Rabu, 2 April 2014

BAB 13 :~ CINTA SETIA ALAM

                                       
ARSLAN HAKIMI


BAB 13



“KRIIIIIIING....” bunyi jam berkumandang. Ein membuka matanya perlahan. Rasa mengantuk masih menguasai. Dia gagah membuka matanya. Dia menutup jam locengnya dan melihat kedudukan jarum jam. ‘A’ah dah 6.30am pagi.’ Bisik Ein. Dia gagah bangun lalu ke bilik air.

 Kemudian dia keluar dari bilik untuk menunaikan solat subuh. Selesai saja solat seperti biasa dia mengenakan pakaian sukan. Ada masa lagi untuk dia berjoging pagi. Ala dah rutin la katakan.

“Hai Ein selamat pagi.” Sapa Ijan berlari-lari anak datang kepada Ein.

“Uh, pagi. Kau pun joging gak. Awal kau bangun hari ni. Dah tu semangat habis aku tengok.” Jawab Ein.

“Ala, aku pun nak joging jaga kesihatan macam kau jugak. Lagipun aku kesian tengok kau joging sorang-sorang. Kalau ikut sekali berteman la kau.” Kata Ijan beralasan.

“Baru hari ni aku tengok kau semangat nak teman aku. Selalu aku joging sorang-sorang kau relaks saja. Hari apa hal lak. Tak kan saja nak teman kot. Atau kau ada hajat yang terselindung.” Ein cuba buat tekaan.

“Eh, kau ni.... apasal suka sangat sangka yang bukan-bukan dengan aku ni. Bila aku baik dengan kau saja mesti kau syak aku yang bukan-bukan. Aku ikhlas la nak teman kau joging.” Kata Ijan menjeling kepada Ein.

“Iya la tu.” Ein mencebik memandang kepada Ijan.

Mereka terus berjoging.
“Kau balik pukul berapa?” Tanya Ijan joging beriringan dengan Ein.

“Lepas joging ni la.” Beritahu Ein. Dia terus dengan jogingnya. Tanpa melihat kepada Ijan.

“Kau sampaikan salam aku kepada kakak kau ya. Cakap dengan dia nanti senang-senang aku datang.” Kata Ijan.

“Wah, memang betul la kau ada tujuan. Kau nak aku sampai salam kau pada kakak aku? No hal la. Nak mintak itu saja. Tak payah la kau susahkan diri kau dengan ikut aku joging. Kau suruh saja aku gerenti sampaikan. Setakat salam saja tau. Lebih-lebih jangan...” Kata Ein senyum.

“Eh kau ni Ein, merepek lagi.” Jawab Ijan. Dia mengerutkan dahinya.

“Ha..ha..ha..” Ein ketawa.

Ein melihat jam ditangan. ‘A’ah dah pukul 9am. Cukup la kot.’ Ein berhenti dari berjoging. Peluh banyak meleleh. Disapunya peluh yang meleleh dipipi. Ijan juga turut berhenti. Nafas mereka laju. Keletihan.

Setelah peluh agak kering dibadan mereka bangun berjalan menuju ke kantin. Ein kelihatan begitu bersemangat sekali. Dia tersenyum-senyum.
“Hai ceria kau, aku tengok.” Kata Ijan.

“Mesti la... aku rasa happy sangat nak balik, rindu rumah beb! Lagipun aku rindu jugak dekat bantal peluk aku tu. mesti bantal aku pun rindu kat aku. Ha..ha..ha..” Kata Ein tersengeh tak lekang dibibirnya.
“Hmmm....” bunyi Ijan pendek.

Dari jauh Ida, Fiza dan Zita tak kalih mata mereka dari merenung Ein dan Ijan. Tapi yang menjadi tumpuan lebih dah tentu pada Ein. Penampilannya sentiasa mendapat perhatian mereka bertiga.

“Cuba kau tengok Lt Ein tu, menawan betul kan. Aku rasa aku dah jatuh hati dengan Lt Ein la. Cuba kau rasa degupan jantung aku ni Zita....” Fiza bersuara. Dia memegang tangan Zita lalu dibawa ke dadanya. Matanya masih tepat merenung Ein.

“Ish, kau ni tak kan sampai macam tu sekali. Kau jangan nak cari pasal. Nanti tak pasal-pasal kau kena buang dari kursus ni.” Zita mengingatkan Fiza akan akibatnya.

Fiza hanya buat muka bodoh saja.

“Lagipun tak kan kau tak ingat apa yang Zaza cakap hari tu.” Zita bersuara lagi.

“Aku ingat lagi la.... tapi apa salahnya kalau aku mencuba nasib. Mana tahu kalau aku ni tergolong dalam golongan yang bertuah. Orang pertama yang berjaya membuka pintu hati Lt Ein.” Jawab Fiza macam bagus.

Ida memandang Fiza dengan terkejut. Tak sangka pulak dia. Ingat dia sorang saja yang meyimpan perasaan cinta pada Lt Ein. Sekarang Fiza pun dah menaruh hati pada Lt Ein. Perasaan cemburu mula menguasai dirinya. Dia menjeling melihat Ein yang sedang rancak menyembang dengan Ijan. Perasaan kasih terhadap Ein tak dapat dibuang dengan begitu mudah. Dia menghela nafas panjang.

“Kenapa dengan kau ni Ida? Senyap saja. Tiba-tiba mengeluh.” Tegur Zita.

“Iya la.... kau ni apa hal? Aku tengok sejak kau balik dari jumpa Lt Ein semalam, kau moyok saja. Kau macam frust. Apa kes? Cuba kau bagi tau kat kita orang. Tak baik kau simpan sorang-sorang. Nanti kau jadi murung pulak.”  Fiza pun perasan dengan perubahan Ida.

“Aku okey saja....mungkin aku letih sikit.” Jawab Ida sembunyikan kebenaran.

“Betul ka? Aku tengok semalam masa nak pergi jumpa Lt Ein bukan main lagi muka kau ceria. Lepas tu bila balik saja dah moyok. Lt Ein marah kau ka? Kau ada buat salah?” Soal Fiza merenung muka Ida.

“Kita ni kan kawan. Apa yang kau nak sorok dari kita orang. kalau kau ada masalah cakap saja. Kalau kita orang boleh tolong, kita orang akan tolong.” Zita pulak bersuara.

“Aku okey... Cuma letih saja....” Ida mengulangi cakapnya tadi.

“ Tak apa lah kalau kau tak mahu cakap. Tapi kalau kau rasa nak cakap bila-bila pun kita orang sudi nak dengar.” Kata Zita lagi.

“Hmmm.... betul tu.” kata Fiza setuju dengan Zita.

“Hmm... cepat la minum, aku dah tak sabar nak ke bilik sebab tak tahan dengan peluh ni. melekit rasanya.” Ida bersuara memberi alasan.

Sebenarnya dia mahu cepet-cepat pergi dari situ. Dia tak mahu Ein perasan dia disitu. Dia tak mahu mulut murai kawan-kawannya tu mendapat perhatian Ein. Setiap kali dia melhat kearah Ein hatinya tetap berdebar laju. Perasaannya tidak pernah berkurang walaupun telah dinasihatkan oleh Ein. Tapi bertambah kuat dan terus bercambah dan mekar. Apatah lagi bila mendengar cakap kawan-kawannya.

Dia tahu harapan untuk dia memiliki hati Ein adalah amat tipis namun dia tetap nekad. Dia rasa bahagia dengan perasaannya. Biarlah Ein menolak cintanya, namun untuk dia membuang perasan indah yang hadir dalam dirinya untuk Ein tak  mungkin akan terjadi. Dalam diam juga dia telah mengumpul setiap barangan yang pernah Ein gunakan.

“Woi Ida, kata nak cepat balik bilik. Ni aku tengok kau masih sempat lagi dok berangan. Pertemuan kau dengan Lt Ein semalam masih tak mengubat rindu di hati ka?” Usik Fiza berseloroh.

“Ha’ah?” membulat mata Ida mendengar kata-kata Fiza. Terkejut dia dengan ayat yang baru dituturkan oleh fiza sekejap tadi. Air mukanya berubah. ‘Dia dah tahu ka?’ bisik Ida dalam hati.

“Apa yang kau cengang lagi tu? Jom la lekas. Kata melekit dengan peluh. Hai minah ni.... banyak sangat berangan. Lepas kursus ni lebih baik kau kawin la... dah teruk sangat aku tengok kau ni. Ha..ha..ha... ” Fiza berkata lagi ketawa sambil menggeleng-gelengkan kepalanya. Zita juga turut ketawa. Ida hanya diam.

“Dah habis ketawakan aku? Kalau dah habis jom pergi.” Kata Ida macam merajuk.

Mereka bertiga bangun berjalan. Melangkah keluar dari kantin dan menuju kebilik mereka. Tapi Fiza dan Zita sengaja berlalu didepan Lt Ein. Tak puas mereka menatap wajanhnya. Apabila mereka melintas sahaja didepan Ein mereka tersenyum-senyum dan tergedik-gedik. Muka Ida dah merah padam melihat gelagat rakan-rakannya. Dia hanya menunduk. Tak sanggup nak bertentang dengan Ein. Bukan kerana malu atau segan tapi dia tak mampu menahan getaran yang terhasil dalam dirinya.

Ein tanpa ada perasaan yang terselindung, membalas senyuman yang diberikan kepadanya. Dia mengerling kepada Ida. Dia dapat melihat wajah Ida yang masih kecewa dengan penolakkannya semalam. Bukan niatnya mahu membuat gadis molek itu kecewa, tapi dia tak mahu menyakiti sesiapa.

Takkala melintasi Ein, Ida sempat mengerling wajah yang menjadi pujaan hatinya tu. Tak disangka olehnya, Ein juga sedang merenung dirinya. Dengan senyuman pulak tu. Bagai nak luruh jantung Ida. Cepat-cepat dia melarikan matanya. Bertambah parah hatinya melihat senyuman Ein.

Ein bangun, dia berjalan kepada Ida, Fiza dan Zita.

“Woi Ein, kau nak kemana tu?” Ijan bertanya apabila melihat Ein meninggalkannya sendirian.

“Aku nak pergi kat diorang kejap. Kau duduk aja la kat situ. Kau tak ada kena mengena dalam ini cerita.” Jawab Ein selamba sambil berjalan kearah Ida, Fiza , dan Zita.

“Kamu bertiga tunggu dulu.” Panggil Ein. Mereka berhenti apabila mendengar panggilan Ein. Berpaling kearah Ein.

“Alamak dia datang la.” Fuh!!! Kontrol.” Kata Fiza  tergedik-gedik memegang tangan Zita. Zita pun sama gediknya.

Ida hanya diam tapi hatinya terus dilanda gelora yang menderas.

“Hai kamu bertiga. Dah nak balik bilik?” Ein menegur mereka. Fiza dan Zita tersenyum-senyum mengangguk.

“Hai Ida, kamu diam saja. Kamu okey?” Ein menegur Ida pula. Dari tadi dia melihat Ida hanya diam dan seolah-olah mahu mengelak darinya.

“Dia okey aja Puan. Tengah lampu merah tu.” Zita bersuara menguit pinggang Ida.
Ida terkejut dengan apabila dia di kuit oleh Zita, tapi dia hanya menunduk.

“Kamu berdua boleh pergi. Ida tunggu kejap saya ada benda nak cakap dengan kamu.” Ein bersuara. Nampak macam sedikit tegas.
Fiza dan Zita akur dengan arahan yang diberikan Ein. Tanpa banyak bicara kata mereka berlalu pergi meninggalkan Ida terkontang kanting berdua dengan Ein.


“Mari kita kesana.” Ajak Ein sambil menunjuk kekantin. Ida mengangguk. Mereka berjalan masuk. Tapi tempat duduk yang diambil Ein jauh dari yang lain dan Ijan. Dia tak mahu perbualannya didengari sesiapa. Mahu juga dia menjaga hati Ida. Nanti terdedah pulak kisah dia dengan Ida. Biarlah ini menjadi rahsia saja.

“Duduk disini.” Jemput Ein.

Ida hanya mengikut saja. Dia diam dari tadi. Tetapi hatinya tak pernah diam. Hatinya menjerit-jerit, meronta-ronta mahu menyatakan rasa kasih dan sayang yang teramat sangat. Namun bibirnya hanya membisu.

Ein mengambil tempat duduk dihadapan Ida.
 Getaran makin kuat dihati Ida.

‘Ida, kamu okey?” Tanya Ein.

Ida tak menjawab tapi hanya mengangguk. Suaranya tersekat dikerongkong. Di kala tu kalau tidak dikawal hatinya, mahu saja dia memeluk Ein. Melepaskan segala yang tersimpan dalam hatinya.

“Kamu marahkan saya ya?” Ein bertanya lagi.

Ida menggeleng lagi.

“Kamu benci dengan saya?” Lagi soalan dari mulut Ein.. Dia mahu kepastian. Kalau boleh tak mahu la ada benci-membenci ni.

Segera Ida menggelengkan kepalanya. Kali ini dia memberanikan diri mendongak memandang wajah idamannya.

Hatinya bergetar dikala matanya bertentang mata dengan Ein. Renungan Ein begitu tajam. Menusuk terus dalam hatinya. Dia mangalihkan pandangannya dengan cepat melihat sesuatu yang lain. Dia tak mahu menunduk terus. Tak mahu juga Ein membaca gelora hatinya yang kian mengganas dan meronta-ronta yang terpancar melalui riak matanya.

“Ida,” Ein memanggil namanya. Begitu lembut. Bagai ada aura yang membias terus menyerap masuk kedalam dirinya. Dia menguatkan diri memandang tepat kewajah Ein. Menunggu kata-kata yang seterusnya dari Ein.

“Saya tahu kamu kecewa. Bukan niat saya nak buat macam tu. Tapi percayalah tak mungkin saya akan menghindari kamu. Saya akan sentiasa menghulurkan tangan persahabatan dengan kamu. Saya tak mahu hanya dengan perkara remeh macam tu hubungan persahabatan kita yang mungkin menjadi lebih baik akan terputus sebelum termetrai perjanjian persahabatan.” Ein berkata-kata panjang. Dia harap Ida memahami maksud yang ingin dia sampaikan.

‘Haaa? Perkara remeh padamu  sayang. Padaku ini adalah perkara yang terbesar pernah terjadi dalam hidupku.’ Bisik Ida dalam hati. Hanya hatinya mampu berkata-kata dikala ini. Suaranya bagai tersekat. Seolah ada seketul batu besar menyekat suaranya dari keluar.

“Kamu tak marahkan saya, kamu tidak membenci saya, tapi kenapa saya rasa kamu seolah-olah mahu menjauhi saya? Sampai nak pandang saya pun kamu tak mahu. Kenapa macam tu pulak jadinya?” Ein cuba membuat Ida bersuara  dan meluahkan yang terbuku.

“Saya tak apa-apa. Cuma saya mahu lebih masa untuk melenyapkan segala yang memekar dalam hati saya ini untuk Puan.”Fuh!!!.... Ida menjawab dengan yakin. Berharap Ein akan menerimanya jawapan yang diberikan.

“Betul apa yang kamu cakapkan ni? saya tak mahu kamu simpan perasaan tu jauh dalam hati. Saya nak kamu membuangnya terus agar tak menyakitkan kamu. Sebagai sahabat yang belum rasmi, saya sayangkan kamu dan saya tak mahu kamu hanyut dalam perasaan yang tiada kesudahan.” Kata Ein sedikit berpuisi.

‘Haa? Dia sayangkan aku. Tak kisah la sebagai sahabat atau sebagai apa pun, janji dia ada perasaan sayang gak kat aku.Hurey!!’ Melompat Ida keriangan. Tapi Cuma hatinya yang meloncat keriangan. Jasadnya hanya membatu.

“Ida! kamu dengar tak apa yang saya cakapkan ni?” Ein bersuara agak kuat.

“Haah? Dengar Puan.” Jawab Ida terkejut. Terpinga-pinga dia.

“A’ah berangan lagi kamu. Kamu ada apa-apa yang nak dicakapkan?”Ein bertanya pada Ida.
“Tak ada Puan. Tiada apa lagi yang saya mahu luahkan. Cuma saya minta masa untuk menerima Puan sebagai sahabat saya. Buat masa ni saya tak mampu untuk berdamping dengan Puan sebagai sahabat. Hati saya masih sarat dengan perasaan kasih yang teramat sangat. Biarlah saya berjauhan dengan puan buat sementara waktu. Saya harap Puan dapat menerima alasan saya dengan baik.” Ida memeberi alasan denganpanjang lebar.

“Hmmm..... Baiklah kalau begitu kata kamu. Saya akan memberi kamu ruang dan masa. Dan saya minta dari kamu supaya kamu tidak membenci saya. Boleh?” Pinta Ein.

“Puan, saya tak mungkin akan membenci Puan sampai bila-bila. Saya akan cuba ubah perasaan ini kepada seorang sahabat.” Kata Ida cuba mengukir senyum. Tapi teramat pahit untuk menampakkan keikhlasan.

“Baiklah, saya hormatinya. Saya menunggu kamu menyambut salam persahabatn dari saya.” Ein menyedapkan kata-kata buat Ida.

“Baiklah, kamu boleh balik ke bilik sekarang. Semoga kamu berjaya menjadi yang terbaik dalam kursus kali ini.” Ucap Ein penuh dengan rasa Ikhlas. Simpatinya pada gadis itu cukup menebal.

“Terima kasih Puan, minta kebenaran menjalankan tugas yang lain Puan. Dengan penuh formalitinya Ida meminta diri. Dia senyum dibibir, tapi hatinya merintih sedih.

Ein melihat Gadis itu berlalu pergi meninggalkannya. Dia hanya mampu mengeluh. Ijan yang tadi hanya melihat dari jauh datang mendekati Ein yang sudah bersedia mahu bangun.

“Eh, kau nak kemana pulak?” Tanya Ijan bila melihat Ein dah bangun untuk pergi.

“Aku nak pergi mandi dan bersiap-siap untuk balik ke rumah la....” Jawab Ein riang.

“Kejap la. Duduk la dulu. Lagipun kau bukan janji dengan kakak kau nak balik pagi ni kan.....?” Kata Ijan. Duduk dikerusi tempat Ida tadi.

Ein hanya menarik muka boring dengan kata Ijan. Keriangannya tadi kini sudah bertukar ke kepada suram.

“Ala tak payah la buat muka poyo lak. Aku cuma ambil masa kau sikit saja. Wah panasnya tempat duduk minah ni....terus menusuk kejantung aku nih...” Ijan merepek.

“A’ah, Mat Bunga, tak payah nak mengarut. Apasal kau nak suruh aku duduk lak ni. ini tak ada lain la ni nak suruh aku cerita pasal hal aku dengan minah tadi la tu.” Teka Ein. Dia dah dapat mengagak dah.

“Ha....tau tak pa... cepat la cerita....... kau ayat apa dengan minah tu?” Tanya Ijan kelam kabut. Memang kaki gosip betul Ijan ni.

“Hai kau ni.... teruk betul. Semua kau nak ambil tahu. Bagi la ruang untuk aku berahsia setengah daripadanya. Tak kan la semua aku nak kongsi dengan kau.” Ein cuba mengelak dari bercerita. Sebabnya dia dah sabar nak balik rumah. Rindunya sudah tak tertahan pada kak G.

Ijan diam sebentar. Mencari idea lain untuk menyekat Ein dari balik awal. Dia berasa bahagia setiap kali bersama Ein. Setiap waktu bagai cepat berlalu. Tak puas untuknya bersama Ein.

“Ala, kau ni... relaks la... lagipun awal lagi ni... kita gosip la dulu.” Ijan memberi alasan.

“Lain kali la beb... bye...” Jawab Ein ringkas. Dia bangun dari duduknya. Dan terus berlalu pergi.
Ijan bersendirian. Dia melihat Ein berlalu pergi. Alasannya tak menjadi. Dia boring. Lalu dia bangun berjalan pergi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan