KOLEKSI CERPEN SAHABAT MIZZ NURUL
ARSLAN HAKIMI
SEWEL ^_^
Aku
berjalan keluar dari bilikku menghala kepintu utama rumahku. Langkahku terhenti
dihadapan pintu utama rumah. Kedua tangan ku angkat keatas bagai mengukur
ketinggian pintu dengan ketinggian ku
sendiri.
Mataku dihalakan
kearah jalan dihadapan rumahku. Setiap kereta yang lalu menjadi tatapan mataku.
Kiranya ditangan ku ini punyai pen dan kertas sudah menjadi kerja sambilan
tanpa bergaji ku mencatit jenis dan jumlah kereta yang lalu. Hahaha… Entah
semangat apa yang merasuk fikiran aku ni. Boleh itu yang terfikir, ish..,ish.
“Ooi.” Satu
sapaan yang disertai dengan tepukkan dibahu aku, mengejutkan lamunan cereka
pendekku. Aku berpaling.
“Ceh, kau salim,
mengejutkan aku je. Berserabai betul kau,” lancar mulut ku mengutuk salim rakan
serumahku. Dia berdiri betul dibelakangku sambil menguap besar.
“Kau apehal
terpacak depan pintu ni?” Salim mengajukan soalan sambil tangannya ligat garu
kepalanya. Rambutnya betul tak terurus. Hurm…mamat ni, kalau bangun tidur
memang macam peminta sedekah dijalanan. Dia mengambil tempat berdiri
disebelahku.
“ Aku buat kerja
sambilan.” Selamba aku bersuara. Lagak berloyar buruk dipagi yang hening
begini. Muka Salim langsung tak ku pandang. Tak selera aku.
“Haaa?”
Ternganga Salim memandang mukaku. Wajahnya dihiasi riak hairan.
“Kau ni, jangan
buat muka pelik cam tu boleh tak? Lain macam aku rasa.” Aku bersuara sekilas
memandang mukanya.
“Hehehe…” ketawa
kecil terbit dibibirnya.
“Dah la kau,
sengeh je lebih. Pegi kau mandi.” Suruhku sambil menolak badannya. Kakiku
melangkah keluar, sandle yang boleh diletakkan dimuzium negeri, kusarut.
Langkah kuhayun
lembut menuju kepangkin yang berada dibawah pokok rambutan. Hembusan bayu pagi
lembut menyapa pipi dan lengan tanganku
yang terdedah. Aku duduk dibirai pangkin. Telefon dari dalam poket kukeluarkan.
Skrin selebar lima inci tu kutenung. Satu keluhan kulepaskan.
Telefon
kuletakkan di sisi. Pandangan kulemparkan jauh merentasi apa saja dihadapan.
Memori semalam cuba untuk ku putarkan kembali. Baru nk masuk scene dalam kepala
ni, telefon disebelah mula menyanyi.
Laju tangan ku
mencapai. Skrin telefon kutatap. Nama tertera mengundang rasa kecewa. Gerangan
yang kutunggu bukan menghiasi skrin telefon ku. Nafas ku hela panjang. Tiada
reaksi dari jemari ku untuk menjawab panggilan tu. Akhirnya senyap sendiri.
Sekali lagi ku lepaskan hela panjang bagai keluhan. Mood untuk ulang kembali kejadian semalam kucari
disebalik kecewa yang hadir sebentar tadi.
Babak pertama
mula menjengah, baru saja scene baik mahu menerjah, telefon yang ku letak tadi
kembali bersuara. Ganggu betul!!, Aku sungutkan dalam hati. Melepas geram dalam
diam. mataku jatuh pada skrin telefon. Nama pemanggil tadi sekali lagi menjadi
model dalam telefon ku.
‘Dia ni, tak
faham bahasa ke? Dah aku tak nak angkat, maksudnye, aku tak nak la.. mana
sekolah dia ni belajar, sampai bahasa senyap pun tak boleh nak tafsir.
Ish…minda beku betul minah ni.’
Dalam aku
melayan bebelan sendiri, dah senyap bunyi telefon tu. Mahu saja aku mencampak telefon ni. Melepas geram yang mula bersarang dihati. Lain
yang di harap lain pula yang datang.
Otak aku mula menggodak kenangan semalam. Masih marahkah dia akan aku ini? Apa yang
terjadi hanyalah satu salah sangka.
Salah sangka yang tidak mampu dirungkai.
Aku sendiri bingung
macam mana perkara ni boleh jadi tunggang langgang macam ni. Niat baikku disalah erti. Sudahnya kekasih hati membawa diri. Selirat
urat otakku berserabut. Keluhan demi
keluhan melepasi kerongkongku. Terasa
kepalaku makin memberat.
``Woi, yang kau
duduk melangut kat sini buat apa?’’ Tegur Salim.
Wah! Segak benar mamat ni, nak ke mana? Teguran Salim dibiarkan sepi tidak
berjawab. Malas aku nak layan mamat
sewel ni. Makin bertambah serabut kepala
aku adalah.
``Kau ni kenapa
macam orang mati bini aje? Tapi bini pun kau tak ada. Semalam bukan main lagi kau senyum meleret,
alih-alih hari ni muncung sedepa. Muka berkerut
mengalahkan Perdana Menteri. Apa hal
dengan kau ni?’’ berbakul-bakul bebelan
Salim, satu pun tidak melekat dalam kepalaku.
``Yang kau ni
membebel macam mak nenek ni apa hal?’’
cuak pula aku rasa dengan bebelan Salim.
``Alah…Amir, janganlah
kau nak angin pula. Aku tanya aje
lah. Sudahnya kau macam buang tabiat,
senyap aje. Selalunya suara kaulah yang
paling kecoh kat rumah ni.’’ Salim
mengambil tempat di sebelah aku.
Aku tetap buat
muka bodoh tanpa pedulikan bebelan Salim.
Nak cerita kat Salim bukan boleh dapat apa. Nanti tak pasal-pasal aku dijadi bahan
ketawanya. Mamat ni bukan betul sangat
pun. Aduh! Pada siapa hendak diluahkan
kegusaran ini?
Aku diam.
Telefon yang sudah diam dari melalak tadi kulihat. Hati mengharap yang ditunggu
tertera namanya diskrin.
“Hey, Am!! Aku
bercakap dengan kau ni! boleh kau diam macam tokong siam. Telefon yang bisu tu
juga yang kau nak tenung.” Salim bersuara kuat. Macam la aku ni sebatu jauhnya
dari dia.
Aku berpaling
memandang muka Salim. Dia memandangkan ku dengan muka seorang awek yang mahu
penjelasan logik dari pakwenya. Hehehe…mengarut kejap aku. Kedua dua keningnya
diangkat serentak. Aku menghela nafas panjang.
“Aku ada masalah
sebenarnya.” Terluah juga akhirnya. Dengan Salim pun aku terkedu untuk
meluahkan masalah. Masalah betul mentaliti aku ni. Tahu mahu menanggung sendiri
saja. Tak tahu mengukur kemampuan sendiri. Hish….teruk betul aku ni. Kan? Kan ?
“Masalah? Kau
ada masalah? Hurm…. Satu keajaiban. Satu perkara baru yang berlaku dalam hidup
kau. Hahaha….” Dalam tawa Salim bersuara. Tangan dia menampar bahu ku. Naik geram
pulak aku dengan mamat ni. Kecik je aku nampak dia sekarang ni.
“Huh!” Aku
mengeluh.
Muka Salim
kutenung je…. Ketawanya menjadi halwa
mataku. Elok saja aku mahu membuka mulut untuk menyuruh Salim berhenti gelakkan
aku, telefon aku berbunyi untuk kali ketiga.
Lagi skrin
telefon kupandang. ‘Ermm…, memang tak faham bahasa tul minah ni.’ Aku bersungut
perlahan.
“Wey Am, angkat
la telefon tu. Boleh aje kau tenung gitu je. Kau ingat aku tak tahu yang
telefon kau tu menjerit dari tadi? Aku
kat dalam bilik mandi siap berjoget sakan lagi dengar telefon kau
berdendang.” Dengan senyum Salim menutur
kata.
“A’ah biar la.
Tak nak aku angkat. Tak penting pun.”
“Kalau macam tu
biar aku yang angkatkan untuk kau.” Salim memanjangkan tangannya untuk mencapai
telefon yang berada disebelah kananku.
“Hish, kau
jangan nak melebih. Biar dia menjerit sampai meletup. Nanti aku beli lain kalau
hancur.” Tangan salim kutampar.
“Huh!” Salim
berdegus. Tangannya yang ku cepuk tadi cepat ditarik dan digosok laju. Aku
jeling Salim yang bermuncung.
“Dah la kau, Am.
Tak payah nak meratap bagai. Bukan mati pun minah tu.” Lancang mulut salam
mengeluarkan kata. Aku berpaling. Muka Salim kutatap dengan rasa tak puas hati.
Boleh dia cakap macam tu.
“Ooi Salim, kau
apehal? Merepek entah apa apa entah. Hidup mati pulak yang jadi agenda mulut
kau yang tak berinsurans tu,”
Salim hanya
sengeh. Kalau manis sengehnya tu ok la jugak. Ini dah macam lembu jantan yang
kemaruk lembu betina gaya sengehnya. Hurm…. Memang tak boleh blah punya sengeh
mamat ni.
“Encik mamat
poyo, kau poyolah sesorang kau kat sini layan perasaan siot kau tu. Aku nak
keluar dating dengan awek baru aku.” Sambil bangun Salim bersuara.
Aku melihat saja
dia melibas libas seluarnya dan membetul betulkan baju kemejanya yang agak
selekeh. Nak nampak kemas la konon. Aku rasa, kalau awek dia tengok masa dia
baru bangun dari tidur, sah lari macam tu aje… hahaha…. Ketawa aku dalam hati
bila Salim ku kutuk.
“Pergi lah kau.
Berdating la sementara kau boleh. Aku nak tengok sampai bila nak kekal senyum
kau tu.” Selamba aku bersuara. Aku rasa
minggu lepas Si Salim ni menonggeng kecewa sebab awek dia kena kebas dengan
mamat lain. Minggu ni dah keluar dating lagi. Memang tak serik.
Aku melihat
Salim melangkah pergi masuk dalam perut kereta. Seronok jugak kalau jadi macam
Salim ni…nikmati hidup betul dia. Hahaha…ketawa ku lepaskan dalam hati. Bibirku
tak mampu lagi tuk menzahirkannya.
Hilang saja
Salim dari mataku, aku kembali seperti tadi. Termenung jauh. Melayan perasaan
gundah yang merajai hati. Keluhan ku lepaskan.
Sedang asyik
berkira-kira ayat cantik untuk mengayat awek semalam, mata ku terpaku pada
kelibat kereta mewah, porche.
Aku menghela
nafas mengeluh. Sudah ku agak gerangan yang akan keluar dari perut porche tu.
Gaya dan lenggoknya memang memukau. Tercair sesiapa saja yang melihat.
Begitulah yang terjadi padaku setahun yang lepas.
Gerangan tu
menghampiri parking tempat ku duduk. Aku buat muka bodo jer. Lengang lenggoknya
sudah tak memberi kesan padaku lagi. Langsung tak tergoda kau!
“Am, kenapa you
tak jawab panggilan I?” Dengan penuh manja menggoda dia bersuara. Tangannya
melirik saja dibahuku.
Aku menepis
kasar. Telefon yang berada disebelahku kucapai. Aku bangun dan mengatur
langkah. Belum kemana langkahku, terasa pergelangan tanganku dipegang.langkahku
terhenti.
“Jangan you
pergi dulu. I terlalu rindukan you. Maafkan I pasal semalam.” Lagi dia menutur
kata. Aku berdegus. Pergelangan tangan ku sentap kasar. Kata maafnya sukar
untuk kau terima. Marah betulkan hati aku ni, kan? Sedangkan nabi sedia maafkan
ummatnya, ini aku, hurm entahlah…mengapa keras untuk aku memaafkan kesalahan
perempuan ni.
“Sudahlah!!”
Kasar aku bersuara. Wajah yang cantik lagi molek itu langsung tidak ku tatap.
Hatiku bagai sesak dengan rasa benci untuk gadis ni.
“Am, I masih
sayangkan you, cintakan you.” Senang betul mulut minah ni melafazkan kata
keramat yang indah dan suci tu.
“Hahaha…..”
terbahak-bahak ketawa kukeluarkan walau tidak lawak. Memang tak lawak pun. Tapi
sakit hati adalah.
Syazira. Ya itu
nama perempuan ni, cantik kan? Secantik orangnya tapi tidak perangai dan
kelakuannya. Buruk!!!
Syazira
memandang wajahku dengan hairan. Mungkin dibenaknya tercari cari maksud yang
tersirat disebalik ketawaku.. jelas betul muka minah ni dengan hairannya. Aku
sekilas saja memandang wajahnya. Kecantikkannya padaku sudah tiada serinya.
Habis ketawa, muka bodo ku tayang.
“Kenapa you
ketawa?” Soalnya. Berkerut dahi minah ni.
“Aku terasa lucu
dengan kata sayang dan cinta kau tu. Memang kau ni spesis yang merosakkan
ungkapan yang suci macam tu.” Wah…lancang aku bersuara. Macam la aku ni Jenis
yang agungkan sangat dengan kata sayang dan cinta. Tapi aku hormat dengan
ungkapan tu. bagi aku ia amat bernilai.
“Aku maksudkan
dengan apa yang aku ungkapkan. You percayalah.” Syazira mempertahankan
kata-katanya tadi.
“Hah? Percaya?
Kecurangan kau telah membaham rasa percaya aku pada kau. Nah sekarang ungkapan
kasih sayang dan cinta kau, ibarat arang buntut belanga bagi aku. Tiada nilai”
Erk! Arang buntut belanga? Mana perumpamaan aku cedok pun tak tahu. Hentam
ajelah. Itu yang terlintas tadi. Aku guna ajalah.
Sebaik habis
saja aku menghentam kata ntah apa-apa ntah aku mengangkat kaki untuk blah dari
situ.
“Am! Am!...”
Syazira terpekik-pekik nama aku.
Telinga ku pekakkan.
Panggilannya langsung tidak memasakkan kaki aku kebumi dari terus melangkah
pergi. Tanpa menoleh kaki terus ku hayun masuk dalam rumah meninggalkan Syazira
seorang diri merengek.
Dari dalam rumah
aku dengar bunyi deruan enjin kereta Porche sport meninggalkan rumahku. Melalui
jendela aku memandang. Huh! Perempuan spesis apa entah dia ni. Buat salah masih
lagi okey je…teruk aku kalau kawen dengan perempuan macam ni. Sah kena cop
lelaki dayus. Geleng kepala aku.
Bila kereta
Porche Syazira hilang dari pandangan ku, langkah ku hayun kesofa yang berada
ditengah tengah rumah. Aku duduk disofa. Perlahan-lahan aku baringkan badan
atas sofa. Mataku tertumpu pada kipas siling yang sedang berpusing.
Sedang asyik
termenung memandang kipas, aku kembali menjengah peristiwa semalam. Kata-kata
dari Syazira masih terngiang-ngiang ditelinga ni.
“You, Am, you
cintakan perempuan ni, kan?” Sesak dadaku bila disoal begitu oleh Syazira.
Tersirap darah lelakiku disegenap urat saraf.
“Ira!! Apa yang
kau meroyan ni? Cakap melalut merepek bagai!” Aku bangun menghampiri Syazira
yang berdiri angkuh dihadapan aku dan Alia.
Alia hanya diam
memerhati. Ada riak terkejut diwajahnya dengan apa yang baru didengarinya tadi.
“A’ah, Am. You
jangan nak buat bodoh tak tentu pasal. Kau bangkit tentang kecurangan aku
dengan lelaki lain. Tapi kau sendiri tak setia. Kecurangan kau berada dalam
hati kau sendiri. Kau hipokrit! Lafaz sayang kau untuk aku, tapi kasih dan
cinta kau untuk perempuan ni!” Lurus jari Syazira menuding kearah Alia.
“Haah?” Aku buat
buat terkejut. Padahal tembak si Syazira ni memang betul sebenarnya. Aku
berterima kasih pada kau Syazira sebab tolong aku luahkan isi hati yang membeku
punya lama ni untuk Si Alia ni. Dalam hati je ucapan tu ku ungkapkan. Memang
tak terhembur dimulut aku ni. Sengeh aku dalam hati. Dalam hati je laa…
Aku berpaling
kearah Alia. Terkejut tadi masih belum hilang, lagi kejutan dihempap kebahunya.
Wajahnya memang terkejut tahap gaban. Aku telan liur. Rasa bagai kelenjar liur
ni dah hilang funsinya. Peluh memercik. Kalau tadi senyum je hati ni, kini rasa
risau mula menguasai diri.
Aku kembali
berpaling pada Syazira yang berada dihadapanku. Muka terkejut poyo kutayang.
“You tak payah
buat muka poyo terkejut you tu. I dah tahu semuanya. You ngan perempuan ni
berkasih dalam diam, kan? Yang perempuan ni ambil je kesempatan yang terhidang.
Dasar perempuan tak tahu malu!” Fuh! Lancang betul mulut Syazira bersuara.
“Ira!! Shut your
mouth!!” Kuat aku bersuara. Berdenyut hati ni bila Alia dituduh begitu.
Aku berpaling
melihat Alia yang sudah pun berdiri. Ada genangan airmata dari kelopak matanya.
Huh! Scene sedih dah masuk daaa…
“Apa? Tak betul
I cakap?” Memang dia menangguk pun, kan? Ambil kesempatan atas keretakkan halus
antara you dan I.” Syazira menuduh lagi. Menutup kesalahan yang berpunca dari
dirinya sendiri.
“Ira! Kau jangan
nak mengarut! Apa yang berlaku antara kau dan aku, langsung tiada kaitan denga
Alia!” Tegas aku bersuara. Membahang je aku rasa bila Alia dituduh begitu.
Tanpa kata Alia
berlalu pergi. Aku terpana. Sempat aku memandang sekilas. Ada juraian air mata
yang mengalir dipipinya.
“Alia!!” Aku
memanggil. Namun panggilan ku tidak berhentikan langkah laju Alia.
“Ini kau punya
pasal. Punca dari kau sendiri, kesalahan pada orang lain kau letakkan. Huh…!!
Hina punya orang.” Aku lepaskan marah pada Syazira. Geram betul aku dengan
Minah ni. Nak aje aku hentakkan dengan kerusi semen yang ada dekat aku ni.
Malas aku
menatap muka senget minah ni lama lama. Karang tak pasal pasal aku bertukar
jadi incredible hulk kan, haru satu penempatan ni. Dah keluar berita sensasi
lak. Lagi baik aku melangkah pergi. Laju aku menapak. Konon mahu mengejar
langkah Alia yang sudah pun jauh dihadapan.
“You! You!”
Telingaku ,menangkap jeritan dari Syazira memanggil aku. Sudah nama aku yang
cantik molek bertukar jadi you aje dah.
Aku pekakkan
saja. Langkahku terus laju mengejar Alia walau aku rasa sudah terlambat. Dari
jauh aku dapat lihat Alia menahan sebuah teksi.
Aku berhenti
bila aku lihat Alia sudah meloloskan dirinya masuk dalam perut teksi. Aku
mengeluh.
Tut…tut…tut..
Bunyi alarm dari telefon mengejutkan aku. Lamunan aku terhenti. Aiseh dah macam
tajuk lagu je, kan? Hahaha… Lamunan terhenti dari Aris Ariwatan. Sempat lagi
aku melalut.
Telefon yang
kuletak atas dada ku, terus ku ambil dan bunyi nyaring alarm kumatikan. ‘Dah
zohor rupanya.’ Keluhku perlahan. Masa berlalu tanpa kusedar.
Perlahan aku
bangun. telefon ku letak atas meja. Muka ku raup perlahan bersama keluhan
kulepaskan. Tiba-tiba, telefon ku berbunyi lagi. cepat saja kucapai.
Aku tergamam,
nama Alia terpampam diskrin. Nama tu kurenung lama. Ada getaran rindu dalam
hati ini. Mesej dari Alia ku buka.
Assalamualaikum. Am, maafkan Lia. Jangan cari Lia. Lia
perlu masa dan ruang. Kejadian semalam betul menyentap hati Lia.
Mesej dari Alia
membuat aku termenung. Apa maksud jangan cari dia? Dia mahu kemana mana ke? Aku
bersoal sendiri. Jangan kata dirinya
tersentap, aku sendiri terkejut dengan apa yang berlaku. Kepala ku yang
tak gatal ku garu, kemudian ku urut rambutku kebelakang.
Mataku terpaku
pada jam di dinding. ‘Sudah pukul dua. Solat dululah.’ Bisikku.
Aku bangun lalu
melangkah kebilik air. Selesai berwudhuk, langkah aku hayun kekamar tidurku.
Kain sejadah kuhampar mengadap arah kiblat.
Selesai saja
solat, aku terus menyarung jaket dan helmet yang ada atas meja terus kusambar.
Kunci yang tersangkut didinding dekat pintu ku capai. Laju ku melangkah keluar.
Motor yang kuparkir elok didepan rumah terus ku dapatkan.
Dengan motor
cabuk ku, aku meluncur laju merentas jalan raya terus menuju kerumah sewa Alia.
Sampai saja, dari luar pagar rumah sewa, aku dapat lihat sudah tiada lagi
kelibat kereta milik Alia. Hati aku mula tertanya tanya.
Salam kuberi.
Aku tahu kawan serumah Alia masih ada. Boleh ku korek rahsia dari haousemate
Alia. Harap Alia tak tinggalkan pesan yang menyakitkan hati aku. Perempuan ni bukan
boleh dijangka sangat. Hati diorang penuh misteri yang susah untuk
dirungkaikan.
Lama ku menunggu
sahutan dari dalam. Hati aku ni miang saja nak mengutuk. Mana tidaknya, mahu
cari rahsia yang misteri, mana boleh tunggu. Resah lagi ada laa… Tapi misteri
ke? Ah lantak la…
“Waalaikumussalam…”
salam ku yang dah berkurun berlalu akhirnya dijawab juga sipenghuni rumah. Adey
tragis betul.
Terjenguk jenguk aku
melihat rakan serumah Alia melihat aku diluar pagar rumahnya. Mungkin dia
hairan siapa gerangan yang berada diluar rumah ditengahari rembang macam ni.
Aku turun dari
motorsikal cabuk ku dan melangkah menghampiri pagar yang masih tertutup.
Kepalaku panjangkan bagai zirafah meragut pucuk kayu. Kelibat rakan Alia
kulihat berdiri dimuka pintu.
Apehal dengan
dia ni. Datang la dekat sini cik adik manis oi. Ada yang nak aku tanyakan kau
ni. Hati aku bersungut.
Hah! Bagai
mendengar pula dia ni kata hati aku ni, laju dia menapak menghampiri pagar.
“Assalamualaikum..”
sekali lagi salam kuberi dan semanis kurma senyuman kuhulur.
“Waalaikumussalam.”
Jawab dia. “Hah, kau Am. Apehal kau datang sini? Tengahari rembang lak tu?” Satu
dua soalan keluar dari mulutnya.
“Izzah, aku
datang nak jumpa Alia. Dia ada?” Soalan bodoh aku tanya.
“Kau ni Am, kau
memang dah nampak kereta Alia tak ada, kan? Kau boleh lagi tanya. Ke kau nak
aku jemput kau masuk tengok sendiri?” Izzah bersuara macam perli je.
“Dia kemana?”
Aku menyoal lagi. Cuba korek rahsia.
“Aik? Aku pulak
kau tanya? Selalunya kau orang pertama yang tahu. Hari ni aku pulak yang kau
cari bertanyakan pasal Alia. Korang ni….ada hal ke?”
“Ada masalah
sikit jer. Dia kemana Izzah?” Aku tanya sekali lagi.
“Dia balik
kampung.” Selamba ja Izzah beritahu aku.
“Haah?”
“Apa yang kau
haah sangat tu? Terkejut? Tak sangka
yang aku beritahu kau?”
Aku cuma sengeh
tayang gigi aku ja pada Izzah.
“Dia tak pesan
apa apa pada kau ke?” Lagi aku menyoal. Rasa tak puas hati la pulak. Senang
senang je si minah Izzah ni bagi tau kat aku.
“Ada. Dia cakap,
jangan beritahu kau mana dia pergi.” Lagi dengan selamba Izzah bersuara. Mak
aai minah ni cam boleh agak je.
“Abis tu yang
kau cakap ngan aku ni, kira kau dah langgar janji kau pada kawan kau tu.”
“Mana kau tahu
aku langgar janji?”
Berkerut dahi
aku dengar jawapan Izzah yang lebih berbentuk menyoal. Aku pandang je muka
minah Izzah ni.
“Kau ni Am, kalau tak buat muka blurr tak siap kau
tu memang tak sempurna ye hari kau. Aku cakap ngan dia aku tak janji. Sebab tu
aku selamba je bagitau kau.” Bersama jelingan dia beritahu aku.
Aku sengeh. Mahu
jer aku peluk si Izzah ni sebab bernasnya kepala hotak dia ni. Nasib aku waras
masih ingat hukum.
“Dah tak yah sengeh.
Sama sama.” Dia bersuara bila tengok sengeh sumbang aku.
“Terima kasih
Izzah. Aku sayang kau.” Dengan hati yang melonjak riang aku bersuara. Mendung
diwajahku sudah berlalu. Kali ni aku nekad untuk memenuhi tuntutan kata hati
aku ni. Aku terus melangkah kearah motor yang aku letakkan ditepi jalan.
Aku berkira kira
mahu pergi berjumpa dengan Alia. Dan menerangkan semuanya, biar jelas dan tiada
kias. Mahu aja aku melangkah naik motor aku, aku teringat sesuatu. Berkerut
dahi aku. Aku kembali pandang arah rumah sewa Alia. Kelibat Izzah masih lagi
ada dihadapan pintu pagar.
Aku tengok dia
sengeh jer kat aku. Aku balas sengehnya dengan tersipu sipu. Aku turun dari
motor dan kembali mendekatinya.
“Semangat betul
kau yer nak jumpa ngan Alia.”
Lagi aku sengeh.
“Kau tahu alamat
kampung Alia?” Dengan sengeh yang tak lekang dari bibir, aku bertanya. Merah
muka aku malu dengan tidakkan sendiri.
“Kau tanya
kaunter pertanyaan pasaraya ke ni?” Izzah bukannya jawab soalan aku, malah aku
pulak yang dia tanya.
“Haa?” Biul aku
sekejap.
“Kau ni, memang
blurr tahap gaban tau. Aku ni housemate dia, memang aku tahu la alamat kampung
dia. Rumah dia pun aku tahulah.
“Kalau macam tu,
memang terbaeek daa. Kau ikut aku pergi kampung Alia, yeh?”
“Bila?”
“Sekarang la..”
“Dengan motor
kau yang dah nazak tu? Eeeii, tanak la aku.”
“Ish, ada lak
ngan motor tu, mana kau boleh bonceng aku. Kau tu perempuan, tak elok bonceng
lelaki.”
“Habis tu?”
“Kita pergi naik
kereta la…”
“Kereta siapa?”
Berkerut dahi Izzah menyoal. Memang buruk kalau dia macam tu. Nampak macam bini
orang beranak lima. Sesedap aku mengutuk orang yang sedia menolong aku. Memang
tak reti terima kasih kan aku ni.
“Kereta Salim.
Kita pergi bertiga. Mana boleh kau ngan aku je.”
“Salim?” Muka
Izzah agak terkejut.
“Iyelah, Salim
haousemate aku. Kita pergi dengan kereta dia.”
“Salim, mamat
serabai tu? Eeeii tak nak la aku.” Cepat
Izzah menolak.
“Ish kau ni,
Salim tu berserabai bila bangun tidur je. Lepas dia mandi dah tak ada nya
serabai mamat tu.” Aku memandang muka Izzah dengan berharap.
“Hurm…” Izzah
diam. Berfikir agaknya. Teka ku.
“Boleh la yeh.”
Suara ku seakan-akan merayu. Alahai habis macho aku.
“Iyelah. Korang
bercinta aku pulak yang sakit mengadap mamat serabai muka tembok tu.” Keras aje
Izzah bersuara.
“Hehehe…” Aku
sengeh. Telefon dari dalam poket aku keluarkan.
“Aku masuk
bersiap dulu. Nanti kau datang pickup aku je lah.” Izzah bersuara dan langsung
melangkah masuk.
Aku angguk
sambil menekapkan telefon ketelinga ku. Lama aku menunggu panggilan aku
dijawab. Akhirnya mesin jawab telefon yang jawab. Mula aku nak berbengang
dengan orang ni. Sekali lagi aku mendail. Lama juga aku menunggu. Hati mula
memanas. Ada saja yang nak kena telan
dengan aku hidup hidup ni.
Lama aku
menunggu dengan kesabaran yang makin menipis, akhirnya panggilan aku dijawab.
“Hello Am.”
Sayup aku dengar suara Salim dihujung talian.
“Amboi kau
Salim, dapat dating lupa dunia yeh.” Aku bersuara dengan agak keras. Rasa marah
bertakung je dalam lontaran suara ku.
“Hehehe…” Ketawa
kecil Salim dihujung talian menerjah gegendang telingaku. Sudah la hati ni
tengah membara, boleh je dia ketawa macam tu. Mahu je aku cekik cekik mamat ni.
“Sudah dengan
ketawa kau tu. Sekarang aku nak kau end kan dating kau, dan balik sekarang.”
Wah! Tegas aku bersuara Bagai pegawai tentera beri arahan pada pegawai bawahan
pulak.
“Haaa?” Suara
terkejut dari Salim dapat aku dengar jelas.
“Tak payah kau
nak ‘haaa’ terkejut. Balik sekarang. Ada kes hidup mati sekarang ni.” Saja aku
buat gempak sikit kat mamat ni. Biar
terkejut sampai tertelan telefon tu. Wah berangan aku yang salim nak terkejut
sampai tahap tu sekali.
“Apa? Hidup
mati? Berat tu. Baiklah aku balik sekarang.” Kedengaran ada kekalutan pada
Salim.
“Wey, Salim, kau
jangan over sangat bawa keta tu. Patuh undang undang jalan raya. Biar selamat
kau sampai. Sebab aku perlukan kau ni. Sangat sangat perlukan kau.”
“Baiklah. Aku
dah nak on the way ni. Aku letak dulu.” Suara Salim macam cemas.
Talian dimatikan
belum sempat salam aku beri. Apa daa mamat ni. Aku mengeluh. Motor yang aku
pakir ditepi jalan, ku hampiri. Enjin motor aku hidupkan dan terus meluncur
membelah jalan raya pulang kerumah.
Sampai saja
keperkarangan rumah, aku lihat Salim bersandar dikereta memandang aku tanpa
kelip. Mukanya menayangkan rasa tak puas hati. Aku buat muka selamba bodoh. Aku
tahu dah… mamat ni tunggu nak sembur aku la tu.
Motor terus ku
parkir disebelah keretanya. Helmet yang aku pakai, aku buka dan aku letak dalam
raga motorsikal. Dengan kedua tangan aku mengemaskan rambutku yang penyet dengan
menyikat kebelakang.
Mata Salim tak
lepas dari memandang aku. Aku membalas pandangannya tanpa sebutir kata yang
keluar dari mulutku. Salim datang menghampiri aku. Sebaik saja dia mahu buka
mulut untuk bersuara sambil jari telunjuknya tepat menuding kemuka aku, aku
mengangkat tangan mengisyarat supaya Salim jangan bersuara apa apa.
“Kau jangan
cakap apa apa. Sekarang jom kita masuk, dan kemas dua tiga helai pakaian kau,
kita nak travelling.” Yakin aku bersuara pada Salim.
Aku melangkah
meninggalkan Salim yang terkulat kulat kebingungan bagai baru terjaga dari
mimpi tanpa tidur. Kunci rumah aku buka dan menolak sebelah daun pintu dan melangkah
masuk. Aku menjengah dari balik pintu yang masih dikedudukkannya melihat Salim
yang masih tercegat disebelah motorsikal aku.
Aku geleng
kepala melihat Salim. Mamat ni kalau datang cengang siot dia tu memang tak
boleh nak buat apa dah. Aku memandang keliling mencari sesuatu. Aku terpandang
botol mineral kecil yang ada atas rak kasut. Aku sengeh. Botol tu aku capai lalu
aku lemparkan pada Salim.
Terkejut Salim
bila botol tu betul kena padanya. Matanya terus terancap pada aku yang mengekek
disebalik daun pintu yang masih kemas tertutup. Dia mengecilkan matanya dan
meluru masuk mendapatkan aku.
Ketawa kulepas
walau hati ni masih terasa bisa bahang dari kejadian semalam. Sukar untuk aku
biarkan diriku tenggelam dalam hangat kasih yang terpendam walaupun hakikatnya
terurai sudah.
“Kau ni kan Am,
tadi masa kau telefon aku, macam dah tenat hanyut lemas dalam lautan kasih yang
bergelora. Hidup mati bicara kau menyuruh aku tamatkan dating aku yang sedang
hangat.” Salim bersuara. Pelik pulak aku dengar butir butir ayat yang keluar
dari mulut Salim ni.
“Wei Salim, ni
apehal cakap kau berpujangga madah bagai. Kau dalam mood mengayat lagi ke?” Aku
menyoal hairan.
“Eh? Iye ke?
Memang bunyi macam tu ke?” Salim garu kepalanya yang tak gatal. Buat hairan
pulak mamat ni. Aku ketuk kepala tu kang mahu pitam sebulan.
“Dah la kau
Salim. Sekarang pegi kemas baju seluar kau lima ke enam helai. Kita nak jelajah
Malaysia.”
“Haaa?” Berkerut
dahi Salim menerima kata kata aku.
“Tak payah nak
‘haaa’ pelik. Dah pegi buat cepat. Kita dah nak bertolak ni.” Arahan aku beri
pada Salim yang bingung. Aku jarang perjelaskan pada Salim setiap tindakkan
aku. Mamat ni kalau nk jelaskan pada dia mahu makan satu hari nak buat dia
faham. Baik aku push aje dia. Nanti kemudian aku slow talk la dengan dia, bagi
dia faham. Memang selalu macam tu pun.
Setelah semua
keperluan dah dikemaskan dalam beg galas, aku dan Salim bersedia untuk
bertolak. Aku ambil tempat pemandu. Salim duduk didepan sebelah aku. Ikutnya
mahu duduk dibelakang kerana nak melentok katanya.
Kami bertolak
keluar dari perkarangan rumah.
“Kau ni kenapa
tak bagi aku duduk kat belakang?” Salim menyoal setelah kereta kami berada
selesa dijalan raya.
“Kat belakang tu
nanti biar Izzah yang duduk. Tak kan kau nak dia duduk kat sebelah aku ni?”
“Haaaa? Izzah?
Minah murai tu? Kenapa dia kena masuk dalam program travelling kita pulak?”
Bertalu soalan yang salim utarakan.
“Dia la pemandu
pelancong kita.”
“Haaa? Lagi
‘haaa’ dari Salim. Melopong mulut mamat ni.
“Tak payah la
kau ‘haaa’ gitu. Apa salahnya kalau dia ikut. Memang dia watak utama dalam
citer travelling kita ni.” Aku berkias.
“Kita nak kemana
sebenarnya, sampai minah murai tu kena ikut sekali. Hish…menyusah betul.” Salim
mengeluh.
“Kita kekampung
Alia.” Beritahu aku.
“Kampung Alia?”
Salim menyoal. Matanya tepat memandang aku yang sedang memandu. Lama dia
merenung. Terasa bagai ada tulisan kat muka aku.
“Hurm….” Itu
saja yang keluar dari Salim.
Dia tahu? Dia ni
nujum ke? Tahu ke dia apa yang terjadi? Hurm je…? Aku berbicara sendiri dengan
‘hurm’ si Salim ni. Rasa hairan menerjah kepala aku.
Sepanjang
perjalanan kami diam. Melayan perasaan. Aku terfikirkan Alia saja. Apa yang
patut aku cakap bila bertemu dengan dia nanti? Kepala aku blank sebenarnya.
Adeyy…begini pulak yang jadi.
Setengah jam
perjalanan kami sampai. Hon kereta aku bunyikan. Tak lama sangat aku dan Salim
menunggu, kelibat Izzah muncul dengan beg pakaian. Terbeliak mata aku
melihatnya. ‘dia ni nak tinggal terus kat kampung Alia ke?’ Bisik aku sendiri.
“Salim! Salim!”
Bahu Salim aku tepuk berkali-kali.
“Apa?” Keras je
Salim bersuara. Menjeling dia kepada Izzah yang sedang datang menghampiri kami.
“Pegi kau keluar
tolong Izzah tu.” Suruh aku.
“Apa aku lak?
Kau je yang pegi.” Mentah mentah Salim menolak.
“Kau pegi lah.”
Lagi aku menyuruh. Lembut saja aku bersuara. Memancing emosi Salim.
Hehehehe…aku ketawa dalam hati.
“Iyelah aku
pergi. Huh, menyusahkan betul!!” Salim bersungut. Pintu kereta dibuka. Dia
keluar dari kereta dan berjalan kearah Izzah.
Dari jauh aku
tengok gelagat Salim dan Izzah. Diorang ni pantang bertemu, pasti ada je yang
tak kena. Dari jauh aku dah dapat lihat mereka bertelagah. Scene berebut beg
pakaian berlaku depan mata aku. Aku cuma boleh mengeluh je tengok diorang ni.
Akhirnya beg
pakaian Izzah berada ditangan Salim. Tanpa menunggu Salim terus kembali
kekereta. Aku senyum je tengok muka Salim yang cemberut. Izzah dengan muka tak
puas hati membuntuti dari belakang.
“Am, kau bukak
bonet belakang, aku nak masukkan beg murai ni. Entah apa yang dibawak pun aku
tak tau. Macam pergi sana nak terus
menetap, dah macam tak nak balik gaya bawak pakaian murai ni.” Bebel
Salim sambil mengheret beg pakaian Izzah.
“Ooi mamat
serabai, kau jangan biadap sangat dengan beg aku tu. Karang rosak, kau ganti.”
Izzah menjerit. Marah dia dengan cara Salim kendalikan beg pakaiannya.
Salim menuju
kebelakang kereta. Begitu juga dengan Izzah. Aku yang berada didepan dengar aje
bunyi diorang bertelagah.
Tak lama Salim
datang membuka pintu kereta bahagian depan dan masuk dengan muka yang geram.
Pintu kereta bahagian belakang pun aku dengar ditutup dengan kuat.
“Hey murai! Kau
tutup pintu kereta tu perlahan sikit boleh tak? Ni rupa cam nak menjahanam
harta benda aku je.” Salim bersuara garang dari depan sebelah aku.
“Hello mamat
serabai, yang kau dulu nak remukkan harta aku, kau tak sedar ke?” Balas Izzah
garang.
“Bukan aku yang
nak remukkan, tapi memang macam tu la kena buat. Yang kau tu, bawa beg macam
nak pergi tak nak balik dah tu, kenapa?” Salim pula pertahankan tindakkannya.
“Suka hati
akulah. Sibuk je kau.”
“Hey korang,
jangan bergaduh boleh tak? Nanti korang jatuh cinta antara satu sama lain. Baru
tahu.” Aku mencelah.
“Haaa? Jatuh
cinta!! Tak akan.” Serentak je diorang ni bersuara.
“Haa, sekarang
pun dah nampak keserasiannya.” Aku mengusik. Saja aku nak buat budak dua ekor
ni diam. Bising betul diorang ni kalau jumpa.
Salim menjeling
je Izzah dengan ekor matanya. Begitu juga Izzah. Jual mahal betul.
Aku sengeh.
Dengan enjin kereta yang belum dimatikan aku terus masukkan gear dan kami terus
gerak menuju kedestinasi. Sepanjang perjalanan kami diam je. Tak ada topik
untuk dibualkan. Nanti kalau aku bukak topik, aku pasti sangat akan ada perang
mulut dalam kereta ni. Jadi baik aku diam.
Sekali sekala
aku bertanyakan Izzah jalan yang perlu kami ikut untuk kerumah Alia. Perjalanan
kami tak mengambil masa yang lama, lebih kurang dua jam kami sampai
kedestinasi. Aku langsung tak berhenti dihentian rehat. Perasaan tidak sabar
untuk bertemu dengan Alia, buat aku terus memandu tanpa henti.
“Okey, kita dah
sampai” Izzah bersuara bila kereta yang aku pandu berhenti didepan sebuah rumah
batu campur kayu. Cantik.
Izzah keluar
dari kereta sambil bergeliat. Aku menjeling. Malu pulak aku tengok. Tapi aku
bukan gatal nak tengok tau. Aku tertengok melalui cermin sisi. Tak sengaja!
Jangan salah anggap pasal aku. Aku bukan spesis lelaki gatal ye…..jauh sekali
kasanova.
Aku tengok Izzah
menapak menuju kepintu rumah yang terbuka. Kedengaran Izzah memberi salam
sambil terjenguk jenguk kedalam rumah.
Tak lama aku
melihat seorang wanita separuh umur datang kemuka pintu. Mereka berpelukkan.
Adat perempuan asal jumpa je, mesti aja nak peluk cium bagai. Hurm….haru betul.
Aku tengok
wanita tu tarik tangan Izzah masuk dalam rumah. Tapi dari dalam kereta aku nampak
Izzah menolak sambil tangannya menunjuk kearah aku dan Salim yang masih setia
dalam kereta.
Wanita separuh
umur tu masuk dalam rumah. Sebentar kemudian aku nampak gerangan yang amat aku
rindui muncul dimuka pintu. Gaya dan lagak yang sama berulang lagi. Sekali lagi
aku nampak Izzah menunjuk kearah aku Salim. Dari jauh aku boleh nampak riak
muka Alia berubah.
Izzah menarik
tangan Alia untuk keluar walau berkali kali aku nampak Alia geleng kepala
menolak. Tapi Izzah dengan degilnya. Akhirnya aku nampak Alia akur. Mereka
berjalan datang kearah aku dan Salim.
Aku keluar dari
kereta. Begitu juga Salim.
“Hai Alia.”
Salim menyapa.
“Hai Salim.”
Perlahan je suaranya menjawab sapaan Salim.
Aku cuma diam
seribu bahasa. Pertama kali aku terasa amat kekok bertemu dengan Alia. Kelu
lidah aku untuk melahirkan kata kata yang bermain di minda dan hatiku. Aku
nampak Alia juga begitu, riak wajahnya bagai menyembunyikan badai gelora yang
menghempas bila semakin dekat denganku.
Kami menjadi
kelu. Kalau dulu bermacam celoteh dan
bicara kata keluar dari bibirku bercerita itu dan ini, kini bisu bagai ditampal
plaster.
Namum mataku tak
lepas dari menatap wajah bersih Alia. Degupan jantung bagai sudah hilang
rentaknya.
“Dok bersembang
apa lagi kat situ tu. Alia, bawak diorang tu masuk.” Jerit wanita separuh umur
yang aku lihat mula mula tadi.
Tersetak aku
dengar panggilan dari makcik tu. Agak aku mak Alia rasanya. Cepat aku
beristighfar. Sedar yang aku dah nak terhanyut dibuai dengan rasa yang ada
dalam hati ni. Bonet kereta aku buka. Kami keluarkan segala beg untuk dibawa
masuk dalam rumah.
“Izzah, beg kau
biarkan Salim yang angkat.” Aku bersuara. Serak sikit suara aku. mungkin akibat
tenggelam dalam rasa yang dicampur dengan sedikit rencah dari orang ketiga.
Salim menjerlung
je kearah aku. Aku gelak perlahan.
“Am, kau memang
nak kenakan aku, kan?”
“Mana ada. Meh
beg kau, aku tolong bawakkan.” Bersama gelak tawa aku tawarkan pertolongan pada
Salim.
“Piiiiirah
dengan baik hati pertolongan kau tu. Aku boleh buat sendiri.” Dengan geram
Salim bersuara. Bertambah ketawa aku bila tengok muka geram si Salim ni.
Aku ikut Alia
dan Izzah dari belakang. Sesekali aku dapat lihat Alia berpaling menjeling aku yang membuntuti mereka.
“Silakan masuk.”
Jemput wanita yang aku agak mak Alia. Senyumannya cukup manis. Saling tak
tumpah macam Alia.
“Mak” Alia
memanggil emaknya yang sudah beberapa langkah mahu kedapur agaknya.
“Izzah ni, mak
mungkin dah kenal. Ini Lia kenalkan kawan Lia, Amir Ikhwan dan sorang lagi
kawan dia Salimin. Alia perkenalkan aku dan Salim pada maknya. Betul tekaan aku
itu maknya.
Aku senyum pada
maknya tanda salam perkenalan. Salim yang masih huru hara dengan beg beg yang
dibawa, tak ambil pot suaikenal yang baru berlangsung. Dah nampak macam nak berserabai
dah mamat ni. Aku sengeh je melihat gelagat Salim.
“Alia, tunjuk
kat diorang bilik.” Maknya memberi arahan. Sempat lagi dia hadiahkan senyuman
manis untuk bakal menantunya ni. Wah! Dah berangan aku nak jadi menantu
diorang. Hahaha…ketawa aku dalam hati.
Aku memandang
Alia yang senyum je bila maknya beri arahan. Aduh….cukup manis senyuman minah
ni. Sungguh aku tak boleh nak lepaskan dah minah. Aku kena dapatkan dia. Aku
nekad dalam hati.
“Am. Sini Alia
tunjukkan bilik.” Lembut Alia bersuara. Sungguh aku rindu untuk mendengar suara
ni.
Aku angguk tanpa
kata. Tapi hati ni berbunga bunga. Langkah Alia aku ikut dari belakang. Tapi
telinga sempat menangkap Salim menjerit pada Izzah. Aku gelak.
“Am, tidur kat
bilik ni dengan Salim.” Itu saja yang Alia cakap. Tak ubah macam pekerja hotel
la plak. Kemudian dia berlalu pergi.
“Alia.” Aku
panggil.
Langkah Alia
terhenti. Perlahan aku menghampiri Alia yang tak jauh dari tempat aku berdiri.
“Alia, tak nak
tahu, kenapa Am kesini?”
“Tak apalah, Am
rehat dulu. Kemudian mandi. Kejap lagi maghrib.” Tanpa menjawab soalan aku Alia
mengubah topik. Muka aku langsung tak dipandangnya. ‘Dia bencikan aku ke?’ Aku
berteka teki sendiri.
Pandanganku
menemani Alia berlalu pergi. Kini wajah Salim memenuhi ruang penglihatanku
dengan muka tak puas hati. Ini mesti kes baru lepas berperang dengan Izzah.
“Jom masuk dalam
bilik. Kau tak payah nak tenung lama lama. Kita datang ni pun untuk dapatkan
dia, kan?” Salim bersuara dalam mengah.
Aku senyum je
bila dengar Salim cakap macam tu. Sememangnya mamat ni dah tahu? Aku bersoal
sendiri.
“Salim, apa kau
cakap tadi?” Aku buat buat bertanyakan soalan. Saja nk cari kepastian macam
mana dia tahu.
“Kau tak payah
nak buat bangang ye. Dah lama aku hidu bau ni dari kau. bau orang mabuk
kepayang. Bau orang angau. Bau orang memendam perasaan. Hurm…kau ingat aku ni
dungu sangat ke? Aku lelaki jugak Am. Aku tahu dari pandangan dan renungan kau.
Gelak tawa kau bila bersama dengan dia. Aku perhatikan korang.” Salim membuka
cerita. Aku tak perasan yang Salim sering perhatikan kami. Atau tumpuan aku
hanya pada Alia. Hingga aku lupa sekeliling.
Muka Salim aku
tenung je.
“Kau tenung muka
aku, ada nampak cam Alia ke? Asyik benor kau tilik?” Salim berseloroh. Tadi je
muka dia mencuka, tapi sekarang dah ada senyum dibibir.
“Huh, jauh
sekali. Macam tenuk adalah.” Sedap je aku mengutuk. Diringi dengan tawa.
Hello pakcik
pakcik sekalian. Jangan gelak kuat sangat ye…dah boleh gi mandi. Kejap lagi nak
solat. Baik dahulukan yang perlu ye. Borak tu kejap kejap lagi pun boleh.”
Sesedap je Izzah membuka kata. Pandangannya hanya tumpu pada Salim.
“Bisinglah kau
murai. Kita orang tahulah. kita orang ni lelaki, kejap je. Korang tu perempuan.
Ada je yang nak dibeleknya.” Lancar je Salim memangkah kata kata Izzah.
“Huh, mamat
serabai ni, mulut kau lancar cam highway
ye. Dapat kat aku, aku sumbat mulut kau dengan sandle pasar malam aku
tu.”
“Amboi amboi
minah murai ni, sesedap kau yeh nak sumbat mulut aku dengan sandle pasar malam.
Kau ingat mulut aku ni low class sangat ke? Ini mulut class VIP tau!” Dengan
geram Salim membalas cakap Izzah.
“Ish…sudah la
korang. Izzah kau pergi bilik kau. kita orang nak siap gi mandi ni.” Aku
mencelah bagi mengendurkan suasana yang nampak macam nak tegang.
“Betul tu. Nak
skodeng kita orang salin baju ke?” Salim bersuara lagi. Saja nak sakitkan hati
Izzah. Aku geleng je kepala dengan diorang ni.
“Tak hingin aku,
Huh!” Berdengus geram Izzah mendengar kata kata salim. Aku boleh nampak
marahnya Izzah.
Aku keluarkan
tuala dari dalam beg. Elok je aku nak salin seluar terdengar pintu diketuk dari
luar.
“Iye” aku
bersuara.
Aku berjalan
kepintu. Bila pintu bilik dibuka saja wajah Alia terus menjadi tatapan mataku.
Aku tergamam. Kalau dulu tak ada pulak macam ni. Sejak sehari lepas semuanya
berubah.
“Nah mak bagi ni
kat Am ngan Salim.” Alia menghulurkan dua helai kain pelikat kat aku. Cepat je
kusambut. Dengan tak sengaja tersentuh pulak jari Alia. Aiseh batal air
sembahyang. Hohoho….
“Maaf Lia, Am
tak sengaja.” Aduh, kekoknya! Hati aku menjerit.
“Tak apa. Lia
belum wudhuk lagi. Kita Jemaah sekali lah ye.” Alia keluarkan usul. Aku angguk
je.
“Kalau macam tu
Am pegi mandi dulu.” Aku bersuara.
Alia hanya
senyum. Dia berlalu pergi. Pintu bilik aku tutup dan kain pelikat yang ditangan
aku letak diatas katil. Kemudian aku salin seluar dan kenakan tuala.
“Hai berseri
betul orang tu.” Salim bersuara dengan senyum dibibir. Aku sambut kata kata
Salim dengan senyuman dibibir
Tanpa menunggu
lama aku keluar dari bilik dan terus berjalan kearah dapur. Aku tengok Alia
sibuk menolong maknya memasak.
“Haish! Apa yang
kau tenung tu?” Izzah menyampuk dikala tenang mata aku merenung Alia membuat
kerja dapur. Nampak cekap sekali. Jatuh hati bertambah tambah kat minah Alia
ni.
“Huh! Terkejut
aku. Beri salam la lain kali. Mau pengsan aku kena heart attack.” Muka Izzah aku pandang sambil mengurut dada.
Terbang semangat aku setengah. Aku geleng kepala bila tengok Izzah sengeh
disebelah aku.
“Am nak kebilik
air ke? Bilik air kat situ je. Meh lalu ikut sini.” Lembut Alia bersuara. Aku kerling Izzah yang
berdiri disebelah aku. Sengeh je dia.
Aku berjalan
arah yang ditunjuk Alia. Terus aku menapak masuk kebilik air. Selesai mandi dan
berwudhuk aku keluar. Tengok Izzah sengeh tak habis bila nampak je muka aku.
Dia ni…mahu saja aku sumbat mulut tu dengan timun yang ada atas meja tu.
Cepat saja aku
berjalan menuju kebilik. Makin lama menjadi jadi lak sengeh si Izzah ni.
Aku tengok Salim
terbongkang berdengkur. ‘La mamat ni boleh tidur kala ni. Nak kata letih
memandu, aku yang drive tadi. Hish…memang hantu tidur betul la. Hurm..
Aku salin tuala
dengan mengenakan kain pelikat yang diberikan Alia tadi. Setelah aku siap kemas
berpakaian, aku menghampiri Salim yang sedap aje aku tengok berdengkur. Aku tampar
lengan Salim.
“Lim, bangun la
mandi. Dah pukul berapa ni. Kita orang nak solat maghrib dah.” Beberapa kali
lengan Salim aku tampar.
“Iyelah aku
bangun.” Aku tengok dia pusing membelakangkan aku.
“Aik? Kau
belakangkan aku ye… Kau nak aku panggil si murai tu datang bangunkan kau ke?”
“Haaaaah?” Terus
aku tengok Salim bangun. Aku ketawa tengok gelagat Salim bila nama gelaran
Izzah disebut. Cepat betul refleknya. Saraf tunjang dia ni memang sensitive
betul bila sebut nama nama Izzah tu. Cepat aja hantar maklumat untuk diproses.
“Apa yang kau
‘haaah’ tu? Cepat pegi mandi. Aku nk pegi siap siap tempat solat.” Aku memberi
arahan.
“Iyelah.” Jawab
Salim malas. Aku senyum. Aku ikut Salim dari belakang keluar dari bilik. Pintu
bilik aku tutup dan berjalan ke ruang hadapan rumah. Aku tengok Alia dan yang
lain siap sedang menunggu. Aku mendekati mereka.
“Am boleh kita
solat sekarang? Masa dah makin banyak berlalu ni.” Lembut Alia menutur kata.
Aku angguk tanda
boleh. Hari ni aku mengimamkan solat maghrib kat rumah Alia. Lagipun ini bukan
kali pertama, memang selalu aku jadi imam bila solat berdua dengan Salim.
Usai solat
maghrib. Aku masih diatas sejadah untuk berwirid. Alia bersama Izzah dan maknya
telah beransur kedapur untuk menyediakan makan malam. Salim yang bersolat
sendirian dalam bilik sudah pun keluar duduk disofa yang ada diruang tamu
rumah.
Lebih kurang
lima belas minit, aku selesai berwirid. Aku bangun duduk disisi Salim.
Televisyen dihadapan kami, di onkan. Saluran berita menjadi tatapan utama.
“Bila kau nak
terus terang pada Alia? Aku tengok mood dia okey je tu. Tak ada pulak aku
nampak dia marahkan kau.” Alim membuka bicara setelah agak lama kami diam
dengan asyik menonton televisyen.
“Entahlah. Aku
belum berpeluang lagi. Tengoklah aku curi masa yang sesuai nanti.”
“Korang, diorang
dah panggil makan.” Tiba tiba suara Izzah mencelah.
“Iyelah. Lim,
jom.” Aku menepuk paha Salim. Kami berdua bangun. Aku menutup televisyen dengan
remote. Aku tengok Salim laju je berjalan kedapur. ‘Lapar betullah la tu mamat
ni’. Aku bersuara sendirian sambil senyum.
Dimeja makan, aku boleh nampak ketegangan
antara Salim dan Izzah. Hai diorang ni memang tak pilih tempat ke nak perang.
Depan rezeki ni. Karang berterabur semua makanan ni, kebulur tak makan.
Tiba masa nak
cedok lauk, dah bertembung pulak Salin ngan Izzah nak ambil lauk yang sama.
Terjadi perebutan kecil dengan memek muka berkedut kedut. Alia Cuma senyum
melihat. Aku menjeling senyuman Alia yang terukir. Manis sangat! Sungguh aku
rindukan senyuman ni. Dihadapan rezeki aku berdoa dalam hati agar tuan punya
senyuman ni menjadi milik aku yang sah.
Tiba tiba aku
terasa meja ni bergegar. Rupanya masih tak habis lagi diorang ni. Aku menyiku
Salim.
“Dah. Beralah
sikit. Kat rumah orang ni.” Aku bisik pada Salim. Dengan tak puas hatinya Salim
mengalah. Hurm…. Nasib mamat ni dengar cakap. Kalau tidak aku pulak yang over
berangin nanti.
Selesai makan
malam, aku dengan salim duduk diluar rumah. Ada pangkin kayu yang masih kukuh
walau nampak usang menjadi tempat lepak kami. Angin malam yang sepoi2 menyentuh
kulit, terasa sejuk dan damai. Aku dan Salim berbual bual. Pelbagai bagai tipok
yang keluar. Sesekali tersembur ketawa yang berdekah dekah dari Salim.
“Mak aai, mamat
serabai ni, dapat gelak tak ingat dunia.” Tiba tiba suara Izzah masuk dalam
gelak tawa kami.
Kami berpaling,
aku sengeh tengok muka Izzah dah Alia yang sedang elok berdiri belakang kami
dengan dua cawan air dan kuih.
“Ceh simurai ni, asal menyampuk je pasti ada yang
menyakitkan hati. Kau tak boleh tutup mulut kau tu walau sekejap ke? Huh!” Kata
Salim. Menjeling je dia pada Izzah.
“Suka hati aku
lah, mulut aku. Apa kau sibuk? Mamat serabai!” Dah ada tingkah cakap Izzah
dengan Salim.
“Dah jangan nak
mula.” Aku menguit bahu Salim. Minuman yang dibawa Alia diletakkan dihadapan
kami. Aku senyum pada Alia bila dia memandang aku. Kemudian dia melangkah
pergi.
“Lia!” Panggil
ku.
Alia berhenti
melangkah dan berpaling. Tanpa kata hanya riak wajahnya cukup aku mengerti yang
dia menyoal aku kenapa.
Aku bangun
mendekati Alia.
“Lia, boleh Am
nak cakap dengan Lia?” Aku minta pesetujuannya. Kononnya nak jadi gentle laa…
“Apa dia Am?”
Alia menyoal. Wajahnya nampak tenang saja.
“Apa kata kita
cakap kata sana?” Aku menunjukkan arah pangkin.
“Iyelah.” Alia
akur. Kami berjalan beriringan
kepangkin. Izzah berjalan terus dan duduk ditangga rumah. Salim yang nampak
kami sedang berjalan kearahnya terus bangun. Dia meninggalkan kami berdua dan
berjalan kearah Izzah. Mintak mintak lah diorang ni tak berperang. Kalau tidak,
terbantut date aku dengan Alia. Huh…rasa date ke ni? Hehehe..
Alia duduk. Duduk
disebelah Alia, Tapi agak sekaki jarak kami. Tak mau la aku lebih lebih selagi
dia bukan milik aku yang sah. Batas pergaulan telah ditetapkan dalam Islam,
kenapa kita perlu langkauinya. Kita akui kesempurnaan Agama Islam, oleh itu
ikutlah segala garis panduan yang telah ditetapkan oleh Agama Islam. Bukan
susah pun.
“Lia, mula
sekali Am nak minta maaf atas apa yang berlaku. Am betul tak suspek akan semua
tu. Am…” Kata kata aku terhenti. Terasa bagai tersekat dikerongkong untuk aku
terus bersuara meluahkan kata kata yang seterusnya. Suasana sejuk, dah bertukar
panas bagi aku. woh, sakan! Nak luah perasaan macam nak pergi berperang.
Aduhh…sakit betul kau Amir….
“Am, Lia dah
lupa semua tu. Tak payah la Am nak ungkit lagi. Am ada apa lagi nak cakap? Kalau dah tak ada Lia nak masuk. Mak sorang
je dalam rumah tu.” Alia bangun. Tegas pulak dia bersuara kali ni.
Aku diam tak
terkutik. Nak aku tahan saja dia dari terus melangkah pergi. Tapi bagaimana?
Tak kan nak pegang tangan dia? Giler! Nak aku panggil dia? Suara aku pun dah tak
nak keluar. Macam la aku baru mengawadkan satu platun skuadron.
Aku melihat saja
Alia hilang disebalik dinding batu rumah. Aku mengeluh. ‘Dia masih terasa hati
dengan aku ke? Masih menyimpan rasa sakit dihati ke? Dia cakap dah lupakan
perkara tu, maksudnya apa?’ Aku mula menyoal nyoal sendiri.
“Hey bro, macam
mana? Positif ke or negatif? Salim menyoal. Terhenti jawapan yang aku cuba
rungkai bagi persoalan aku sendiri.
“Huh! Bagi la
salam. Ngah malam ni. Hish!” Aku berdegus. Terkejut dengan sapaan Salim yang
tiba tiba. Mahu aku kojol macam tu je kalau selalu kena tegur macam ni.
“Alah, kau ni
Am, macam tu pun nak terkejut. Mengalahkan pompuan kau ni. Hah! Cam mana tadi?
Dah dapat ke? Memang dah boleh confirm letak tarikh ke?” Fuh! Salim kalau bab
gosip kalah Kiah propa.
“Belum.” Dengan
muram durja aku menjawab.
“Laa…macam mana
pulak boleh belum. Aku tengok tadi dah memang macam ye je….”
“Hurm….entah
lah. Alia tu lain sikit. Tapi Lim, aku memang betul sayangkan dia.
“Aku tahu. Kau
tak cakap pun, aku tahu. Dah la..aku dah ngantuk ni. Esok kau try lagi. Pakai
resepi baik sikit. Kalau kau nak, aku boleh bagi, terbaek punya.”
“Tak payah. Aku
bukan lekeh sangat. Skil aku pun tinggi laa. Aku boleh buat sendiri. Aku yakin.”
Aku menggenggam tangan sambil senyum memandang langit.
“Dah laa…tak
payah nak over sangat. Aku ngantuk ni, jom tidur.” Tangan aku diheretnya.
“Woi Lim, yang
kau heret aku macam bini kau ni kenapa? Huh! Malam malam sejuk gini jangan nak
bual hal ye.” Aku sentap tangan kasar.
“Hehehehe…..”
Tersengeh Salim memandang muka aku.
AKhirnya aku terlena
dalam memikirkan hal aku dan Alia.
Aku menggeliat
bila alarm dari telefon aku menjerit. Mata aku masih berat untuk dibuka. Tangan
aku meraba-raba telefon yang diletakkan atas meja yang berhampiran dengan
katil.
Alarm yang
berbunyi aku tutup. Dengan malas aku membuka mata dan bangun. Kaki aku hulur
mencecah lantai rumah. Sekali lagi aku menggeliat. ‘Argh!!’ Aku menjerit
perlahan bersama geliat aku.
“Lim, bangun
la..dah subuh ni.” Aku goyang goyang badan Salim. Ermm aje dari Salim. Aku
malas nak tunggu lama, aku bangun dan kain pelikat yang aku pakai semalam, aku
kemaskan.
Tuala, aku capai
dari penyangkut lalu kesebai ke bahu. Terhuyung hayang sambil menguap aku
berjalan kearah pintu. Bila pintu dibuka,
“Argh!!” Aku menjerit terkejut bila terpandang lembaga
putih yang lalu dihadapan aku. Kus semangat aku bila aku sedar lembaga tu Izzah
yang sudah siap bertelekung.
“Kau Izzah! Kau
kemana, dengan bertelekung bagai.” Aku menyoal sambil tangan aku sibuk mengurut
dada akibat terkejut tadi.
“Aku pergi ambil
cincin aku yang tertinggal kat bilik air tadi. Yang kau terkejut sampai gini
sekali apehal? Kau ingat rumah ni berhantu ke? Macam tu sekali muka kau.”
“Mahu tak
terkejut. Dah la aku nak pergi mandi. Nak solat. Kau dah solat ke belum ni?”
Aku menyoal.
“Belum.” Jawab
Izzah pendek.
“Kalau macam tu, tunggu aku mandi dulu, kita Jemaah sekali.”
“Iyelah. Cepat sikit.” Izzah bersuara setuju.
Aku angguk. Kemudian laju aku menapak kebilik air. Selesai mandi dan
berwudhuk, laju aku ke bilik bila ingat Izzah sedang menunggu. Selesai
berpakaian kemas, sekali lagi aku gerak Salim bangun. Salim macam tu jugak. Aku
tinggalkan Salim keluar terus ke ruang tamu. Rupanya Alia dan maknya pun ada
sedang menunggu aku.
Bila selesai solat subuh, aku membaca al quran bagi mengisi masa yang
masih terluang sementara menunggu hari cerah. Aduh…soleh betul aku. Bukan aku
nak menunjuk nunjuk ye korang, aku memang macam ni. Bukan aku nak kata aku ni
alim, tapi ini adalah dari asuhan yang aku terima sepanjang aku belajar di
sekolah agama berasrama penuh.
Habis tiga juzuk aku baca, aku akhiri dengan doa membaca alquran.
Aku bangun lalu berjalan kebilik. Seluar dari dalam beg aku ambil lalu aku
pakai. Aku keluar dari bilik dan berjalan ke pintu utama rumah.
Kasut sandle siapa entah yang ada aku sarut lalu berjalan keluar.
Udara segar masuk kerongga hidung aku. Nyaman dan damai sekali.
Aku rasa sungguh tenang. Aku duduk dipangkin.
“Am!” Nama aku dipanggil. Aku kalih. Alia berdiri dibelakang aku
dengan senyuman manis.
Aku tak menyahut sebaliknya muka Alia aku pandang. Tapi tak lama.
Cepat aku alihkan pandangan aku kearah lain. Takut juga timbul perasaan yang
tak baik dalam hati ni.
“Am, sarapan dah siap, jom masuk makan.” Alia berkata. Aku lihat dia
seperti tidak ada apa yang berlaku. Wajahnya tenang seolah olah apa yang
berlaku dua hari lepas lenyap begitu saja. Tabah betul hati minah ni.
Habis saja dia cakap macam tu, kakinya terus melangkah pergi. Tapi
kali ni aku kuatkan semangat. Tak akan aku biarkan berlalu pergi macam semalam
lagi. Aku bangun dan menarik nafas panjang. Dah lama aku kenal dan berkawan
dengan Alia, tapi untuk bicara soal hati, aku sungguh jadi tak tentu arah. Aku
mohon kekuatan dari Allah.
“Alia!” Aku memulakan langkah.
Langkah Alia terhenti. Dia
berpaling memandang kearah aku. Aku mendekatinya. Muka Alia aku pandang
sekejap.
“Lia, kita sering keliru siapakah belahan jiwa yang bakal menjadi
pasangan hidup kita. Walaupun beribu doa yang kita ungkapkan, dan walaupun
beribu sujud yang kita rebahkan, tapi kita masih berteka teki.” Aku bersuara.
Alia diam mendengar.
“Lia, Am sayangkan Lia. Am….” Aku diam. Nafas aku tarik panjang
untuk mengambil semangat baru. Alia masih lagi diam.
“Lia, Am cintakan Lia.” Fuh! Terluah juga akhirnya. Adeyy…berat
betul perkataan tu nak keluar dari mulut aku. Bila kata yang lahir ikhlas dari
hati memang sukar untuk disuarakan. Begini rasanya bila berdepan dengan orang
yang amat diperlukan hati kita.
Alia mendongak melihat muka aku. Aku jadi tak keruan. Air liur
kutelan tanpa henti.
“Ikhlas?” Hanya itu yang keluar dari bibirnya.
“Haaaa?” Aku terlopong. Kemudian laju aku angguk..
“Hurm… Jom la masuk makan. Lama diorang tunggu kita.” Kemudian dia
berlalu pergi.
Aku tercengang. Langkah Alia aku turut dari belakang.
Tengahari ni kami makan ikan dan ayam bakar. Seronok betul. Gelagat
Izzah dan Salim betul mencuit hati. Sesekali aku mengerling Alia yang keluar
masuk rumah. Aku senyum.
“Woi, Am! Kau apehal senyum senyum.”
Telinga aku menangkap suara Salim menegur. Aku kalih perhatian aku
padanya dan sengeh.
“Dah parah la kau ni.” Dia ketawa lepas cakap macam tu kat aku. Aku
sengeh je.
“Salim!! Jaga jaga!!” Aku menjerit.
Kelekuk!! Kepala Salim terkena kayu yang dibaling oleh Izzah. Terus
Salim jatuh. Aku ketawa terbahak bahak. Bila aku tengok Salim tak bergerak,
ketawa aku terhenti. Aku berlari dapatkan Salim. Aku memangku Salim dan ada
darah dari kepala Salim yang terkena tangan aku.
“Salim! Salim!” Berkali kali nama Salim aku panggil tapi Salim tetap
membatu. Izzah meluru menghampiri kami. Dia cemas.
“Salim! Salim! Salim!” Izzah
memanggil. Ada air jernih yang mengalir
dipipi Izzah.
“Salim! Maafkan aku. Aku tak sengaja. Kenapa kau tak mengelak. Kau
jangan mati, aku sayangkan.” Terkeluar perkataan tu dari mulut Izzah. Aku rasa
dia sendiri tak sedar buat pengakuan tu.
“Haah? Kau sayangkan aku?” Tiba tiba Salim terpekik dan bangun duduk
memandang Izzah yang berada dihadapannya. Aku terkejut dengan apa yang terjadi.
Aku tengok muka Izzah. Pucat tak berdarah. Kemudian dia bangun
berlari. Aku tengok Salim juga bangun mengejar Izzah. Aku cium darah yang kat
tangan aku. Bau sos. Ceh Salim ni, hurm….. kemudian aku senyum.
Selesai makan tengahari dan solat zohor kami bersantai dipangkin. Aku
tengok Salim dan Izzah dah berbaik. Nampak cute pulak diorang ni. Aku ni
entahlah. Perasaan telah aku luahkan sekarang terpulang pada empunya diri untuk
membuat keputusan. Aku harap keputusan yang tidak mengecewakan.
“Petang nanti lepas asar kita balik.” Aku bersuara. Salim dan Izzah
memandang kearah aku.
“Balik? Habis tu kau?” Kalut
Salim menyoal. Izzah diam saja.
“Aku dah cakap apa yang aku nak cakap. Sekarang terpulang pada Alia untuk
membuat keputusan. Aku tak ada hak untuk memaksa. Biarlah dia menerima aku
sebagai mana seikhlas dan setulus kasih yang lahir dari hatinya.”
“Aku doakan kau memiliki apa yang hati kau inginkan.” Kata Salim.
Aku senyum mendengar kata katanya.
Kemudian, Alia datang menyertai kami bersama sedulang air dan kuih.
Senyuman manis sentiasa kekal dibibir. Aku berdoa dalam hati agar dia fitrahku.
Penting diri betul aku , kan? Hurm… Entah betul atau tidak apa yang aku doakan
ni.
Kami menghabiskan masa separuh hari dengan gelak dan tawa. Berbagai
cerita lucu yang keluar. Senda gurau kami tetap berbatas tanpa melangkauinya.
Dalam riuh gelak tawa, telingaku menangkap bunyi suara azan. Aku
menyuruh semua yang ada diam.
“Itu suara azan dari masjid yang ada kat hujung kampung sana.”
Beritahu Alia bagai tahu apa yang bermain dibenakku.
“Ooo…” Aku angguk. “Dah jom la kita gi solat.” Aku bersuara mengajak
mana yang ada dan terus bangun. Seluar yang aku pakai, aku libas libas.
Salim dan Izzah mengiyakan cakap aku. Izzah mengambil dulang minuman
yang dah kosong. Salim dah menonong laju berjalan masuk. Alia senyum je. Minah
ni dari dulu asyik senyum je. Ada masalah pun senyum. Tapi kalau dia menangis
maksudnya masalah dia serius.
Selalunya kalau dia ada masalah dengan pakwe dia, selalu dia datang
kat aku. Betul, Alia dah ada pakwe. Itupun selepas setahun kami kenal. Dalam
setahun tu aku dah ada perasaan kat minah ni. Cinta pandang pertama. Tapi aku
hulur sebagai sahabat. Korang jangan anggap dia macam gadis lain. Meh aku
citer.
Alia ni baik budaknya. Awal perkenalan, pakwe dia memang nampak baik
dan soleh. Tapi agak lama sikit belang makin nampak. Mula nak minta lebih lebih
ngan Alia. Lebih nak pegang tangan dan lain lain sikit laa…
Kita kan orang islam. Beriman dengan agama suci dan diakui
kesempurrnaannya, Jadi memang tak boleh la. Selalu komplen dating ngan Alia,
Alia bawak teman. Jadi terbatas. Akhirnya tembelang pakwe dia pecah bila
terserempak dengan Alia dia bersama perempuan lain dengan aksi baik punya dalam
kereta.
Alia datang pada aku dengan menangis. Aku ambil bahagian dalam
menyelesaikan masalah Alia dengan pakwe dia. Masalah settle bila pakwe dia
cakap dia dianaiya. Kan budak baik Alia ni aku cakap tadi, dia maafkanlah pakwe
dia tu.
Aku perhatikan dari jauh. Senyum dalam tangis. Habis macho aku
kerana cinta. Untuk alihkan perhatian aku pada Alia, aku berkenalan dengan
Syazira. Gadis ikut fesyen dan peredaran masa.
Sosial gila gila. Aku nekad untuk merubahnya menjadi wanita solehah.
Tapi nekad aku luntur bila aku nampak dia berkepit dengan ramai jantan. Bila
aku bangkitkan, dia kata aku kuno. Boleh gitu? Seorang gadis muslim yang dilahirkan islam boleh kata
teguran aku yang berasaskan agama Allah ini kuno. Jahiliah betul pemikiran
budak tu.
Perhubungan tu putus. Tapi persahabatan aku dengan Alia seperti
biasa, tiap kali ada masalah atau apa saja, aku orang pertama yang dia cari. Hinggalah
kes dua hari lepas. Kami jumpa sebab Alia ada masalah dengan pakwe dia lagi.
Nak minta aku campur tangan lagi. Masa tu la kami kena ambush ngan Syazira. And
thanks to Syazira sebab dah rungkai simpulan yang aku sendiri tak mampu nak
rungkaikan.
“Ooi Am, kau apehal senyum kat situ? Meh aar masuk solat. Apa imam
lambat. Semua makmum dah tunggu ni..” Tersentak aku dengar laungan Salim. Termalu
pulak aku bila Salim kata aku senyum.
Langkah aku hayun biasa menuju kearah Salim yang berdiri diruang pintu.
Aku senyum pada Salim. Bahu Salim aku
peluk dan kami berjalan beiringan.
Selesai solat asar berjemaah, aku masuk dalam bilik untuk mengemas
baju. Salim jugak.
“Am, kau betul nak balik ni?” Sekali lagi Salim menyoal. Dia macam
tak puas hati dengan keputusan aku. Aku perasan dia memandang tepat kemuka aku.
“Betul la.” Aku menjawab tanpa membalas pandangannya.
“Habis tu, masalah hidup mati
yang kau cakap sebelum ni, dah tak diguna pakai lagi?” Salim mengungkit kata
kata aku padanya.
“Aku yakin pada doa aku, pada ketentuan takdir yang telah ditetapkan
pada aku. Pasti yang terbaik telah ditulis dalam buku kehidupan aku. Aku akan
menanti. Segalanya telah aku usahakan. Hanya tinggal kesabaran dalam menanti
kebahagiaan yang telah direncanakan.”
“Ikut kau lah. Aku harap semuanya baik. Lagipun aku dah dapat
sebahagian dari hati aku ni. Kau yang iya iya nak dapatkan hati kau, alih alih
aku yang dapat dulu. Terima kasih ye bro.” Kata Salim sambil ketawa kecil.
“Dah jom.” Aku mengajak. Beg aku galas dan berjalan keluar
meninggalkan Salim masih dalam bilik. Aku letak beg atas sofa sementara menanti
yang lain dan berjalan kepintu utama. Pandangan aku lemparkan jauh. Jauh
merentasi segala yang ada dihadapan aku.
“Ooi! termenung jauh kau ya.”
Salim menepuk bahu aku. Aku kalih melihatnya dan senyum.
“Tak termenung laa..saja aku menghayati kehijauan yang terbentang
dihadapan mata aku ni. Kau dah siap? Murai kau dah siap?”
“Amboi mulut kau, dah lupa nama aku ke?” Suara Izzah menyambut
pertanyaan aku pada Salim.
“Hehehe……” Aku sengeh melihat Izzah yang berdiri dekat dengan sofa.
“Semua dah siap nak balik ke?” Mak Alia menegur kami dangan senyum
manis terukir dibibirnya.
“Iye makcik. Esok dah mula kerja.” Aku bersuara lembut.
“Iye makcik. Insya Allah jika ada rezeki nanti datang lagi.” Salim
kerling pada aku. Aku senyum je. Tahu je maksud si Salim ni.
“Ok, semua dah siap, kan?
Boleh la kita gerak sekarang.” Aku mendapatkan beg yang tadi aku letak
atas sofa. Sempat juga aku menjeling pada Alia yang sedang berdiri disebelah
Izzah.
Salim turut mengambil begnya . Aku menyarung kasut yang tersedia
diluar dan berjalan kekereta. Bonet belakang aku buka dan masukkan beg. Salim
juga. Kemudian dia berjalan semula masuk kedalam rumah untuk mengambil beg
Izzah. Aku menunggu dan menghidupkan enjin kereta.
Aku membuang pandangan aku kejalan yang berturap didepan rumah Alia.
“Am!” Terdengar nama aku dipanggil lembut. Sungguh aku amat
mengenali suara tu. Aku berpaling dan melihat Alia berdiri tenang dibelakang
aku.
“Lia?” Dengan hairan aku menyebut namanya.
“Am, Lia dah berfikir sedalam dalamnya. Keputusan Lia bukan
berdasarkan kehendak hati Lia semata- mata. Ungkapan doa telah Lia panjatkan,
sujud telah Lia rebahkan, mengharapkan petunjuk dari yang Esa. Lia berharap rasa
dan gerak hati Lia ni adalah petunjuk dariNYa.
Aku diam mendengar segala ucapan yang terbit dari bibir Alia.
“Am, Jika betul Am ikhlas cintakan Lia, bawalah keluarga Am
datang berjumpa dengan mak Lia. Apa saja keputusan dari mak, Lia terima dengan pasrah
dan redha. Kita hanya merancang tapi Allah yang menentukan segala yang terbaik
untuk kita. Lia harap Am tenang menghadapinya dan menerima apa saja
keputusannya.”
“Iye ke ni Lia? Lia tak main main dengan Am?” Aku menyoal. Terasa
macam mimpi saja aku ni. Senyum ku
terasa bagai sampai ketelinga. Aku ucap syukur berkali kali dalam hati. Aku
berharap ini adalah petunjuk awal yang doaku sedang dimakbulkan.
Kalau diikutkan hati mahu saja aku
angkat kereta yang ada disebelah aku ni. Nasib aku tak sekuat superman.
Memang nak aku peluk si Alia ni, tapi iman aku masih kuat. Dia masih belum
halal bagi aku lagi. Sabar Am sabar.
“Iye Am. Lia tak main main. Berdoalah semua diberi keberkatan dan
kebaikkan.”
“Terima kasih Lia. Insya Allah Am akan maklumkan pada keluarga Am.
Semoga Lia adalah belahan jiwa yang telah ditentukan Allah untuk Am. Insya
Allah.” Berhati hati aku menutur kata. Tapi dalam hati aku entah berapa banyak
kata syukur yang telah aku ungkapkan.
“Hah! Dah ada kata sepakat ke?” Salim menegur kami tiba tiba. Izzah
yang berada disebelah Salim tersenyum saja. Tak perasan aku bila Salim dengan
Izzah boleh ada disini. Mungkin aku tenggelam dalam lautan kegembiraan dan yang aku sendiri tak sangka.
Aku tiada kata. Cuma senyum yang tadi belum terurai dari bibir aku
ni menjadi jawapan untuk persoalan Salim. Aku pasti Salim dapat terjemahkannya.
Dia ni bukannya dungu sangat.
Setelah mengucapkan kata
selamat tinggal kepada Alia dan maknya kami bertolak keluar dari perkarangan
rumah Alia. Sepanjang perjalanan aku
senyum je. Hurm…bayangkan baru dapat lampu hijau untuk datang bawa keluarga,
aku dah sengeh macam ni sekali. Macam mana pulak sengeh aku kalau dah memang
ditakdirkan Alia untuk aku? Tak
dapat nak aku bayangkan.
Beberapa minggu berlalu dari hari aku balik dari kampung Alia, hari
ni aku dengan satu battalion ahli keluarga aku, bersiap untuk membuat satu
rombongan besar kerumah Alia. Satu rombongan besar tau!
Hari ini bakal menentukan kasih yang kusemai sejak kali pertama
bertemu, dimetrai dengan perjanjian satu ikatan yang sah. Aku berdoa agar
semuanya berjalan dengan baik dan mendapat keberkatan Ilahi. Insya Allah.
Setelah diakhiri dengan bacaan doa agar perjalan kami lancar, kami
semua bertolak menuju kerumah Alia. Salim sahabat aku juga tidak ketinggalan.
Dirumah Alia segalanya berjalan dengan baik. Bacaan doa selamat
mengakhiri majlis merisik dan sekali gus dijadikan majlis menyarut cincin. Kini
Aku dan Alia diikat dengan tali pertunangan. Aku memanjatkan kesyukuran kepada
Allah dengan kurniaan ini.
Dua hari selepas diikat sebagai tunangan orang, aku dan Alia diijab
kabulkan. Ikatan sah menjadi simpulan bagi kasih yang tersemai dalam diam.
Solat sunnat syukur bersama Alia, aku laksanakan sejurus selepas aku dan Alia
sah menjadi pasangan suami isteri.
Aku menapak melangkah satu persatu anak tangga menuju kebilikku
setelah semua saudara yang datang kemajlis kenduri perkahwinan aku balik. Pintu
aku buka, dan melihat Alia sibuk mengemas.
“Lia,” lembut aku panggil.
Alia berpaling dan terus menghampiri aku.
“Abang nak minum ke? Lia buatkan.” Belum sempat dia melangkah cepat
pergelangan tangannya aku sambar. Langkahnya terhenti.
“Duduk disini dengan abang.” Dengan senyum dia menurut.
Aku menggenggam jari jemari Alia dengan penuh kasih. Wajahnya
kutatap dengan penuh sayang bagai meleraikan kerinduan yang bersarang.
“Lia, terima kasih sebab sudi terima abang sebagai suami Lia. Terima
kasih kerana sudi terima kasih sayang abang. Terima kasih kerana sudi
mengharungi segala duri, ranjau dan liku
hidup bersama sama dengan abang. Abang Izinkan
Lia tegur jika ada silap, salah dan
tergelincirnya abang dalam menakhoda
bahtera kita ni.” Lembut aku bersuara. Setiap inci wajahnya kutilik.
“Abang, jangan berterima kasih pada Lia. Jodoh kita ni ketentuan
Allah. Berdoalah agar jodoh kita ni sentiasa mendapatkan taufik dan
hidayahnya.” Kata kata Alia membuat aku senyum.
“Insya Allah Lia.” Dengan senyum aku mencium jari jemarinya yang
dalam genggamanku.
“Abang, Lia minta pada abang, ajarlah, didik dan bimbinglah Lia sepanjang
Lia dibawah payung kasih abang pada jalan yang diredhai Allah dengan
berpandukan Al-quran dah hadis. Lia berjanji pada abang akan patuh dan turut
pada setiap kata abang selagi tidak jauh tersasar dan bercanggah dari ajaran
agama Islam. Lia berjanji akan menjadi isteri dan anak yang solehah, serta ibu
yang mithali pada anak anak abang. Marahlah Lia, jika ada keterlanjuran dari
segi perbuatan dan perkataan Lia yang membuatkan maruah abang dipandang tidak
baik dan diperkatakan dengan kata yang buruk. Lia terima abang.” Luahan dari
kata kata Lia membuat aku terharu.
Aku memegang kedua bahunya dan dahinya aku kucup penuh rasa cinta.
Hari ini bermulalah lembaran baru dalam hidup aku. Dengan redha dan keberkatan
Allah ku mohon untuk menakhodai bahtera ini dengan panduan yang telah
digariskan dalam agama Allah.
Aku berharap
kebahagiaan ini berkekalan.
Tamat
Tiada ulasan:
Catat Ulasan