-agihkan kepada semua yang ada dimeja makan.
“Apasal minah cantik tu pandang aku lain macam
haaa?” Soal Ein pada Ijan berbisik. Dia menyambut pinggan yang sudah berisi
nasi.
“Dah kau tu pelik sangat. Tu jadi perhatian dia.”
Balas Ijan. Berbisik jugak. Dia juga menyambut pinggan yang dihulurkan
kepadanya.
“Apa yang peliknya aku ni. Hidung aku ke atas ke?
Mata aku juling ke?” Tanya Ein hairan.
“Kau tanya la dia sendiri.” Cadang Ijan.
“A’ah, biarlah..... aku tau sebab apa dia pandang
aku. Tapi kalau aku cakap kau jangan jealous pulak.” Kata Ein dengan tak malu menyenduk lauk
kedalam pinggannya.
“Ha’ah... apa dia? Cakap la kat aku kalau kau
tau.” Tanya Ijan macam tak puas hati. Iya la kemana saja kalau dia dengan Ein
pergi, sentiasa Ein yang menjadi perhatian lebih dari dia.
“Aku rasa dia asyik tengok aku sebab aku ni
terlalu hensem. Sampai dia tak mampu nak kawal mata dia. Aku rasakan hati dia
pun tentu dah berbunga-bunga nyanyi lagu hindustan.” Beritahu Ein sambil gelak
kecil.
“Ceh! Perasannya Kau.” Kata Ijan menjuih bibirnya.
Memang tidak dinafikan. Ein memang kacak dan bergaya. Kalah dia kalau nak
dibandingkan dengan Ein. Terasa kecil pulak dia kalau dibandingkan begitu.
“Eh apa yang disembang kan lagi tu. Makan lah.
Nanti sejuk pulak nasi dengan lauk pauk tu.” Celah Makcik Kiah apabila dilihat
Ein dan Ijan asyik dengan agenda mereka.
“Iya laa Makcik.” Jawab Ein kembali sedar yang
mereka tengah didepan rezeki. Matanya melihat gadis cantik tadi yang mengambil
tempat duduk didepannya. Bukan sengaja gadis tu mahu duduk didepan Ein tapi itu
saja tempat yang masih kosong. Macam ada agenda yang tersirat saja. Gadis tu
nampak segan silu berada dihadapan Ein. Lain pulak dengan Ein. Dia buat bodoh
saja. Nasi dilahap sedap aje...
Riuh rendah bunyi dimeja makan. Macam-macam cerita
yang keluar. Gelak tawa menghiasi meja makan. Setelah selesai menjamu selera,
Ein dan Ijan dijemput ke ruang tamu kembali. Kemudian mereka dihidang pulak
dengan pencuci mulut. Alamat habis la diet Ein.
“Jemput makan Ein.” Pelawa Makcik Kiah senyum.
“Terima kasih Makcik. Ni pun dah penuh perut saya
ni. Tak tau nak letak mana dah.” Jawab Ein macam menolak.
“Ish... tadi Makcik tengok Ein makan sikit saja.
Nampak macam tak berselera. ” Balas Makcik Kiah.
“Anak pun makan la sekali.” Makcik Kiah pelawa
pada Ijan.
“Terima kasih Makcik. Dia ni jaga badan Makcik.
Takut sungguh dia dengan gemuk.” Sampuk Ijan. Saja nak kenakan Ein. Kononnya
nak bagi malu Ein la tu. jealous tengok Ein dari tadi selamba memanjang.
“Eh... diet apanya. Makcik tengok badan Ein ni tegap
elok jaaa....” Puji Makcik Kiah.
Ein hanya senyum. Melirik mata melihat Ijan.
Rancangan jahatnya tak menjadi.
‘Makcik ni apa hal haa? Asyik puji Ein saja. Yang
aku ni duduk macam tunggul saja.’ Bisik Ijan dalam hati. Macam tak puas hati
saja. Rasa nyesal ikut pun ada jugak.
“Yang mana satu selamatkan mak hari tu?” Tanya salah
seorang dari anak Makcik Kiah. Mereka semua berkumpul di ruang tamu. Macam ada
sesi sual kenal saja.
“Tu yang pakai baju warna biru terang tu.”
Beritahu Makcik Kiah memuncung saja mulutnya menunjuk ke arah Ein.
“Hai hensemnya....... patut la mak suka sangat.”
Kata anak makcik Kiah. Cakap lepas saja mak long tu.
Semua memandang kepada Ein. Ein hanya senyum.
Selamba. Bangga pun ada gak. Kini dia menjadi perhatian semua yang ada disitu. Namun
dia sedikit hairan dengan kenyataan anak Makcik Kiah tu. Tapi tiada yang
negatif dalam fikirannya. Mugkin kata-kata anaknya sebab suka dengannya sebab
sikapnya yang sopan dan baik hati. Ijan tenggelam, terasa dirinya tersisih. Dia
apa lagi buat bodoh saja la. Berbagai soalan diajukan dan bermacam jawapan
jugak diberi Ein.
“Siapa pulak yang disebelah Ein tu.” Tanya salah
seorang anak Makcik Kiah.
‘Akhirnya mereka perasan jugak akan kehadiran aku
disini.’ Bisik Ijan dalam hati.
“Saya kawan Ein.” Cepat-cepat Ijan menjawab. Dia
tak mahu tenggelam lagi dalam keriuhan itu.
“Haa... ada rupa jugak ya..... dah kahwin ka kamu
berdua ni?” Tanya anak Makcik Kiah lagi.
Kepoh betul bertanya. Ni mesti jenis yang suka jaga tepi kain orang ni.
“Err... saya belum kahwin lagi. Haa dia ni dah kahwin.”
Kata Ein tunjuk pada Ijan yang sedang meneguk minuman disebelahnya.
Bersembur air yang belum sempat ditelan bila dia dengar
kata Ein. Ein hanya ketawa kecil. Gurauannya menjadi.
“Eh.. Saya masih solo lagi laaaa....” Ijan
menyatakan status dirinya.
“Hai ada peluang lagi la anak mak tu.” Kata anak
Makcik Kiah lagi.
Ijan tersipu-sipu. Malu agaknya. Ein hanya selamba
badak saja dia. Tiada menarik dengan apa yang dinyatakan anak Makcik Kiah tu.
Mereka yang berada diruang tamu tu semua ketawa.
Ein melihat-lihat kalibat gadis cantik yang berada didepannya tadi semasa
dimeja makan. Namun dia tak nampak pun. Mahu jugak dia bertanya gerangan gadis
tersebut. Tapi hasratnya tidak
dilaksakan.
Anak Makcik Kiah yang menjegah masa Ein mula
sampai tadi perasan akan tindak tanduk Ein. Dia bangun berlalu. Kemudian dia
datang dengan gadis cantuk tadi. Ein hanya pandang dengan kosong saja. Tiada
makna baginya kehadiran gadis cantik tu. Cuma carian di tadi bermaksud mengapa
anaknya yang cantik ni tiada sekali join dalam situasi gembira sekarang ni. Itu
saja.
Mungkin sangkaan Anak Makcik Kiah tu, lain dari
yang tersirat dihati Ein. Gadis tadi datang dengan wajah yang malu-malu. Sudah
la kawan tu malu. Ein memandangnya tanpa berkelip. Berganda laaaa... malu gadis
tu.
Tak lama lepas gadis cantik tu muncul disuasana
yang gembira Ein melihat jam ditangan. Huh!, dah hampir pukul 4 petang. Kejap
lagi masuk asar, baik aku mintak diri dulu. Fikir Ein.
“Err..... Makcik kami mintak diri dulu la.....”
Beritahu Ein sambil bangun. Ijan juga mengikut Ein bangun.
“Hai tak kan nak balik dah. Baru kita orang nak
beramah mesra. Baru nak kenal hati budi dah nak balik. Ada orang tu baru datang
nak melihat-lihat dah nak balik.” Kata Anak Makcik kiah yang kepoh tadi. Sambil
dia menguit pinggang gadis cantik yang berada dekat dengannya.
Ein senyum........matanya melirik kearah gadis
yang dicuit tadi.
“Dah lewat kak. Banyak kerja lagi kena buat kat
sana.” Jawab Ein tenang.
“Hai... dah dapat tangok terus nak balik?” Tanya
anak Makcik Kiah tu lagi.
Ein hanya senyum. Dia langsung tak dapat tafsir
maksud anak Makcik Kiah tu. Kemudian dia bersalaman dengan semua yang ada
disitu..termasuk lah menantu makcik Kiah.
Dah nak buat macam mana dah dia orang yang hulur
tangan. Tak disambut nanti dikatakan sombong pulak. Terpaksa la dia sambut.
Dia rasa hairan jugak. yang lain semua bersalam
dengannya, tapi gadis cantik tadi hanya diam ditempat duduknya dan membatu. Dia
hanya melihat adengan yang berlaku dengan tersipu-sipu malu.
Kemudian
Ein dan Ijan melangkah keluar. Mereka berjalan terus menuju ke kereta. Dari
dalam kereta Ein dapat melihat gadis tadi tersenyum-senyum disebalik daun
pintu. Dia menguit Ijan yang sibuk mamakai tali pinggang keledar. Lalu
ditunjukkan kearah gadis itu.
“Cuba kau tengok gadis cantik tu...kenapa
haaa....? Asyik pandang kat kita lepas tu dia senyum-senyum. Aku rasa gadis
cantik tu tak berapa betul kot....” Kata Ein Kepada Ijan
“Ala dia tengok aku la. Yang kau sibuk perasan dan
siap-siap kutuk ni apa hal? Kata Ijan memerasankan dirinya.
“Ooo.. aku simpulkan yang kau dah mula mabuk kepayang
dengan anak makcik tu. Aku ucapkan all the best to you. Memang padan sangat la
kau dengan anak makcik tu. sama-sama sewel.” Rapuh sungguh kata-kata Ein.
Kata-kata tu langsung tak mengguris hati Ijan. Dia
tetap dengan perasaannya terhadap Ein. Langsung tak tergugat dengan gadis
cantik tu. Hatinya telah dikunci untuk Ein. Hanya Ein yang bertahta dihatinya. Sampai bila dia pun tak pasti. Tapi dia tetap pasti dengan perasaannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan