Rabu, 2 April 2014

BAB 14 : ~ CINTA SETIA ALAM

ARSLAN HAKIMI

BAB 14


Ein menyanyi kecil sambil mandi. Dia sungguh riang sekali.  Dia keluar dari bilik mandi. Mengenakan pakaian yang biasa dia pakai iaitu t-shirt dan jeans. Dia bersiap-siap depan cermin dan menyanyi kecil. ‘Aduh!! Hensemnya aku. Macho lagi. memang menjadi kegilaan ramai awek.’ Ein berbisik sendiri. Dia tersenyum. Dia bangga dengan gaya tomboynya.

Setelah siap. Dia mencapai beg yang telah siap berisi baju. Lalu digalas. Dia keluar dari bilik penginapannya yang dihuninya selama seminggu di KTU. Dia berjalan menuju ketempat keretanya diletak.

Dia membuka pintu kereta untuk masuk. Tiba-tiba dia terdengar namanya dipanggil. Dari jauh dia melihat Ijan berlari-lari kearahnya. Dia membantutkan sebentar niat untuk terus masuk dalam perut kereta.
“Hai Ein. Kau dah nak balik.” Sapa Ijan termengah-mengah. Letih betul nampaknya

“Iya la....Apa hal  pulak kau lari macam praktis nak masuk meraton ni?” Ein menyambut sapaan Ijan dengan selamba. Boring la tu sebab Ijan selalu sangat membantutkan gerak pantasnya untuk balik rumah.

“Kau kirim salam aku pada kakak kau ya.....” Beritahu Ijan. Lelah letihnya masih bersisa. Nafasnya masih laju.

“Itu saja. Aku ingat apa la tadi. Insyaallah.....salam rindu ya?” Usik Ein. Saja dia nak menyakat Ijan.

‘Ha’ah rindu la jugak.” Balas Ijan. ‘Amik kau nak sangat. Yang pergi tanya macam tu buat apa. Tapi aku akan merindui kau Ein.’ Bisik Ijan.

Ein selamba saja dia senyum. Dah kalau kakak dia setuju dengan Ijan dia tak ada halangan. Dia berdoa saja agar kakaknya tu bahagia. Ein melihat jam ditangan.

“Okeylah, mat jiwang aku blah dulu la... lusa kalau aku sihat kita jumpa. Bye...” Ucap Ein terakhir mewakili untuk hari ini dan esok. Kerana lusa hari isnin dia akan kembali ke sini. Sebab dia kan kerja kat sini.

Ein masuk dalam perut kereta dan menghidupkan enjin kereta. Kemudian keretanya meluncur laju di jalan raya. Ijan hanya melihat sehingga kelibat kereta milik Ein jauh dan semakin jauh dan terus hilang dari pandangannya.

Ein menyanyi dalam keretanya sambil memandu. Gembira sekali dia apabila dapat pulang kerumah. Lebih kurang setengah jam perjalanan dari KTU, dia pun sampai ke destinasi.

Dia memberhentikan keretanya diluar. Dilihat pintu pagar terbuka, dan pintu rumah pun tak tertutup rapat. ‘Apa la akak ni bukan nak kunci pintu. Kalau perompak atau perogol misteri masuk baru nak kelam kabut.’ Bisik Ein dalam hati.

Dia mencapai beg galasnya lalu keluar dari kereta menuju kepintu utama.

“Assalamualaikummm........” Ein memberi salam. Sambil menunggu dia pusing  mengadap ke jalan sambil menyanyi-nyanyi keriangan sementara menunggu kakaknya datang kedepan.

“Waalaikumussalammm.....” Jawab satu suara.

“Ya encik, cari  siapa?” Tanya suara itu lagi sambil menyarungkan tudung kekepalanya.
Ein agak terkejut. Dia seakan-akan mengenali suara tu. ‘Suara tu!!...’ Bisik Ein.

Dengan lambat dan penuh suspennya dia berpaling melihat tuan empunya suara yang berkumandang.
“Haaaa?” Terkejut Ein melihat gerangan yang tersebut. Mulutnya melopong. Digosok-gosok matanya berkali-kali.

“KAU!!!”  Jerit Siti dengan kuat. Perkataan yang pertama keluar dari mulut Siti..

“KAU??!!...” Giliran Ein pula menjerit terkejut...dia bagaikan tak percaya akan bertemu dengan perempuan yang dilanggarnya hari tu.

“Apa kau buat kat sini haaa? Oooo kau ikut aku ya? Memang betul cakap kawan-kawan aku, kau ni memang perogol misteri yang tak putus asa.” Siti terus membuat kesimpulan kehadiran Ein dirumah tu.

Lily dan Mimi mencapai tudung dan dengan kelam kabut menyarung dan dengan pantas berlari keluar apabila mendengar keriuhan diluar.

“Siapa ikut kau ha? Kau jangan nak perasan lebih... kau tu bukan cantik sangat pun sampai aku tergila-gila nak ikut kau memanjang.” Kata Ein garang. Menafikan terus  tekaan Siti tadi.

Lily dan Mimi mendapatkan Siti yang sedang berperang mulut diluar.

“Apa hal ni Siti? Tanya Mimi kebingungan.

“Kau kenal orang ni ke Siti? Giliran Lily pula bertanya.

“Dia ni la orang yang aku cakap pada kau orang hari tu. Yang sesedap dan sesuka hati nak ambil kesempatan kat aku, dengan berlagak kononnya nak menolong.” Beritahu Siti kepada Mimi dan Lily. Tangannya menunjuk terus ke muka Ein yang masih dikuasai rasa terkejut dengan pertemuan yang tak disangka ni.

“Eeeeii.... singa betina, kau jangan nak buat cerita mengarut dan fitnah kat sini ya. Bila pulak aku nak ambil kesempatan kat kau. Kau tu yang salah faham dengan kebaikkan yang aku hulurkan tau.....” Ein membalas kata-kata Siti. Dia tegas mempertahankan dirinya.

“Kau orang tengok, dia nak berdalih lagi. Dah tu sampai sini dia cari aku. Sah-sah dia tak puas hati lagi la tu.” Siti bersuara lantang lagi.

“Lily, Siti, kita jangan bagi peluang pada orang macam ni. Dia sorang kita bertiga, baik kita belasah dia dulu sebelum dia ajak geng dia datang sini.” Bisik Mimi perlahan. Dia tak mahu Ein dengar rancangannya. Lily dan Siti angguk tanda setuju dengan cadangan Mimi.

Ein melihat kepada tiga perempuan didepannya. Dia memanjangkan sedikit tengkuknya untuk mendengar percakapan perempuan-perempuan dihadapannya.

Tanpa berlengah mereka bertiga mencapai apa saja yang ada disitu. Siti mencapai kasut sandlenya. Lily mencapai penyapu. Manakala Mimi mencapai sebatang kayu yang kebetulan entah bila ada disitu. Siap dengan senjata mereka menghampiri Ein.

Ein terkejut!!...

“Woi!!.. apa kau orang nak buat ni haa? Nak bunuh aku ke?” Soal Ein kuat. Dia undur sedikit kebelakang. Belum sempat Ein berbuat apa-apa, mereka  mula memukul Ein.

“Woi!!....apa ni?”

“Argh!! Sakit la...” Jerit Ein.

“Berenti la woi!! Sakit! Sakit!” Kuat Ein menjerit.

 Tapi jeritan tidak di hiraukan. Mereka terus memukulnya. Nasib la kat KTU ada di ajar seni mempertahankan diri. Dapat la dia mengelak dan menepis. Namun ada juga yang yang singgah dibadannya.

“Haa..pukul dia. Pukul dia. Biar sampai pengsan. Nanti lepas ni dia tak akan cari pasal dengan kita lagi.” Kata Siti sambil memukul Ein. Walaupun kakinya masih sakit tapi bersemangat sungguh dia memukul Ein.

Ein membongkokkan badannya. Dah tak larat dia nak tepis. Tepis pun kena juga. Dia selindungkan kepala dan mukanya dengan kedua tangannya.

“Apa ni yang kecoh-kecoh kat luar ni? Sapa yang kamu pukul tu?” Kak G bersuara. Dia keluar bila bunyi riuh. Tapi suaranya tak didengari oleh mereka. Siti, Mimi dan Lily masih dengan aksi ganas mereka terus- menerus memukul Ein.

 “Siapa yang kamu pukul tu”? Suara Kak G kuat setelah tegurannya yang pertama tidak didengari mereka. Dia berada didapur tadi. Tapi setelah telinganya menangkap bunyi riuh-rendah diruang depan,dia segera keluar.

Terkejut mereka dengar suara Kak G. Pukulan mereka terhenti.

Ein yang tadi membongkok sudah duduk mencangkung sambil menutup mukanya dengan tangan kaku sekejap. Mana la tahu kalau dia bergerak nanti ada lagi pukulan yang singgah dibadannya. Setelah beberapa minit, tiada lagi pukulan, Ein mengalihkan tangannya dari menutup muka. Kepalanya diangkat perlahan dan mendongak. Dia melihat Kak G berdiri dihadapannya. Tanpa membuang masa dia segera bangun dan terus berlari kearah kak G. Lalu menyorok dibelakang kak G. Badannya digosok-gosok bagi menghilangkan sakit akibat dipukul.

“Akak, tolong Ein akak. Tu tiga singa betina tengah rakus membelasah Ein. Mana akak dapat semua singa ni akak?” Zoo mana yang bagi akak hak penjagaan tiga ekor singa betina ni?” Tanya Ein apabila Kak G muncul didepan pintu.

Mereka hairan melihat pemuda yang dipukul tadi berlari tanpa segan silu mendapatkan Kak G dan menyorok dibelakang Kak G.

“Akak kenal dengan mamat ni?” Soal Siti hairan. Dia menuding kearah Ein yang berada dibelakang kak G. Mimi dan Lily juga hairan.

“Kenal. Kenal sangat.” Jawab Kak G.

“Kenapa korang pukul aku haaa? Apa aku dah buat pada korang haah?” Tanya Ein garang. Mukanya disentuh diraba-raba. Risau jugak dia dengan mukanya. Aset yang paling mahal baginya. bersungguhlah dia jaga.

“Ini mesti kau punya pasal. Dasar singa betina lapar. Apa yang cakap dengan kawan kau haaa?” Terkeluar lagi soalan dari mulut Ein. Soalan tadi pun dia belum dapat jawapan, dia dah tanya soalan yang baru.

Siti hanya menjeling geram.
“Habis lebam badan aku. Nasib aku dapat cover muka ni. Kalau tidak habis calar balar la muka aku yang macho dan hensem ni.. Pasti awek dah tak nak kat aku dah.” Ein membebel sendiri sambil membelek tangannya.

Mereka bertiga masih diam. Hati mereka masih tertanya-tanya apa hubungan lelaki ni dengan Kak G.
“Ein, boleh kamu diam kejap. Akak rasa ada berlaku salah faham disini.” Kata Kak G tenang.

“Kamu bertiga kesini......” Panggil Kak G. Pinta Siti Lily dan Mimi datang dekat sikit dengannya.

Mereka menghampiri Kak G. Kasut, kayu dan penyapu masih lagi ditangan sebagai langkah berjaga-jaga. Mana la tahu kalau mamat yang berada dibelakang Kak G tu bertindak diluar jangkaan meraka.

Ein pula, memandang Siti dari belakang Kak G tanpa lepas. Dia dapat lihat yang Siti masih lagi terhinjut hinjut berjalan. Mungkin akibat dari kes langgar hari tu agaknya.

“Ein, kamu kedepan sikit.” Pinta Kak G. Dia menarik tangan Ein.

“Tak nak. Nanti kena pukul lagi.” Jawab Ein manja dari belakang Kak G. Bahu Kak G dipautnya.. Matanya masih lekat pada wajah Siti. Entah kenapa matanya asyik nak pandang saja muka tu.

“Kedepan la kamu. Akak ada ni.” Kata kak G. Dengan perlahan-lahan Ein kedepan seperti yang disuruh kak G.

“Ein, ini junior akak, dia orang ni la yang akak cakap hari tu.” Beritahu Kak G. Dia senyum.

“Ini?” Ein menuding kearah Mimi, Lily dan Siti. Agak terkejut.

 Dia melihat mereka bertiga seorang demi seorang. Tiba saja kepada Siti, mukanya berubah. Dia merenung tajam wajah Siti. Siti pun sama, merenung tajam kepada Ein. Mata mereka bertembung. Masing-masing tak mahu mengaku kalah. Renungan tajam mereka seperti menandatangani satu kontrak perbalahan. Sudah pasti ada peperangan kelak. Kekecohan pasti akan berlaku!!

“Ha, apa yang kamu menungkan tu? Cepat salam, minta maaf,” kata-kata Kak G melenyapkan apa yang ada dalam fikirannya.

“Kenapa pulak Ein yang kena minta maaf dengan singa-singa ni? Sepatutnya mereka ni yang kena minta maaf dengan Ein. Sebab diorang yang serang Ein tanpa belas kasihan langsung.” Suara Ein keras. Protes tak berpuas hati. Mentang mentang la akak dia ada...tunjuk berani la pulak.

Terbeliak mata tiga gadis manis tu bila diberi gelaran singa betina oleh Ein. Yang paling membara Siti. Sakit hati betul dia dengan Ein. Tak habis dengan gelaran singa betina.

“Iya la sebab kamu tu kan tuan rumah. Dia orang ni masih baru lagi. Kamu yang mulakan dulu sebagai tanda alu-aluan kepada mereka bertiga.” Beritahu Kak G.

Dengan berat Ein ikut kata Kak G. Dia menghulurkan tangan tanda untuk bersalaman. Tapi Mimi ,Lily dan Siti masih ragu-ragu untuk menyambut salam tersebut.

“Kamu jangan bimbang. Dia ni adik akak. Dia ni budak baik sebenarnya. Cuma nakal sikit.” Beritahu Kak G apabila dia perasan akan keraguan yang timbul dibenak juniornya.

“Tapi, akak cakap, adik akak perempuan.” Kata Mimi masih tak puas hati. Huluran tangan Ein masih belum disambut.

“Oooo.. lupa pulak akak nak cakap. Ini la dia. Memang dia ni perempuan. Cuma cara pakai dan perangai dia saja seperti lelaki. Tak apa, salam la...” Beritahu Kak G. Dia senyum lagi. Rupanya mereka bertiga ni belum perasan yang Ein ni perempuan.

“Oooo...tomboy la,” sambut Siti. Dia menjeling pada Ein dengan senyum sinis.

“Ha’ah, kalau aku tomboy pun, kau apa hal? Ada masalah? Bukan sangkut paut dengan kau pun. Kenapa? Aku kena minta izin dengan kau dulu?” Balas Ein garang. Matanya bulat melihat Siti.

“Eleh, berlagak...” Kata Siti. Menjeling meluat pada Ein.

“Hey... Singa betina, kau jangan nak cari pasal dengan aku, silap haribulan kau jatuh cinta dengan aku, baru kau tahu.” Jawab Ein dengan senyuman sinis.

“Woi, kau jangan nak perasan. Tak mungkin aku akan jatuh cinta dengan tomboy macam kau ni. Lelaki celop!” Kata Siti garang.

“We will see......” Kata Ein garang. ‘Berlagak!!’ Kata Ein lagi perlahan.

“Sudah la tu. Ish...ish budak-budak ni. Cepat salam! Kita nak suruh berbaik-baik, kalut nak bunyi lagi. ” Kata Kak G. Dia menghela panjang nafasnya.

“Haaa...yang tu Mimi.” Beritahu kak G. Ein bersalaman dengan Mimi sambil senyum tak berapa ikhlas. Sebab masih ingat hal kena pukul tadi.

“Aku Ein hensem.” Dia memperkenalkan dirinya sambil menyikat rambutnya dengan tangan kebelakang. Mimi hanya senyum dan menganggukkan kepalanya. Dia mengalihkan pula kepada Lily.
“Aku Lily.” Lily memperkenalkan dirinya sambil menghulurkan tangannya. Dia senyum. Ein membalas senyuman Lily sambil mengangguk.

Kini tiba giliran untuk bersalam dengan Siti. Tiba-tiba mukanya berubah menjadi masam. Dengan berat dia menghulurkan tangannya kepada Siti. Lama juga Ein menanti Siti menyambutnya.

Lily menyiku Siti sebagai isyarat meminta Siti menyambut huluran tangan Ein. Mereka bersalaman dan mata mereka bertembung dan merenung tajam. Ein memegang kuat tangan Siti. Berkerut dahi Siti menahan sakit. Cepat-cepat dia menarik tangannya. Tapi genggaman Ein terlalu kuat. Sekali lagi dia menarik tangannya. Namun gagal. Kali ketiga sentapannya baru tangannya dapat dilepaskan dari genggaman Ein. Itupun kerana Ein sudah mengendurkan sedikit genggamannya.

Muka Siti merah menahan marah. Kalau diikutkan hatinya, mahu saja dia sambung membelasah Ein dengan sandle yang masih lagi ditangannya. Geram betul dia dengan senyum sinis Ein tu. Terasa macam diejek.

“Sudah la Ein. Kamu jangan nak cari pasal tak tentu hala. Baru saja balik dah timbulkan masalah. Kamu ni memang betul-betul nakal. Tak habis-habis.” Sungut Kak G.  Dia geleng saja kepalanya.

Ein buat muka blurnya saja... kata-kata Kak G langsung tak berkesan untuknya. Dia tersenyum kambing. Matanya mengerling kepada Siti yang berdiri tidak jauh darinya.

“Kamu cakap, kata nak balik petang, ini hampir tengahari dah tercongok muka kamu. Akak belum siapkan lagi bilik kamu. Cadangnya tengahari ni lepas makan baru nak siapkan.” Kata Kak G lagi.

“Tak apa la akak. Apa nak kisah, kita kan ada tiga dara pingitan disini. Ein boleh minta tolong dari salah seorang dari diorang ni.” Kata Ein sambil ketawa. Dia menjeling lagi kearah Siti. Targetnya memang pada Siti. Mahu saja dia mengerah Siti cukup-cukup sebagai permulaan.  

“Haaaa...tak payah nak tengok aku.” Kata Siti menjeling pada Ein.

“Elehhh..,,perasan, siapa tengok kau. Perasan cantik.” Kata Ein. Dia menjuihkan bibirnya.
Kak G malas nak melayan kerenah mereka berempat. Dia berlalu masuk. Mahu menyambung kembali tugasnya didapur yang tertangguh tadi.

“Ein kami bertiga minta maaf pasal tadi. Sorry ya..sebab tak pasal-pasal kau kena pukul. Sebagai tanda maaf kami pada kau, kami akan tolong kau kemaskan bilik kau.” Beritahu Lily sambil senyum. Mimi hanya mengangguk menyokong kata-kata Lily.

“Korang saja yang buat. Aku tak nak. Tak ada maknanya aku nak tolong si tomboy ni. Bertambah besar kepala la dia nanti. Aku tak akan tunduk dengan tomboy ni.” Kata Siti garang. Bengang la tu.

“Woi!, siapa kau panggil tomboy. Nama aku bukan tomboy, nama aku Ein. Tak boleh ke kau sebut nama aku? Bukannya susah sangat pun.” Ein marah. Bengang sungguh dia bila dipanggil dengan gelaran yang macam tu.

“Suka hati aku la nak panggil kau apa pun. Mulut aku. Apa kau kisah?” Kata Siti garang seolah-olah mencabar tahap kesabaran Ein.

Hati Ein mula panas. Suku kesabaran Ein sudah mula hilang. Dia berjalan mendekati Siti yang sedang bersandar ditepi kereta kak G. Siti tak berganjak dari tempat dia bersandar walaupun dia terasa gerun melihat wajah Ein yang serius amat ketika itu. Demi egonya, rasa takut dan gerun diletak tepi. Mimi dan Lily hanya memerhatikan saja. Mereka menggelengkan kepala.

“Nampaknya kita bakal menyaksikan peperangan dunia keempat la tak lama lagi. Aku pasti perang ni akan berlanjutan panjang. Baik kita masuk kedalam. Aku tak mahu terlibat dalam perang ni.” Ajak Lily. Dia pantas menarik tangan Mimi.

Segera mereka meninggalkan Ein dengan Siti yang masih diluar rumah. Namun mereka tak segera kedalam. Mereka mengintai dari muka pintu. Mahu jugak mereka ambil tahu apa yang akan berlaku seterusnya.

Ein betul-betul sudah berada begitu hampir dengan Siti.  Deruan nafas Siti yang turun naik laju juga dapat dirasainya. Mata Ein tajam merenung Siti. Siti yang tak mahu mengalah, berusaha beradu renungan mata dengan Ein.

Wajah bersih Ein  ditenung. ‘Aduhai segak pulak aku tengok Separuh Mamat ni. Charming betul la dia ni.... Alamak! Hensemnya!!!!!.. Wangi pulak tu!!’ Hati Siti berbisik kuat.

Tiba-tiba sesuatu berdetik dalam hatinya. Wajah Ein yang begitu hampir dan renungan Ein yang tajam tapi mempersonakan tu memanah terus  ke dalam hatinya. Tiba-tiba saja hatinya bergetar laju... dengupan jantung berdengup sumbang.

‘Aduh... apa kes pulak ni!.... kenapa dengan aku ni. Perasaan apa pulak yang menjalar dalam saraf aku ni..? Kenapa hati  ni mula berbisik irama balada pulak ni. Ish...bunga-bunga pula dah...jantung aku pulak, asyik berdegup kencang saja? A’ah kacau gini. Aku mesti tepis, tepis sekuat-kuatnya.’ Siti cuba menolak apa yang berlaku dalam dirinya.

“Woi tomboy! Apa kau nak buat haaa?” Tanya Siti garang bila Ein bertambah tajam merenungnya. Gayanya dah macam perogol misteri yang tak bertauliah dah. Dalam garang, suaranya bergetar sedikit.

“Aku nak.......Aku nak....” Kata Ein putus-putus. Saja nak suspenkan Siti.

“Kau nak apa haaa?” Siti bertanya lagi. Suaranya terketar ketar. Tapi dengan ego yang tinggi cuba disembunyikan. Tak mahu dia  mengalah depan Ein walaupun hatinya sudah pun kecut dengan renungan tajam Ein. Dia mahukan jawapan.

“Aku nak....... Gempak kau! Hahaha...” Jerit Ein kuat dan dia terus ketawa terbahak bahak. Dia dapat melihat perasaan takut diwajah Siti. ‘Padan muka kau. Tahu takut.’ Bisik hatinya.

Siti terkejut dengan jeritan dan gelak tawa Ein. Hatinya bertambah panas. Dia menolak badan Ein yang agak rapat dengannya. Lalu berjalan terhinjut hinjut pergi meninggalkan Ein ketawa sendiri. Tapi hatinya berdendam kuat. Dia berazam akan membalas perbuatan Ein.

Baru dua langkah kaki  menapak, terasa pergelangan tangannya dicapai Ein dari belakang. Dia terkejut. Sekali lagi jantungnya berdegup kencang. Langkahnya terhenti. Dia berpaling melihat kearah Ein. Ein hanya tersenyum mengejek.

Dia dapat merasakan yang Ein betul-betul mahu mencetuskan perang dengannya kalau dilihat dari pandangan tajam dan senyuman sinis Ein tu.

Hati Siti bertambah membara dengan seyuman Ein tu. Dia menyentap tangannya dengan kuat. Dengan harapan sentapan yang pertama ni terlepas dari pegangan Ein. Tindakkannya berjaya. Dia melangkah masuk. Sakit kakinya tak seberapa kalau dibandingkan sakit hatinya. Dimuka pintu dia berhenti apabila mendapati Mimi dan Lily berada disitu. Dia memandang Lily dan Mimi. Mereka berdua menutup mulut menahan ketawa. Siti geram lalu terus berjalan kebilik. Pintu ditutup rapat.

“Ein, kamu kat luar lagi ya? Cepat masuk. Tutup pintu tu. Main tak habis.” Bebel Kak G. Ein senyum dan berjalan masuk. Lalu melabuhkan punggungnya ke sofa.

“Akak, datang sini kejap. Ein ada sesuatu untuk akak.” Panggil Ein. Mukanya senyum manis.
Kemudian beg galasnya dibuka. Ada present untuk kakaknya. Dia mengambilnya.

“Haa’ah?” Dia melopong. Terkejut. Kotak presentnya dah kemik. Dia pasti isi kandungannya pun dah berubah bentuk. Dengan perlahan dia membuka kotak present tu.

“Tidakkkkkkkk!!!!!!!” Jerit Ein. Bergegar satu rumah.
Kak G yang berada dekat dengannya pun terpaksa menutup telinga.

“Apa ni Ein? Kamu dah hilang akal ke? Menjerit macam orang terasuk. Seminggu dekat KTU tu dah kena sawan?” Keras suara Kak G bertanya,

Mimi dan Lily pun hairan dengan Ein. Siti yang bertapa dalam bilik kerana geram dengan Ein pun segera membuka pintu bilik lalu melangkah keluar. Mahu diambil tahu juga apa yang tak kena dengan tomboy tu. Dia berdiri disebelah Mimi dan Lily.

Wajah Ein berubah marah. Tadi senyum manis sekarang dah marah menyinga. Dia melihat Siti dengan marah yang amat sangat.

“Kenapa kau tengok aku macam tu. Kau nak telan aku hidup-hidup ke?” Siti bertanya hairan. Berani lagi dia bersuara walau dah nampak Ein bengis memandang kearahnya.

“Ini kau punya pasal. Kalau kau tak serang aku masa aku mula sampai tadi, benda ni tak akan jadi macam ni.” Marah Ein kepada Siti sambil menunjukkan barang yang dikeluarkan dari beg galasnya tadi.
“Apa aku pulak?” Balas Siti garang. Mukanya berkerut.

Ein bangun dengan perasaan marah, lalu melangkah mendekati Siti. Dia mengangkat tangan seolah-olah mahu menampar Siti. Dari gayanya tu memang dia dah hilang sabar. Tapi cepat dihalang Kak G. Mimi dan Lily terkejut dengan tindakkan Ein. Siti cepat menutup mukanya.

“Ein, Apa ni!!!.. kenapa mesti macam tu sekali. Cuba kawal marah kamu tu. Cuba kamu cakap elok-elok.” Nada suara Kak G sudah berubah. Kalau tidak selalunya cakap dengan lembut, tapi kali ni lembutnya hilang. Mungkin sebab dengan tindakkan Ein.

“Ini!” Dia menunjukkan Mug yang telah hancur kepada Kak G. Berderai dalam kotak.

“Apa ni?” Tanya Kak G. Dia sendiri pelik dengan barang hancur yang ditunjuk Ein.

“Ini mug yang saya beli untuk akak dengan penuh kasih sayang. Tapi Perempuan ni dah hancurkannya!” Beritahu Ein marah. Matanya merah melihat Siti. Jarinya tepat menunjuk ke Siti. Kecut Lily dan Mimi melihat keadaan Ein. ‘Baran jugak dia ni.’ Bisik Lily.

“Ein, tak kan kerana cawan ni kamu sampai macam tu sekali. Kan boleh beli lain. Mungkin apa yang jadi ni ada hikmah disebaliknya.” Kata Kak G. Suaranya sudah kembali lembut. Dia berusaha untuk menenangkan Ein yang sedang hangat membara dengan marahnya tu.

“Ini bukan hikmah akak, tapi malang. Perempuan ni sejak dari mula Ein jumpa dia, selalu menyakitkan hati. Setiap perkataan yang keluar dari mulut dia pasti ada yang menyakitkan hati orang. Tak ada kalimah sopan langsung dalam ungkapan kata dia akak.” Ngadu Ein. Dia menjeling pada Siti. Mukanya serius marah.

“Ein, kenapa cakap macam tu. Tak baik kita menilai orang sebelum mengenalinya. Lagipun Ein kan baru saja kenal Siti, tak baik cakap dia macam tu.” Tegur kak G lembut. Dia tahu Ein ni kalau berkeras dengan dia makin keras la dia. Kalau berlembut dia akan cepat sejuk.

“Kalau akak nak tahu dia ni la perempuan yang jenis kalau nak melintas tak nak tengok kiri kanan dulu. Main redah aja. Habis orang dilanggarnya. Kalau lori treler lalu pun dia main langgar jugak. Bukannya reti maksud berhati –hati dijalan raya. Sia-sia saja slogan yang dilaungkan kerajaan tu. Lepas tu orang nak tolong sombong pulak. Siap kata orang nak ambil kesempatan la nak meraba-raba dia la dan yang paling menyakitkan hati depan orang ramai dia cakap Ein nak merogol dia. Kalau Ein ni lelaki sekali pun, bagi free pun Ein tak nak perempuan macam ni. Buat sakit hati aja.” Beritahu Ein mengimbas kembali apa yang berlaku dua hari lepas.

“Tapi tu salah kau jugak. Siapa suruh kau tak kenalkan diri kau dulu. Dah tak ada beza langsung kau dengan lelaki. Aku ingat kau ni memang lelaki la.” Siti mempertahankan dirinya.

“Ishhh, diam la kau Siti. Tak payah nak menyampuk.” Marah Lily sambil menyiku kawannya. Dia tak mahu Siti memperbesar-besarkan hal ni. Lagipun mereka hanya menumpang rumah Kak G. Buatnya kak G halau mereka keluar, mana nak tinggal.

“Dah kau tu jenis yang tak reti terima kasih dengan pertolongan orang. Kalau kau cakap penuh dengan budi bahasa masa tu, aku pasti akan kenalkan diri aku. Ini tidak menengking-nengking. Macam nak telan orang. Kalah singa betina kat zoo tu.” Ein membalas kata-kata Siti.

Kak G geleng saj kepala mendengar berbalahan budak berdua tu.

“Ala Ein, perkara tu kan dah pun berlaku. Tak kan Ein masih ambil kisah lagi. yang dah nak jadi biar lah. Buat itu sebagai pengajaran buat Ein. Akak mintak Ein lupakan perkara tu, dan maafkan dia. Dia tak segaja tu. Lagipun dia mana tahu yang Ein ni perempuan.” Kata Kak G panjang. Mahu dia menguraikan ketengangan antara Ein dengan Siti.

Siti hanya mengangguk dengan buat muka kesian didepan Kak G. Tapi dalam hatinya menyumpah-nyumpah. Sakit betul hatinya. ‘Padan muka kau. Siapa suruh kau pakai macam lelaki. Sekarang nak salah orang pulak atas salah sendiri.’ Kata Siti dalam hati.

“Betul cakap Kak G tu. Baik kau maafkan aku. Lagipun aku tak sengaja.” Siti cuba berlembut. Tapi dalam hatinya hanya Tuhan saja yang tahu.

Mimi dan Lily hanya diam. Mereka hanya melihat semua tu. Bagai drama tv la pulak rasanya. Tapi mereka hairan dengan Siti kerana sebelum ni tak mungkin dia akan mengaku kalah punya. Tapi dalam kes ni tiba-tiba dia berlembut dengan Ein. Mesti ada yang tak kena ni. Hati Mimi dan Lily mencurigai Siti.

“Ein, sudah. Akak tak mahu kamu marah-marah macam ni lagi. Cepat salam dengan Siti. Berdamai yaaa....” Pinta Kak G.

“Hmm.... Betul cakap akak tu. Aku minta maaf dengan kau.” Kata Siti lembut.

Ein diam. Dia ikut cakap Kak G. Dia begitu menghormati Kak G. Cakap Kak G tak pernah diingkar. Dengan beratnya hatinya, dia menghulurkan tangan untuk bersalaman. Macam budak sekolah. Tak habis-habis salam.

Begitu juga dengan Siti. Dengan berat dia meyambut tangan Ein. Dia pun takut juga kalau tangannya di genggam erat macam tadi. Maklumlah sekarang ni tengah bara gila dengan dia. Dibuatnya Ein mengambil kesempatan menyakitkan dia dengan dengan bersalaman mati dia. Dia dapat rasakan yang Ein ni mempunyai stamina seperti lelaki.

Mereka bersalaman. Ein menjeling Siti. Cepat-cepat mereka menarik tangan masing-masing.

“Hah.. semuanya dah selesai. Akak harap lepas ni kamu berdua tak akan bergaduh lagi.” Kata Kak G lagi.

Mereka semua beredar. Mimi dan Lily ikut Kak G kedapur. Mahu menolong Kak G. Iya la kesian Kak G dah dua kali tugas dia didapur tertangguh. Ein masih terpacak berdiri melihat Siti dengan muka bengis. Hatinya masih belum sejuk dengan senyuman manis Siti. Siti masih lagi senyum. Tapi dadanya berombak kuat tatkala tangan mereka bertaut. Ada kes ni....

Siti melangkah menuju kedapur. Sekali lagi Ein dengan pantas memegang pergelangan tangannya. Kali ini kuat dia pegang tangan Siti. Siti berpaling melihat Ein dengan wajah yang berkerut menahan sakit. Dia dapat melihat betapa bengisnya wajah Ein kala tu. Dia cuba untuk melepaskan tangannya. Namun tangan Ein kuat memegangnya.

“Lepas la bodoh.. sakit kau tau tak!” Marah Siti. Dia cuba untuk menyentap tangannya. Tapi genggaman Ein kuat.

Ein hanya diam. Dia cuma melihat wajah Siti yang menahan sakit dari genggamannya. Dia merapati Siti perlahan-lahan.

“Kau dengar sini perempuan. Aku akan pastikan kau tak senang tinggal dalam rumah ni. Dan aku akan pastikan kau akan terima yang sepatutnya kerana memalukan aku depan orang ramai hari tu dan juga kerana mengepau aku.” Ein memberi amaran. Suaranya seakan-akan berbisik. Serius saja bunyi. Wooo...menakutkan!!

“Kau ingat aku takut dengan amaran kau. Kalau kau ishtihar perang, aku akan menyahutnya dengan perang.” Jawab Siti menyahut amaran Ein. Dalam pada tu dia cuba sedaya upaya melepaskan tangannya.

Ein mengendurkan pegangannya. Dengan cepat Siti menarik tanggannya. Dilihat pergelangan tangannya berbekas. Seperti nak lebam saja. ‘Tenaga apa dalam diri dia ni. Kuat semacam. Bela hantu kot?’ Siti berbisik sendiri.

Tak mahu lama dia disitu. Lekas dia berlari kedapur. Ein melihat Siti berlalu laju pergi dengan pandangan yang tajam. Tapi dalam hati senyum....


Tiada ulasan:

Catat Ulasan