ARSLAN HAKIMI
BAB 12
“Woit Ein, kau sibuk ke hari ni?” Sergah Ijan
meluru saja datang ke meja Ein.
“Woi mat
jiwang, kau ni kalau datang, bagi salam dulu boleh tak? Ini main terjah saja.
Kalau tengah layan sakit jantung, pindah aku ke batu dua. Dah balik kau dari
sembahyang Jumaat? Kejap saja.” Ein bersuara keras sambil mengurut dadanya.
“Kejap tahik kau. Sekarang dah pukul 4 petang. Dah
lama aku balik. Rehat kat bilik kejap. Pastu tadi ada aku datang, kau tak ada.
Aku ke ruang rehat, tengok kau tengah ayat minah tu baik aja tadi, aku balik la
dulu. Hai selalu aku datang macam tu okey aja... hari kena bagi salam pulak.
Kau apa hal otak kau kena renjatan ke?” Jawab Ijan selamba. Dia duduk dihadapan
Ein.
“Haa’ah tu hari yang selalu. Hari ni kau kena hari
yang kadang-kadang. Kau ni... buatnya aku tengah buat sesuatu yang diluar
jangkaan, tak ke mampus.” Kata Ein memberi alasan. Koperal wanita yang berada
dimejanya hadapan dengan Ein mengerling kearah mereka. Mungkin keriuhan mereka
berdua menarik perhatiannya.
Haaaa? Diluar jangkaan tu apa?” Ijan bertanya.
Mahu jawapan la tu. Tapi dalam kepala dah bayang yang bukan-bukan.
“Sudah la kau. Takkan aku kena bagi tau terperinci
kat kau.”
“Eleh...” Cebik Ijan.
“Kau apa kes, datang kat sini. Bawa gosip ke? Dah
tak ada kerja lain?” Tanya Ein. Bangun.
“Saja aku datang. Nak jumpa kau. Rindu.” Selamba
saja Ijan.
“Ceh, boleh jalan la dengan rindu kau. Rasa naik
loya tekak aku dengar perkataan pelik kau tu.” Jawab Ein menuding kearah muka
Ijan.
“Apa pulak yang peliknya. Kau tu yang pelik.”
Jawab Ijan menepis tangan Ein.
“Biar la aku pelik. Bila pelik ni unik sikit. Bila
dah unik tu pasti akan menjadi yang teristimewa.” Jawab Ein terasa riak la
pulak. Wajahnya manis dengan senyuman.
“Kau memang istimewa Ein.” Kata Ijan perlahan.
Seolah-olah berbisik. Hanya dirinya mendengar.
“Apa kau cakap?” Tanya Ein kerana dia tak berapa
dengar apa yang dikatakan Ijan.
“Tak ada apa-apa.” Jawab Ijan ringkas.
“Minum...... jom..” Ajak Ein. Dia bangun dari
kerusinya.
“Kat luar atau kat kantin?” Tanya Ijan menoleh
melihat Ein yang berjalan seperti mahu ke pintu.
“Kat kantin dah arr.” Kata Ein..
“Apa kelas minum kat kantin..apa kata kalau kita
minum kat luar. Lagipun hari ni mana ada kelas. Aku nak jugak tau apa yang kau
ayat minah tu.” Kata Ijan turut bangun.
“Kau ni memang suka jaga tepi kain orang betul la.
Kalah kaum yang sejenis dengan aku.” Kata Ein menggeleng kepala. Keluar
mengikut Ijan dari belakang.
Ijan hanya tersenyum. Saja dia ajak Ein keluar.
Sesekali dia mahu privasi sikit dengan Ein. Mahu jugak dia berdua-duaan dengan
Ein tanpa gangguan. Tapi bagi Ein semuanya sama saja. Tiada beza langsung.
“Kalau nak minum kat luar okey...tapi kau yang
belanja. Orait?” Ein setuju bersyarat. Mereka berjalan beriringan.
“Okey.. aku tak kisah. Kalau untuk kau apa pun aku
sanggup.” Jawab Ijan bersahaja. Berjalan tanpa menoleh kepada Ein.
“Oooo.. kalau macam tu aku suruh kau duduk
terpacak dilandasan kapal terbang sedang mendarat. Kau nak?” Tanya Ein menduga.
“A’aa... kalau kau sampai hati tengok aku mati
kena lenyek dengan tayar kapal terbang tu aku tak kisah la. Biar aku mati
kerana menunaikan hajat kawanku yang tersayang ni.” Jawab Ijan tanpa ragu-ragu.
“Wah... hebat kau ni. Aku solute dengan kau.
Hehehe...” Kata Ein mengangkat tangannya tabik dengan Ijan.
“Aku akan buat apa saja untuk orang yang aku
sayang.” Kata Ijan bersungguh.
“Wau... mesti beruntung siapa-siapa yang dapat
kawin dengan kau ni. Mintak apa pun mesti dapat punya. Aku harap siapa-siapa yang
menjadi isteri kau tu tak sewel. Kalau tidak teruk kau nak tunaikan semua
permintaan dia. Ha...ha...ha..” Kata Ein sambil ketawa.
Ijan hanya diam mendengar kata-kata Ein. ‘sewel ka
gila ka tak siuman ka, orang tu tak lain tak bukan kau Ein’ Ijan bersuara dalam
hati. mereka berjalan ketempat kereta Ein diparking. Belum sempat Ein buka
pintu kereta telefonnya berbunyi. Dengan pantas dijawab.
“Hello....” Kata Ein.
Ijan hanya melihat Ein yang sedang menjawab
telefon. Kemudian dia melihat Ein mengangguk-angguk.
“Okey baik tauke... kejap nanti saya datang.”
Jawab Ein mengakhiri perbualan telefonnya.
Ein membuka pintu kereta dan masuk. Dia selalu
duduk ditempat memandu. Ijan mengikut masuk sekali. Dia duduk dihadapan sebelah
pemandu.
“Siapa yang telefon tadi?” Tanya Ijan. Memakai
tali pinggang keledar. Ein membuat perkara yang sama.
“Haa...tauke kedai mator. Dia cakap motor kau dah
siap. Dia suruh pergi ambil petang ni.” Jawab Ein memandu kereta keluar dari
perkarangan KTU.
“Okey la... nanti lepas minum boleh la kta pergi
ambil motor aku tu. berapa yang kena bayar?” Kata Ijan lega. Sebab motor
kesayangnnya dah siap diperbaiki.
“Entah la pulak. Lupa aku nak tanya. Tapi kau
jangan bimbang la, aku akan bayar kosnya. Sebab aku motor kau masuk kedai.”
Sorry ya beb....” Balas Ein dengan nada yang sedikit menyesal.
“Ala.... aku tak kisah pun. Lagipun motor aku tu
memang bohsia yang senang kau angkut sana sini.” Kata Ijan menyindir.
“Ha....ha...ha...” Ein ketawa dengan kata-kata
Ijan. Kemudian mereka berhenti disebuah restoran seafood yang ada ditepi jalan.
Orang yang berkunjung tak la ramai sangat. Tuan kedai pun tak sibuk. Cepat la order
sampai.
Mereka Cuma minum disitu.
“Lepas ni kita pergi ambil motor aku ya, Ein.”
Kata Ijan menyedut air dalam gelasnya.
“Aku cadang nak ajak kau ikut aku pergi shopping
dulu. Nak beli barang untuk kakak aku. Lepas tu kita pergi la ambik motor kau.”
Beritahu Ein. Dia mngacau-ngacau air minumannya dengan straw.
“Tak lewat sangat? Nanti buatnya kedai tu tutup,
macam mana nak ambil motor?” Tanya Ijan serius melihat wajah Ein. Setiap kali
dia melihat wajah tu hatinya berdegup kencang.
“Nanti kita telefon la tanya. Dia tutup kedai
pukul berapa. Lepas tu kita agak-agak la masa. Bengong.” Jawab Ein.
“Hmmm.. Okey la... kalau macam tu. Kau nak beli
apa dekat kakak kau? Birthday dia ka?” Ijan kembali bertanya.
“Eh..taklah. Saja aku nak beli. Aku cuma nak
ceriakan dia saja. Lagipun aku tak tahu nak beli apa. Sebab tu aku ajak kau,
sekurang-kurangnya ada jugak orang bagi suggestion.” Jawab Ein. Dia merenung ke
jalan.
“Kalau macam tu aku pun nak beli jugak a’ah.” Kata
Ijan ceria.
“Ha’ah.. kau jangan nak mengada-ngada. Apahal
pulak kau pun nak beli?” Soal Ein. Matanya tepat memandang Ijan.
“Saja. Tak kan itu pun tak boleh. Aku pun nak
ceriakan dia jugak.” Jawab Ijan senyum.
“A’ah, tak payah kau nak ambil hati kakak aku. Ini
kes nak ngorat kakak aku la tu.” Ein membuat andaian.
‘A’ah , biarlah.. kan kau sendiri yang cakap.
Kalau kakak kau on kat aku, kau tak kisah.” Ijan mengingatkan Ein akan
kata-katanya hari tu.
Dia diam. Padanya dia hanya bergurau. Tak sangka
pulak dia Ijan akan menyambutnya dengan hati yang terbuka. Tapi apa salahnya
Ijan tu kan baik orangnya. Dia kesian pada kakaknya. Dah agak lama juga
kakaknya berjanda. Lagipun kakaknya tu masih muda lagi. Baru awal tiga puluhan.
Jadi kalau dah jodoh kakaknya dengan Ijan dia tak kisah. Asalkan kakaknya
gembira itu lagi penting.
“Woi, Ein.. Kau apa hal. Berangan ya?” Sergah
Ijan.
“Haa?” Kembali Ein dari lamunan.
“Wah, sudah kau Ein. Siang-siang gini kau
bermimpi. Mimpikan aku ya? he..he..he..” Ijan membuat andaian.
“Ceh, boleh jalan la kau. Tak hingin nak mimpi kau.
Cepat la minum, nak pergi tempat lain lagi ni.” Kata Ein dengan lekas dia
menyedut minuman dihapannya.
“Ein, kau belum cakap kat aku lagi apa yang kau
ayat kat minah tu tadi.” Ijan cuba ambil tahu situasi tadi.
“Eh, kau ni... ingat lagi. Aku dah lupa pun kisah
tu.” Kata Ein.
“Ish.... aku tak boleh lupa punya, sebab aku
tengok kau siap melutut depan minah tu. Apa kau melamar dia ya?” Ijan membuat
tekaan yang tak masuk akal langsung.
“Uih, kau malalut entah kemana ni apa hal. Ada
pulak melamar. Tak dak maknanya aku melamar dia. Kau ingat aku ni jenis yang
tak bermoral ka ha?” Marah Ein.
Ijan melihat Ein yang marah dengan senyum. Dia
hanya mengangkat bahu.
“Kau tak rasa macam pernah tengok ka minah tu?”
Tanya Ein pada Ijan yang masih sengeh.
“Pernah tengok? Kita pernah jumpa dia ka sebelum
ni?” Tanya Ijan hairan. Siap garu kepala lagi.
“ Kau ni memang blurr la. Kan dulu kita ada pergi
rumah makcik yang aku pernah selamatkan dulu? Kau ingat tak?” Ein cuba membuka
kotak memori Ijan.
“Kejap aku nak ingat.” Pinta Ijan.
“Kau ni memang lembab la.” Satu lagi kutukan dari
Ein untuk Ijan.
Ijan masih diam. Dia cuba untuk ingat.
“Haaa.....” kata Ijan macam mengingati sesuatu.
Ein menunggu jawapan Ijan.
“Oooo.... minah cantik yang malu-malu kucing, masa
duduk makan depan kau tu?’ Tanya Ijan dengan mata yang membesar beliak.
“Haaa... ingat pun kau. kalau tidak susah la nak
story kat kau. Dah la lembab. Apa malang aku dapat kawan macam kau ni.” Ein
mengutuk lagi.
Ijan hanya sengih.
“Apa sangkut paut minah cantik tu dengan minah
yang kau sound tadi?” Tanya Ijan masih confiuse. Pening jugak dia.
“Laaa, kau ni betul la mangkuk. Memang blurr la
kau ni. Minah cantik tu dengan minah yang aku jumpa tadi orang yang sama.”
Beritahu Ein.
“Ha’ah? Betul ka? Kenapa aku tak perasan pulak?”
Ijan Hairan.
“Sebab kau ni Mat Bunga yang blurr sekali kat
planet ni.” Kata Ein menjawab soalan Ijan.
“Kau ni dari tadi tak habis-habis kutuk aku.” Kata
Ijan menarik muka.
“Dah memang pun kau ni lembab.” Ein berkata lagi.
“Tengok tu lagi kau kutuk aku.” Kata Ijan
perlahan. Dengan muka moyok.
“Sudah la kau tak payah nak moyok-moyok pulak. Nak
tau ka.... tak mau ni.? Ein memberi kata dua pada Ijan.
“Okey-okey... teruskan dengan cerita kau.” Ijan
mengalah.
“Dia mengaku hantar surat tu pada aku. Dia juga
mengaku yang dia ada simpan perasaan dekat aku. Tapi menurut apa yang dia kata,
dia dah lama aa perasaan dekat aku. Sejak kita pergi jamuan makan-makan kat
rumah dia dulu. Masa tu la dia jatuh hati pandang pertama kat aku. Fuh...laku
juga muka aku ni. siap boleh jatuh cinta pandang pertama beb, kalah kau...hehehe...”
Sempat lagi dia membanggakan diri didepan Ijan.
“Eleh..perasan lebih. Tapi sekurang-kurangnya
pilihan aku tepat.” Selamba Ijan bersuara. Dia memandang Ein yang sedang
memandangnya unutk memahami maksud katanya tadi.
Eh? Tadi kau cakap dia jatuh cinta pandang pertama
dekat kau? Boleh ka macam tu? Tak kan dia tak tau yang kau ni sama sejenis
dengan dia?” Cepat dia masuk kembali pada plot cerita Ein tadi. Takut Ein cepat
perasan maksud kata-katanya.
“Tak boleh la bodohhh.....apa punya soalan kau
niiii, .....Kan masa kita pergi rumah dia hari tu, aku tak kenalkan siapa aku
yang sebenarnya. Aku lupa nak cakap. Masa tu perasaan dia kat aku mula
berputik. Nak pula semua familinya nak jodohkan aku dengan dia.
Bertambah-tambah lagi mak dia. Berkenan sangat dengan aku. Itu yang tercetus
idea nak jadikan aku menantu dia. Nampaknya aku ni memang tergolong dalam
golongan yang mampu buat orang terpikat dengan aku. bukan saja yang muda malah
yang tua pun.” Ein berhenti. Dia menarik nafas. Diwajahnya terpampang sedikit
rasa besar hati. Bangga la tu.
“Haa? Maksud kau dia orang nak kahwinkan kau
dengan minah tu.” Ijan terkejut. Membulat matanya mendengar ayat Ein tu.
Mulutnya melopong ternganga.
“Betul. Tapi sebelum aku teruskan cerita aku kau
tutup la mulut kau tu dulu. Kan masuk lalat lak. Kena malaria pulak kau.” Kata
Ein melihat Ijan ternganga depannya.
Ijan menutup mulutnya cepat-cepat. Malu dia depan
Ein. Tapi tetap buat muka selamba.
“Lepas tu dia mula siasat pasal aku dan tau yang
aku ada kat sini, terus dia buat permohonan untuk berkursus disini. Masa
orientasi aku dah bagi tau yang aku ni perempuan. Dia kecewa jugak masa tu,
tapi bila kawan-kawan dia cakap yang bukan-bukan, perasaan dia kat aku
bertambah-tambah. Macam tu la dia cakap kat aku.” Sambung Ein lagi.
“Lepas kau tau kau buat apa?” Tanya Ijan gelojoh. Berdegup
kencang juga hatinya mendengar kata Ein tu.
“Aku buat bodoh aja.” Jawab Ein acuh tak acuh.
“Kau ni aku tanya betul-betul kau main –main pulak.”
Ijan sedikit terasa dengan sikap Ein yang kebanyakkannya tak serius. Kekadang
sangat dia serius.
“Aku tolak la. Tak kan aku nak main terima aja.
Kau gila.... Lepas tu dia menangis. Itu yang aku melutut depan dia. Tujuan aku
nak pujuk dia supaya berhenti menangis. Bukan nak melamar!” Ein bersuara agak
keras sedikit bila menyebut perkataan melamar.
“Oooo....fuh!!!.” Kata Ijan pendek menarik nafas
lega. Dia mengurut dadanya. Haru biru betul fikiran Ijan ni. Tak logik langsung
apa yang dalam fikirannya tu. Ada pula terlintas fikir Ein nak melamar. Tak
logik, tak logik.
‘Nasib la Si Ein ni waras. Kalau di buatnya Ein ni
sewel tahap tak boleh diubati, sah dia terima lamaran mangkuk-mangkuk tu.
Walaupun dirinya tu tomboy habis tapi iman dia masih kuat. Tak terpengaruh
dengan penampilannya yang betul-betul macam jejaka kasanova. Memang cukup pakej
kalau dia nak jadi tomboy kasanova. Aku sendiri pun kalah dengannya.’ Kata Ijan
dalam hati.
“Ha’ah, sekarang baru kau tau kan. Lain kali
jangan nak tuduh aku yang bukan-bukan pulak. Buat masa sekarang aku berani
cakap yang aku ni masih lagi normal.” Beritahu Ein. Dia menyedut air
dihadapannya.
“Iya la... aku minta maaf la. Lain kali aku akan
lebih hati-hati bila nak tuduh kau. Hahaha....” Kata Ijan. Dia ketawa. Namun
hatinya meracau risau. Sampai bila harus dia macam ni?
“Okey..... berita hangat, gosip terhebat dah
dapat. Cepat minum... lepas ni kita nak ketempat lain lagi.” Ein bersuara
tegas. Kononnya.
Kemudian dia memanggil seseorang dalam kedai untuk
mengira minuman dia dan Ijan. Melihat keadaan itu Ijan lekas-lekas menghabiskan
minumannya. Ein bangun dari kerusi dan menuju ke keretanya. Ditinggalkan Ijan
dibelakang yang sedang membayar harga minuman tadi. Cepat-cepat Ijan mengejar
Ein.
Mereka masuk dalam kereta, kemudian bergerak
merentas jalan raya yang sibuk. Dalam sepuluh minit, Ein berhenti didepan
sebuah pasaraya. Mereka keluar menuju masuk dalam pasaraya tersebut.
“Apa kau nak beli sebenarnya ni?” Soal Ijan
mengikut langkah Ein. kepalanya yang tak gatak digarunya.
“Entahlah.” Jawab Ein ringkas. Matanya meliar
melihat sekeliling.
“Haa? Entahlah?” Sungutnya....dia mengekori saja
Ein walau kemana saja Ein pergi.
“Kau tolong suggest kat aku sesuatu yang sesuai
untuk kakak aku. Sesuatu yang sentiasa dia akan guna setiap hari.” Pinta Ein.
Kakinya melangkah tanpa henti. Matanya meliar mencari. Ijan berfikir sambil
melangkah.
“Apa kata kau beli cawan yang besar untuk dia. Dia
boleh minum dengan cawan yang kau bagi tu tiap-tiap hari.” Cadang Ijan setelah
berfikir seketika.
“Hmmm.... not bad. Okeylah aku setuju dengan
cadangan kau. Apasal aku tak terfikir tadi haa?” Katanya menepuk dahi Ijan.
“Ish kepala aku pula yang dia tepuk.” Bebelnya
sendiri. Namun dia sengeh pada Ein.
“Nasib aku bawa kau. Kalau tidak jenuh meronda aku
dalam pasaraya ni. Kepala otak kau ni kadang-kadang boleh pakai jugak yeh.”
Kata Ein melihat Ijan yang tersengeh.
“Haa..... tu la kau tak tahu. Aku kalau bab-bab
present ni memang terror.” Kata Ijan membanggakan dirinya.
“Iya la.. kau kan ‘Mat Bunga’. Hahaha....” Balas
Ein ketawa.
Ijan menarik muka. Dia berhenti dari ikut Ein. Kononnya
merajuk la tu.
“Sudah la jom kita ketempat yang menjual barang
yang macam tu.” Ajak Ein. Laju dia berjalan. Ijan yang berdiri terpacak
ditinggalkannya. Langsung tak ada perasaan nak pujuk.
“Woi Mat
Jiwang, tak kan kau nak terpacak kat situ saja. Cepat laa... kan aku tinggal
kau kat sini. Nah.. naik teksi kau balik..” Ein memanggil Ijan yang setia
berdiri sambil melihatnya berjalan pergi meninggalkannya.
“Ha’ah.. suka hati kau la... malas aku nak layan
mamat macam kau ni. Sikit-sikit nak tarik muka. Mengalahkan perempuan. Kalau
kau nak macam tu sampai esok pun aku tak kisah la.” Jerit Ein lagi.
Tak hirau dia dengan orang yang lalu lalang
melihat dia terjerit-jerit. Ada yang hairan. Mungkin ada yang beranggapan yang
Ein ni baru terlepas dari mental hospital. Ijan melihat orang ramai dah mula
memandang. Lebih baik dia bergerak segera kearah Ein. Kalau dibiarkan mahu satu
pasaraya ni akan tengok mereka berdua. Ein ni bukan yang jenis heran dengan
mata orang. Lekas-lekas Ijan bergerak.
“Aik? Datang jugak kau ya... Aku ingat kau nak
bertapa kat situ terus sampai esok. Hahaha....” Kata Ein melihat Ijan yang muka
sudah merah. Mungkin malu kot.
Ijan tidak bersuara, dia terus menarik tangan Ein
pergi jauh dari situ. Dia malu apabila orang memandang.
“Weh, apa pegang-pegang ni? Haram tau.”
Cepat-cepat Ein menarik tangannya dari pengangan Ijan.
Ijan diam lagi. Dia melihat sekeliling. Dah jauh
dari orang-orang yang melihat mereka dengan pelik tadi. Mereka berada di
tingkat dua pasaraya.
“Hey, kau apa hal haa?” Soal Ein hairan dengan
tindakkan Ijan.
“Kau pekik kat bawah tadi apa hal ha? Tak boleh
cakap perlahan ke. Semua orang tengok kita tadi. Malu betul aku.” Ijan bersura
keras.
“Alah.. relaks la beb... biar la dia orang tengok.
Sebab tak kena bayar. Cuba kalau kita kenakan charge tadi, sah-sah dia orang blah
macam tu saja.” Jawab Ein selamba.
“Lagipun kalau aku cakap perlahan-perlahan kau
dengar ke. Dah tu jauh jarak kau berdiri dengan aku. Dah nak bagi kau dengar
sebab tu aku cakap kuat-kuat.” Beritahu Ein lagi.
“Kau ni lain kali tengok tempat la jugak. Ini
semua tempat pada kau sama saja. Main bedal ikut kau.” Ijan bersuara. Suaranya
sudah mengendur.
“Hehehe.....” Ein ketawa kecil.
“Dah arr, jom. Nanti lewat pulak. Kan nanti nak
pergi ambil motor aku lak.” Ijan pulak yang mengajak dan mengingatkan Ein
tentang motornya.
Ein mengangguk. Tanda setuju dengan ajakkan Ijan
“Owh.. ya, aku belum telefon tauke kedai tu lagi
tanya kedai dia tutup pukul berapa.” Ein garu-garu kepalanya. Dia mengeluarkan
telefon lalu menekan butang panggil.
“Hello tauke. Saya nak tanya yaa, you punya kedai
tutup pukul berapa?” Ein bertanya kepada tauke kedai yang berada dihujung
taliannya.
“Oooo... okey. Kejap nanti kita pergi ambil ya?
Okey Bye.” Ein mengakhiri perbualan yang pendek tu. Memasukkan kembali
telefonnya kedalam poket.
“Apa dia cakap? Kedai dia tutup pukul berapa?”
Tanya Ijan tak sabar-sabar. Sayang sungguh dia dengan motornya. Iya la motor yang selalu diguna
Ein. Tak dapat orangnya, bekas yang tinggal kat motor pun kira ok la tu.
“Dia cakap pukul lapan. Sekarang baru pukul enam. Ada dua jam lagi.
Dan la kita beli barang aku dulu. Lepas tu aku pergi solat kejap baru kita
pergi ambil motor kau.” Beritahu Ein.sambil berjalan menuju ketempat yang mahu
dibeli mug untuk kakaknya. Ijan angguk.
Selesai semua yang mahu dibeli dan dibuat, mereka
keluar dari pasaraya dan menuju ke kereta. Ein kemudian memandu ke kedai motor
untuk mengambil motor Ijan.
Tak lama sangat memandu, mereka sampai tempat yang
dituju. Ein keluar dari kereta menuju kedai tersebut. Ijan mengikut langkah
Ein.
“Hello tauke..selamat petang.” Sapa Ein lembut.
“Owh... encik Ein ya...” Sambut Taike kedai dengan
senyum ramah.
“Mana motor? Tauke dah jual ea?” Tanya Ein dengan
nada bergurau. Saja dia cakap macam tu apabila dia tak nampak bayangan motor
Ijan.
“Ehh...mana ada saya jual. Itu, saya letak dekat
situ.” Tunjuk Tauke dengan memuncungkan mulutnya.
“Oohh saya nampak. Berapa ya tauke?” Ein bertanya
harga upah repair.
“Tak banyak, encik Ein, cuma Rm150.” Jawab Tauke
kedai.
Ein mengeluarkan dompet dari poketnya untuk
membayar. Tapi cepat-cepat ditegah Ijan. Dia mahu membayar harga tersebut. Tanpa banyak soal Ein
menyimpan kembali dompetnya dalam poket seluar.
“Nah tauke.” Ijan mengeluarkan tiga keping duit
RM50 lalu dihulurkan kepada tauke kedai.
“Okey terima kasih ya.” Kata tauke menyambut duit
yang dihulurkan Ijan. Dan dia menyerahkan kunci motor pada Ijan.
“Yaa, kita pun terima kasih pada tauke.” Jawab Ein
berjalan ke tempat motor Ijan diletak.
“Ha’ah dah elok motor kau. Macam baru lagi. Aku blah
dulu la. Malas aku nak kacau daun duduk kat sini tengok kau bermesra dengan
motor kau ni. Hahaha...” Kata Ein ketawa. Dia tahu Ijan sayang sangat motor tu.
Ijan diam dan hanya melihat pada Ein. Dia biarkan
saja apa yang nak dicakap Ein. Dia sayang, sebab Ein selalu naik motor tu. Ein
meningglkan Ijan dengan motornya. Dia
mahu cepat balik ke Ktu. Sebab sekejap lagi waktu maghrib akan masuk. Azan akan
berkumandang. Tak elok kalau masih berpeleseran kat luar. Ein selalu mengingatkan
dirinya.
Dia memandu pulang. Hatinya girang sekali
kerana esok dia akan pulang kerumah. Dah seminggu dia di KTU. Semuanya sebab
budak kursus yang baru masuk. Banyak kerja yang nak dilakukan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan