ARSLAN HAKIMI
BAB 3
BAB 3
Ein sampai tempat parkir motorsikal. Dia melihat
motor besar Ijan. Topi keledar yang ada diatas motor diambilnya.
“Uh...dah berapa tahun dia ni tak basuh helmet ni?
Bau pun bagai nak pengsan. Ish...aku nak pakai ke ni? Karang semua serangga kat
planet ni ikut aku. Adoii...pakai ajalah. Lagipun bukan ada helmet lain dah.”
Ein bercakap sendirian.
Dia menghidupkan enjin motor Ijan. Dengar pada
bunyi memang terbaik laa.. Minyak dipulas, dia menghala keluar dari kawasan
kolej dan menuju kejalan raya.
Hampir setengah jam, Ein hampir sampai dengan tempat
yang dijanjikan. Dia memperlahankan motornya kerana keadaan agak kelam kabut
sikit dengan manusia-manusia yang lalu lalang. ‘Ooooh.., sesaknya jalan kat
sini.’ Bisik hati Ein. Ein berpusing-pusing dengan motornya. Bukannya nak cari
tempat letak motor, tapi saja dengan suka-suka.
“Uish, panas-panas gini ramai jugak orang datang
nak shopping.” Kata Ein perlahan. Sedang dia berpusing-pusing sambil merenung
sana sini mencari tapak parking, tiba –tiba. “Arrgggh!” Ein menjerit. Motor
yang ditunggangnya melilau lilau kekiri kekanan dan akhirnya.......Dushhhh!!!!
Terus terbalik. Dia bangun sambil mengeliatkan badannya perlahan-lahan.
Melibas-libaskan seluar dan bajunya. ‘Kenapa ni?’ Tanya Ein bingung. Terasa
mamai dan pening sedikit.
“Adoiii...sakitnyaa.....” Suatu suara merenget.
Telinga Ein menangkap bunyi suara tersebut. Cuba
mengamatinya. Beberapa saat seketika, jelas bahawa suara itu sedang mengerang
kesakitan. Dia tersedar.
“Alamak! Apa dah jadi? Aku dah langgar orang ke?”
Tanya Ein kepada dirinya sendiri.
Orang ramai mula berkumpul mengelilingi perempuan
yang jatuh akibat di langgar Ein tadi. Tapi hanya melihat.
Ein melihat
kearah orang ramai yang berkumpul. Ternyata suara yang didengari tadi datang
dari situ. Bisik hatinya. Namun dia tak dapat pastikan. Lalu tanpa membuka dulu
topi keledarnya dia terus meluru pergi kearah bunyi suara yang didengari tadi.
Ein cuba masuk mencelah melalui orang ramai yang berkumpul.
“Aduh!!! Cepatnya orang-orang ni berkumpul.
Mengalahkan wartawan. Aku langgar artis ke ni. Orang penuh bagai semut kerumi
gula saja lagaknya.” Ein bercakap sendiri. Dia terus menyelitkan dirinya
dicelah-celah orang ramai. Kemudian dilihatnya seorang perempuan terduduk
diatas jalan sambil merintih kesakitan. Tiada seorang pun yang menghulurkan bantuan.
Dengan pantas Ein menyerbu. Dia pasti perempuan tu yang dilanggarnya tadi.
“Alamak! Cik kak sorry –sorry. Ada luka kat
mana-mana ke? Ada patah kat mana-mana ke? Ada yang terpeliut tak?” Ein
mendapatkan perempuan itu, dia meminta maaf dan bertubi-tubi soalan yang keluar sambil membelek
perempuan yang sedang terduduk tu.
“Aisehmen!!!... habis muka tertutup dengan tudung.
Nasib tak tercabut tudung. Kalau tidak aurat beb!” Kata Ein perlahan, sambil
menolong perempuan tersebut. Tudung yang dipakai perempuan tu disingkapnya.
Sewaktu tudung
disingkap, terpaku sejenak Ein dengan keayuan wajah itu. “Aduh!!!!!
Gadis cantiknya rupanya. Aku ingatkan mak orang tadi. Datang dari mana ni
agaknya dia ni? Puteri bunian ke? Ada sayap tak ni?” Tanya Ein dalam hati.
Terpesona dia sekejap dengan keayuan dan kecantikkan yang dimiliki oleh gadis
itu. ‘Mak aai....gadis ni comelnyaaa....’ Bisik hatinya lagi. Tiba-tiba......
“Woi! Apa pegang-pegang ni ha?” Sergah gadis tu,
lalu dengan segala tenaga yang masih ada dia menolak tubuh Ein sampai jatuh
terduduk. Terkejut gadis tu apabila dia di raba-raba oleh seorang ‘jejaka’ yang
tidak dikenalinya.
“Adoiii!!..mak ooi kuatnya dia tolak. Anak gadis
superman ke dia ni? Ishh, apa kau melalut ni Ein? Sini kan Malaysia.” Sungut
Ein sendirian. Terkejut Ein dengan tolakkan yang pasti tak disangkanya. ‘Boleh
tahan. Tak sepadan dengan keayuan yang terpampang didepan mata.’ Hatinya
berbisik lagi.
“Kau tu siapa? Dah langgar orang. Pastu datang
buat-buat nak tolong pulak. Nampak expert aja dalam hal-hal gini? Dah lama buat
keja tak bermoral macam ni?” Soal gadis tu yang yang masih lagi terkejut dengan
perbuatan Ein. Aduhhh... Belum sempat hilang rasa terkejutnya akibat ditolak,
Ein sekali lagi dikejutkan dengan sergahan yang tak disangkanya itu. ‘Aduhhh!!
Garangnya.....’
“Eh? Apa pulak! Saya cuma nak tolong cik kak aja.
Mana tahu kot-kot ada luka atau patah. Kalau ada yang tak kena, dengan baik
hatinya saya nak bawa cik kak pergi kehospital. Semua bil perubatan dan ubat
saya tanggung.” Jawab Ein yang masih lagi terkejut dan dalam masa yang sama
masih nak berselamba. Kononnya nak cover malu terkejut. Bengang jugak dia bila
dituduh macam tu. Tapi tak apalah sabo la kejap.
Orang ramai yang lalu lalang disitu berkumpul
melihat kejadian yang berlaku dan mula bercakap-cakap.
“Tapi kalau dilihat dari gaya kau yang datang
meluru kat aku, lepas tu siap raba sana sini, itu bukan macam niat nak menolong
tapi dah kearah niat yang lain.” Sindir gadis tu sambil menuding jari ke muka
Ein. Mata Ein berkelip-kelip laju.
“Mesti la saya kena pegang, tak kan datang nak
kuis-kuis dengan kaki pulak. Nanti cik kak ingat saya ni kurang didikkan pulak.
Lagipun pun kalau bab gini saya tak lah expert sangat. Tapi sikit-sikit tu
boleh la.” Jawab Ein selamba. Menjeling. Menepis perlahan tangan gadis tu yang menuding ke arahnya. Dia bangun dari jatuh
terduduk akibat ditolak gadis yang dirasakan betul-betul comel tadi. Tangannya
ligat melibas libas seluarnya.
“Kau tahu tak yang kau tu bukan muhrim dengan aku.
Sedara aku pun bukan. Tak kan kat sekolah kau tak belajar. Haram bersentuhan
kalau bukan muhrim. Lagipun kau tu dengan berhelmet dikepala, lagi menguatkan
syak wasangka aku. Kau nak selindungkan wajah kau kan....” Sembur gadis
tersebut. Sedikit ceramah khutbah. Wah!!! Dah sakit gini pun nak jadi ustazah.
Dengan terbeliak biji matanya, Ein melihat dirinya
sendiri. “Ooo... patut la dia kata aku bukan muhrim dengan dia. Dia tak tau
yang aku ni perempuan. A’ah biar la. Jadi la aku lelaki sekejap.
“Tapi......, cik kak, sekarangkan dikira darurat.
Cik kak kan baru kena langgar, sebagai sedara semuslim kita dibolehkan. Lagipun
Cik kak kan pakai baju lengan panjang. Saya pegang tadi pun kat lengan,
berlapit dengan lengan baju, kan? Mananya bersentuh kulit kita secara langsung
pun.” Balas Ein. Dia merenung gadis dihadapannya.
“Dan lagi
saya bukan nak sorok wajah saya. Tak sempat nak buka sebenarnya. Nah sekarang saya
buka dan bagi cik kak tengok puas-puas. Tapi jangan nak jatuh cinta pulak and
jangan cuba nak minta nombor telefon, okey...sebab saya dah banyak awek.” Kata
Ein sambil membuka helmet yang dipakainya. Dia menggeleng-gelengkan kepalanya,
kemudian menyikat rambutnya kebelakang dengan tangannya. Penuh bergaya. Macam
iklan syampu head and shoulder la pula.
‘Ceh, perasan betul la dia ni.’ Getus gadis comel
tu dalam hati.
Terpana
sekejapgadis comel tu bila EIn menganggalkan helmet dikepalanya. “Weehh,
hensemnya mamat ni. Sebijik persis lelaki idaman aku.” Katanya tu perlahan. Eh?
Kenapa dengan aku ni? Ishh... jangan, Entah-entah mamat tu perogol misteri yang
gunakan pakej mereka untuk menjerat kaum hawa bagi memuaskan nafsu serakah
mereka. Lebih baik kau berhati-hati, jangan lekas terpedaya.’ Bisik hatinya
lagi.
“A’ah, kenapa diam? Terkejut? Hensemkan?
Haaa....tu la cari pasal dengan saya lagi. Dah terlepas peluang untuk cik kak
mendapatkan autograf saya. Sebab cik kak cakap saya yang bukan-bukan.” Sempat
lagi Ein memerasankan dirinya dihadapan gadis comel yang dilanggarnya itu.
“Oooi mangkuk, perasan sangat la kau. Muka tak ubah
macam pecah rumah. Perasan hensem. Cermin la sikit muka kau tu.” Gadis comel tu
menjeling geram.
Ein sambut
jelingan gadis comel tu dengan geram. Dia mengertap bibirnya. Tapi dalam
hatinya, tak habis-habis memuji gadis comel tu.
Gadis comel tu cuba bangun, Dikuatkan kakinya
untuk berpijak. Tapi kesakitan dibahagian pergelangan kakinya betul-betul
perit. Akibat dari rasa sakit yang teramat sangat, kakinya tak dapat menampung
berat badannya, dan badannya melayang seperti mahu jatuh. Ein yang berada dekat
dengan gadis comel tu, cepat menyambut.
Terasa dirinya berada dalam pelukkan Ein, cepat-cepat dia menolak tubuh Ein daripada
rapat dengan dirinya. “Eh! Apa ni? Kau nak ambil kesempatan pada aku lagi? Baik
kau jangan fikir nak buat macam tu kalau tidak nahas kau.” Jeritnya dengan
marah siap ada amaran lagi. Dia kembali duduk.
“Apa pulak
ni cik kak. Saya cuma nak tolong. Kalau tak tadi, dah jatuh tersungkur. Buatnya
patah hidung, telinga patah, mata pecah, nah lagi teruk. Nanti muka dah
elok-elok cantik, dah jadi orang cacat. OKU. Pastu kalut dah tak ada orang mau buat bini.
Kalau bagi saya free pun tak nak. Dah cacat...” Jawab Ein sambil mengutuk.
Menjeling lagi.
“Orang lelaki macam kau ni bukannya boleh percaya
sangat. Lagipun siapa cakap aku nak jadi bini kau. Kalau kau tak mau. Aku lagi
seribu kali tak mau. Tau.” Katanya dengan membara.
“Haa? ‘LELAKI’. Sudah...., bertukar jantina pulak
aku dapat kat minah ni. Padan muka aku. Tapi tak boleh salahkan dia jugak, dah
aku yang pakai gini. Bukan dia dapat beza pun. Nasib la....” Omel Ein perlahan
sangat. A’ah... biar la, bukan kena bayar pun.
“Yang kau
sibuk-sibuk sangat nak tolong aku ni apa hal? Kau tu doktor? Jururawat? Atau
kerja kat farmasi ubat?” Tanya dia menengking. Bagaikan bergegar seluruh kawasan
tu.
“Woi! Minah, yang kau menjerit tu apa hal? Aku
bukan berdiri jauh pun dari kau. Lagipun aku tak pekak lagi la.” Beritahu Ein. Dia
mengorek-korek telinganya.
Dah tak ada sopan dah dia pun. Tadi siap bercik
kak lagi. Sekarang dah keluar ‘minah’ dengan ‘kau’ dah. Nampaknya kesabaran dia
dah makin menipis. Panasnya dah semakin naik suhunya. Budi bahasa budaya kita
pun dah kemana. Budi kemana, budaya kemana. Tiba-tiba seorang penonton di situ
bersuara.
“Adik jangan la macam tu. Tak baik buruk sangka.
Dah memang niat dia ikhlas nak tolong terima aja la.” Kata lelaki yang tak
dikenali oleh siapa-siapa pun diantara mereka.
“Ooo... awak sokong dia sangat la dengan apa yang
dia buat ni. Sebab dia sama spesis dengan awak. Itulah kaum lelaki hanya akan menyokong sesama
mereka aja. Mungkin awak ni kawan dia tak. Dah berpakat dalam plot ni.” Dia
menjawab kata-kata dari lelaki tadi dengan membuat andaian yang tak masuk akal.
Woh marahnya memang tak mengenal siapa.
“Awak ni!!.... jerit lelaki tadi dengan marah sekali
dan bergerak ke depan sambil mengangkat tangan seperti mahu menamparnya. Gadis
comel tu tunduk dan tangannya diangkat melindungi dirinya dari menjadi habuan
lelaki tadi.
“Sudah la
abang. Jangan dilayan singa betina ni. Baik abang pergi saja dari sini.” Kata
Ein sambil bertindak cepat menahan lelaki terbabit dari melakukan aksinya yang
tak patut ditonton oleh kanak-kanak dibawah 13 tahun, dan disuruh beristighfar
dan bersabar. Lelaki tadi melakukan apa yang disuruh Ein. Dan cepat-cepat dia
beredar dari situ.
“Apa kau cakap? Aku singa betina? Eeh tak ada
insuran punya mulut. Mak aku bagi nama elok –elok kat aku suka-suka kau panggil
aku singa betina. Tadi kau panggil aku minah. Sekarang singa betina pulak. Karang
mulut kau aku sumbat dengan kasut aku ni, baru kau tau.” Katanya dengan pedas
sekali.
“Wehhhhh...
hebatnya kau nii. Mulut aku nak disumbatnya
dengan kasut. Kau ingat mulut aku rak kasut kau. Untuk pengetahuan kau, aku
bukan saja dah beli insuran untuk mulut ni malah seluruh anggota badan aku dah ada insuran. Termasuk nyawa aku
sekali.” Balas Ein geram. Mukanya serius.
Gadis comel tu cuba untuk berdiri sekali lagi.
Namun kakinya cukup sakit untuk ampu dirinya. Terketar-ketar juga dia cuba
untuk berdiri tegak. Kakinya yang sakit perlahan-lahan dikuatkan untuk menujah
untuk dia berdiri. Peritnya hanya tuhan saja yang tahu.
“Sini aku tolong kau.” Kata Ein lembut sedikit
tapi nadanya masih lagi keras. Mahu juga
dia menolong gadis comel yang mulut
macam hampeh tu, bila di lihatnya gadis comel tu bersusah payah untuk berdiri.
“Dah tak
payah nak tolong aku dan tak payah nak tunjuk rasa bersalah kau tu pada aku.
Aku tak akan terpedaya dengan kau.” Katanya lagi. Menepis tangan Ein. Dia
mengimbangi dirinya sendiri dari jatuh. Dalam pada masa yang sama dia tahan
rasa sakit kakinya.
“Rasa bersalah
apa pulak. Bukan salah aku pun. Kau tu yang tiba-tiba keluar tak tengok kiri
kanan. Mana sempat aku nak mengelak.” Ein mempertahankan dirinya.
“Oooo jadi kau nak salahkan aku pulak. Kau ni
memang jenis yang suka ambil kesempatan kan. Entah-entah kau ni perogol misteri
tak. Mula-mula langgar, lepas tu buat alasan nak hantar pergi hospital, tapi sebenarnya
bawak pergi tempat lain.” Kata gadis comel tu. Dia membuat andaian membuta
tuli.
“Woi, kau cakap tu baik-baik sikit. Jangan main
tuduh saja. Cakap ikut sedap gigi aja. Kau ni dah buta huruf ke tak reti nak baca apa yang tertulis kat
baju aku ni.” Kata Ein dengan marah sambil dia menunjuk kepada perkataan yang
tertera dibaju yang dipakainya. Kali ni dia betul terasa dengan kata-kata gadis
tu.
“Tengok sini. Kat baju ni tertulis ANGKATAN
TENTERA UDARA DIRAJA MALAYSIA. Hah, nampak? Ke kau nak aku eja untuk kau? ”
Kata Ein lagi. Marah...
“Hek eleh, setakat t-shirt macam tu kat kedai yang
jual baju uniform bersepah -sepah. Dengan wajah kau yang agak hensem ni, tak
mustahil kalau kau gunakan untuk perangkap gadis-gadis kat luar sana.” Katanya masih kuat dengan serkap jarangnya,
tapi diperlahankan sedikit apabila menyebut perkataan hensem tu. Takut jugak
dia kalau Ein terperasan dengan pengakuan tak langsungnya tu.
“Hey kau, yang kau tak puas hati sangat dan tuduh
aku yang bukan-bukan ni, apa hal? Kau tahu tak, aku ni warga Malaysia yang terbaik
tau. Memang susah la kau nak jumpa warga perihatin macam aku lagi lepas ni. Atau
kau memang ada masalah mental kot. Tak pun gaduh dengan suami kat rumah. Kalau
dah gaduh dengan suami kat rumah, jangan la bawak sampai sini. Menyusahkan
orang saja.” Giliran Ein pulak membuat telahan.
“Kau........Kau jangan nak buat gosip yang bukan-bukan.
Mana kau tau yang aku dah kahwin. Aku masih single lagi tau. Lagipun kalau nak
kahwin tak ingin aku nak jemput kau.”
Dia bersuara.
“Bila pulak aku kata nak pergi. Aku pun tak ingin
nak jejak kaki kat majlis kenduri kau nanti. Tu pun kalau ada yang nak. Kalau
dah begini punya garang tak tau la aku. Aku kesian la dengan siapa yang bakal
berkahwin dengan kau ni yang dah rupa macam singa betina.” Jawab Ein masih
tegas. Orang ramai yang tadi berkumpul mula beredar. Panjang pulak drama dia
orang ni. Sekarang ni kes kahwin pula yang keluar. Apa daa...diorang ni...
Tiba-tiba dia teringat pada kak G. Dia tengok jam
ditangannya. “Alamak! Shittt......, aku dah lambat. Kata Ein kepada dirinya.
“Sudah la kau. Dah kau pun tak ada apa-apa dan jugak tak mau terima pertolongan
aku yang dah cukup baik dan perihatin ni, aku cau dulu lah. Malas aku nak layan
kau yang sewel ni.” Kata Ein. Dia melangkah pergi meninggalkan Gadis Comel tu.
“Woi, mamat
yang suka ambil kesempatan. Mana kau nak pergi tu hah?” Tanya dia apabila
dilihatnya Ein mahu beredar pergi dari situ. Ein memekakkan telinganya sambil
terus berjalan tanpa menoleh. Dia menguatkan dirinya mengejar Ein dalam
terhinjut-hinjut.
Dalam hinjut-hinjut tu pun sempat dia memotong dan
menghalang langkah Ein. “Hey, kau tak boleh nak lari macam tu saja.” Katanya
sambil menuding jari betul-betul tepat ke muka Ein.
“Eh, apa
ni? Tadi aku nak tolong bawa pergi kehospital tak nak. Sekarang nak
halang-halang aku pulak. Apa yang kau nak
sebenarnya? Kau tak puas lagi nak tenung muka aku yang segak dan kacak ni?
Ataupun kau nak nombor telefon aku?” Tanya Ein dan tak habis dia memerasankan
diri.
“A’ahh...sakit
jiwanya aku jumpa dengan dia ni...Aku bukan nak minta nombor telefon kau!! Aku
nak minta ganti rugi dari kau!!” Dia berkata dengan geramnya sambil
menghulurkan tangan....Geram sungguh dia dengan Ein yang bersikap terover
perasan tu. Tapi itulah hakikat dengan Ein ni. Selalu perasan dirinya hensem
dan kacak.
Berkerut
dahinya bila dengar apa yang gadis comel tu cakap. Tanpa berfikir panjang dia
mengeluarkan dompetnya,. Dikeluarkan duit rm50 lalu diserahkan kepada Siti.
“Ha’ah?
Rm50? Mana cukup.” Katanya dengan suara meninggi.
“Tak cukup? Hai sayang hospital mana sayang nak
pergi ni? Meh kekanda tolong bawakan.” Kata Ein dengan lembut tapi penuh geram!
“Tak payah. Aku boleh pergi sendiri. Aku nak pergi
hospital pakar. Aku nak buat pemeriksaan terperinci. Mana tahu kalau-kalau ada
kecederaan kekal. Bak sini lagi rm150.” Balasnya pulak.
“Amboi, ini dah lebih ni. Melampaunya kau ni.”
Kata Ein tak puas hati dengan permintaan Siti.
“Aku tak kira, lebih ke, kurang ke, cepat bagi.
Nanti kalau aku buat report polis lagi teruk.” Katanya seolah-olah mengugut.
“Nah ambik ni! Pemeras ugut! Lintah darat!” Kata
Ein geram. Namun dia bagi juga duit yang
di minta oleh gadis comel tu. Gadis
comel tu ambil sambil tersenyum. Ein malas nak layan Gadis comel yang
dilanggarnya tu lama-lama kerana dia kena cepat sebab nak jumpa dengan akaknya.
Ein merenung perempuan yang dilanggarnya tu berjalan
meninggalkannya dengan muka yang tak puas hati. Tapi apa kan daya dia dah
berjanji dengan kak G. Kalau tidak dia tak heran dengan ugutan perempuan tu. Lama
dia merenung gadis comel tu. Muka cantik, nampak comel dan ayu, tapi perangai
mengalahkan singa yang ada di zoo....dia menggelengkan kepala. Namun semakin
lama dia memandang gadis itu, terdetik sesuatu dalam hatinya. Tapi dia cepat
sedar dan teringat akan motor Ijan yang dinaikinya masih terbungkam. Lalu cepat
dia berjalan menuju ke tempat dimana motornya masih lagi terbaring. Ein diam
sebentar. Ditenung-tenung motornya tu.
“Nasib baik kau tak apa-apa motor. Kalau tidak
teruk aku kena bebel dengan Ijan.” Ein berkata sendirian.
Diangkatnya motor tu. “Cuma cermin sebelah kiri
aja yang pecah. Nasib aku baik betul. Mujur jugak aku bawa motor ni perlahan
aja tadi. Kalau aku laju tadi dah arwah
agaknya aku ni.
“Syukur alhamdulillah.” Ein berkata lagi sambil
mengucapkan syukurnya kepada Ilahi. Ein cuba menghidupkan enjin motor dengan menekan
butang start. Lama juga dia mencuba. Tapi motor tu gagal dihidupkan.
“Hai motor,
kau pun dah merajuk dengan aku. Kenapa kau tak nak hidup ni. Apa yang tak kena
dengan kau ni pulak.” Sungut Ein. “Tak kan kau pun nak pau aku jugak. Jom aku
bawak kau pergi jumpa doktor kau.” Ein terus menolak motor tu pergi kebengkel
yang ada dekat situ. Nasib la bengkel pun tak jauh. Kalau tidak belengas jugak
la ketiak Ein. Abih la mahco dia kali ni.
“Hai teruk la aku kali ni. Dah selekeh dah
nampaknya aku. Tak nampak macam “jejaka”
idaman awek dah aku ni. Rupa pun dah nampak macam betul-betul perogol misteri
dah.” Ein bersungut sendiri. “Ini semua singa betina tu punya pasal. Siap la
dia kalau aku jumpa dia lagi.” Marah Ein mengertap bibir apabila mengingatkan
kejadian tadi. Dia membetul-betulkan bajunya dan mengurut-ngurut rambutnya agar
kemas kembali.
“Hello, tauke kedai,” Ein memanggil tauke kedai
motor terbabit.
“Ya encik ada apa hal yang boleh saya tolong.”
Sahut tauke motor tu.
“Ini motor saya, boleh tauke tolong tengok-tengokkan?”
Tanya Ein.
“Ooooh,
boleh encik. Apa yang tak kena?” Jawab tauke sambil bertanyakan masalah motor
Ein.
“Entah lah, dari tadi saya cuba hidupkan tak dapat
la . Tak tau pulak saya kenapa.” Jawab Ein.
“Tak apa, tak apa, encik boleh letak kat sini nanti
saya tengok-tengokkan. Hurm..., bila encik nak ambik motor ni?”
Ein garu
kepalanya dan kemudian berkata. “Petang ni boleh siap?” Tanya Ein. muka tauke
kedai ditenung.
“Ok saya
tengok dulu apa yang tak kena, nanti kita confirm balik.” Jelas tauke tu.
Ein diam sambil mengusap-usap dagunya.
“Macam ni la, encik bagi nombor telefon encik,
nanti kalau dah siap saya telefon encik, okey?”
Ein diam lagi dan seolah-olah berfikir. Dahinya
berkerut. Kemudian dia bersuara. “Ok lah, give me pen and kertas.” Pinta Ein.
Kemudian dia menulis namanya dan nombor telefon
lalu diserahkan kepada tauke kedai motor tu. Tauke tu menyambut dan melihatnya.
Dia mengangguk anggukkan kepalanya.
“Oh, Encik Ein ya..” Kata tauke tu membaca nama
yang ditulis oleh Ein.
Ein hanya
mengangguk.
“Ok lah tauke saya kena pergi dulu ni. Ada hal
sikit. Ini saya tinggal topi keledar kat sini jugaklah. Nanti saya ambik dengan
motor sekali.” Ein bersuara.
“Ok Encik Ein. Nanti saya call.” Tauke tu pulak
bersuara.
Ein berjalan keluar dari kedai motor dan melangkah
ke restoran yang dijanjikan untuk berjumpa dengan kak G. Mujur juga restoran
makan tu tak jauh dari tempat dia berlanggar tadi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan