Rabu, 2 April 2014

BAB 15 :~ CINTA SETIA ALAM

KOLEKSI NOVEL SAHABAT MIZZ NURUL



ARSLAN HAKIMI


BAB 15


Hari pertama Ein dirumah tidak seperti yang disangka. Dia ingat seronok dan gembira bila bertambah penghuni. Ini tidak pertemuan pertamanya dengan penghuni baru dirumah Kak G bermula dengan pergaduhan.

‘Ish kalut betul la.’ Bisik Ein. Penat seharian berperang dengan Siti, lepas solat maghrib, dia terus terlena dalam biliknya. Seperti yang dijanjikan Mimi dan Lily, mereka telah menolong Ein mengemas biliknya yang tak sempat Kak G buat.

Tuk! Tuk!..... pintu biliknya diketuk kuat. Ein menggeliat bila mendengar ketukan dipintu.

“Ein...Ein... kamu lena ya? Bangun dik. Kamu dah sembahyang Maghrib?” Tanya Kak G dari luar.

“Dah akak.” Jawab Ein pendek.

“Bangun la dulu. Tak elok tidur kala ni. Mari keluar dulu sayang.” Kata Kak G lembut. Bagai seorang ibu lagaknya.

Siti, Mimi dan Lily yang berada diruang tamu terdengar Kak G panggil Ein. Nampak sayang betul Kak G dengan Ein.

“Sayang betul Kak G dengan Ein tu kan. Aku kalau dapat kakak macam Kak G tu, hai seronoknya aku.” Kata Mimi.

“Iya la aku tengok Kak G tu bukan dekat Ein saja dia layan macam tu dengan kita pun dia caring jugak. Tapi Ein memang beruntung.” Lily pun setuju dengan Mimi.

“Patut la Separuh Mamat tu besar kepala. Manja sangat.” Siti pula bersuara. Tapi siap kutuk lagi.
“Ish kau ni Siti. Bersangka buruk pulak. Ein tu baik la. Cuba kau baik dengan dia. Cuba kau kenal dia. Aku rasa dia tu tak teruk sangat. Dengan kita orang dia ok ja.” Kata Lily tak setuju dengan Siti.

“Ya la.... aku setuju dengan Lily. Kau tu yang selalu cari pasal dengan dia. Aku rasa baik kau berbaik-baik dengan dia. Mana tau korang boleh jadi best friend kot. Hahaha....” Mimi bersetuju dengan Lily.
“Hey, korang ni apasal haa? Dah sokong Separuh Mamat tu nampak. Aku kawan korang sejak dari dulu lagi kau orang tak nak sokong, tapi kau orang baru saja kenal dengan Separuh Mamat tu, dah sebelahkan dia. Korang ni memang bukan kawan sejati la...” Siti bersungut.

“Woit, Siti, kita orang tak masuk mana-mana pihak ya... Cuma kita orang rasa kau tu dah keterlaluan dan berlebih-lebihan.” Kata Lily.

“Kak G begitu baik dengan kita, dia tak berkira pun dengan kita, apa salahnya kalau kita berbaik-baik dengan adik dia pulak. Lagipun tak ada salahnya. Ein tu baik aku rasa, dan kalau tengok dari sudut yang lagi satu, dia tu nampak Macho sangat. Bergaya pulak tu! Hehehe....” Kata Mimi pula.

“Hurm... Betul...betul...betul..” Lily menyokong lagi kata-kata Mimi. Macam Ipin saja bunyinya.

“Haa.. tu la korang, tak habis-habis... semua nak bedal.” Siti bersuara. Geleng kepala dia bila dengar dua kawannya cakap macam tu. Namun dalam hati dia mengiyakan kata-kata Mimi. Dia pun tak faham kenapa siang tadi dia seakan-akan ada sesuatu berdetik dalam hatinya ketika kali pertama bertentang mata dengan Ein.

Ein keluar dari bilik dengan hanya berseluar pendek tiga suku panjang dan bert-shirt saja. Berjalan terus ke ruang tamu. Dilihatnya Siti, Lily dan Mimi sedang duduk disofa sambil menonton tv. Dia menyambar remote televisyen yang ada atas meja. Lalu menukar channel televisyen. Mimi dan Lily tak kata apa-apa. Takut juga nanti tak kena dengan angin Ein, sesaja aja kena tengking. Kak G bangun dan terus ke dapur.
Ein duduk disofa yang satu lagi. Dia menjeling pada Siti.

“Woi tomboy, kau tak reti sopan ke? Kau tak nampak kita orang tengah tengok cerita tu.” Kata Siti bengang. Dia duduk disebelah Lily.

“Kisah apa aku. Aku nak tengok cerita perang kat channel lain. Kalau kau tak suka kau boleh blah atau pergi beli tv lain.” Kata Ein selamba. Saja dia nak sakitkan hati Siti.

“Hey, kau ni memang menyakitkan hati betul la.” Kata Siti geram. Paha Mimi...dicubitnya. Berkerut muka Mimi sebab sakit.

“Cuba kau tengok dia orang berdua tu diam saja. Tapi kau tu mulut longkang. Tak ada budi bahasa langsung.” Kata Ein. Macam dia tu ada budi bahasa sangat. Cakap pun lebih kurang.

“Dia orang tu takutkan kau. Sebab tu diam. Kau cakap aku tak ada budi bahasa, yang kau tu, tak ada sopan santun langsung. Tak macam perempuan aku tengok.” Siti pula cuba buat Ein sakit hati.

“A’ah biar la. Bukan sangkut paut dengan kau pun. Lagipun kau jeles sebab aku ni istimewa kan. Aku ni kacak, macho, dan yang penting sekali penuh bergaya. Kau tak tahu, kat luar sana berpusu-pusu awek nak minta aku sain autograf tau. Hahaha...yang ajak date pun berlambak tau. Haa...kau jangan pandang aku selekeh. Silap haribulan, kau pun jatuh hati kat aku. Hahaha....” Dia menjeling pada Siti. Dia tahu Siti geram dengan dia.

“Uwekk.. perasan lebih.” Kata Siti buat muka meluat dengan Ein yang memuji diri sendiri.

“Sekarang baru kau tahu yang aku ni kuat perasan. Hehehe...” Ein ketawa lagi.

Siti sakit hati dengan Ein. Setiap katanya ada saja jawapan dari Ein. Semuanya menyakitkan hati.
Kak G datang dari dapur dengan membawa  sedulang minuman.

“Hai rajinnya akak aku ni.. nak aku harapkan kau, alamat sampai tahun depan pun belum tentu dapat minum. Kesian la aku kat siapa-siapa yang jadi laki kau nanti. Sah mati kering punya.” Ein mengata Siti lagi.

“Biar la laki aku... yang kau sibuk apasal?” Siti menjawab. Mukanya menyinga.

Nanti aku war-warkan dalam internet dan aku  bubuh gambar kau sekali, aku akan tulis yang kau ni tak layak untuk dijadikan isteri. Suka meroyan tak tentu pasal. Garang nak mampus, dan seorang yang sangat pemalas. Kui..kui..kui...” Cuba menyakitkan lagi hati Siti.

“Kau!!.” Jerit Siti. Diambilnya bantal kusyen lalu dicampak kearah Ein. Ein menyambutnya dengan tenang. Siti bangun berlalu kebilik. Sakit hatinya dengan Ein. Menyala-nyala api dihatinya....

“Aik! Tak kan dah nak masuk bilik  kot. Tak nak borak panjang-panjang lagi?” Ein mengejek.
Siti menjeling tajam. Ein hanya senyum menerima jelingan maut dari Siti. 

”Siti, kamu nak kemana tu. Minum dulu.” Kak G bersuara lembut.


“Tak apa lah Akak . Dah hilang dahaga Siti kak.” Kata Siti lembut dengan Kak G sambil matanya melihat kepada Ein. hatinya bertambah sakit melihat senyuman sinis dari Ein.

‘Kau tunggu la.. budak tomboy.’ Kata Siti dalam hati. Dia terus masuk dalam bilik.

Kemudian Ein bangun. Dia mahu kedapur. Sengaja dia mengetuk pintu bilik Siti.

“Sayangku, boleh I masuk tidur sekali dengan you. I seram la tidur sorang-sorang. Lagipun sunyi tidur sendirian. Tak ada siapa I nak peluk  Hahaha...” Kata Ein lembut  dan menggoda sengaja mahu disakitkan hati Siti. Dia tahu Siti belum lena lagi.

“Woi tomboy! Kau jangan nak merepek! Tak ingin aku tidur dengan kau. Jangan kacau aku laaa...” Siti menjerit dari dalam bilik. Tension betul dia dengan Ein.

“Sayang... Sayang...” Ein bersuara lagi dari luar bilik Siti, depan pintu.

“Hehehe...” Dia ketawa kecil.

“Pergilah kau!!!” Siti menjerit lagi. Dia menutup telinganya dengan bantal.

“Eiiiin, sudah la tu. Jangan kacau Siti. Kan dia nak tidur tu. Ish, budak ni....tak habis-habis.” Tegur Kak G.
Ein ketawa lagi.... dia berlalu kedapur. Padan muka kau.

Dia kembali dari dapur, pintu biliknya dibuka. Dia masuk. Kemudian dia keluar dengan  telefon bimbitnya ditangan. Ditekan butang unlock. ‘Woh! Lima misscall. Memang bengang gila la Mat bunga ni dengan aku.’ Bisik Ein sendiri. Kemudian dia membawa telefonnya keluar dari bilik. Dia terus berjalan keluar kehalaman rumah.

Tut..tut..tut...bunyi itu berkumandang. Sekejap saja terdengar suara Ijan menjawab panggilannya.
“Hello... Mat bunga, sorry laaa.... telefon aku dalam bilik. Aku tak dengar bunyi kau telefon tadi. Kesian kat kau kan. Entah-entah skrin telefon kau kena tukar, sebab calar. Hahaha.. tak pun mungkin dah patah jari kau. Hahaha....” Ein berkata sambil ketawa.

“Tahu pun kau. Kau ni kalau dah dapat balik rumah bukan ingat kat aku yang sorang-sorang kat sini. Sunyi tau kau tak dak.” Ijan bersuara seolah-olah sedih. Nak simpati la tu.

“Ish.. kau ni apasal sedih-sedih lak. Tak macho betul la. Nanti awek tengok sah kantoi...” Ein bersuara menahan gelak.

“Uih.., mana ada aku sedih.. aku cuma cakap aku rasa sunyi saja. Ya la tak ada orang aku nak kutuk ngan buli” Jawab Ijan cover.

“Eh! Betul ke? Bukan selama ni kau yang kena buli. Kau rindu nak kena buli aku ya. Hahaha...” Ein ketawa kuat. Tak tahu segan langsung. Apa punya anak dara gelak mengalahkan jantan.

“Baru sekejap aku tinggal kau dah kata sunyi. Entah-entah baru balik dating. Saja nak cover boring lepas awek balik.” Ein membuat tekaan rambang. Dia bukan tak tahu, yang Ijan ni selalu kantoi dalam bab perempuan ni. Nampak saja muka macho comel. Tapi satu awek pun susah nak melekat. Entah kena mandi bunga gamaknya si Ijan ni.

“Mana aku keluar dengan awek. Kau pun tahu kan, aku ni tak ada awek. Kau sorang saja la awek yang aku ada. Hehehe....” Jawab Ijan selamba. Dia ketawa kecil.

“Oooi.. bila pulak aku jadi awek kau. Tak ingin aku. Selisih Malaikat empat puluh empat.” Ein bersuara kuat.

“Apa kurangnya aku? Sampai macam tu sekali kau tolak aku?” Ijan bertanya. Tak puas hati saja bunyinya.

“Kau tak ada kurang pun aku tengok. Cuma aku lebih selesa berkawan dengan kau. That’s all. Ish, tak yah la kita cakap bab-bab yang nak masuk emosi ni. Aku rimas la. Kalau kau nak jugak cakap bab macam ni, baik aku letak saja la telefon ni.” Ein mula kurang selesa dengan gaya pertuturan Ijan.

“Okey la.. sekarang kau kat rumah macam mana? Okey? Teman-teman serumah kau yang baru tu ....okey?” Ijan menukar topik.

“Aduh, tak seperti yang dijangka. Macam masuk kandang singa. Riuh rendah. Nanti la aku cakap dengan kau terperinci lagi.” Ein menjawab sambil mengusap-ngusap rambutnya kebelakang.

“Kakak kau macam mana? Dia sihat? Kau dah sampaikan salam rindu aku kat dia?” Ijan bertanya lagi.

“Kakak aku sihat. Cuma salam kau aku terlupa nak bagi tau. Ini semua gara-gara singa betina kat rumah ni la. Habis aku terlupa. Nanti lepas ni aku sampaikan.” Ein menjawab dengan selamba.

“Kau ni! memang betul la.. itu la... aku cakap. Kalau kau dah balik rumah, memang dah lupakan aku. Nak pulak bila dah jumpa kakak kesayangan kau tu. Habis satu dunia kau lupa. Eh! Tadi aku dengar kau cakap singa? Bila pulak kakak kau ada hobi bela singa ni. Selalu aku dengar orang bela kucing, burung, hamster atau binatang jinak yang lain. Tak kan sampai singa lak. Ganas gila kakak kau ni.” Ijan bersuara hairan tak hairan.

“Hahaha...tau tak pa. Pasal singa tu nanti aku explainkan dekat kau.” Jawab Ein ketawa... 

Mimi menjengah keluar. Dia dapat melihat betapa asyiknya Ein melayan cakap di telefon.  Gelak tawa Ein menjadi tumpuannya. ‘Charming jugak si Ein ni.’ Hati Mimi berbisik.
“Esok kau ada program tak?” Tanya Ijan.

“Esok aku relaks saja kat rumah. Ingat nak rehat. Kenapa kau tanya? Ini mesti kes nak ajak aku keluar la ni.” Ein meneka. Memang dia tahu sangat dengan Ijan ni. Ada-ada saja alasan kalau bab nak ajak dia keluar.

“Aku cadang macam tu la. Kau nak keluar tak?” Tanya Ijan. Dia bukan apa, baru sekejap tak berjumpa Ein, rasa rindu mula membuak-buak dalam hatinya.

“Aku malas la. Aku nak rehat aja kat rumah. Sorry la Ijan yeh....mungkin lain kali saja.” Ein menolak ajakan Ijan dengan lembut.

 “Hmm... okey la.” Jawab Ijan perlahan. Kecewa la tu.

“Hai kau terasa hati? Apa barang Mat Jiwang macam kau main terasa terasa pulak. Ala cool la beb. Aku bukan tak sudi nak keluar dengan kau, tapi betul esok aku nak rehat sepuas-puasnya. Lagipun lusa kan aku kena pergi sana gak.” Balas Ein panjang. Dia dapat menduga yang Ijan kecewa dengan penolakkannya.

“Ish.. apa kes aku nak terasa dengan kau. Aku steady lagi la.” Ijan cover. Namun dalam hatinya, merundum kecewa yang teramat sangat.

“Kalau macam tu, okey la beb, kita off  kat sini dulu la. Aku tengah layan cerita best tadi kat tv. Dah berapa scene dah aku terlepas ni. Aku cau dulu la ya. Nanti aku call kau lagi.” Ein membuka kata-kata akhir.
“Okey aar. Wei...wei.. jangan lupa kirim salam aku kat kakak kau.” Ijan  mengingatkan Ein.

“Iya la aku ingat. Okey bye..” Ucap Ein.

“Bye..” Sambut Ijan lemah.

Ein memutuskan talian telefonnya dengan Ijan.
Dia kembali ke ruang tamu menyertai mereka yang lain. Minuman yang dibawa Kak G tadi habis di minum....

“Kamu cakap dengan siapa tadi?” Soal kak G. Dia memandang kepada adiknya yang duduk disebelahnya.

“Siapa lagi akak, Mat bunga kesayangan akak tu la, Ijan. Tadi tengok misscall dari dia, sampai lima misscall. Itu yang Ein telefon balik. Kalau tidak panjang la muncung Mat bunga akak tu.” Ein menjawab panjang.

“Hmm....nak juga kamu jaga hati dia.” Ujar kak G gosok-gosok kepala Ein.

“Bukan jaga hati akak, tapi malas nak dengar dia membebel nanti. Dia tu namanya lelaki, tapi kalau bab membebel mengalahkan perempuan. Lagi satu kalau datang banggang dia memang tak boleh buat apa dah. Merapu tak habis. Pening jugak la nak melayan Si Ijan ni akak.” Ein mengulas panjang mengenai Ijan.

“Nampaknya kamu memang dah faham sangat la dengan perangai dia.” Kak G cuba mengumpan Ein.
“Faham sangat-sangat.” Ein menjawab.

Mimi dan Lily hanya mendengar saja dua beradik ni bercakap. Nak menyampuk pun tak tahu butirnya. Jadi lebih baik diam dan mendengar.

“Dah tu apa kamu tunggu lagi bukalah hati kamu tu untuk dia.” Kak G menyatakan maksudnya juga. Nak harap Ein faham, sampai kering tekak pun belum tentu dia faham bahasa bunga-bunga Kak G ni.

Tersentak Mimi dan Lily mendengar Kata-kata Kak G. Tak sangka mereka. Walaupun gaya Ein yang mengalahkan lelaki tu, masih lagi kak G berharap untuk mengahwinkan Ein dengan lelaki. Ada ke lelaki yang nak kan si Ein tu? Kedua dua mereka betul-betul confiuse.

“Aduh!! Akak ni... nak mula lagi la tu. Cukup la akak. Ein rimas la dengar akak cakap macam ni. Berapa kali Ein nak cakap. Ein dengan Ijan just friend. Ein selesa macam tu. Ein tak nak lebih dari tu.” Ujar Ein. Dia mula menarik muka empat belas. Matanya terus dilekatkan ke tv.

“Hurm... Iya la.....kalau tak nak sudah lah. Kawan pun kawan lah.. Janji Ein bahagia dah. Tapi kamu jangan buat perkara-perkara yang mengarut-ngarut.” Pesan kak G. Hatinya sentiasa risau dengan situasi Ein.

“Apa benda yang mengarut, Ein nak buat apa dengan Ijan? Tak pernah terlintas langsung pun.” Jawab Ein. Berkerut dahinya. Tak sangka pula dia yang Kak G akan berfikir sejauh tu.

“Bukan itu yang akak maksudkan.” Kak G tidak meneruskan kata-katanya. Dia berharap Ein faham.
 “Akak, percaya pada Ein. Hanya itu yang Ein minta pada akak.” Ujar Ein. Jari jemari kak G digenggam. Tanda promisenya pada kak G.

“Hemm..akak percaya pada Ein. Adik akak ni baik sangat. Tapi sifat nakal kamu tu control sikit.” Kak G mencubit pipi Ein.

“Hemm.. tau pun.. ha... sebelum Ein lupa, tadi dia ada kirim salam kat akak. Dia kirim masa Ein nak balik tadi pagi lagi. Tapi Ein dah terlupa. Sebabnya kalut beramah mesra yang tak mesra masa sampai tadi.” Beritahu Ein.

“Hurm.. waalaikumussalam....” Jawab Kak G.

“Akak, telefon akak mana?” Tanya Ein.

“Ada dalam bilik.” Jawab Kak G pendek.
Dengan pantas Ein bangun pergi ke bilik Kak G.

“Kamu nak buat apa dengan telefon  akak tu?” Jerit Kak G. Tapi tiada sahutan balas dari Ein.

“Ish, budak ni...” Kata Kak G menggelengkan kepalanya sambil mengeluh.
Lima minit kemudian dia kembali dengan senyuman. Tangannya sedang menekan telefonnya.

“Mana telefon akak? Apa yang kamu buat dengan telefon akak?” Tanya Kak G.

“Mana ada Ein ambik. Tak ada apa..” Jawab Ein. Dia masih lagi dengan senyumannya. Mimi Dan Lily diam melihat gelagat Ein.

Dia duduk disofa dekat dengan Kak G. Lalu diletakkan kepalanya diatas riba Kak G. Manja saja nampaknya.

Telefon yang dipegang diangkat mengadap kemukanya. Kemudian ditekan butang dail. Masa tu dia dah senyum. Dalam beberapa minit, terdengar orang menjawabnya.

“Hello...” pendek saja bunyinya. Matanya masih pejam. Dia baru saja nak lena. Tengah lena-lena ayam la....

“Hello sayang.... sayang dah lena? Hehehe....” Dia ketawa kecil. Lembut saja suaranya. Romantik habis. ‘Fuh...romantiknya aku. mesti dia tangkap lentok punya laa...’ bisik hati Ein.

Kak G tunduk melihat gelagat Ein diribanya. Dia hanya mampu senyum. Tidak dia hiraukan apa yang dibuat Ein. Matanya difokuskan pada skrin tv. Namun hatinya hanya memikirkan Ein.

“Hello, sapa ni?” Tanya Siti terkejut dengan bunyi suara yang romantik habis ditalian. Tak pernah dia kenal siapa-siapa yang mempunyai suara yang macam tu. Bergegar hatinya. ‘Amboi, romantik nya suara...cair iman aku kalau macam ni. Sabar Siti, kau belum kenal siapa dia ni lagi.’ Hatinya berbisik.

“Sayang tak kenal I? Kita baru saja berkenalan. Namun wajah sayang telah melekat dikepala dan hati I.” Beritahu Ein. Menahan ketawa.

“Siapa ni?’ Tanya Siti hairan. Tak pernah dia mendengar suara yang romantik begitu.

“Ini I la.. insan yang termacho,kacak dan bergaya kat planet ni. Yang sentiasa menjadi kegilaan awek-awek cun kat luar sana....I tengah tunggu sayang kat luar ni.” Ein berkata lagi.... dia ketawa mengekek.

Siti masih belum dapat mengagak siapa. Tapi hati kecilnya menyebut nama seseorang.  Tak mahu dia yakin sangat meneka. Kan salah orang malu seluruh alam pulak.

“Mana awak dapat nombor telefon saya ni..” Tanya Siti lagi. Dia bingung. Lalu dia bangun menuju ke pintu bilik. Lalu dibukanya. Telefon masih lagi melekat ditelinganya dan masih mendengar kata-kata pemanggil tersebut.

“Hai sayang, kalau dah suka tu, dalam teras bumi pun I sanggup dapatkan nombor telefon sayang. Cepat la sayang keluar. I tak sabar nak bertemu dengan sayang. Lagipun kat luar ni sejuk laaa...cepat la keluar hangatkan badan I yang tengah 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan